Current Visitor

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Memaparkan catatan dengan label Berita Projek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita Projek. Papar semua catatan

Khamis, 29 Ogos 2013

Berita Projek: Syarat Mohon Rumah PRIMA 1 Malaysia


Syarat Mohon Rumah PRIMA 1 Malaysia 
Nota:
  • Tertakluk pada garis panduan tambahan mengikut negeri.
  • Perumahan PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka. Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut turutan cabutan undian.
  • Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan di mana rumah PR1MA tidak boleh dijual atau dipindah milik tanpa kebenaran pihak PR1MA.
  • Pemilik wajib mendiami rumah PR1MA tersebut. 

Berita Projek: PR1MA lulus projek rumah mampu milik

Petaling Jaya: PR1MA Corp meluluskan pembinaan sebanyak 20,000 rumah di bawah 15 projek perumahan mampu milik di Greater Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM5 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Mutalib Alias, berkata projek itu menepati garis panduan ditetapkan di bawah Akta PR1MA 2012 dan fasa pertama sudah diluluskan bagi pembinaan. 
Beliau berkata, 15 pembangunan baharu itu akan bermula di bawah Fasa Satu program perumahan PR1MA yang diadakan khusus untuk menyediakan perumahan mampu milik bermutu bagi kumpulan berpendapatan sederhana di kawasan bandar di negara ini. 


Walaupun kami mengenal pasti banyak projek di kebanyakan kawasan bandar, namun kami akan hanya memilih projek menepati garis panduan pembangunan untuk menjadi sebahagian daripada program PR1MA.

Akan umum harga

Saya yakin menjelang akhir tahun ini, kami akan terima lebih banyak lagi untuk menampung 80,000 rumah PR1MA seperti yang diumumkan dalam Bajet 2013, katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Harga dan pelan lantai akan diumumkan dalam beberapa bulan akan datang, kata Abdul Mutalib sambil menambah bahawa rumah itu akan dijual pada harga serendah RM150,000 hingga maksimum RM350,000. 
Kerja dalam tiga projek sudah bermula di Alam Damai, Pasir Gudang dan Seremban, katanya.

Projek Alam Damai ialah pembangunan pertama yang dilaksanakan di bawah rancangan PR1MA untuk membina 50,000 rumah di semua lokasi strategik di Lembah Klang, termasuk Cheras, Bukit Jalil, Sungai Besi, Brickfields, Jelatek, Glenmarie, Putra Heights, Cyberjaya dan Setapak.

Abdul Mutalib berkata beliau yakin sambutan terhadap projek-projek ini positif kerana lokasinya strategik. 

Saya ingin menggalakkan pembeli rumah yang layak dengan pendapatan isi rumah sebanyak RM2,500 hingga RM7,500 mendaftar di laman sesawang kami, katanya. 

BERNAMA

Isnin, 25 Mac 2013

Imbasan: Projek Landasan Kereta Api Kerteh - Kuantan


Landasan kereta api Kerteh-Kemaman-Kuantan sepanjang 77 kilometer menghubungkan Kompleks petrokimia bersepadu di Kerteh, Terengganu dengan Gebeng, Pahang dan Pelabuhan Kuantan. Landasan tersebut mampu mengangkut kargo dalam jumlah yang banyak dan pukal, menjadikannya bentuk pengangkutan yang ekonomikal, selamat, boleh diharap dan konsisten untuk pergerakan bahan mentah dan produk petrokimia yang telah siap.

Laluan ini mencerminkan komitmen kedua-dua Kerajaan Negeri (Terengganu dan Pahang) untuk menyediakan  bentuk pengangkutan yang  boleh diharap dan selamat untuk merangsang Pantai Timur Semenanjung Malaysia menjadi hab petrokimia Asia-Pasifik yang utama.

Pada masa ini, terdapat dua perkhidmatan kereta api pergi dan balik beroperasi setiap hari dan boleh memindahkan 80 kontena pada satu-satu masa. Selain mengangkut produk petrokimia,  laluan kereta api ini juga dibuka kepada pengangkutan barangan angkut awam yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), pengendali utama kereta api di Semenanjung Malaysia. Laluan kereta api ini melintasi 5 daerah di Kemaman (Kerteh, Kemasik, Ulu Chukai, Binjai dan Banggul) di Terengganu dan Sungai Karang di Pahang.


Ciri-ciri laluan kereta api Kuantan–Kerteh:
  • Trek tunggal menghubungkan kompleks penapisan minyak Petronas dan bandar yang berdekatan Kerteh, Terengganu dengan kompleks petrokimia di Gebeng dan Pelabuhan Kuantan di Kuantan, Pahang
  • 3 tempat simpanan gerabak di Kerteh, Gebeng dan Kuantan
  • 2 lokomotif
  • 50 gerabak (BCFs) dengan kapasiti 60 ton metrik setiap satu
  • 2 unit van pengawal (BGVs)

Selasa, 8 Januari 2013

Berita Projek: Harga simen mahal di Johor

Artikel dipetik dari Harian Metro 8 Januari 2013

Khamis, 8 November 2012

Berita Projek : Pembinaan Taman Tema Air di I City, Shah Alam



I-Berhad, pemaju bandar pintar i-City dijangka memperoleh pulangan pelaburan bagi taman tema airnya dalam tempoh tiga tahun akan datang, selepas beroperasi mulai November ini.

Pengarahnya, Monica Ong berkata, syarikat telah melabur sebanyak RM25 juta bagi membina taman tema air, WaterWorld@i-City di atas tanah berkeluasan 4 hektar."Kami sentiasa menawarkan pembaharuan bagi perniagaan liburan yang merangkumi segmen api iaitu pameran lampu digital dan taman tema luar, segmen ais (taman tema salji Snowalk) dan taman tema air, WaterWorld bagi menarik lebih ramai pengunjung ke sini," katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat media berhubung tarikan terbaru di i-City di sini hari ini.
WaterWorld@i-City merupakan satu-satunya taman tema air di rantau Asia Tenggara yang menawarkan permainan air terkenal, Tornado Ride yang dipelopori di Kanada sejak sembilan tahun lalu.

Tornado setinggi tujuh tingkat itu kini sudah lebih 80 peratus siap.Menurut Monica, WaterWorld yang boleh menampung kira-kira 5,000 pengunjung pada satu-satu masa itu turut menawarkan jakuzi gergasi dan pantai buatan dan skrin LCD bagi penganjuran konsert ataupun majlis.
WaterWorld dijangka beroperasi dari pukul 11 pagi sehingga 7 malam setiap hari.

Tambahnya, dengan pelancaran taman tema terbaru itu, Ong menjangkakan bilangan pengunjung meningkat 30 peratus terutama pada waktu siang. Ketika ini i-City berjaya menarik 90,000 pengunjung setiap minggu.


Artikel di petik dari Utusan Malaysia : 25 September 2012

Rabu, 7 November 2012

Berita Projek: Ecuador rancang bina menara tertinggi dunia



Ecuador merancang membina sebuah menara setinggi 1.6 kilometer sekali gus menjadi bangunan tertinggi di dunia.


Kos pembinaan dianggarkan sebanyak RM 612.30 Juta. Menara tertinggi itu akan dikenali sebagai Menara Matahari.

Dengan pembinaan Menara Matahari ini, ia akan mengatasi bangunan tertinggi sekarang ini yang dikenali sebagai Burj Khalifa yang terletak di Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE) dengan ketinggian 828 meter.


Selasa, 14 Ogos 2012

Berita Projek : DRB-Hicom bangunkan semula Proton City dengan kos RM1 bilion



Projek pembangunan bersepadu bandar automotif Proton City di Tanjung Malim, Perak yang tertangguh sejak 15 tahun lalu kini akan dilaksanakan semula oleh DRB-Hicom dengan peruntukan kos kira-kira RM1 bilion, menurut laporan dari Berita Harian baru-baru ini. 

Pembangunan semula kawasan itu dijangka akan siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun akan datang, di atas tanah seluas 1,619 hektar milik DRB-Hicom.

Antara yang menarik dalam perkembangan terbaru itu ialah kenyataan dari DRB-Hicom yang mengatakan sekurang-kurangnya dua lagi jenama kereta dijangka akan dikeluarkan dari situ, berkemungkinan besar salah satunya merujuk kepada rakan kongsinya Volkswagen AG. Di bawah berikut ialah petikan dari Berita Harian berkenaan pembangunan semula Proton City oleh DRB-Hicom;


Khamis, 2 Ogos 2012

Berita Projek : Pembukaan Legoland di Iskandar, Malaysia

SEORANG pekerja menyiapkan miniatur stesen kereta api Kuala Lumpur yang diperbuat daripada Lego di Legoland Malaysia

KUALA LUMPUR 29 Julai - Legoland Malaysia, taman tema baru yang terletak di Iskandar Malaysia, Johor Bahru bakal dibuka kepada orang ramai pada 15 September ini.

Ketua Pegawai pembangunan Theme Attractions and Resorts Sdn. Bhd., Muhammad Zainal Ashikin berkata, taman tema itu telah 98 peratus siap dengan sebahagian besar infrastruktur dan permainan sudah pun dipasang.

"Kami kini di dalam proses untuk meletakkan sentuhan terakhir dengan pengujian permainan, pemasangan 15,000 model-model Lego menggunakan 50 juta kepingan Lego dan proses terakhir pengindahan taman mengikut tema," katanya kepadaUtusan Malaysia di sini.

Legoland Malaysia adalah taman tema pertama seumpamanya di rantau ini, diuruskan oleh Theme Attractions and Resorts, sayap operasi dan pengurusan Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) bagi Bahagian Rekreasi dan Pelancongan.

Taman tema Legoland itu adalah keenam di dunia selepas Legoland Billund, Legoland Windsor, Legoland California, Legoland Deutschland dan Legoland Florida.

Legoland Malaysia itu turut dibangunkan bersama Merlin Entertainments dengan kos RM720 juta di kawasan seluas 31 hektar di Medini North, pusat gaya hidup Iskandar Malaysia.

Muhammad Zainal berkata, pihaknya menyasarkan sejumlah sejuta pelancong pada tahun pertama operasi Legoland Malaysia.

Menurut beliau, setakat ini hampir 63,000 pas tahunan dan pas harian telah dijual kepada orang ramai sejak ia dilancarkan lewat tahun 2011.

Mengulas mengenai perkembangan projek-projek lain di sekitar Legoland, Muhammad Zainal menambah, pihaknya juga merancang pelbagai pembangunan lain seperti taman tema air dan Hotel Legoland pada 2014.


Artikel diatas di petik dari Utusan Malaysia : 31 Julai 2012

Berita Projek : Harga Simen Naik 1 Ogos 2012




Menurut berita harian, edisi  01 Ogos 2012


"Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM), bimbang dengan kemungkinan kenaikan harga simen dan meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menyiasat perkara ini secepat mungkin. 


Dalam satu kenyataan, MBAM berkata ia telah diberitahu oleh seorang anggota bahawa sebuah syarikat pengilang simen utama akan meningkatkan harga simen di Lembah Klang mulai 1 Ogos 2012. 


Harga tersenarai simen akan meningkat RM1 kepada RM17.75 satu beg, daripada RM16.75 sekarang ini, sementara harga simen pukal yang disenaraikan adalah RM340 satu tan metrik daripada RM320 satu tan metrik sebelum ini, katanya"

Khamis, 21 Jun 2012

Berita Projek: Depoh penyelenggaraan komuter dibina di Seremban


21 Jun 2012 ~ SEREMBAN — Selaras dengan perolehan 38 set tren komuter yang terbaru, kerajaan telah bersetuju supaya sebuah depoh penyelenggaraan khas dibina di stesen komuter Seremban.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, depoh penyelenggaraan itu merupakan depoh komuter terbaru yang secara khusus menjalankan penyelenggaraan ke atas 38 set tren berkenaan.
"Depoh yang terletak di kawasan seluas 16.34 hektar ini adalah antara lain melibatkan pembinaan bangunan depoh electrical multiple unit (EMU), satellite store, cleaner store, 15 lines (6km setiap satu) of trackwork, train electrification, signalling dan peralatan depoh,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah depoh EMU KTMB Seremban di sini hari ini.
Beliau berkata, secara keseluruhan, depoh yang akan dibina itu adalah berdasarkan depoh keretapi di Northampton, England.
Katanya, depoh itu berkemampuan untuk membuat penyelenggaraan enam set tren komuter dan penyimpanan 19 set tren komuter pada satu-satu masa. — BERNAMA

Ahad, 10 Jun 2012

Berita Projek : Projek Bus Rapid Transit (BRT)


PETALING JAYA: 9 Jun 2012 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Sabtu, melancarkan projek Bus Rapid Transit (BRT)-Sunway Line yang akan memberi kemudahan pengangkutan kepada kira-kira 500,000 penduduk di sekitar Bandar Sunway dan Subang.

Dengan anggaran kos awal RM300 juta, projek dilaksanakan di bawah inisiatif perkongsian sektor awam dan swasta melibatkan syarikat milik kerajaan Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana) dan syarikat swasta Sunway Bhd itu akan dilaksanakan pada penghujung tahun ini dan dijangka siap pada penghujung 2014.

Najib dalam ucapan perasmiannya di Sunway Monash Residence di sini berkata projek itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk terus memperbaiki sistem pengangkutan awam seperti yang terkandung di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), terutama di bandar-bandar utama yang memerlukan sistem pengangkutan yang cekap dan boleh dipercayai.

“Kita perlu untuk melakukan transformasi ini kerana kita perlu kepada sistem pengangkutan yang dapat memenuhi keperluan sebuah bandar yang moden.




“Sebelum ini, kita telah memperkenalkan LRT, dan banyak juga skeptikal, yang mengatakan LRT tidak akan berjaya, tetapi kini LRT telah dapat menjana seramai 450,000 penumpang sehari, dengan purata penumpang pada waktu puncak hampir 85,000,” katanya. Najib berkata kerajaan telah memperkenalkan tren empat gerabak itu pada Disember 2009 untuk memenuhi permintaan yang semakin memuncak dan kini pada waktu puncak, tren itu penuh sesak.




“Ini menunjukkan tanpa LRT dan monorel ini, kita tidak dapat bayangkan bagaimana keadaannya (kesesakan trafik), yang terpaksa kita lalui di kawasan Lembah Klang ini,” katanya.

Beliau berkata ketika ini saham pengangkutan awam amat rendah iaitu kira-kira 17 peratus dan kerajaan mensasarkan saham itu meningkat kepada 40 peratus menjelang 2020.




“Kami mesti lakukan semuanya yang kami perlu lakukan supaya rakyat yang tinggal di Lembah Klang akan dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik,” katanya.

Najib berkata Prasarana menerusi anak syarikat dan divisyennya kini bertanggungjawab bagi perkhidmatan pengangkutan di tiga laluan iaitu Ampang Line, Kelana Jaya Line dan Kuala Lumpur Monorail.




Najib berkata laluan berkenaan akan diselaraskan sebagai rangkaian dalam bentuk BRT. Beliau berkata amat baik bahawa projek baru itu dilaksanakan di bawah perkongsian swasta-awam, inisiatif yang sentiasa digalakkan oleh kerajaan kerana ia menggabungkan kekuatan sektor awam dan swasta untuk menjayakan usaha pembinaan negara.










“Ini adalah konsep yang saya ingin galakkan dan sokong kerana saya percaya dengan saling bekerjasama rapat, ia akan menjana faedah dan kebaikan bersama kepada syarikat swasta dan juga kerajaan,” katanya. - BERNAMA







Berita Projek: Projek Sambungan LRT


Projek Sambungan LRT Laluan Kelana Jaya akan bermula dari Lembah Subang - Kelana Business Centre, melalui Subang, USJ, Alam Megah dan berakhir pada hab di Putra Heights. Laluan yang dicadangkan akan terdiri daripada 13 stesen baru.

Projek Sambungan LRT Ampang pula akan bermula dari stesen Sri Petaling  melalui Puchong, Kinrara dan berakhir pada hab di Putra Heights. Laluan yang dicadangkan juga akan terdiri daripada 13 stesen baru.. 

Semua stesen yang dibina akan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti lif, eskalator, telefon awam, surau dan tandas. Selain itu, ia juga akan dilengkapi dengan kemudahan lif, eskalator, surau, kaunter tiket dan tandas.

Kedua-dua projek sambungan LRT dijangka akan mula beroperasi menjelang akhir tahun 2013.

Pada  26 November, 2010,  Kumpulan Prasarana telah  mengumumkan pelantikan kontraktor untuk pelaksanaan projek di atas seperti berikut.




Laluan Kelana Jaya melibatkan jarak sambungan 17 km dari stesen Kelana Jaya ke Putra Heights (13 stesen baru). 


Seksyen ini akan dibahagikan kepada 2 pakej kontrak utama. Pakej A adalah dari Stesen Kelana Jaya ke Sidang Kemuncak (Stesen 7) yang 9,2 km dan Pakej B adalah dari 7 Station Stesen Putra Heights yang ialah 7.8 km.

Berdasarkan proses tender yang dijalankan, kontraktor yang dilantik di bawah Pakej A adalah seperti berikut:
  • Kontraktor Utama: Trans Resources Corporation Sdn Bhd
  • Nilai kontrak: RM 950, 000,000.00
  • Tempoh Kontrak: 30 bulan
  • Sub-kontraktor (NSC) untuk  the fabrication & delivery of Segmental Box Girder (SBG) : UEM Builders Bhd - Intria Bina Sdn Bhd JV
  • Nilai kontrak: RM 93, 160,367.41
  • Tempoh Kontrak: 21 bulan
Laluan Sri Petaling pula akan melibatkan jarak sepanjang 17.7 kilometer di antara Sri Petaling ke Putra Heights dengan 13 stesen baru. 

Seksyen ini akan dibahagikan kepada 2 pakej kontrak utama. Pakej A adalah dari Stesen Petaling Seri Station No 5 yang 7.4 km dan Pakej B adalah dari Stesen No. 5 Stesen Putra Heights yang adalah 10.3 km.

Berdasarkan proses tender yang dijalankan, kontraktor yang dilantik di bawah Pakej A adalah seperti berikut:
  • Kontraktor Utama: Bina Puri Holdings Berhad (BPHB) - Tim Sekata JV
  • Nilai kontrak: RM 634, 639,089.11
  • Tempoh Kontrak: 27 bulan
  • Sub-kontraktor (NSC) untuk  the fabrication & delivery of Segmental Box Girder (SBG) : Kontraktor: Bina Puri Holdings Berhad (BPHB) - Tim Sekata JV
  • Nilai kontrak: RM 67, 697,144.00
  • Tempoh Kontrak: 19 bulan



Add caption


Rabu, 6 Jun 2012

Faedah Projek MRT: Sg Buloh-Kajang



Terdapat beberapa faedah yang boleh diperolehi hasil dari pelaksanaan projek pembinaan MRT dari Sungai Buloh hingga ke Kajang yang disenaraikan seperti berikut:
  1. Menjana nilai ekonomi - meningkatkan produktiviti dari mobiliti yang lebih besar
  2. Menjana RM3 bilion kepada RM4 bilion pendapatan negara kasar (PNK) aktiviti pembinaan dan operasi antara 2011 dan 2020.
  3. Menjana lagi RM8 bilion kepada RM12 bilion PNK daripada kesan limpahan. Secara keseluruhan, purata RM21 bilion PNK setahun akan dijana dalam tempoh 10 tahun akan datang
  4. Mewujudkan 130,000 pekerjaan
  5. Menolak nilai harta - penyambungan yang lebih baik akan menyebabkan penghargaan harta terutama di sekitar kawasan stesen-stesen MRT
  6. merangsang pembangunan hartanah baru - termasuk pembangunan Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh, Warisan Merdeka, KL Daerah Kewangan Antarabangsa
  7. Meningkatkan dagang - penyambungan yang lebih baik akan membawa lebih banyak penumpang ke pusat bandar, stesen akan mengandungi hub acticity komersial
  8. Mengurangkan pengeluaran karbon - mengeluarkan kereta di tepi jalan, mengurangkan masa yang digunakan oleh kereta di jalan raya

Sabtu, 2 Jun 2012

Berita Projek : KLIA2 Terminal Terbesar Dunia Untuk Penerbangan Kos Rendah


Gambaran Projek KLIA 2 Apabila Siap Kelak


SEPANG: Terminal penerbangan tambang rendah yang baharu, KLIA2, dengan kemudahan kelas dunia untuk mengendalikan 45 juta penumpang setiap tahun, dijangka menelan kos antara RM3.6 bilion hingga RM3.9 bilion dan akan memulakan operasi pada bulan April 2013.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Tan Sri Bashir Ahmad berkata, jambatan udara yang akan dibina adalah mesra penumpang termasuk mereka yang kurang upaya, wanita mengandung dan kanak-kanak.
"Kami berharap syarikat penerbangan yang beroperasi di KLIA2 akan menyokong keputusan kami dengan menggunakan jambatan udara memandangkan berdasarkan kos kiraan hanyalah 25 sen setiap penumpang dan orang awam telah menunjukkan kesanggupan untuk membayar bagi penggunaan jambatan udara," kata beliau kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas lawatan menyaksikan pembinaan kompleks KLIA2 itu, pada Selasa.
Bashir berkata, kerja-kerja pembinaan KLIA2 itu yang meliputi kawasan seluas 257,000 meter persegi dan telah bermula pada Oktober 2009, kini siap 42 peratus dan akan mempunyai 68 balai berlepas.
Ia adalah lebih daripada mencukupi untuk menampung penumpang penerbangan tambang rendah seperti yang dikehendaki oleh standard industri.
Beliau juga berkata, landasan ketiga yang baru dengan kelebaran 4 kilometer kini sedang dibina untuk KLIA2, yang akan mampu menerima pesawat A380, pesawat penumpang terbesar dunia.
KLIA2 hanyalah 1.5 kilometer dari bangunan terminal utama KLIA, dan jejambat/laluan atas yang baharu sedang dibina bagi menghubungkan jalan utama dari KLIA ke KLIA2 yang bermakna KLIA2 adalah lebih dekat berbanding LCCT.
Ditanya sama ada terdapatnya kos yang berlebihan dan penangguhan dalam operasi lapangan terbang, beliau berkata lebih banyak masa akan diambil untuk membina apa yang pastinya merupakan terminal terbesar dunia untuk penerbangan kos rendah dengan kemudahan yang terbaik.
"KLIA2 dibina pada kos terendah untuk setiap penumpang dengan jambatan udara dan keselesaan penumpang yang dipertingkatkan termasuk sistem bagasi automasi sepenuhnya," kata beliau.
Ia juga akan mempunyai 6,000 tempat letak kereta bertingkat dan berbumbung, empat buah hotel, hotel transit, jambatan udara dan ruang komersil yang lebih luas untuk kawasan runcit.
Perkhidmatan ERL yang ada sekarang ini yang beroperasi dari KL Sentral ke terminal utama KLIA, akan dilanjutkan 2.2 kilometer lagi, untuk dihubungkan ke KLIA2.
Beliau juga berkata yang MAHB telah memberikan AirAsia, pengguna utama KLIA2, pengagihan khas untuk membina ibu pejabatnya beserta dengan "apron access" serta Tune Hotel.
Beliau juga berkata caj servis penumpang tidak akan dinaikkan tetapi MAHB mempunyai pilihan untuk membincangkannya dengan kerajaan setiap lima tahun dan pusingan perbincangan akan datang hanya boleh diadakan pada tahun 2014.
Beliau menafikan cadangan yang dana awam telah digunakan untuk membina KLIA2, sambil menyatakan yang MAHB telah mengumpul dana untuk projek ini daripada pasaran termasuklah RM3.1 bilion, yang mana RM600 juta masih lagi belum digunakan.
Beliau berkata, MAHB telah meninjau kemungkinan mengumpulkan modal daripada pasaran di mana ia mempunyai pilihan untuk melakukan penempatan persendirian sehingga 10 peratus tanpa perlu mendapatkan persetujuan pemegang saham di mesyuarat agung tahunan.
Mengenai laporan menyatakan yang ia mungkin disingkirkan, Bashir berkata:" bagaimana anda mahu saya memberi maklum balas kepada soalan itu?"
Beliau juga berkata yang kesemua urusannya dengan kerajaan, pemegang saham, pemegang kepentingan serta syarikat penerbangan termasuk AirAsia, MAHB sentiasa terbuka, telus dan profesional.
Mengenai aduan oleh ketua Airasia, Tan Sri Tony Fernandes yang syarikat penerbangan tambang rendah itu tidak tahu mengenai perkembangan KLIA2, Bashir berkata MAHB mengadakan mesyuarat setiap minggu dengan kesemua rakan niaganya di mana segalanya dibincangkan dan tiada alasan untuk mereka tidak mengetahui apa yang sedang berlaku.
Bashir juga berkata yang MAHB sedang mengadakan perbincangan dengan Qantas mengenai kemungkinan mereka menyambung semula operasi dari KLIA.
Beliau berkata, MAHB mengendalikan tender terbuka untuk memberikan projek-projek di KLIA2.

Selasa, 15 Mei 2012

Berita Projek : Terowong SMART elak kerugian bah RM500j


GAMBARAN fungsi terowong SMART menangani banjir


Berita Harian @ 15 Mei 2012. PETALING JAYA: Terowong SMART (SMART) yang dibina dengan matlamat mengurangkan banjir di ibu kota berjaya 'menyelamatkan' ibu negara daripada mengalami kerugian dianggarkan mencecah sehingga RM500 juta akibat banjir sejak dibina lima tahun lalu.

Pengarah projek SMART, Datuk Ir Azmi Mat Nor, berkata nilai berkenaan diperoleh berdasarkan kajian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berpandukan lapan banjir besar yang berjaya dielak selepas terowong berkenaan berfungsi sepenuhnya pada Julai 2007.

Berdasarkan kajian JPS, SMART menganggarkan terowong sepanjang 9.7 kilometer itu dapat mengelak kemusnahan akibat banjir mencecah RM5 bilion sepanjang lebih 30 tahun tempoh konsesinya.

Azmi berkata, SMART yang juga terowong dwi fungsi pertama di dunia dibina dengan objektif utama mengalih lebihan air di sekitar kawasan liputan Sungai Klang dan Sungai Ampang daripada memasuki pusat bandar, selain mengurangkan kesesakan jalan raya pada cuaca biasa.

Laluan diliputinya termasuk Masjid Jamek, Leboh Ampang, Jalan Melaka, Dataran Merdeka, Dang Wangi, Leboh Pasar, Pasar Seni, Dayabumi, Jalan Petaling serta kawasan segi tiga emas, Sungai Wang, Bukit Bintang, KLCC dan Pavillion.

“Kawasan diliputi SMART tidak lagi dilanda banjir seperti sering berlaku sebelum terowong ini berfungsi sepenuhnya sebelum ini.

“Bagaimanapun, masih ramai orang awam tidak mengetahui liputan sebenar SMART, menyebabkan ada di antara mereka membuat andaian terowong itu tidak berfungsi dengan baik dalam kejadian banjir contohnya pada Mac dan Mei lalu, sedangkan kawasan terbabit berada di luar liputan kami,” katanya pada sidang media di Menara Gamuda, di sini, semalam.

Azmi berkata demikian bagi mengulas kejadian banjir besar di Ampang, Bukit Belacan dan Hulu Langat pada 7 Mac lalu serta Setapak, Salak Selatan, Bandar Tun Razak dan Kajang (2 Mei) yang berada di luar liputan SMART.

Katanya, SMART mempunyai jangka hayat 100 tahun dan dengan perubahan suhu tidak menentu, keupayaannya mengelak kerosakan akan menjadi lebih besar, sekali gus memanfaatkan negara ini.

“SMART beroperasi dalam beberapa peringkat mod yang menyaksikan ia akan ditutup sepenuhnya daripada kenderaan apabila mencapai mod empat bagi membolehkan terowong berkenaan dilalui air sepenuhnya apabila mencapai tahap tertinggi.

“Setakat tahun ini saja, SMART sudah berada pada mod empat sebanyak dua kali iaitu ketika banjir pada Mac dan Mei.

“Jika terowong ini tidak direka dengan fungsi mengalih alihan air daripada memasuki ibu kota, kesan banjir baru-baru ini dijangka lebih teruk lagi,” katanya.

Isnin, 14 Mei 2012

Berita Projek ~ Projek RAPID, Pengerang Projek Pembangunan Terbesar Negara - Najib

Lakaran artis projek kawasan Terminal Laut Bebas serta penyimpanan minyak dan gas di Pengerang, Johor  


KOTA TINGGI, 13 Mei 2012 (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia, (RAPID) di Pengerang di sini bakal memperoleh pelaburan bernilai RM120 bilion, yang menjadikannya sebagai projek pembangunan terbesar dalam negara.


Perdana Menteri berkata projek itu bakal melonjakkan dan mengukuhkan Johor sebagai satu pusat minyak dan gas serta petrokimia yang unggul di Asia serta dunia.


"Projek RAPID ini adalah sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang kerajaan kenal pasti sebagai projek berimpak tinggi dan mampu membawa perubahan besar kepada taraf sosio ekonomi rakyat.


"Ia mampu menghasilkan kapasiti pengeluaran sehingga 300,000 tong sehari penapisan minyak mentah untuk menghasilkan produk petroleum seperti petrol, bahan bakar jet dan diesel," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran projek RAPID, di Pengerang, di sini Ahad yang disempurnakan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.


Yang turut berangkat ke majlis itu ialah Tunku Mahkota Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta empat lagi putera baginda.


Najib berkata, projek RAPID yang lebih besar daripada kompleks sedia ada di Kerteh, Gebeng dan Melaka itu juga mampu menghasilkan produk petroleum seperti petrol, bahan bakar jet dan diesel.


"Projek itu juga mampu mengeluarkan 9.0 juta tan produk petroleum dan 4.5 juta tan petrokimia setahun yang boleh mengeluarkan pelbagai bahan kimia berkaitan dan ia nanti akan dilengkapi dengan kilang pengisian gas sendiri bagi menerima tangki Gas Asli Cecair (LNG)," katanya.


Najib turut mengumumkan bahawa sebuah syarikat petrokimia dari Taiwan bersetuju melabur antara RM30 bilion hingga RM36 bilion untuk membangunkan sebuah lagi kompleks bersepadu minyak dan petrokimia berhampiran projek RAPID.


Beliau berkata, kompleks itu nanti akan terdiri daripada sebuah loji penapisan minyak dengan kapasiti 150,000 tong sehari serta sebuah loji perekah nafta dengan kapasiti 800,000 tan setahun.


Menurutnya, jika kedua-dua buah projek ini berjaya dilaksanakan, wilayah Johor Selatan akan berupaya memproses 450,000 tong sehari dan perekah nafta sebanyak 3.8 juta tan setahun.


Sebelum ini, katanya Petronas juga menandatangani Perjanjian Dasar Induk dengan syarikat kimia antarabangsa dari Jerman iaitu BASF SE.


Katanya perjanjian itu yang merangkumi pelan untuk membangun, membina dan menyelia kawal kemudahan pengeluaran bertaraf dunia untuk bahan kimia khusus serta kilang bahan kimia asas yang bakal dibangunkan di dalam kompleks RAPID.


Najib berkata, disebabkan projek RAPID ini dipercepatkan pelaksanaanya, pihaknya yakin projek Petronas akan berupaya mencapai matlamat dalam tempoh lima tahun dengan dijangka mula beroperasi akhir 2016.


Selain itu, Najib berkata pembangunan projek itu tetap mengambil kira kepentingan alam sekitar mengikut piawaian antarabangsa.


Beliau memberi jaminan Petronas sentiasa mengutamakan aspek penjagaan alam sekitar dalam setiap projeknya dan mengharap penduduk kawasan itu tidak perlu risau terhadap kesan negatif terhadap alam sekitar.


Penduduk juga akan diberikan pampasan sewajarnya dengan setakat ini sebanyak RM4.1 juta sudah dibayar kepada nelayan terjejas, selain menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengendalikannya, katanya.


Pada majlis itu, Najib turut menyampaikanreplika cek RM1.24 juta kepada Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman untuk membaik pulih 124 rumah nelayan menerusi Projek Khas Perumahan Nelayan.


Sebelum ini, sebanyak RM1.7 juta telah disalurkan menerusi projek khas itu dengan melibatkan 172 buah rumah.

Rabu, 25 April 2012

Berita Pembinaan ~ Kerajaan sedia timbang bina landasan berkembar Gemas-Tumpat

Berita Harian : 24 April 2012


BAHAU: Kerajaan sedia menimbangkan cadangan membina landasan berkembar elektrik antara Gemas-Tumpat bagi laluan pantai timur sejajar dengan hasrat untuk memperbaiki perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata bagaimanapun kajian perlu dijalankan terlebih dahulu mengikut keperluan, tambahan pula tumpuan kini diberi kepada projek landasan berkembar elektrik Gemas-Johor Bahru yang sedang di peringkat reka bentuk.
"Apa pun, kita kena siapkan dahulu projek landasan berkembar elektrik Gemas-Johor Baharu, sebelum memikirkan untuk membina landasan berkembar elektrik di laluan pantai timur," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di stesen kereta api Batang Melaka, Gemencheh dan stesen Bahau di sini, hari ini.
Kong berkata, projek pembinaan landasan berkembar elektrik Seremban-Gemas yang sedang dilaksanakan pula berjalan mengikut jadual. 

Pembinaan projek landasan kereta api elektrik berkembar Seremban-Gemas bernilai RM3.45 bilion, sepanjang 98.2km itu mula dibina oleh IRCON International Ltd, anak syarikat Indian Railway, pada Januari 2008 dan dijangka siap pada Ogos 2012. 

Mengenai stesen Bahau, Kong berkata, stesen baru Bahau akan dibina bagi menggantikan stesen lama berusia 70 tahun yang uzur dan sering dilanda banjir kilat serta berhampiran jalan raya. 

Katanya, pembinaan stesen baru ini yang terletak 500 meter dari stesen lama ditender dan projek ini akan dimulakan pada Jun depan dan dijangka siap September 2013. 
"Projek ini di kawasan seluas 1.21 hektar, melibatkan kos RM6 juta. Apabila siap kelak, stesen moden ini akan dilengkapi kemudahan ruang menunggu yang selesa, pejabat, kiosk, surau, tandas, stor, parkir dan lain-lain," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pembinaan jejantas pejalan kaki di stesen Batang Melaka yang merentasi landasan berkembar elektrik Seremban-Gemas, membabitkan peruntukan lebih RM716,000. 

Katanya, kementeriannya sedang dalam proses melantik kontraktor bagi melaksanakan kerja pembinaan jejantas tersebut dan kerja fizikal akan dimulakan Ogos depan. - BERNAMA 

Selasa, 14 Februari 2012

Berita Construction : Cadangan Pembinaan Sungai Besi – Ulu Kelang Elevated Expressway (SUKE)


Satu lagi laluan pintas ataupun lebuhraya bakal dibina di Lembah Kelang sebagai usaha menyuraikan masalah kesesakan trafik yang sangat teruk. Kali ini adalah cadangan pembinaan Sungai Besi – Ulu Kelang Elevated Expressway (SUKE) ataupun Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang yang mana sebagai alternatif kepada laluan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) yang melalui Sungai Besi, Cheras sehinggalah ke Ulu Kelang.

Bagi mereka yang setiap hari terpaksa menempuh laluan ini pastinya sudah arif dengan kesesakan kritikal di kawasan-kawasan tersebut terutamanya di kawasan sekitar persimpangan Jalan Cheras, Pandan Indah dan Ampang. Lebuhraya bertingkat tiga lorong sepanjang 31.8km ini akan menghubungkan lebuhraya utama lain di Lembah Kelang iaitu Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE), Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH), Besraya, KL-Seremban Highway, Cheras-Kajang Highway, KESAS dan juga MRR2.

SUKE akan bermula di Sri Petaling melintasi Sungai Besi, Alam Damai, Cheras-Kajang, Taman Bukit Permai, Taman Putra, Taman Permai Jaya, Taman Dagang, Taman Kosas, Ampang dan Taman Hillview sebelum berakhir di Ulu Kelang. Sebanyak 14 persimpangan bakal dibina iaitu Sri Petaling, Sungai Besi, Alam Damai, Cheras-Kajang, Taman Bukit Teratai, Taman Putra, Taman Permai, Taman Dagang, Ampang, Taman Hillview dan Ulu Kelang.

3 plaza tol akan dibina sepanjang laluan lebuhraya berkenaan iaitu di Pekan Ampang, Alam Damai dan diantara Taman Bukit Permai 2 dan Taman Bukit Segar Jaya.

Apabila siap kelak SUKE akan dapat mengurangkan kesesakan MRR2 sehingga 24% dan Jalan Ampang sehingga 36%. Bagi anda yang tinggal di sekitar Ampang, bolehlah melihat cadangan projek ini dengan lebih dekat di Carrefour Ampang dan Menara MPAJ yang sedang dipamerkan sehingga 22 Feb 2012. Maklumbalas dari mereka yang tinggal berdekatan juga dialu-alukan untuk pembinaan lebuhraya ini.

Isnin, 26 Disember 2011

Info - Projek Landasan Keretapi Berkembar : Gemas - Seremban

Gambaran - Train ETS yang akan digunakan apabila landasan berkembar Seremban- Gemas siap


  • Objektif utama projek pembinaan landasan berkembar Gemas- Seremban adalah untuk menaiktaraf sistem pengangkutan rel bagi menampung mod pengangkutan yang lebih selamat dan effisen
  • Projek bermula Januari 2008 dan dijangka siap Ogos 2012
  • Kos pembinaan dianggarkan RM 3.45 Billion
  • Panjang landasan dari Seremban ke Gemas dianggarkan sepanjang 98.20 km
  • Kontraktor projek ialah syarikat IRCON International Ltd, anak syarikat India Railway
  • Antara stesen keretapi yang dibina dalam projek ini ialah Senawang, Sungai Gadut, Rembau, Tampin, Batang Melaka dan Gemas
  • Pembinaan stesen keretapi dalam projek landasan berkembar ini juga turut merangkumi infraskruktur asas lain di setiap stesen bagi kemudahan awam seperti lif,tandas, medan kereta, telefon awam, sistem pungutan tambang automatik, sistem hebahan maklumat, surau dan sistem kawalan keselamatan CCTV.Selain itu kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) turut di ambil kira bagi memastikan tahap kepuasan rakyat dikecapi semua.
  • Apabila siap kelak, landasan berkembar ini akan memuatkan perkhidamatan tren berkuasa laju yang mampu membawa 350 penumpang dalam satu masa dengan kelajuan 140km sejam

Selasa, 13 Disember 2011

Berita Pembinaan 12 Disember 2011 - Fasa 2 monorel pelancongan Sungai Melaka siap Feb 2013

 

Fasa 2 monorel pelancongan Sungai Melaka siap Feb 2013

12/12/2011 10:25pm

MELAKA 12 Dis. – Pembinaan fasa 2 monorel pelancongan Sungai Melaka bernilai RM21 juta dijangka siap Februari 2013 bagi meningkatkan bilangan pengunjung melihat keindahan Sungai Melaka. 

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, projek sejauh 1.3 kilometer itu adalah sambungan kepada fasa 1 projek monorel yang dilancarkan pada 20 Oktober tahun lepas itu, yang menawarkan kepada pelancong untuk menyusuri dan melihat pemandangan Melaka dari monorel tersebut.

"Projek yang akan dilaksanakan ini menjadikan keseluruhan panjang trek monorel sejauh 2.9 kilometer dengan membuat satu pusingan lengkap,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Fasa 2 Pembangunan Monorel di Jalan Tun Mutahir di sini, hari ini.

Beliau berkata, perjalanan monorel yang bermula dari Taman Rempah itu akan melalui Jalan Bunga Raya, Jalan Tun Ali dan Jalan Tun Mutahir sebelum kembali semula ke Taman Rempah.

Mohd Ali berkata, projek yang mendapat peruntukan sebanyak RM13.2 juta daripada Kementerian Pelancongan Malaysia itu akan dibangunkan oleh Agibs Engineering & Construction Sdn Bhd. – Bernama