Current Visitor

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Memaparkan catatan dengan label Kontrak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kontrak. Papar semua catatan

Selasa, 26 Februari 2019

Pesanan Belian (PO) vs Surat Setujuterima (LOA)


Purchase Order atau Pesanan Belian biasa digunakan di dalam sektor private atau kerajaan. Dalam opis gomen ada juga yg guna istilah Pesanan Tempatan atau Local Order (LO). Kiranya PO dan LO adalah dokumen yang sama. Biasa dlm PO akan menyatakan terma tempoh dan harga pembelian suatu barangan.
Surat Setujuterima atau SST atau LOA in English merupakan surat tawaran dari klien kpd kontraktor yang mengandungi detail harga dan keperluan kontrak.
Perbezaan antara LOA dan PO agak ketara dimana keterangan agak ringkas terdapat di dlm PO dan tiada akuan terima oleh pembekal kecuali akuan semasa siap kerja tersebut oleh kontraktor atau pembekal.
Manakala dalam LOA, terdapat keperluan atau ruang utk kontraktor menerima atau menolak tawaran tersebut...
Dalam katalain, hubungan kontrak antara 2 pihak menerusi LOA adalah jelas dan mengikat seperti yang dinyatakan di dalam Keperluan Akta CIPAA2012, semua kontrak yg dibuat secara bertuliS seperti menerusi LOA boleh dibawa kepada CIPAA Act oleh pihak terkilan iaitu yang tidak mendapat bayaran.
Apacer pulak dgn status PO, boleh kah ia dikira sebagai kontrak bertulis, dan apakah terjadi jika supplier atau kontraktor berjaya menyempurnakan bekalan dan berniat untuk menuntut bayaran ,telah dinafikan oleh majikan.
Biasanya jika ada pertikaian semasa kontrak berjalan berkaitan isu bayaran, mekanisma utk selesaikan adalah menerusi adjudikasi proses. Salah satu keperluan spt seksyen 2 CIPAA Act. Kontrak perlu dalam bentuk bertulis. Oleh demikian bagaimana dgn status PO adakah ia juga dikira bertulis?
Untuk menjawab status PO ini. Jom kita terjah case, *Inovatif Engineering (M) SB vs Nomad Engineering (2016)*... Dalam kes ini. PO juga diputuskan oleh hakim sbg kontrak yg bertulis...
Oleh demikian, perlu diberi perhatian oleh pelbagai pihak samaada private atau kerajaan, sekiranya berlaku kegagalan bayaran walaupun kerja ditawarkan secara PO, ia memberi peluang kpd pihak terkilan untuk menuntut hak melalui CIPAA
Terdapat juga bentuk tawaran kerja dlm perolehan kerajaan menerusi inden kerja. Adakah inden kerja ini sama dengan maksud Seksyen 2 , CIPAA Act. (kontrak perlu dalam keadaan bertulis)???
Jumpa lagi

Selasa, 16 Ogos 2016

CIPAA (Siri Satu)

CIPAA* (Bahagian Satu)

S: Apakah itu CIPAA? 
J: Construction Industry Payment & Adjudication Act 2012 sebuah Akta yang diluluskan oleh parlimen Malaysia.

S: Apakah fungsi CIPAA?
J: Suatu mekanisma penyelesaian tuntutan pembayaran berdasarkan kontrak pembinaan secara bertulis.

S: Bagaimana CIPAA berfungsi?
J: CIPAA menitikberatkan masa bagi membolehkan pembayaran dibuat segera untuk mengelakkan proses pembinaan terganggu.

S: Adakah ia terpakai kepada kontrak pembinaan kerajaan?
J: Ya, ia terpakai kepada kontrak kerajaan negeri atau persekutuan, asalkan projek tersebut dijalankan di Malaysia secara sepenuhnya atau sebahagian.

Proses tersebut dinyatakan secara grafik di bawah;

Happy reading 

Kredit to FB Friend of JKR




Selasa, 3 November 2015

‘Time at large’ dalam Kontrak

          ‘Time at large’ dalam Kontrak
          Ini adalah keadaan di mana tarikh siap telah pun berlalu tetapi kerja di tapakbina masih lagi belum siap dan TIADA sebarang Perakuan Kerja Tak Siap ataupun Perakuan Lanjutan Masa yang telah dikeluarkan oleh PP.
         Kesannya adalah masa tidak lagi menjadi ‘ essence’ kepada kontrak dan kontraktor mempunyai hak untuk menyiapkan projek pada tempoh yang difikirkannya sesuai.

          PP hendaklah mengelakkan situasi sebegini kerana keadan ini akan menjejaskan kepentingan majikan untuk mengambil tindakan undang undang ke atas kontraktor.

Khamis, 7 Mei 2015

Peranan Institusi Kewangan Dan Syarikat Insuran



Institusi Kewangan



Insitusi Kewangan adalah merupakan bank-bank tempatan yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia. Ia bertindak untuk menyediakan sumber pembiayaan dalam bentuk pinjaman kepada kontraktor sebagai modal permulaan memulakan kerja. Terma syarat, kadar faedah dan tempoh pinjaman adalah bergantung kepada keupayaan pihak kontraktor untuk membuat pembayaran semula
Selain dari menyediakan kemudahan pinjaman, pihak bank juga berperanan untuk menyediakan Bon Pelaksanaan (Performance Bond), Bayaran Pendahuluan (Advanced Payment) dan Jaminan Rekabentuk (Design Guarantee) dalam bentuk Jaminan Bank (Bank  Guarantee) seperti yang dinyatakan dalam syarat-syarat kontrak.

Antara bank-bank tempatan yang biasa menawarkan perkhidmatan dalam pembiayaan projek-projek kerajaan atau swasta adalah seperti berikut:

(i)                 Malayan Banking Berhad
(ii)               CIMB Bank Berhad
(iii)             Hong Leong Bank Berhad
(iv)             Public Bank Berhad
(v)               Affin Bank Berhad
(vi)             RHB Bank Berhad
(vii)           Am Bank(M) Berhad
(viii)         Alliance Bank Malaysia Berhad
(ix)             Bank Muamalat Malaysia Berhad
(x)               Bank Islam Malaysia Berhad

Syarikat Insuran



Syarikat Insuran ialah pihak yang menyediakan polisi insuran untuk pelaksanaan sesuatu projek dan merupakan satu kewajipan mengikut syarat kontrak yang perlu disediakan oleh pihak kontraktor sebelum memulakan kerja di tapak.

Mengikut kebiasaan, syarikat insuran akan mengeluarkan polisi insuran jenis Contractor All Risk (CAR), Insuran Kerja, Insuran Tanggungan Awam (Public Liability) atau Workmen Compensation kepada pihak kontraktor. Pembayaran premium terhadap polisi insuran adalah bergantung kepada harga kontrak, jenis binaan,  lokasi  dan risiko projek.

Sekiranya berlaku kemalangan ketika projek sedang berjalan, syarikat insuran ini bertanggunjawab membuat pembayaran kepada pihak kontraktor berdasarkan terma polisi insuran yang dilanggan.

Selain dari menyediakan kemudahan polisi insuran, pihak syarikat insuran juga ada menyediakan perkhidmatan untuk Bon Pelaksanaan, Bayaran Pendahuluan dan Jaminan Rekabentuk dalam bentuk Jaminan Insuran (Insurance Guarantee) seperti yang dinyatakan dalam syarat-syarat kontrak.
Antara syarikat insuran yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia dan biasa menawarkan perkhidmatan dalam projek-projek kerajaan atau swasta adalah seperti berikut:

(i)                 Kurnia Insuran (M) Berhad
(ii)               RHB Insurance
(iii)             Takaful Malaysia
(iv)             Multi-Purpose Insurance Berhad
(v)               Takaful Ikhlas Sdn Bhd
(vi)             Hong Leong Assurance Berhad
(vii)           Pacific Insurance Berhad
(viii)         Allianz General Insurance Malaysia Berhad
(ix)             Etiqa Insurance Berhad
(x)               MCIS Insurance Berhad
(xi)             AXA Affin General Insurance Berhad
(xii)           Am General Insurance Berhad
(xiii)         Berjaya Sompo Insurance Berhad
(xiv)         Lonpac Insuran Berhad

Sabtu, 10 Mei 2014

Sebab-sebab kenapa kontrak kontraktor perlu ditamatkan

Selepas Surat Setujuterima (L.A) dikeluarkan kepada pihak kontraktor yang berjaya, pelaksanaan kerja perlu dimulakan di tapak.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa keadaan, kontrak kontraktor boleh ditamatkan yang diantaranya, selepas penyerahan tapak, dalam masa 2 minggu ia masih belum memulakan kerja dengan tanpa sebarang alasan yang munasabah.

Terdapat juga keadaan ketika pertengahan projek, kontraktor didapati terlampau perlahan kemajuan kerja ditapak berbanding jadual yang dirancang. Situasi ini juga boleh dipanggil sebagai 'projek sakit'. Sekiranya, surat amaran atau peringatan secara berulang telah dikeluarkan kepada kontraktor dan masih tiada perubahan prestasi kerja ditapak. Pihak kontraktor juga boleh dikenakan tindakan untuk penamatan kerja.

Kesan daripada penamatan kerja yang dikeluarkan kepada pihak kontraktor akan menyebabkan, barang-barang ditapak bina tidak boleh dibawa keluar, bon pelaksanaan kontraktor akan dirampas dan tender baru perlu dikeluarkan bagi menyiapkan baki kerja yang belum siap. 

Selasa, 6 Mei 2014

Tempoh Pengeluaran Sijil Siap Memperbaiki Kecacatan (CMGD)

Dalam pelaksanaan sesuatu kontrak, Sijil Siap Kerja (CPC) akan dikeluarkan apabila telah mencapai tahap penyiapan yang pratikal dan telah memuaskan kehendak Pegawai Penguasa (P.P).

Pengeluaran CPC akan menandakan permulaan tempoh liabiliti kecacatan (DLP) selama 12 bulan atau 24 bulan.

Apabila tempoh DLP makin hampir kepada tempoh tamat, satu proses pemeriksaan perlu dilakukan bersama oleh kedua-dua pihak baik dipihak klien dan pihak kontraktor.

Sekiranya, ketika waktu pemeriksaan didapati tiada kerja-kerja kecacatan yang timbul, Sijil Siap Memperbaiki Kecacatan (CMGD) boleh terus dikeluarkan. 

Walaubagaimanapun, sekiranya masih terdapat kecacatan ketika pemeriksaan bersama. Satu senarai penuh kecacatan perlu dikeluarkan oleh pihak klien kepada kontraktor.

Tempoh pengeluaran senarai kecacatan ini adalah berbeza antara Kontrak Konvensional dan Kontrak Reka & Bina, dimana untuk kontrak konvensional, tempoh selama 14 hari diperlukan untuk pengeluaran senarai kecacatan. Manakala untuk kontrak reka dan bina, tempoh selama 28 hari diperuntukan untuk pengeluaran senarai penuh kecacatan.

Setelah pengeluaran senarai penuh kecacatan, kontraktor adalah diperuntukkan untuk melaksanakan tindakan pembaikan selama 3 bulan. 

Selepasa siap memperbaiki kecacatan, pihak klien akan mengeluarkan Sijil Siap Memperbaiki Kecacatan (CMGD) kepada kontraktor dan akan membolehkan pihak kontraktor menuntut untuk pelepasan Bon Pelaksanaan

MAKSUD PENYIAPAN KERJA YANG PRATIKAL

Dalam sesuatu pelaksanaan projek, apabila ia telah mencapai atau hampir kepada kearah penyiapan kerja, pihak kontraktor adalah layak dipertimbangkan untuk pengeluaran Sijil Siap Kerja (CPC).

Kesan daripada pengeluaran Sijil Siap Kerja (CPC) akan mengakibatkan bermulanya tempoh liabiliti kecacatan (DLP) selama 12 bulan untuk kontrak konvensional atau 24 bulan untuk kontrak design and build.

Bagi memahami maksud penyiapan kerja yang praktikal, kerja yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor harus mencapai tahap yang disenaraikan berikut seperti yang terkandung dalam klausa 39.5 Syarat-syarat Kontrak

  • Kerja siap mengikut syarat-syarat kontrak
  • Membolehkan kerajaan menggunakan bangunan dengan sepenuhnya melainkan terdapat kerja-kerja kecacatan yang kecil
  • Kerja telah lulus pengujian dan pentauliahan (T &C)
  • Fit for purpose
  • Semua kemudahan asas telah lengkap dan siap serta boleh digunakan

Isnin, 4 November 2013

Punca Kelewatan Penyediaan Penutupan Akaun Untuk Kontrak Kerja

Berdasarkan SPP Bil 1 Tahun 2012, telah menyatakan terdapat beberapa sebab yang menyebabkan kelewatan dari penyedian penutupan akaun kontrak kerja di agensi kerajaan yang digariskan seperti berikut:

  1. Kelewatan penilaian kos muktamad perubahan kerja dan kelulusan Pelarasan Harga Kontrak
  2. Kontraktor/ perunding lewat mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap dan terpeinci
  3. Tempoh mencapai persetujuan antara kontraktor dan Pegawai Penguasa/ Pengarah Projek (P.P) terhadap kadar harga, kuantiti, speksifikasi dan sebagainya yang agak panjang.
  4. Kelemahan P.P dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

Jumaat, 12 Oktober 2012

Tindakan Sebelum Memulakan Kerja Di Tapak

Terdapat beberapa tindakan yang perlu dipatuhi oleh kontraktor,sebelum memulakan kerja di tapak,yang seperti berikut:
1. Mengemukakan Program Kerja
2. Mengembalikan semula Surat Setujuterima Tender (LA)
3. Mengemukakan polisi-polisi insuran
4. Mengemukakan bon pelaksanaan
5. Mengemukakan Pelan Keselamatan di tapak
6. Mengemukakan Pelan Kualiti Kerja
Published with Blogger-droid v2.0.9

Khamis, 16 Ogos 2012

Penamatan Kerja Kontraktor Dalam Perolehan Sebutharga

Pegawai Penguasa (SO) adalah berhak untuk menamatkan kerja kontraktor dalam perolehan sebutharga sekiranya keadaan-keadaan berikut berlaku dan surat amaran telah dikeluarkan:


  • Kontraktor masih gagal menyiapkan Kerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan
  • Kemajuan kerja terlalu lembab tanpa apa-apa sebab yang munasabah
  • Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian Kerja, tanpa apa-apa sebab yang munasabah
  • Tidak mematuhi arahan Pegawai Penguasa tanpa apa-apa alasan yang munasabah
  • Apabila kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah

Rabu, 8 Ogos 2012

TUJUAN AKTA BAYARAN DAN ADJUDIKASI INDUSTRI PEMBINAAN (CIPAA).


Tujuan CIPAA

1.    Memudahkan pembayaran yang tetap dan tepat pada masanya
2. Mengadakan peruntukan bagi suatu mekanisme untuk penyelesaian pertikaian yang cepat melaluiadjudikasi
3.    Mengadakan peruntukan bagi remedi untuk mendapatkan bayaran dalam industri pembinaan

Manakala Skop Pemakaian CIPAA

Skop pemakaian CIPAA adalah meliputi semua jenis kontrak bertulis yang berkaiatan dengan kerja-kerja pembinaan yang dijalankan sepenuhnya atau sebahagiannya di dalam wilayah Malaysia termasuk kontrak pembinaan yang dibuat oleh Kerajaan

Kerja persendirian tak termasuk

Status akta ini, masih di parlimen. Mengikut CIDB, Bacaan ketiga CIPAA dijangka akan dibacakan di Dewan Negara pada bulan Mei 2012.

Kita tunggu apakah akta ini akan menjadi kenyataan atau tidak , bagi membantu bayaran lewat dalam industri binaan malaysia.

Khamis, 19 Julai 2012

Akaun Muktamad

1. Akuan muktamad ialah akaun yang di sediakan untuk menunjukkan pembayaran-pembayaran yang telah di buat termasuk membaiki kecacatan, tuntutan kerugian, atau perbelanjaan tambahan kepada kontraktor.

2. Akaun muktamad mestilah di sediakan secepat mungkin setelah kontraktor menunaikan obligasinya di bawah kontrak.


Peraturan Dan Prosedur:-
a. Akaun muktamad mestilah disediakan dan perakuan muktamad di sediakan dan di keluarkan tidak lewat dari 3 bulan selepas tamat tempoh tanggungan (liability) kecacatan atau 3 bulan selepas di keluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan, mengikut mana yang terkemudian.

b. Nilai kerja muktamad yang dilaksanakan dan bahan-bahan atau barang –barang yang di bekal oleh subkontraktor dan pembekal di namakan dan pemegang serahak, hendaklah di nyatakan secara berasingan dengan menggunakan lampiran A1, A2 dan A3 kepada Perakuan muktamad.

c. Akuan muktamad mestilah mengambil kira perkara-perkara berikut:-

i. Semua pelarasan jumlah harga kontrak untuk perubahan tuntutan kontraktor dan
pelarasan–pelarasan lain.

ii. Bayaran yang telah di bayar kepada kontraktor, subkontraktor dan pembekal di
namakan dan pemegang serah hak
iii. Potongan dari wang yang akan di bayar kepada kontraktor, khususnya kos
membaiki kecacatan di mana kontraktor gagal membaiki kecacatan dan amaun
kesusutan nilai kerja oleh sebab adanya kecacatan tersebut.

Pelarasan (Adjustment)Jumlah Harga Kontrak
Perakuan Pelarasan Jumlah Harga Kontrak telah di perkenalkan untuk tujuan pelarasan jumlah harga kontrak. Jumlah harga kontrak mestilah di laraskan bagi mengambil kira sebarang tambahan atau kekurangan daripada jumlah harga kontrak.

Perkara-perkara yang menyebabkan jumlah harga kontrak perlu di laraskan adalah seperti berikut:-

a. Perubahan kepada kontrak

b. Tuntutan oleh kontraktor untuk kerugian dan/atau perbelanjaan tambahan.

c. Kos berkaitan dengan ujian kerja atau bahan binaan dan pendedahan kerja untuk
pemeriksaan.

d. Fee dan caj untuk sambungan tetap kepada pembetung awam, bekalan air, dan
elektrik tetap dan sambungan untuk pemindahan pembentungan dan bekalan air dan
elektrik.

e. Pengukuran semula kerja yang di ukur sementara di dalam senarai kuantiti.

f. Pelarasan wang kos prima dan wang peruntukan sementara.

g. Pelarasan bagi turun naik harga bahan-bahan binaan dan sebagainya.

Peraturan dan prosedur yang perlu di patuhi dalam penyedian Perakuan Pelarasan Jumlah Harga Kontrak adalah seperti berikut:-
a. Satu perakuan pelarasan jumlah harga kontrak mestilah di sediakan dan di
keluarkan apabila jumlah harga kontrak perlu di laraskan. Ia meliputi perubahan
kerja.

b. Semua butir di dalam perakuan mestilah di isi dengan betul

c. Tarikh perakuan adalah tarikh P.P menandatangani perakuan tersebut.

d. Huraian mengenai pelarasan hendaklah jelas dan tepat.nombor rujukan perakuan

perubahan kerja mestilah di nyatakan.

e. Butir-butir pengiraan bagi pelarasan tersebut mestilah di lampirkan kecuali bagi
pelarasan yang disebabkan oleh kerja perubahan.

Perakuan Pelarasan Jumlah Harga Kontrak mestilah di tandatngani oleh P.P dan salinan asal hendaklah di keluarkan kepada kontraktor. Salinan lain akan di edarkan kepada semua pihak yang tersenarai dalam perakuan termasuk pihak-pihak berikut:-

a. Akauntan kanan perbendaharaan atau badan berkuasa pembayaran lain.

b. Juruukur bahan dan pihak-pihak lain yang terlibat

Rabu, 27 Jun 2012

Keperluan Membuat Pelarasan Harga Sebelum Tandatangan Kontrak

Pelarasan harga keatas Senarai Kuantiti (BQ) adalah dibenarkan sebelum kontrak ditandatangan antara pihak majikan dan kontraktor.

Keperluan membuat pelarasan harga adalah alasan-alasan berikut:
  • Membuat pembetulan keatas pengiraan kos yang tersilap pada Senarai Kuantiti (BQ)
  • Memastikan keseragaman harga antara setiap item
  • Untuk memastikan pengagihan harga yang munasabah bagi mengelak 'front loading'.
Pindaan terhadap pelarasan harga ini tidak akan mengubah kepada harga kontrak asal.

Kontrak Cost Reimbursement


Kontrak Cost Reimbursement kadangkala juga dikenali sebagai Kontrak Cost Plus. 

Secara umumnya, kontrak jenis ini boleh dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu

(i) Wang Kos Prime + Yuran Tetap
(ii) Wang Kos Prima + Peratus Yuran
(iii) Wang Kos Prima + Yuran Sasaran

Yuran yang terlibat adalah kiraan keuntungan dan perbelanjaan pengurusan manakala Wang Kos Prima merupakan kos-kos yang melibatkan kos bahan, kos pekerja dan kos peralatan atau jentera dan juga lat-alat sampingan di dalam pembinaan projek berkenaan.

Biasanya, kos pengurusan dan keuntungan telah dipersetujui terlebih dahulu dalam bentuk sejumlah peratusan tambahan ke atas kos bahan, kos pekerja dan kos peralatan. Sistem pengurusan ini amat sesuai untuk projek-projek yang sulit, kompleks dan perlu disiapkan cepat. Oleh sebab itu, para pakar perunding dan kontraktor yang mahir dan jujur diperlukan supaya projek tersebut dapat disiapkan mengikut jadual masa tanpa menjejaskan mutu kerja dengan kos pembinaan yang paling minimum.

Yuran sasaran adalah bayaran tambahan yang dipersetujui oleh kontraktor dengan juru ukur bahan sebelum sesuatu surat perjanjian kontrak ditandatangani. Kadar tambahan bayaran biasanya diberikan kepada kontraktor sekiranya kontraktor tersebut dapat menyiapkan projek dengan lebih cepat dari masa yang diperuntukkan dengan memuaskan . 

Cara ini dapat mendorong kontraktor melipatgandakan usaha serta berlumba untuk menyiapkan projek berkenaan. Sebelum kadar tambahan bayaran dipersetujui oleh kedua-dua pihak, beberapa perkara penting perlu diambil perhatian serius iaitu:

(i) Angka atau jumlah harga anggaran
(ii) Bonus atau denda yang perlu dibayar jika belanja sebenar kurang atau lebih tinggi daripada harga anggaran
(iii) Mutu kerja semata-mata untuk menjaga kualiti bagi pihak klien dan kontraktor yang mementingkan pencapaian kos daripada harga anggaran

Kontrak Lump Sum


Kontrak Lump Sum boleh dilaksanakan menerusi lukisan spesifikasi yang disertakan dengan spesifikasi. 

Biasanya kontrak ini digunakan untuk kerja yang memerlukan projek disiapkan cepat dan lukisan spesifikasi yang disertakan adalah kurang memuaskan untuk mendapatkan ukuran yang tepat. Ini menyebabkan kontraktor terdedah kepada risiko yang tinggi.

Kontrak Lump Sum berdasarkan lukisan dan senarai bahan digunakan untuk projek-projek yang bernilai lebih RM I juta. Dengan menggunakan kaedah pengukuran yang tepat berdasarkan pelan yang disediakan, kedua-dua pihak yang terlibat dapat merasai keadilan. Jenis kontrak seperti ini juga akan memudahkan pembayaran kemajuan kerja dan untuk kerja-kerja ubahsuai.

Kontrak Lump Sum berdasarkan kepada lukisan dan jadual kadar harga pula digunakan jika masa tidak mencukupi untuk menyediakan dokumen-dokumen lain dan kebanyakan projek ini mengikut harga yang ditetapkan kontraktor. Ia juga kadangkala digunakan dalam kerja penyelenggaraan bangunan. 

Kontrak Lump Sum jenis ini juga telah diubahsuai secara umum yang boleh dibahagi kepada dua kategori iaitu: 

(i) Kontrak Fixed Price – merangkumi penetapan terhadap kerja-kerja kecil di dalam kontrak tersebut serta harganya tidak boleh diubah setelah kontrak ditandatangan.
(ii) Kontrak Firm Price – boleh dibuat perubahan terhadap harga tetapi tidak boleh mengubah jumlah besar kontrak tersebut.

Sabtu, 2 Jun 2012

Faktor-faktor Yang Menyebabkan Perubahan Kerja (VO)

Perubahan Kerja atau Variation Order (VO) biasa berlaku dalam perlaksanaan sesuatu projek pembinaan. Perubahan Kerja atau VO bermaksud, berlaku sebarang perubahan, pertukaran, pertambahan atau pengurangan keatas skop kerja asal yang terdapat projek tersebut.

Kesan dari berlaku Perubahan Kerja (VO) akan menyebabkan perkara-perkara berikut berlaku:
  • Akan berlaku pertambahan atau pengurangan kos asal kontrak
  • Tempoh masa penyiapan kerja akan bertambah daripada tempoh siap asal
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan Perubahan Kerja (VO) yang diantaranya disenaraikan seperti berikut:
  • Arahan daripada Pegawai Penguasa (SO) atau Pengarah Projek  (PD) 
  • Permintaan dari Pelanggan atau End User
  • Bagi menyesuaikan skop kerja asal dengan keadaan ditapak
  • Berlaku perubahan lokasi kerja
  • Terdapat halangan di kawasan pembinaan seperti pokok besar, rumah ibadah dan lain-lain
  • Bagi memenuhi dan mengikut keperluan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti TNB, Telekom , SYABAS, IWK dan lain-lain    

Rabu, 30 Mei 2012

Makluman : Pemberhentian Pendaftaran Kontraktor Di Bawah Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)


Kementerian Kerja Raya akan melaksanakan pendaftaran kontraktor kerja secara berpusat di bawah CIDB BERKUATKUASA 15 SEPTEMBER 2012. 

Oleh itu, semua perkhidmatan pendaftaran kontraktor di bawah PKK akan ditutup pada 29 Jun 2012. Sila layari portal PKK (pkk.kkr.gov.my) untuk maklumat lanjut atau berhubung terus dengan PKK di talian 03-8880 5365 (Pn. Nurul Shuhairah), 03-8880 5265 (Pn. Juliana Baderi) atau 03-8880 5287 (Pn. Norliyana Bokti) untuk keterangan lanjut.


Selasa, 22 Mei 2012

Borang Piawai : Design Guaranteed Bond

Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui surat arahan KPKR. Bil 7/2011 bertarikh 4 Julai 2011 telah memaklumkan tentang penggunaan borang piawai untuk Jaminan Bank Reka bentuk @ Design Guarantee Bond.

Design Guarantee Bond perlu disediakan oleh pihak kontraktor bersandarkan kepada keperluan Borang Kontrak 203, 203A dan 'Design And Build' terbaru iaitu revision 1/2010 iaitu apabila Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) dikeluarkan.

Penggunaan borang piawai ini, adalah meliputi untuk kontrak secara konvensional atau 'design and build'

Kepada sesiapa berminat untuk mendapatkan soft copy borang ini, bolehlah emailkan pertanyaan kepada chee_lin@yahoo.com 

Rabu, 18 April 2012

Penilaian Tender oleh JKR bagi projek bawah RM 10 Juta



Cara penilaian tender oleh JKR ke atas tender bawah 10 juta, berdasarkan kepada beberapa faktor di bawah. Penilaian di buat oleh pegawai JKR terutama jurukur bahan atau QS dan jurutera. Antara perkara yang dinilai, selepas kontraktor hantar dokumen tender mereka ialah:

Penilaian tender oleh JKR Peringkat Pertama
  • Pra Syarat Kelayakan
  • Kesempurnaan Tender
  • Kecukupan Dokumen Wajib
  • Kecukupan Modal Minima
  • Prestasi Kerja Semasa Yang Memuaskan
  • Tempoh Siap Kerja Maksima
Penilaian tender oleh JKR Peringkat Kedua
  • Tender Yang Paling , Menguntungkan Untuk Diperakukan
  • Kesan Rendahan Harga Tender
  • Tender Yang Hendak Diperakukan
Paling penting kontraktor perlu jaga projek sebelumnya, jaga projek jangan sakit, harga jangan terlalu tinggi dan terlalu rendah. Borang perlu di isi lengkap, pastikan maklumat yang diminta cukup dan tepat, jangan tipu maklumat, kerana JKR ada cara mengesannya


Untuk Garis Panduan Penilaian Tender yang dijalankan oleh pihak JKR SLIK KLIK SINI

sumber: http://industribinaan.blogspot.com/2012/04/cara-penilaian-tender-oleh-jkr.

Selasa, 17 April 2012

Perbezaan Kontrak Lump Sum dan Kontrak Berasaskan Kuantiti JKR 203 Rev 1/2010

Kontrak Lump Sum dan Kontrak Berasaskan Kuantiti yang dikeluarkan oleh pihak JKR bagi digunapakai oleh agensi-agensi kerajaan didapati mempunyai perbezaan.

Bagi mengelakkan kekeliruan, perbezaan tersebut di tunjukkan dalam lampiran berikut: