Current Visitor

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Jumaat, 30 Mac 2012

STANDARD SPECIFICATIONS FOR BUILDING WORKS 2005 BY JKR


Buku Standard Specifications For Building Works 2005 adalah dikeluarkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi digunakan untuk pelaksanaan projek baik diperingkat kerajaan atau swasa.

Sekiranya, anda berminat untuk memuaturun , SILA KLIK DISINI

Isnin, 26 Mac 2012

Kursus Sarjana Muda Sains Pembinaan

Kursus Sarjana Muda Sains Pembinaan adalah salah satu kursus yang ditawarkan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Antara universiti awam yang menawarkan jurusan ini ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Mengikut kebiasaan pelajar yang mempunyai Diploma di dalam jurusan Ukur Bahan, Senibina, Bangunan atau Kejuruteraan Awam juga boleh menyambung kepada pengajian Ijazah Pertama Sains Pembinaan.

Manakala pelajar-pelajar dari lepasan SPM pula, boleh memohon terus untuk mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Pembinaan melalui permohonan selepas keputusan SPM diumumkan. Tempoh pengajian untuk lepasa SPM biasa dianggarkan selama 5 tahun.

Lulusan kursus Sains Pembinaan biasa diajar atau dilatih untuk menjadi seorang Jurubina, Pengurus Projek atau Kontraktor apabila tamat pengajian kelak.

Antara subjek-subjek yang diikuti oleh para pelajar universiti semasa pengajian Sains Pembinaan adalah seperti Teknologi Bangunan, Kejuruteraan Awam, Kemudahan Bangunan (Building Services), Pengurusan Projek, Tatacara Profesional dan lain-lain lagi.

Peluang kerja untuk lepasan jurusan Sains Pembinaan adalah terbuka luas untuk berkhidmat bersama syarikat-syarikat kontraktor bangunan, pemaju perumahan, kejuruteraan awam, gas dan lain-lain.

Semoga maklumat ringkas ini dapat membantu kepada sesiapa yang berkaitan.

Ahad, 25 Mac 2012

Tahukah Anda : Perunding Juga Dikenakan LAD

Tahukah anda, perunding yang dilantik oleh kerajaan untuk melaksanakan projek-projek kerajaan secara konvensional yang merangkumi kerja-kerja penyediaan rekabentuk dan pengawasan di tapak juga boleh dikenakan denda LAD sekiranya kelewatan tersebut berpunca daripada perunding tersebut.

Kaedah pengiraan LAD kepada perunding adalah serupa dengan pengiraan yang dikenakan kepada kontraktor dengan kadar LAD minimum satu hari adalah RM 100.00 sahaja.

Sabtu, 24 Mac 2012

Kerjaya Arkitek Landskap

Pengenalan

Senibina Landskap (Landscape Architecture) adalah satu profeasion yang diiktirafkan sebagai satu bidang kerja yang tertumpu kepada rekabentuk persekitaran luaran (External Spaces), pembinaannya, serta kerja-kerja berkaitan untuk memastikan kerja-kerja tersebut adalah bersesuaian dengan fungsi dan kegunaan (Function & Use) sesuatu kawasan. Ianya menitik beratkan rekabentuk persekitran alam yang melibatkan kerja-kerja seperti analisis setempat, perancangan dan pemilihan tapak untuk pembangunan, rekabentuk, susun atur tapak serta pengawasan terhadap pembangunan sesuatu projek. Sejak kebelakangan ini skop profesion ini juga meliputi bidang rekabentuk bantuan komputer (CAD), perancangan ekologi, kajian mengenai persekitaran alam dan tempat-tempat yang mempunyai nilai sejarah.

Tugas sebagai Arkitek Lanskap

Bidang tugas seorang Arkitek Landskap terbahagi kepada empat skop utama, iaitu Kajian Perancangan Pelan Induk, Kajian Pelan-Pelan Tempatan dan Struktur, Kajian Kebekesanan Alam Sekitar(EIA) dan Projek-Projek Landskap spesifik.

Perancangan Pelan Induk

Didalam skop kerja ini, Arkitek Landskap bersam-sama dengan ahli-ahli iktisas yang lain bekerjasama dalam mewujudkan konsep pembangunan dan perancangan pelan induk berdasarkan kepada faktor-faktor alam sekitar serta sumber-sumber landskap sedia ada serta menyediakan cadangan awal pembangunan termasuklah penyediaan pelan induk landskap, kos pembangunan dan strategi-strategi pembangunan landskap yang mengambilkira perancangan keseluruhan pembangunan.

Kajian Pelan Tempatan dan Struktur

Berdasarkan kepada Akta Perancangan Bandar, salah satu aspek kajian ialah landskap dan kawasan persekitarannya, sumber-sumber landskap sedia ada, serta mengariskan panduan pembangunan landskap untuk digunapakai oleh Kerajaan Tempatan, Projek-Projek serta kos pembangunan landskap yang dikenal pasti untuk dimajukan dibawah Kerajaan Tempatan.

Kajian keberkesanan Alam Sekitar

Aspek landskap meliputi kajian nilai landskap dan kawasan persekitarannya semasa sama ada ianya dipelihara ataupun perlu digantikan landskap yang baru berdasarkan kepada keperluan pembangunan tersebut. Nilai-nilai positif dan negatif akan dikaji dan juga perlu atau satu pelan pembangunan landskap yang menyeluruh perlu sidediakan bagi mengurangkan kesan-kesan negatif alam sekitar yang wujud akibat daripada pembangunan satu-satu projek.

Projek-projek Lanskap Spesifik

Skop kerja ini merupakan tugas typikal dan tugas utama ialah merancang dan merekabentuk landskap kawasan-kawasan seperti berikut:
  • Perumahan / Kondominium
  • Pejabat / Perindustrian / Kompleks
  • Perdagangan
  • Pinggir Sungai, tasik, laut / empangan
  • Sistem laluan pejalan kaki, basikal / kenderaan
  • Kawasan tinggalan sejarah
  • Tebus guna tanah / tanah terbiar/ bekas lombong
  • Taman Bandar / Zoo / Pertanian / Kejiranan / Lapang
  • Kawasan peranginan / pelancongan
  • Padang Golf / Kelab Golf
Elemen-elemen landskap yang dicadangkan biasanya merangkumi landskap lembut dan kejur. Diantaranaya seperti penggunaan tumbuh-tunbuhan, badan-badan air, lampu-lampu landskap, binaan batu tiruan, sistem pengairan,laluan pejalan kaki, mall, perabut landskap/ jalan/taman seperti bangku, tong sampah, alat-alat permainan, papan tanda / petunjuk arah; air terjun. Air pancut, wakaf, jambatan pejalan kaki dan sebagainya.
Proses merekabentuk dan menjayakan sesuatu Planskapan meliputi ;
  • Analisis keperluan pelanggan
  • Analisis kebaikan dan kelemahan tapak projek
  • Membentuk pelan awal yang menepati keperluan pelanggan dan bersesuaian dengan tapak projek serta syarat-syarat yang ada
  • Perbincangan pelan awal dengan pelanggan
  • Membentuk pelan akhir dan lukisan kerja
  • Membuat permohonan untuk kelulusan pelan landskap dan lain-lain berkaitan kepada Pihak Berkuasa Tempatan
  • Membantu dalam penyediaan kontrak kerja
  • Menyediakan spesifikasi kerja-kerja landskap serta Bil of Quantity
  • Membantu pelanggan memilih kontraktor
  • Pengawasan kerja-kerja pembinaan
  • Membuat syor bagi pembayaran kepada kontraktor
  • Sijil Siap Kerja bagi pembinaan landskap. 
  •  
Latihan Ikhtisas
Latihan Iktisas mandatori bagi seorang Arkitek Landskap (perlulah dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf) termasuklah:
  • Prinsip-prinsip perancangan (Physical Planning)
  • Prinsip-prinsip Senibina (Architecture)
  • Prinsip-prinsip Senibina Landskap (Landscape Architecture)
  • Prinsip-prinsip Rekabentuk (Physical Design)
  • Prinsip-prinsip Rekabentuk Tanaman (Planting Design)
  • Prinsip-prinsip kejuruteraan (Basic Engineering)
  • Prinsip prinsip ukur tanah
  • Geologi dan Sains Tanah
  • Sains Tumbuhan
  • Ekologi
  • Biologi
  • Botani
  • Saliran dan Pengairan (Drainage dan Irrigation)
  • Sains Kemasyaratan (Social Science + Human/Animal Behavioral Science + Psycology)
  • Lukisan Teknikal
  • Dokumen Kontrak (Contract Documentation and Specification)
  • Amalan Iktisas
  • Latihan Praktikal
Untuk keterangan lanjut berkenaan Profesion Arkitek Landskap, sila hubungi:

INSTITUT ARKITEK LANDSKAP MALAYSIA (ILAM)
Jabatan Landskap Negara
Tingkat 7, Plaza IGB
Jalan Kampar, Off Jalan Tun Razak
50786 Kuala Lumpur
atau 

Rabu, 21 Mac 2012

SPP 01/2012- Prosedur Penutupan Akaun Bagi Kontrak Kerja

Kementerian Kewangan (KK) Malaysia melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 1 /2012 bertarikh 5 March 2012, telah menyatakan tentang prosedur penutupan akaun bagi kontrak kerja kerajaan  samada untuk perolehan secara konvensional atau design and build.

Pekeliling ini dikeluarkan, ekoran kelewatan yang sering berlaku dalam penyediaan akaun muktamad kontrak-kontrak kerja kerajaan.

Tempoh siap penyediaan Akaun Muktamad kontrak kerja adalah  7 bulan dari tarikh siap kerja (CPC) bagi kontrak konvensional dan 9 bulan dari tarikh CPC untuk projek Design And Build (D&B).

Untuk keterangan lanjut sila layari pautan berikut: http://www.treasury.gov.my/pekeliling/spp/spp012012.pdf

Sabtu, 17 Mac 2012

Buku Untuk Di Kongsi : Undang-Undang Timbang Tara Dalam Industri Pembinaan


Pengarang : Abdul Aziz Hussin

Penerbit : Penerbit USM

Sinopsis :  

Aspek-aspek berkaitan penyelesaian pertikaian alternatif dalam projek pembinaan menjadi fokus khusus buku ini dengan menjurus kepada timbang tara. Ia membincnagkan konsep penyelesaian pertikaian alterantif secara umum, konsep timbang tara itu sendiri, tidak ketinggalan aspek kebaikan dan kelemahan timbang tara serta faktor-faktor penyumbang kejayaan dan kegagalan proses penimbangtaraan.

Sekiranya berminat memiliki buku ini: sila emailkan pertanyaan kepada chee_lin@yahoo.com

Rabu, 14 Mac 2012

Jenis Kemudahan Kredit yang dikeluarkan oleh Bank yang boleh digunapakai ketika Penilaian Tender

Bil
Jenis Kemudahan Kredit
Boleh Diambilkira
1
Overdraf
-/
2
Overdraf Bercagar
-/
3
Pinjaman Tetap Yang Akan/ Layak Diperolehi Untuk Projek Berkenaan
-/
4
Letter Of Credit
-/ 
5
Factoring
x
6
OD (PC)
x
7
Bank Guaantee
x
8
Banker Acceptance
x
9
Term Loan
x