Current Visitor

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Rabu, 25 April 2012

Berita Pembinaan ~ Kerajaan sedia timbang bina landasan berkembar Gemas-Tumpat

Berita Harian : 24 April 2012


BAHAU: Kerajaan sedia menimbangkan cadangan membina landasan berkembar elektrik antara Gemas-Tumpat bagi laluan pantai timur sejajar dengan hasrat untuk memperbaiki perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata bagaimanapun kajian perlu dijalankan terlebih dahulu mengikut keperluan, tambahan pula tumpuan kini diberi kepada projek landasan berkembar elektrik Gemas-Johor Bahru yang sedang di peringkat reka bentuk.
"Apa pun, kita kena siapkan dahulu projek landasan berkembar elektrik Gemas-Johor Baharu, sebelum memikirkan untuk membina landasan berkembar elektrik di laluan pantai timur," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di stesen kereta api Batang Melaka, Gemencheh dan stesen Bahau di sini, hari ini.
Kong berkata, projek pembinaan landasan berkembar elektrik Seremban-Gemas yang sedang dilaksanakan pula berjalan mengikut jadual. 

Pembinaan projek landasan kereta api elektrik berkembar Seremban-Gemas bernilai RM3.45 bilion, sepanjang 98.2km itu mula dibina oleh IRCON International Ltd, anak syarikat Indian Railway, pada Januari 2008 dan dijangka siap pada Ogos 2012. 

Mengenai stesen Bahau, Kong berkata, stesen baru Bahau akan dibina bagi menggantikan stesen lama berusia 70 tahun yang uzur dan sering dilanda banjir kilat serta berhampiran jalan raya. 

Katanya, pembinaan stesen baru ini yang terletak 500 meter dari stesen lama ditender dan projek ini akan dimulakan pada Jun depan dan dijangka siap September 2013. 
"Projek ini di kawasan seluas 1.21 hektar, melibatkan kos RM6 juta. Apabila siap kelak, stesen moden ini akan dilengkapi kemudahan ruang menunggu yang selesa, pejabat, kiosk, surau, tandas, stor, parkir dan lain-lain," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pembinaan jejantas pejalan kaki di stesen Batang Melaka yang merentasi landasan berkembar elektrik Seremban-Gemas, membabitkan peruntukan lebih RM716,000. 

Katanya, kementeriannya sedang dalam proses melantik kontraktor bagi melaksanakan kerja pembinaan jejantas tersebut dan kerja fizikal akan dimulakan Ogos depan. - BERNAMA 

Selasa, 24 April 2012

Program Qasih 2012 (25 Mei 2012 -27 Mei 2012) UTM Skudai Johor


Pengenalan

Program QS-Bina Kembali Ke Pangkuan (QaSih ’12) merupakan satu platform untuk sesi perjumpaan semula para Alumni Ukur Bahan & Pembinaan serta mempereratkan lagi silaturrahim para mahasiswa Ukur Bahan & Pembinaan UTM dengan para Alumni Ukur Bahan & Pembinaan UTM. Jabatan Ukur Bahan, menyedari akan kepentingan memperkukuhkan  hubungan antara Alumni dengan UTM untuk membantu meningkatkan kecemerlangan UTM sebagai universiti terulung. Program ini juga bertujuan untuk platform mengumpul dana daripada para alumni untuk memperkasakan  tabung Endownment untuk pembangunan mahasiswa Ukur Bahan & Pembinaan. Pelbagai aktiviti akan diadakan dan para mahasiswa bukan sahaja dapat mengenali para pensyarah dan alumni dengan lebih akrab, malah dapat mewujudkan semangat yang tinggi untuk mencontohi dan mencapai kejayaan profesional yang membanggakan

Tentatif Program

25 Mei 2012 @ Jumaat
KETIBAAN & PENDAFTARAN
MASA
AKTIVITI
12.00-5.00 ptg
Ketibaan Peserta & daftar masuk di Scholar Inn


ACARA PERASMIAN
MASA
AKTIVITI
8.00 mlm
Ketibaan Para Tetamu
8.15 mlm
Ketibaan Tetamu Kehormat
8.30 mlm
Ucapan Pengarah Program oleh
Muhammad Haniff Bin Hamadan (Presiden QS- BINA)

Ucapan alu-aluan oleh
Prof. Madya Dr. Ahmad Nazri Muhamad Ludin 
(Dekan Fakulti Alam Bina, UTM)

Perasmian Program oleh
Yg. Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Tajudin Haji Ninggal
(Timb. Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni)

8.55 mlm
Bacaan Doa Makan oleh
Abdul Hakim bin Abdul Halim
9.00 mlm
Jamuan Bermula
10.30 mlm
Majlis Tamat & Bersurai



26 Mei 2012 @ Sabtu
SEMINAR CCD
MASA
AKTIVITI
8.00 pg
Pendaftaran Peserta Seminar CPD
9.00 pg
Ucaptama: Challenges of QS in Transformation Economy
Datuk Sr. Abdul Manaf Hashim – JKR
9.00 pg
Seminar CPD  I : Sharing of PFI Best Practices
Datuk Prof. Dr. Sr. Kamarul Rashdan bin Salleh – SPNB
10.00 pg
Seminar CPD II : Development of QS Education
Prof. Madya Sr. Dr. Fadhlin Abdullah  – UTM
11.00 pg
Rehat
11.15 pg
Seminar CPD III :
Sr. Hj. Nik Zainal Alam bin Hasan – JKR Malaysia
12.30 ptg
Makan tengahari & Solat Zohor
2.00 ptg
Dialog QS-Bina
Prof. Madya Dr Razali Adul Hamid - UTM
Prof. Dr. Sr. Wan Maimun Wan Abdullah - RISM
Sr. Eddy Wong – RISM
3.30 ptg
Penyampaian Sijil Penyertaan Seminar
4.00 ptg
Seminar tamat & bersurai
SUKAN ALUMNI
MASA
AKTIVITI
4.30 ptg
Sukan Rakyat I (Indoor)
·                     Tiup Belon
·                     Congkak
·                     Musical chair
·                     Anak Siapa Ni?
·                     Teka Jumlah Gula
5.00 ptg
Solat Asar & Minum Petang
5.15 ptg
Sukan Rakyat II (Outdoor)
·                     Tarik tali
·                     Tarik upih
·                     Bom belon
·                     Jalinan kasih


MAKAN MALAM
MASA
AKTIVITI
8.00 mlm
Ketibaan Tetamu, Pensyarah & Mahasiswa
8.15 mlm
Ketibaan Naib Canselor UTM
8.30 mlm
Ucapan daripada
1.         Yg. Bhg. Prof. Dato Ir. Dr. Zaini bin Ujang 
(Naib Canselor UTM)
2.          Yg. Bhg. Prof. Datuk Dr Omar bin Osman 
(Naib Canselor, USM)
9.00 mlm
Pelancaran Tabung ‘Endownment’ oleh Naib Canselor UTM
9.30 mlm
Majlis Makan Malam (BBQ) bermula
9.45 mlm
Persembahan puisi dan seni bahasa mahasiswa
10.00 mlm
Penyampaian hadiah bagi ‘Alumni’ dan Cabutan Bertuah
10.30 mlm
Majlis Tamat & Bersurai


27 Mei 2012 @ Ahad
MASA
AKTIVITI
7.30 pg
Aktiviti Berbasikal di Sekitar UTM
9.00 pg
Kenduri Sekampung
10.30 pg
Acara Penutupan bermula
10.45 pg
Bacaan Doa oleh Zulkarnain Bin Zakaria
10.50 pg
Ucapan Penutupan oleh 
Prof. Madya Dr. Ahmad Nazri bin Muhamad Ludin
(Dekan, Fakulti Alam Bina)
Ucapan Presiden Alumni QS Bina UTM
11.15 pg
Makan Tengah Hari
12.00 tgh hari
Program Tamat & Bersurai


Bayaran Pendaftaran
PROGRAM QASIH Untuk Family termasuk: Welcoming Dinner, dua breakfast, dua coffee breaks, lunch, BBQ Alumni, Gulai Kawah Perdana, sukan alumni, UTM eco tour, cenderahati alumni
RM250 per family
PROGRAM QASIH Untuk Individu termasukh: Welcoming Dinner, dua breakfast, dua coffee breaks, lunch, BBQ Alumni, Gulai Kawah Perdana, sukan alumni, UTM eco tour, cenderahati alumni
RM150 per person
PROGRAM QASIH Untuk Family + Seminar CPD termasuk: Welcoming Dinner, dua breakfast, dua coffee breaks, lunch, BBQ Alumni, Gulai Kawah Perdana, sukan alumni, UTM eco tour, cenderahati alumni
RM400 per family
Seminar CPD termasuklah: breakfast, coffee breaks, lunch
RM150 per person



Untuk keterangan lanjut, sila hubungi nombor berikut:

Sekretariat QASIH 2012,
Pusat Maklumat Bangunan (BIC),
Jabatan Ukur Bahan,
Fakulti Alam Bina,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Johor Bahru,Johor

Fax: + 607 556 6155;
Tel: + 607 553 0670 Mobile: + 6019 750 5806:


Jumaat, 20 April 2012

Info Buku ~ Anggaran Kos Kerja Bangunan (Berdasarkan SMM 2)


Tajuk          : Anggaran Kos Kerja Bangunan (Berdasarkan SMM 2)
Pengarang   : Ahamad Abdullah
Penerbit      : Prentice Hall
Sinopsis ~

Buku ini disediakan sebagai teks rujukan khusus untuk pelajar-pelajar program Ukur Bahan, pengurusan pembinaan, ukur bangunan, senibina dan kejuruteraan awam.

Kandungan buku ini mengambil kira silibus untuk kursus anggaran kos bangunan di semua IPTA Malaysia. Ia juga boleh dijadikan bahan rujukan untuk para kontraktor, perunding, pemaju atau orang awam yang berkaitan.

Buku ini dimulakan dengan penerangan tentang kontraktor, prinsip-prinsip anggaran kos dan pengurusan sumber di tapak bina. Seterusnya penyediaan anggaran kos dibincangkan dengan terperinci dengan menunjukkan contoh analisis harga dan kadar harga  umtuk hampir semua jenis kerja dalam pembinaan sesebuah bangunan.

Perbincangan anggaran kos ini termasuk juga penerangan cara pengukuran kerja yang berdasarkan kehendak SMM 2 dan cara pembinaan kerja berkenaan untuk membantu pelajar menyediakan kadar harga yang betul. Bahagian akhir buku ini adalah berkenaan cara meletak harga dalam dokumen tender dan perihal penyerahan dokumen tersebut untuk pertimbangan klien seterusnya.

Penerangan dalam Bahasa Melayu yang mudah beserta denga rajah, jadual dan contoh kerja yang mencukupiakan lebih memudahkan pemahaman pelajar tentang tajuk yang dibincangkan. Bagaimana penerangan untuk item dalam contoh-contoh kerja dituliskan dalam Bahasa Inggersi supaya pelajar dapat membiasakan diri dengan amalan sebenar dalam industri pembinaan pada masa kini.

Rabu, 18 April 2012

Penilaian Tender oleh JKR bagi projek bawah RM 10 Juta



Cara penilaian tender oleh JKR ke atas tender bawah 10 juta, berdasarkan kepada beberapa faktor di bawah. Penilaian di buat oleh pegawai JKR terutama jurukur bahan atau QS dan jurutera. Antara perkara yang dinilai, selepas kontraktor hantar dokumen tender mereka ialah:

Penilaian tender oleh JKR Peringkat Pertama
  • Pra Syarat Kelayakan
  • Kesempurnaan Tender
  • Kecukupan Dokumen Wajib
  • Kecukupan Modal Minima
  • Prestasi Kerja Semasa Yang Memuaskan
  • Tempoh Siap Kerja Maksima
Penilaian tender oleh JKR Peringkat Kedua
  • Tender Yang Paling , Menguntungkan Untuk Diperakukan
  • Kesan Rendahan Harga Tender
  • Tender Yang Hendak Diperakukan
Paling penting kontraktor perlu jaga projek sebelumnya, jaga projek jangan sakit, harga jangan terlalu tinggi dan terlalu rendah. Borang perlu di isi lengkap, pastikan maklumat yang diminta cukup dan tepat, jangan tipu maklumat, kerana JKR ada cara mengesannya


Untuk Garis Panduan Penilaian Tender yang dijalankan oleh pihak JKR SLIK KLIK SINI

sumber: http://industribinaan.blogspot.com/2012/04/cara-penilaian-tender-oleh-jkr.

Selasa, 17 April 2012

Perbezaan Kontrak Lump Sum dan Kontrak Berasaskan Kuantiti JKR 203 Rev 1/2010

Kontrak Lump Sum dan Kontrak Berasaskan Kuantiti yang dikeluarkan oleh pihak JKR bagi digunapakai oleh agensi-agensi kerajaan didapati mempunyai perbezaan.

Bagi mengelakkan kekeliruan, perbezaan tersebut di tunjukkan dalam lampiran berikut:

Rabu, 11 April 2012

Buku Teknikal Untuk Dikongsi - Pengukuran Kuantiti Bangunan Berdasarkan SMM2



Pengarang  : Ahamad Abdullah & Khairuddin Abdul Rashid
Penerbit     : Prentice Hall
Sinopsis     :

Buku ini disediakan sebagai teks pengenalan khusus untuk pelajar-pelajar pengukuran kuantiti bangunan. Kandungan buku ini mengambil kira silibus program ukur bahan di semua IPTA. Di samping itu, buku ini sesuai untuk pelajar bidang kejuruteraan awam, bangunan dan ukur bangunan .

Buku ini telah ditulis di dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Penerangan berkenaan pengukuran kerja ditulis di dalam Bahasa Melayu agar para pelajar dapat memahami prinsip pengukuran dengan lebih berkesan. Contoh-contoh kerja pula ditunjukkkan di dalam Bahasa Inggeris kerana senarai kuantiti yang merupakan produl akhir kerja pengukuran, yang digunakan di dalam indsutri pembinaan masa kini disediakan di dalam Bahasa Inggeris.

Setiap bab berkaitan pengukuran kerja dimulakan dengan menerangkan peraturan dan cara-cara pengkuran elemen bangunan berkaitan dan disertakan contoh kerja untuk memudahkan pemahaman pelajar. Semua peraturan pengukuran dan contoh kerja adalah berdasarkan Malaysian Standard Method Of Measurement of Building Works (Second Edition) (SMM 2)


Selasa, 10 April 2012

Pemakaian Papan Tanda Projek Baharu JKR

papan tanda projek 2
Rekabentuk terbaru papan tanda projek  (signage project) JKR
Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi surat arahan KPKR Bil 4/2012 bertarikh 10 Februari 2012 telah memperkenalkan pelaksanaan penggunaan papan tanda projek yang baharu bagi projek-projek yang bernilai RM 500,000.00 ke atas.