Current Visitor

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sabtu, 19 November 2011

Jom Kenali Lebuharaya Kajang- Seremban (LEKAS)

Lebuhraya Kajang- Seremban atau LEKAS (E21) adalah lebuhraya yang dibina bagi menghubungkan antara Kajang dan Seremban. Panjang lebuhraya ini ialah 48.50 kilometer.

Ia dibangunkan dan dimiliki secara konsesi oleh syarikat Lebuhraya Kajang- Seremban Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat IJM.

Lebuh raya ini merupakan laluan alternatif kepada pengguna-pengguna yang menuju ke selatan selain daripada Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dan Lebuhraya Persekutuan sedia ada.

Ia juga dibina untuk bertujuan untuk menjana pembangunan di kawasan persekitarannya khususnya di Nilai, Semenyih, Beranang, Mantin, Pajam dan Batang Benar

Ia dibuka secara rasmi pada 22 Ogos 2008 dan bayaran tol mula dikenakan mulai 4 Oktober 2008.

Terdapat 7 buah persimpangan dibina disepanjang lebuhraya LEKAS yang terdiri seperti berikut:
  • Persimpangan bertingkat Kajang Selatan
  • Persimpangan Bertingkat Semenyih
  • Persimpangan Bertingkat Pajam
  • Persimpangan Bertingkat Mantin
  • Persimpangan Bertingkat Setul
  • Persimpangan Bertingkat Ampangan
  • Persimpangan Bertingkat Paroi
Sistem tol LEKAS terdiri daripada dua iaitu secara tertutup yang merangkumi dari Kajang Selatan sehingga Setul. Manakala sistem tol secara terbuka digunakan dikawasan Setul dan Ampangan.
Berikut adalah serba sedikit panorama Lebuhraya LEKAS untuk tatapan bersama:

Sistem Tol LEKAS

Plaza Tol Semenyih


Lebuhraya LEKAS







Plaza Tol Ampangan

Khamis, 17 November 2011

Anggaran Untuk Kerja-Kerja Awalan

Kerja-kerja awalan atau preliminaries adalah salah satu item yang terletak pada bahagian awalan Senarai Kuantiti (BQ) pada sesuatu projek.

Ia merangkumi perkara-perkara seperti penyediaan insuran, bon pelaksanaan, hoarding, safety measures, mesyuarat tapak, laporan kemajuan projek, kebersihan dan lain-lain perkara yang dirasakan perlu oleh pihak klien.

Untuk menyediakan anggaran untuk kerja-kerja awalan, berkemungkinan menjadi kesukaran kepada kontraktor terutamanya yang baru menceburi bidang construction.

Oleh yang demikian, bersama-sama ini dikemukakan anggaran untuk pengiraan kerja-kerja awalan berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu  Buku Kos Purata Semeter Persegi Kerja-kerja Pembinaan Bangunan Terbitan 2/2010

Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari Buku Kos Purata Semeter Persegi Kerja-Kerja Pembinaan Bangunan Terbitan 2/2010, adalah didapati kebanyakan pihak kontraktor yang melaksanakan kerja dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan terdiri daripada Kelas E sehingga Kelas A membuat pengiraan untuk kerja-kerja awalan adalah dalam purata 6% daripada harga kontrak.

Sebagai contoh mudah, sekiranya kontraktor membuat anggaran untuk memasuki sesuatu projek seperti membina sebuah jeti dengan anggaran kos sebanyak RM 1 Juta, kos untuk kerja-kerja awalan bolehlah diandaikan  sebanyak RM 60,000.00 yang mewakili 6% daripada anggaran kos kerja.

Sekian Terima Kasih dan selamat mencuba

Selasa, 15 November 2011

Perakuan Muktamad @ Final Account

Menurut Klausa 31, Borang JKR 203A versi 2007, pihak kontraktor adalah dikehendaki untuk mengemukakan segala butiran tuntutan bagi tindakan penyediaan perakuan muktamad kepada pihak klien tidak lebih 3 bulan daripada Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) dikeluarkan.

Sebagai contohnya jika CPC dikeluarkan pada 1 Januari 2011, pihak kontraktor mesti menghantar segala butiran tuntutan kerja tidak melebihi daripada 31 Mac 2011.

Sekiranya, pihak kontraktor gagal mengemukakan segala dokumen tersebut, pihak klien boleh menggunakan butiran yang sediaada. Tindakan ini boleh dianggap sebagai liabiliti yang ditanggung oleh pihak klien atau kerajaan adalah terlepas.

Dalam masa 3 bulan selepas tamat Tempoh Liabiliti Kecacatan (DLP) atau 3 bulan selepas pengeluaran Sijil Siap Memperbaiki Kecacatan (CMGD), satu perakuan muktamad atau 'final account' perlu dikeluarkan kepada pihak kontraktor mengikut mana yang terkemudian.

Bayaran keatas perakuan muktamad hanya boleh dilepaskan selepas pihak kontraktor mengemukakan 'Akuan Statutori' kepada Pegawai Penguasa (SO) projek tersebut.


Khamis, 10 November 2011

Proses Pelantikan Perunding - Pelawaan Terhad

Proses pelantikan perunding ada diterangkan di dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil 2/2011. http://www.treasury.gov.my/pekeliling/spp/spp022011.pdf . Ia terbahagi kepada 4 jenis perolehan iaitu secara Lantikan Terus Beserta Kos Siling (LTKBS), Pelawaan Terhad, Pelawaan Terbuka (dengan Pre-Q) atau Pelawaan Terbuka (tanpa Pre-Q).

Dalam artikel ini akan menerangkan tentang Proses Pelantikan Perunding - Pelawaan Terhad

Proses Pelawaan Terhad adalah digunapakai untuk projek yang bernilai RM 5 Juta - RM 50 Juta atau kos kajian tidak melebihi RM 2 Juta

Proses-proses yang terlibat dalam Pelawaan Terhad adalah seperti berikut:
  1. Pegawai Pengawal (PP) memberi kebenaran
  2. Sediakan Term Of Reference (TOR) dan anggaran kos oleh JPP (Jawatankuasa Penilaian Perunding)
  3. Sediakan Kertas Perakuan Senarai Pendek Perunding
  4. Agensi melalui JPP memperakukan 3 - 10 perunding yang dipilih melalui sistem e-perunding
  5. Kelulusan Term Of Reference (TOR) dan perincian kos
  6. Kelulusan senarai pendek oleh JPP
  7. Pengeluaran Surat Pelawaan kepada pihak perunding yang disenaraipendek
  8. Penerimaan CTK (Cadangan Teknikal Dan Kewangan) dari pihak perunding
  9. Syor pelantikan perunding oleh JPP
  10. Pertimbangan oleh PBM (Pihak Berkuasa Melantik) yang kebiasaannya terdiri daripada Lembaga Peroleh B Agensi
  11. Pelarasan harga oleh JPP
  12. Pengeluaran Surat Setujuterima (LA) kepada perunding
  13. Tandatangan perjanjian bersama perunding
  14. Proses pelaksanaan dan pembayaran

Proses Pelantikan Perunding - Lantikan Terus Beserta Kos Siling (LTKBS)

Proses pelantikan perunding ada diterangkan Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil 2 / 2011. http://www.treasury.gov.my/pekeliling/spp/spp022011.pdf  Ia terbahagi kepada 4 jenis perolehan iaitu secara Lantikan Terus Beserta Kos Siling (LTKBS), Pelawaan Terhad, Pelawaan Terbuka (dengan Pre-Q) atau Pelawaan Terbuka (tanpa Pre-Q).

Dalam artikel ini akan menerangkan tentang Proses Pelantikan Perunding - Lantikan Terus Berserta Kos Siling (LTKBS).

Proses LTKBS adalah digunapakai untuk projek yang bernilai RM 5 Juta ke bawah atau kos kajian tidak melebihi RM 500 Ribu.

Proses-proses yang terlibat dalam LTKBS adalah seperti berikut:
  1. Pegawai Pengawal (PP) memberi kebenaran
  2. Sediakan Term Of Reference (TOR) dan anggaran kos oleh JPP (Jawatankuasa Penilaian Perunding)
  3. Sediakan Kertas Perakuan Pelantikan & Kos Siling
  4. Agensi melalui JPP memperakukan 1  atau lebih perunding yang dipilih melalui sistem e-perunding
  5. Pertimbangan pemilihan perunding oleh PBM (Pihak berkuasa Melantik) yang kebiasaannya oleh Jawatankuasa Sebutharga (JKSH) Agensi
  6. Pengeluaran Surat Pelawaan kepada Perunding
  7. Penerimaan CTK (Cadangan Teknikal Dan Kewangan) dari pihak perunding
  8. Rundingan & Muktamadkan kos perunding
  9. Pengeluaran Surat Setujuterima (LA) kepada perunding
  10. Tandatangan perjanjian bersama perunding
  11. Proses pelaksanaan dan pembayaran

 

Khamis, 3 November 2011

Pendudukan Separa

Sekiranya terdapat pada bahagian-bahagian tertentu pada suatu projek telah mencapai penyiapan praktikal, pihak klien boleh mendapat persetujuan secara bertulis daripada kontraktor untuk mengambil milik dan menduduki bahagian tersebut secara 'separa'.

Perkara-perkara berikut perlu dipatuhi, sekiranya pelaksanaan 'Pendudukan Separa' dijalankan:
  • Satu Perakuan Pendudukan Separa hendaklah dikeluarkan dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh pemilikan dan pendudukan sebahagian Kerja tersebut. Perakuan tersebut hendaklah menyatakan nilai anggaran bagi bahagian Kerja yang diambil milik dan diduduki
  • Tempoh Tanggungan Kecacatan bagi bahagian Kerja yang diambil milik dan diduduki hendaklah bermula sama dengan tarikh penyiapan praktikal bagi seksyen atau bahagian tersebut
  • Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan yang dinyatakan di dalam Kontrak akan dikurangkan mengikut kadar jumlah nilai bahagian yang diambil milik dan diduduki berbanding Jumlah Harga Kontrak
  • Peruntukan Kontrak mengenai Insurans dan pelepasan Bon Pelaksanaan adalah tidak berubah
  • Perakuan Siap Memperbaiki Kecacatan (CMGD) hendaklah dikeluarkan mengikut bahagian kerja yang telah diambil milik dan diduduki.

    Rabu, 2 November 2011

    JADUAL KADAR HARGA 2010 UNTUK KERJA-KERJA JPS

    JADUAL KADAR HARGA 2010 UNTUK KERJA-KERJA JPS