Current Visitor

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Ahad, 25 September 2011

Info - Litar F1 Singapore

INFO
Fakta litar perlumbaan
  • Litar Jalan Singapura ialah sebuah litar berasaskan jalan di sekitar Marina Bay dan ia merupakan venue untuk Grand Prix Singapura. 
  • Litar tersebut direka oleh KBR daripada pengubahsuaian reka bentuk asli yang dicadangkan oleh Hermann Tilke.
  • Panjang litar: 5,067 meter
  • Luas litar: 10 m hingga 15 meter
  • Litar F1 Singapura mempunyai 24 selekoh dan perlumbaan akan dilakukan secara berlawanan jam
  • Perlumbaan F1 Singapura akan melalui 10 hotel bertaraf lima bintang, termasuk tempat dan bangunan bersejarah Dewan Bandaraya.
  • Selain melalui banyak bangunan bersejarah, perlumbaan F1 Singapura juga akan menggunakan Jambatan Anderson berusia 100 tahun
  • Tempat duduk penonton akan diletakkan setiap empat kilometer litar
  • Jumlah tempat duduk: 80,000
  • Lampu: Teknologi yang disediakan membolehkan pemandu berlumba dengan selamat, sama ada di jalan kering atau basah. Krew televisyen juga boleh mendapatkan sudut menarik untuk tontonan umum
Panomara Litar F1 Singapore 1

Panomara Litar F1 Singapore2

Panomara Litar F1 Singapore3

Panomara Litar F1 Singapore4
Panomara Malam Litar F1- Singapore
Panomara Malam Litar F1- Singapore

Peta Litar F1- Singapore




Sabtu, 24 September 2011

Design Guarantee Bond

Merujuk kepada klausa 22.2 Borang JKR 203 / 2007 ada menyatakan untuk setiap projek yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan mengkehendaki supaya pihak kontraktor menyediakan Design Guarantee Bond yang bernilai 5% daripada nilai kontrak yang mempunyai 'design'.

Bon Jaminan Rekabentuk ( Design Guarantee Bond) boleh disediakan oleh pihak bank atau institusi kewangan. Bon Jaminan Rekabentuk ini perlu disediakan sebaik sahaja Sijil Perakuan Siap Kerja atau Certificate Of Practical Completion (CPC) dikeluarkan. Tempoh bon ini perlu sah sehingga tempoh 5 tahun dari tarikh CPC dikeluarkan.

Sekiranya, pihak kontraktor gagal menyediakan Bon Jaminan Rekabentuk ini, pihak kerajaan berhak menuntut melalui Bon Pelaksanaan yang telah disediakan ketika awal projek bermula.

Selasa, 6 September 2011

Info - Lebuhraya Senai-Desaru

Jambatan Lebuhraya Senai Dearu yang merentasi Sungai Johor

Lebuhraya Senai - Desaru adalah sebuah Lebuhraya yang terletak di dalam negeri Johor Darul Ta'zim. Ia merupakan Lebuhraya ketiga (3) terpanjang di Malaysia selepas Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Ia dibuka secara rasmi kepada pengguna awam pada 10 June 2011.

Ia dibina bagi menghubungkan antara kawasan Senai dengan Desaru. Objektif pembinaan lebuhraya ini adalah untuk menyingkatkan masa perjalanan daripada Senai ke Desaru daripada 2 jam kepada 40 minit. Selain itu, ia adalah bertujuan untuk merancakkan pembangunan yang sedang dijalankan di Iskandar Malaysia dan membantu meningkatkan ekonomi dan kawasan pelancongan yang terletak di Desaru 

Panjang Lebuhraya ini ialah 77 kilometer. Ia mula dibina pada tahun 2004 dengan meliputi 2 fasa. Fasa pertama yang merangkumi pembinaan dari Senai ke Pasir Gudang sejauh 50 km telah siap pada Ogos 2009. Manakala fasa kedua yang mengubungkan antara Cahaya Baru, Masai hingga Desaru telah siap pada Jun 2011.

Laluan Senai Desaru
Kos pembinaan Lebuhraya ini dianggarkan berjumlah sekitar RM 1.365 Billion. Pemilik konsesi lebuhraya ini ialah Syarikat Senai Desaru Expressway Berhad atau SDE.

Persimpangan Utama Senai

Persimpangan Bandar Senai

Persimpangan Ulu Tiram

Persimpangan Cahaya Baru

Persimpangan Pasir Gudang

Persimpangan Penawar

Lebuhraya ini mempunyai 6 persimpangan iaitu Persimpangan Utama Senai, Persimpangan Bandar Senai, Persimpangan Ulu Tiram, Persimpangan Cahaya Baru, Pesimpangan Pasir Gudang dan Persimpangan Penawar. Ia dilengkapi dengan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di kawasan 'Layang' yang terletak KM 31 (arah barat) dan KM 32 (arah timur).

Jadual Kadar Tol 

Untuk keterangan lanjut, sila layari pautan berikut  http://www.e22.com.my

Rabu, 24 Ogos 2011

Perkhidmatan Menyediakan Jadual Kerja @ Critical Path Method (CPM)

Projek bermaksud sesuatu kerja yang telah ditawarkan oleh pihak Klien bagi dilaksanakan oleh pihak kontraktor yang terpilih. Pihak kontraktor yang dipilih perlu merancang kerja supaya ia dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan mengikut kehendak yang ditetapkan oleh pihak klien. Ia perlu mengintegrasikan penggunaan sumber-sumber seperti buruh dan bahan binaan.

Kegagalan kontraktor merancang atau menjadualkan kerja akan mengakibatkan permasalahan-permasalahan seperti kelewatan penyiapan, projek tertangguh atau gagal disiapkan.

Oleh demikian, adalah menjadi satu keperluan kepada pihak kontraktor untuk menyediakan satu jadual kerja yang teratur bagi memastikan projek dapat dilaksanakan dengan teratur dan disiapkan dalam waktu yang ditetapkan. Seperti sedia maklum, pada setiap kontrak, ada memperuntukan untuk kos menyediakan jadual kerja atau work programme yang selalu dimasukan dalam item kerja-kerja awalan atau preliminaries.

Terdapat beberapa kaedah dalam penyediaan Jadual Kerja iaitu seperti menggunakan perisian excel, microsoft project atau primavera. Kaedah yang paling meluas dan selalu digunakan untuk menyediakan Jadual Kerja atau CPM adalah melalui microsoft project.

Contoh Work Programme yang menggunakan Perisian Microsoft Project
Sekiranya tuan-tuan  merupakan pemilik-pemilik syarikat kontraktor yang tidak mempunyai kepakaran  atau  tenaga kerja untuk  menyediakan Work Programme melalui Microsoft Project. Anda boleh mendapatkan perkhidmatan menyediakan Work Programme disini dengan kadar bayaran yang berpatutan seperti yang diperincikan berikut:

  • Kontraktor Kelas A = RM 1000.00
  • Kontraktor Kelas B = RM 750.00
  • Kontraktor Kelas C = RM 500.00
  • Kontraktor Kelas D = RM 300.00
  • Kontraktro Kelas E = RM 200.00
Untuk keterangan lanjut, sila emailkan kepada chee_lin@yahoo.com  atau hubungi 012-3875655



Selasa, 23 Ogos 2011

Senarai Kuantiti @ Bill Of Quantity (BQ)

Senarai Kuantiti atau Bill Of Quantity (BQ) adalah senarai bahan yang dihasilkan oleh Juruukur Bahan melalui pengukuran yang dibuat ke atas lukisan yang disediakan oleh perunding Arkitek atau Jurutera Awam.

Senarai Kuantiti (BQ) mengandungi perkara-perkara penerangan seperti 'Kerja-kerja Awalan', 'Speksifikasi', Wang Kos Prima, Wang Peruntukan Sementara, Wang Luar Jangka dan lain-lain.

Senarai Kuantiti (BQ) yang disediakan oleh Jurukur Bahan (QS) adalah bersandarkan kepada SMM atau Malaysia Standard Method Measurement of Building Works keluaran Pertubuhan Juruukur Malaysia (ISM) bagi kerja-kerja Bangunan atau berasaskan kepada Malaysia Standard Method Of Measurement for Civil Engineering Works (CESMM) yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Indsutri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk kerja-kerja kejuruteraan sivil.

CESMM

SMM

CESMM

Terdapat beberapa kegunaan hasil daripada Senarai Kuantiti (BQ) yang dihasilkan oleh Juruukur Bahan (QS) yang diringkaskan seperti berikut:

  • Berfungsi sebagai dokumen tender
  • Berfungsi sebagai dokumen kontrak
  • Menjadi asas penyediaan perakuan interim
  • Menjadi asas penilaian kerja perubahan (VO)
  • Membantu pengurusan kerja Kontraktor
  • Menjadi asas maklum balas kepada Kontraktor
  • Menjadi punca data kos kepada Juruukur Bahan (QS)

Khamis, 18 Ogos 2011

Hebahan Kursus Pengurusan Kontrak (Oktober 2011) : Kontrak Konvensional JKR 203


Untuk Makluman anda yang berada di kawasan selatan Malaysia iaitu termasuk Johor dan Melaka. Pihak CP Training Consultant akan menganjurkan kursus berikut pada sepanjang bulan Oktober 2011


Bil
Tajuk Kursus
Tarikh Kursus
Hari
Venue
Bayaran (RM)*
1

KURSUS PENGURUSAN KONTRAK: KONTRAK KONVENSIONAL JKR 203/203A (Rev. 2007)

17-Oktober-11
18-Oktober-11
2
Hotel Grand Paragon, Johor Bahru
      850.00







* Catatan: Tidak termasuk kos penginapan

Untuk keterangan lanjut, bolehlah berhubung kepada nombor telefon berikut: 03-4042 8500, 012-6303411 atau 012-6303737 atau layari pautan berikut :  http://www.cptraining.com.my/

Jom Kenali- Lebuhraya Guthrie (GCE)

Lebuhraya Guthrie atau GCE merupakan sebuah lebuhraya yang terletak di kawasan Lembah Kelang. Ia menghubungkan antara kawasan Rawang dan Shah Alam. Mengikut sejarah, ia telah dibangunkan pada tahun 2002 dan siap pada April 2005. Lebuhraya ini telah dibuka secara rasmi kepada orang awam bermula Julai 2005.




Lebuhraya ini telah dimiliki oleh Prolintas Experessway Sdn Bhd yang merupakan salah sebuah anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB)
Ringkasan speksifikasi lebuharaya GCE ini adalah seperti berikut:
  • Panjang lebuhraya ialah sepanjang 25 kilometer
  • Mempunyai 4 persimpangan iaitu Persimpangan Shah Alam, Persimpangan Bukit Jelutong NKVE, Persimpangan Bukit Jelutong Central dan Persimpangan Bukit Jelutong Utara
  • Mempunyai 3 Plaza Tol secara terbuka iaitu Plaza Tol Bukit Jelutong, Plaza Tol Elmina, Plaza Tol Lagong
  • Mempunyai 2 lorong
  • Mempunyai 2 kawasan Rehat dan Rawat (R&R) iaitu di Elmina (Arah Utara dan Selatan)
  • Kemudahan yang terdapat lebuhraya GCE adalah seperti dilengkapkan oleh kemudahan wifi, Pusat Sistem Kawalan Trafik dan mesin tol secara elektronik atau manual 
Jadual bayaran tol adalah seperti berikut:
Jadual Tol Lebuhraya GCE