Current Visitor

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Rabu, 27 Jun 2012

Keperluan Membuat Pelarasan Harga Sebelum Tandatangan Kontrak

Pelarasan harga keatas Senarai Kuantiti (BQ) adalah dibenarkan sebelum kontrak ditandatangan antara pihak majikan dan kontraktor.

Keperluan membuat pelarasan harga adalah alasan-alasan berikut:
  • Membuat pembetulan keatas pengiraan kos yang tersilap pada Senarai Kuantiti (BQ)
  • Memastikan keseragaman harga antara setiap item
  • Untuk memastikan pengagihan harga yang munasabah bagi mengelak 'front loading'.
Pindaan terhadap pelarasan harga ini tidak akan mengubah kepada harga kontrak asal.

Kontrak Cost Reimbursement


Kontrak Cost Reimbursement kadangkala juga dikenali sebagai Kontrak Cost Plus. 

Secara umumnya, kontrak jenis ini boleh dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu

(i) Wang Kos Prime + Yuran Tetap
(ii) Wang Kos Prima + Peratus Yuran
(iii) Wang Kos Prima + Yuran Sasaran

Yuran yang terlibat adalah kiraan keuntungan dan perbelanjaan pengurusan manakala Wang Kos Prima merupakan kos-kos yang melibatkan kos bahan, kos pekerja dan kos peralatan atau jentera dan juga lat-alat sampingan di dalam pembinaan projek berkenaan.

Biasanya, kos pengurusan dan keuntungan telah dipersetujui terlebih dahulu dalam bentuk sejumlah peratusan tambahan ke atas kos bahan, kos pekerja dan kos peralatan. Sistem pengurusan ini amat sesuai untuk projek-projek yang sulit, kompleks dan perlu disiapkan cepat. Oleh sebab itu, para pakar perunding dan kontraktor yang mahir dan jujur diperlukan supaya projek tersebut dapat disiapkan mengikut jadual masa tanpa menjejaskan mutu kerja dengan kos pembinaan yang paling minimum.

Yuran sasaran adalah bayaran tambahan yang dipersetujui oleh kontraktor dengan juru ukur bahan sebelum sesuatu surat perjanjian kontrak ditandatangani. Kadar tambahan bayaran biasanya diberikan kepada kontraktor sekiranya kontraktor tersebut dapat menyiapkan projek dengan lebih cepat dari masa yang diperuntukkan dengan memuaskan . 

Cara ini dapat mendorong kontraktor melipatgandakan usaha serta berlumba untuk menyiapkan projek berkenaan. Sebelum kadar tambahan bayaran dipersetujui oleh kedua-dua pihak, beberapa perkara penting perlu diambil perhatian serius iaitu:

(i) Angka atau jumlah harga anggaran
(ii) Bonus atau denda yang perlu dibayar jika belanja sebenar kurang atau lebih tinggi daripada harga anggaran
(iii) Mutu kerja semata-mata untuk menjaga kualiti bagi pihak klien dan kontraktor yang mementingkan pencapaian kos daripada harga anggaran

Kontrak Lump Sum


Kontrak Lump Sum boleh dilaksanakan menerusi lukisan spesifikasi yang disertakan dengan spesifikasi. 

Biasanya kontrak ini digunakan untuk kerja yang memerlukan projek disiapkan cepat dan lukisan spesifikasi yang disertakan adalah kurang memuaskan untuk mendapatkan ukuran yang tepat. Ini menyebabkan kontraktor terdedah kepada risiko yang tinggi.

Kontrak Lump Sum berdasarkan lukisan dan senarai bahan digunakan untuk projek-projek yang bernilai lebih RM I juta. Dengan menggunakan kaedah pengukuran yang tepat berdasarkan pelan yang disediakan, kedua-dua pihak yang terlibat dapat merasai keadilan. Jenis kontrak seperti ini juga akan memudahkan pembayaran kemajuan kerja dan untuk kerja-kerja ubahsuai.

Kontrak Lump Sum berdasarkan kepada lukisan dan jadual kadar harga pula digunakan jika masa tidak mencukupi untuk menyediakan dokumen-dokumen lain dan kebanyakan projek ini mengikut harga yang ditetapkan kontraktor. Ia juga kadangkala digunakan dalam kerja penyelenggaraan bangunan. 

Kontrak Lump Sum jenis ini juga telah diubahsuai secara umum yang boleh dibahagi kepada dua kategori iaitu: 

(i) Kontrak Fixed Price – merangkumi penetapan terhadap kerja-kerja kecil di dalam kontrak tersebut serta harganya tidak boleh diubah setelah kontrak ditandatangan.
(ii) Kontrak Firm Price – boleh dibuat perubahan terhadap harga tetapi tidak boleh mengubah jumlah besar kontrak tersebut.

Selasa, 26 Jun 2012

PEKELILING KONTRAK PERBENDAHARAAN BIL. 10 TAHUN 2011 ~ KONTRAK SISTEM PANEL BAGI BEKALAN DAN PENGHANTARAN PERABOT PEJABAT KERUSI BERASASKAN KAIN KEPADA SEMUA AGENSI KERAJAAN DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA


1. Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini bertujuan memaklumkan mengenai Kontrak Sistem Panel bagi bekalan dan penghantaran Perabot Pejabat Kerusi Berasaskan Kain kepada Semua Agensi Kerajaan Di Semenanjung Malaysia 

LATAR BELAKANG 

2. Kerajaan telah bersetuju agar item Perabot Pejabat Kerusi Berasaskan Kain diuruskan melalui Kontrak Sistem Panel. Agensi hendaklah memperoleh item Perabot Pejabat Kerusi Berasaskan Kain hanya di kalangan syarikat panel pembekal yang dilantik.   

3. Kriteria pelantikan syarikat panel pembekal adalah seperti berikut: 

i. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan sebagai pembuat dalam kod bidang 020199 (Pembuat Perabot Berasaskan Kain/Fabrik) 
ii. Syarikat bertaraf Bumiputera sepanjang tempoh ini berkuat kuasa; 2
iii. Produk mempunyai sijil perakuan daripada Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) atau SIRIM QAS International Sdn. Bhd., mana yang 
berkaitan;  

TEMPOH KONTRAK 

4. Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk melantik syarikat panel pembekal seperti di  Lampiran A sebagai panel pembekal bagi Kontrak Sistem Panel Bekalan Dan Penghantaran Perabot Pejabat Kerusi Berasaskan Kain Kepada Semua Agensi Kerajaan Di Seluruh Semenanjung Malaysia mulai 15 Ogos 2011 sehingga 30 Jun 2013. 

5. Syarikat adalah diwajibkan mengemukakan laporan seperti di  Lampiran B ke Kementerian Kewangan untuk setiap suku tahun sebelum 15hb. bulan berikutnya sebagai memenuhi keperluan Kontrak Sistem Panel ini. Kegagalan syarikat mengemukakan laporan tersebut akan menjejaskan peluang penyenaraian sebagai panel pembekal pada masa hadapan. 

KAEDAH PEROLEHAN

6. Perolehan bagi item Perabot Pejabat Kerusi Berasaskan Kain hendaklah diuruskan sendiri oleh agensi di kalangan syarikat panel pembekal yang dilantik. Tatacara bagi perolehan ditetapkan seperti berikut: 

i.   Perolehan bernilai di bawah RM50,000 setahun atau dalam satu kontrak, agensi 
dibenarkan melaksanakan perolehan secara pembelian terus di kalangan manamana panel pembekal yang dilantik;  

ii.   Perolehan melebihi RM50,000 sehingga RM500,000 setahun atau dalam satu kontrak, hendaklah diuruskan melalui kaedah sebut harga di kalangan panel pembekal yang dilantik. Pemilihan panel pembekal yang berjaya hendaklah diputuskan oleh Jawatankuasa Sebut Harga Agensi;  

iii.   Perolehan melebihi RM500,000 setahun atau dalam satu  kontrak, hendaklah diuruskan melalui kaedah sebut harga di kalangan panel pembekal yang dilantik. Pemilihan panel pembekal yang berjaya hendaklah diputuskan oleh Lembaga Perolehan Agensi; dan 

iv.   Kontrak formal hendaklah ditandatangani bagi kontrak yang bernilai melebihi RM50,000 selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 176.1


Khamis, 21 Jun 2012

Berita Projek: Depoh penyelenggaraan komuter dibina di Seremban


21 Jun 2012 ~ SEREMBAN — Selaras dengan perolehan 38 set tren komuter yang terbaru, kerajaan telah bersetuju supaya sebuah depoh penyelenggaraan khas dibina di stesen komuter Seremban.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, depoh penyelenggaraan itu merupakan depoh komuter terbaru yang secara khusus menjalankan penyelenggaraan ke atas 38 set tren berkenaan.
"Depoh yang terletak di kawasan seluas 16.34 hektar ini adalah antara lain melibatkan pembinaan bangunan depoh electrical multiple unit (EMU), satellite store, cleaner store, 15 lines (6km setiap satu) of trackwork, train electrification, signalling dan peralatan depoh,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah depoh EMU KTMB Seremban di sini hari ini.
Beliau berkata, secara keseluruhan, depoh yang akan dibina itu adalah berdasarkan depoh keretapi di Northampton, England.
Katanya, depoh itu berkemampuan untuk membuat penyelenggaraan enam set tren komuter dan penyimpanan 19 set tren komuter pada satu-satu masa. — BERNAMA

Selasa, 19 Jun 2012

Nisbah Campuran Konkrit


Bil

Grade Konkrit
Simen
Pasir
Aggraget
1
Grade 15
1
3
6
2
Grade 20
1
2
4
3
Grade 25
1
1.5
3
4
Grade 30
1
1
2



Jumaat, 15 Jun 2012

Info Buku Teknikal ~ Aspek-aspek Undang-Undang Dalam Pengurusan Projek Pembinaan


Pengarang : Abdul Aziz Hussin
Penerbit    : Penerbit USM


Kandungan


Bab 1: Format Seragam Kontrak Pembinaan
Bab 2: Tempoh dan Had Masa Tindakan
Bab 3: Mengecuali dan Menafi Liabiliti
Bab 4: Kuasa, Bidang Kuasa dan Penurunan Kuasa
Bab 5: Memorandum Persefahaman dan Surat Hasrat
Bab 6: Konsep Pembayaran Kerja Kontrak kepada Kontraktor dan Subkontraktor Projek Kerajaan
Bab 7: Pelan Tindakan Pengurusan Konflik dalam Pasukan Pembinaan
Bab 8: Subkontraktor
Bab 9: Pemseteman Dokumen Kontrak
Bab 10: Ganti Rugi yang Ditetapkan
Bab 11: Fasal Force Majuere
Bab 12: Wang Tahanan




Sekiranya berminat atau pohon bantuan untuk mendapatkan buku ini : sila emailkan kepada chee_lin@yahoo.com