Current Visitor

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Memaparkan catatan dengan label Perolehan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perolehan. Papar semua catatan

Khamis, 11 Oktober 2012

Iklan Tender



Kita biasa melihat iklan tender. Apa itu iklan tender?

Iklan tender berfungsi untuk memaklumkan iklan -iklan tender terkini atau pelawaan yang dikeluarkan oleh pihak klien atau jabatan-jabatan kerajaan kepada kontraktor-kontraktor yang layak untuk menyertainya.

Di dalam sesuatu iklan tender ia perlu mempunyai perkara-perkara berikut sebelum ia diiklankan atau dipapar di suratkhabar utama seperti Berita Harian atau Utusan Malaysia.

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut:
  • Jabatan yang memanggil tender
  • Tajuk tender 
  • Syarat-syarat petender yang layak
  • Tempat, tarikh dan masa dokumen dijual
  • Harga, cara dan kepada siapa bayaran dokumen tender
  • Tempat, tarikh dan waktu tender diterima dan ditutup.

Khamis, 20 September 2012

Sampel Naskah Dokumen Tender


UNTUK MENDAPATKAN SAMPEL DOKUMEN TENDER . SILA KLIK SINI

ATAU KLIK SINI

Rabu, 1 Ogos 2012

Jawatankuasa Penilaian Laporan Tender

Jawatankuasa Penilaian Tender adalah jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk membuat penilaian tender yang telah ditutup pada hari yang telah ditetapkan.

Pelantikan jawatakuasa tersebut hendaklah dibuat secara bertulis oleh Ketua Jabatan atau Ketua Agensi tersebut.

Jawatankuasa Penilaian Tender untuk tender kerja (konvensional), kerja (design and build), bekalan dan perkhidmatan terdapat perbezaan. Dimana untuk tender kerja (design and build), bekalan dan perkhidmatan mempunyai dua (2) jawatakuasa yang terdiri daripada jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa penilaian harga. Manakala untuk tender kerja (konvensional) hanya mempunyai 1 jawatankuasa sahaja yang dikenali sebagai jawatankuasa penilaian tender kerja.

Jawatankuasa Teknikal untuk tender kerja (design and build), bekalan dan perkhidmatan mempunyai tanggungjawab seperti berikut:
  • Dianggotai oleh sekurang-kurangnya 3 orang dimana sekurang-kurangnya 1 orang daripada Kumpulan Profesional
  • Membuat penilaian terhadap speksifikasi bekalan, perkhidmatan atau rekabentuk yang ditawarkan oleh para petender secara terperinci untuk memastikan adakah ia mematuhi (comply) kehendak yang ditetapkan
Jawatankuasa Penilaian Harga untuk tender kerja (design and build), bekalan dan perkhidmatan pula mempunyai tanggungjawab seperti berikut:

  • Dianggotai oleh sekurang-kurangnya 3 orang dimana sekurang-kurangnya 1 orang daripada Kumpulan Profesional
  • Penilaian harga sesuatu tender adalah dinilai dengan mengambil kira faktor-faktor seperti syarat pembayaran, kadar pembayaran, tempoh, diskaun, harga pasaran terbuka, keupayaan petender dan sebagainya. Perbandingan antara satu tawaran petender dengan tawaran petender yang lain hendaklah dibuat berasaskan kepada faktor atau unsur yang sama (equal footing)
  • Penilaian bagi pembelian harta modal seperti kenderaan, jentera berat, sistem maklumat dan lain-lain hendaklah berdasarkan kepada prinsip tawaran hara menyeluruh (total cost bid), yang bermaksud mengambil kira harga barangan, jaminanm penyenggaraan dan lain-lain
Jawatankua Penilaian Tender Kerja untuk Tender kerja secara konvensional pula adalah berperanan seperti berikut:
  • Dianggotai oleh sekurang-kurangnya 3 orang dimana sekurang-kurangnya 1 orang daripada Kumpulan Profesional
  • Memastikan petender memenuhi kesemua syarat yang dinyatakan dalam dokumen tender
  • Menilai kemampuan teknikal petender seperti kakitangan profesional dan teknikal, pengalaman kerja, rekod pretasi, projek yang dilaksanakan dan pemilikan loji
  • Menilai kemampuan kewangan petender dari segi modal pusingan, net worth, kemudahan kredit, nilai baki kerja dalam tangan yang belum siap
  • Menialai harga tender berdasarkan tempoh siap yang ditawarkan berdasarkan tawaran yang paling menguntungkan kepada kerajaan

Artikel diatas dipetik dari dari Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2007 yang bertajuk Tatacara Pengurusan Perolehan Kerajaan Secara Tender

Khamis, 5 Julai 2012

Panduan Dan Semakan Dalam Menyediakan Butiran Surat Setuju Terima (LA)


Tugasan untuk menyediakan Surat Setujuterima Tender bagi pengiraan untuk mendapatkan Tempoh Masa Penyiapan, tempoh masa untuk bon pelaksanaan, tempoh masa untuk polisi insuran serta tarikh berakhir liabiliti kecacatan adalah menjadi bertambah mudah dengan menggunakan formula yang ditunjukkan di bahagian atas.

Hanya dengan memasukkan maklumat yang diperlukan di dalam kotak berwarna biru, maklumat yang berkaitan tarikh siap kerja, tempoh insuran, bon pelaksanaan dan tempoh berakhir kecacatan akan dipaparkan di dalam kotak kuning.

Jadual semakan ini disediakan khas untuk pihak yang bertanggungjawab menyediakan draf Surat Setujuterima Tender (LA) bagi kelulusan Pegawai yang diberi kuasa.

Untuk keterangan lanjut sila emailkan kepada chee_lin@yahoo.com

Selasa, 29 Mei 2012

Definasi Perolehan Kerja secara 'Requisition'


Khamis, 9 Februari 2012

GARIS PANDUAN PENUTUPAN TENDER / SEBUTHARGA

Untuk rujukan bersama bagi mengelakkan tender atau sebutharga ditolak atau tidak diterima oleh pejabat atau jabatan yang memanggil tender atau sebutharga.
  • Pastikan Pejabat, Tarikh dan Waktu penutupan seperti dinyatakan dalam iklan/kenyataan  tender/addendum (jika ada). 
  • Pastikan Dokumen Tender/Sebutharga dilengkapkan dengan mematuhi “Senarai Semakan Mengemukakan Tender” (jika berkenaan) dan “Arahan kepada Pentender” (jika berkenaan). 
  • Pastikan Dokumen Tender/Sebutharga dan dokumen-dokumen sokongan di masukkan dalam sampul surat dan dilakri.  Nombor tender, nama projek dan alamat tempat tender ditutup  hendaklah ditulis dengan terang pada sampul surat. 
  • Bagi penghantaran dengan pos pastikan ia boleh sampai sebelum tarikh tutup tender dan  alamat tempat tutup dinyatakan dengan “tepat”. 
  • Bagi penghantaran dengan “Perkhidmatan Penghantaran Cepat”, pastikan ianya diuruskan  oleh pentender sendiri untuk mengelakkan tender tidak diterima disebabkan oleh nama  penghantar tidak terdapat di dalam senarai pembeli dokumen. 
  • Bagi penghantaran melalui “Wakil” pastikan beliau mengetahui nama pentender yang membeli Dokumen Tender/Sebutharga. 
  • Perhatian - Tender yang sampai lewat daripada waktu tutup sama sekali tidak boleh diterima walau di atas apa jua alasan sekalipun.

Ahad, 18 Disember 2011

Faktor Kegagalan Kontraktor Dalam Proses Penilaian Tender

Terdapat beberapa faktor yang telah dikenalpasti yang menyebabkan kegagalan kepada kontraktor ketika penilaian laporan analisa tender yang seperti berikut:

  • Gagal menurunkan tandatangan pada borang tender (Form of Tender)
  • Gagal meletakan tempoh siap kerja pada borang tender (Form of Tender)
  • Penandatangan untuk borang tender adalah terdiri daripada individu yang tidak diberi kuasa 
  • Gagal mengemukakan salinan penyata akaun terkini syarikat misalnya dalam tempoh 3 bulan terakhir
  • Gagal mengemukakan senarai terkini pengalaman kerja serta senarai kerja di dalam tangan
  • Tempoh pendaftaran syarikat bersama Pusat Khidmat Kontrak (PKK) atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah tamat tempoh ketika tarikh tutup tender
  • Tidak memiliki pengalaman kerja yang berkaitan dengan kerja yang ditawarkan, contohnya, sekiranya, kerja yang ditender adalah berkaitan dengan pembinaan jambatan, kontraktor yang masuk tersebut mempunyai latarbelakang pengalaman berkaitan pembinaan bangunan, maka ia sukar untuk dipertimbangkan
  • Tidak mempunyai bilangan kakitangan teknikal yang mencukupi, misalnya untuk projek Kelas A, syarikat kontraktor perlu mempunyai beberapa orang pekerja teknikal yang mempunyai kelayakan dalam bidang ikhtisas pembinaan
  • Tidak mempunyai kelengkapan loji yang mencukupi
  • Mempunyai terlalu banyak bilangan kerja semasa di dalam tangan
  • Mempunyai masalah prestasi kerja yang buruk ditempat lain
  • Mempunyai kecairan modal yang lemah
  • Tidak mengisi dan melengkapkan borang Integrity Pact

    Khamis, 30 Jun 2011

    Syarat Kepada Kontraktor Kelas A Untuk Mengemukakan 'Balance Sheet'; Bagi Tujuan Penilaian Tender

    Penilaian Tender ialah satu proses yang digunakan bagi menilai kemampuan petender yang memasuki sesuatu tender. Salah satu kriteria yang biasa digunakan dalam penilaian tender ialah berkaitan keupayaan kewangan.

    Dalam penilaian keupayaan kewangan, para petender hanya disyaratkan mengemukakan Salinan Penyata Akaun untuk 3 bulan terakhir atau Salinan Lembaran Imbangan atau 'Balance Sheet' syarikat yang diaudit juga untuk tempoh 3 tahun terakhir bagi tujuan penilaian.

    Walaubagaimanapun, bagi tujuan penambahbaikan, Kementerian Kewangan melalui Surat Arahan Perbendaharaan bertarikh 18 Mac 2011 ruj: S/K.KEW/PP/1100/000000/10/31 JLD.30 SK.9(3) telah mengeluarkan arahan terkini berkaitan Penilaian Tender dimana, Untuk Perolehan Kerja Yang Membabitkan Projek Kontraktor Kelas A, Para Petender Diwajibkan mengemukakan Laporan Lembaran Imbangan atau 'Balance Sheet' Untuk Tempoh 3 Tahun Terakhir Dan Di Audit Oleh Juruaudit Bertauliah. Kegagalan berbuat demikian, tender yang dikemukakan oleh Petender Kelas A Tersebut akan ditolak.
    Oleh yang demikian, Syarikat-syarikat Kontraktor Kelas A, perlu menitikberatkan perkara ini semasa proses mengisi tender agar ia diterima dan diproses pihak atau agensi jabatan kerajaan yang mempelawanya.

    Jumaat, 11 Februari 2011

    Perolehan ~ Tender

    Perolehan tender adalah satu kaedah yang boleh dijalankan oleh agensi-agensi atau jabatan kerajaan untuk tujuan melaksanakan kerja, membekal barangan atau perkhidmatan.

    Dalam rencana ini, perolehan tender yang akan difokuskan adalah dalam skop perlaksanaan tender 'kerja'. Perolehan tender kerja kebiasaannya adalah menggunakan lesen pendaftaran di bawah Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).

    Nilai kontrak untuk perolehan tender adalah bermula dari RM 500,000.00 dan ke atas. Ini bermakna, kelas pendaftaran PKK yang boleh dipanggil secara tender adalah bermula dari kelas D sehingga kelas A. Setiap kelas pendaftaran kontraktor mempunyai had perolehan yang berbeza yang disenaraikan seperti berikut:

    Kelas A = RM 10 Juta Keatas
    Kelas B = RM 5 Juta - RM 10 Juta
    Kelas C = RM 2 Juta - RM 5 Juta
    Kelas D = RM 500,000.00 - RM 2 Juta

    Prosedur pemanggilan tender adalah bermula dengan pengeluaran notis iklan tender di akhbar-akhbar utama tempatan seperti Utusan Malaysia atau Berita Harian dalam tempoh masa 21 hari. Lawatan tapak akan diadakan sekiranya perlu.

    Setelah tender ditutup, laporan penilaian tender akan disediakan bagi tujuan untuk menganalisa dan menilai kemampuan kontraktor dari segi kesempurnaan dokumen, keupayaan kewangan, bilangan kerja di dalam tangan dan pengalaman kerja lepas.

    Laporan penilaian tender yang telah siap, akan dimajukan ke Lembaga Perolehan Tender Agensi bagi tindakan pemilihan kontraktor yang layak untuk melaksanakan kerja.

    Kontraktor yang telah dipilih oleh Lembaga Perolehan Tender akan dikeluarkan Surat Setujuterima Tender (L.A) bagi tindakan memulakan kerja di tapak.

    Sabtu, 29 Januari 2011

    Perolehan ~ Sebutharga

    Sebutharga ialah salah satu kaedah perolehan yang boleh dilaksanakan oleh pihak majikan atau klien. Ia boleh digunakan untuk perolehan secara bekalan, perkhidmatan atau kerja. Perolehan secara bekalan atau perkhidmatan adalah menggunakan sijil pendaftaran di bawah Kementerian Kewangan (KK). Manakala perolehan sebutharga melalui 'Kerja' adalah menggunakan lesen pendaftaran yang dikeluarkan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

    Had kewangan untuk perolehan sebutharga ialah RM 50,000.00 sehingga RM 200,000.00. Walaubagaimanapun, Kementerian Kewangan Malaysia (KK) melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) 5/2009 (rujuk: http://www.treasury.gov.my/pekeliling/spp/spp052009.pdf) telah meminda had kewangan perolehan sebutharga tersebut dari RM 200,000.00 kepada RM 500,000.00. Oleh demikian, pihak agensi atau jabatan adalah dibenarkan untuk melaksanakan perolehan secara sebutharga daripada had RM 50,000.00 sehingga RM 500,000.00.

    Kebaikan yang diperolehi daripada pindaan tersebut ialah, ia akan membantu mempercepatkan proses perolehan dan pelaksanaan kerja, bekalan atau perkhimatan.

    Selasa, 25 Januari 2011

    Perolehan

    Perolehan ialah satu kaedah pembelian bagi mendapatkan atau memperolehi sesuatu barangan, melaksanakan perkhidmatan atau kerja. Ia terbahagi kepada beberapa kategori yang diperincikan seperti berikut:
    a) Tender
    b) Sebutharga Rasmi
    c) Sebutharga Kecil
    d) Pembelian Runcit
    e) Requisition
    Perbezaan diantara kategori perolehan tersebut akan dihuraikan, pada sisipan akan datang.