Current Visitor

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Khamis, 21 Februari 2013

Kod Pendaftaran Kontraktor CIDB di bawah kategori B ~ Bangunan


Kategori B~ Pembinaan Bangunan

B01
IBS: Sistem konkrit pasang siap
B02
IBS: Sistem kerangka keluli
B03
Pemulihan dan pemuliharaan
B04
Kerja am bangunan
B05
Kerja Cerucuk
B06
Kerja pembaikan konkrit

B07
Hiasan Dalaman
B08
Pemasangan bahan kalis air
B09
Landskap
B10
Pemasangan paip air dalaman
B11
Pemasangan tanda
B12
Kerja aluminium / keluli dan kaca
B13
Pemasangan jubin dan kerja lepaan
B14
Kerja cat
B15
Pemasangan bumbung dan cladding logam
B16
Pembinaan dan pemasangan kelengkapan kolam
B17
Kerja prestressing dan post tensioning
B18
Kerja logam
B19
IBS: Sistem formwork
B20
Pemasangan paip gas dalam bangunan
B21
Pemasangan perancah
B22
IBS: Sistem blok
B23
IBS: Sistem kerangka kayu
B24
Kerja penyenggaraan bangunan
B25
Penyambungan paip pensendirian ke pembetong
B26
Kerja meroboh
B27
Perkhidmatan penyengaraan system bekalan air dan system pembentungan
B28
Kerja ubahsuai

Selasa, 19 Februari 2013

Kegunaan Site Diary atau Diari Tapak

Contoh diari tapak

Apa itu Site Diary atau Diari Tapak?


Site Diary adalah buku harian tapak bina yang merekodkan segala aktiviti yang dijalankan setiap hari di tapak seperti bilangan pekerja, rekod penggunaan loji dan jentera, bahan binaan yang diterima, ujian-ujian yang dijalankan dan sebagainya. Selain itu, ia digunakan untuk merekod keadaan cuaca di tapak serta merekod arahan-arahan yang dikeluarkan kepada kontraktor.

Apakah kepentingan penggunaan Site Diary?

Ia boleh digunakan untuk perkara-perkara berikut:
  • Membuat pertimbangan sama ada lanjutan masa layak diberikan kepada Kontraktor
  • Membuat penilaian terhadap Perubahan Harga Bahan Binaan (VOP)
  • Membuat penilaian terhadap Tuntutan yang dibuat oleh Kontraktor
  • Mencari penyelesaian dalam pertikaian dengan Kontraktor
  • Mencari penyelesaian dalam lain-lain masalah pentadbiran kontrak
  • Memantapkan pelaksanaan pengurusan projek
Panduan Penggunaan Diari Tapak
  • Diari Tapak hendaklah disimpan dengan selamat di pejabat tapak bina mulai permulaan kerja hingga kerja siap dan seterusnya hendaklah disimpan di pejabat Pegawai Penguasa sehingga dilupuskan
  • Pegawai-pegawai Penyelia Tapak bina adalaah dipertanggungjawabkan bagi menguruskan penggunaan, penjagaan dan penyimpanan Buku Harian Tapak Bina dengan sempurna dan selamat
  • Pengisian Buku Harian Tapak Bina merupakan tugas harian Pegawai Penyelia Tapak. Pegawai Penyelia Tapak dan wakil Kontraktor yang berkenaan hendaklah menyetujui dan menandatangani bersama catatn-catatn yang dibuat dalam Buku Harian setiap hari. Wakil Kontraktor hendaklah dilantik secara bertulis oleh Kontraktor dan dimaklumkan kepada Pegawai Penguasa dan Pegawai Penyelia Tapak.
  • Buku Harian Tapak Bina hendaklah disemak oleh Pegawai Penguasa semasa membuat lawatan ke tapak bina bagi memastikan ianya sentiasa digunakan dengan teratur
  • Bagi projek-projek yang boleh dibahagikan kepada lebih daripada satu tapak bina di mana aktiviti-aktiviti pembinaan boleh berjalan serentak, Buku Harian Tapak Bina yang berasingan hendaklah digunakan bagi tiap-tiap satu tapak bina.

Isnin, 18 Februari 2013

Hebahan Kursus : KURSUS INTENSIF ‘AKTA ADJUDIKASI BAYARAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN 2012 (CIPAA 2012) – PERLAKSANAAN DAN IMPLIKASI

Sum Global Consult akan menganjurkan kursus butiran seperti berikut:

Tajuk Kursus
Kursus Insentif 'Akta Adjudikasi Bayaran Dalam Industri Pembinaan 2012 (CIPAA  2012) - Pelaksanaan Dan Implikasi
Tarikh
21 Mac 2013 (Khamis)
Venue
Hotel De Palma, Shah Alam
Yuran
RM 450.00 (Tidak termasuk penginapan)

Sinopsis Kursus

Adjudikasi berkanun menerusi Akta Pembayaran & Adjudikasi  Industri Pembinaan (CIPAA) 2012 dijangka dapat menangani kegagalan pembayaran dalam industri pembinaan. Industri pembinaan di Malaysia, seperti negara membangun yang lain, menghadapi masalah memperoleh pembayaran dan menyebabkan banyak kontraktor mengalami masalah  aliran tunai dan melewatkan pelaksanaan projek. Adjudikasi berkanun merupakan kaedah penyelesaian pertikaian yang membolehkan pihak yang menunggu pembayaran hutang berdasarkan kontrak pembinaan, memperoleh segera pembayaran daripada pihak yang tidak membayar hutangberdasarkan satu penilaian merit tuntutan oleh pakar industri bebas dan berkelayakan. Akta ini memberi alternatif lebih mudah dan cepat berbanding kaedah timbang tara atau mahkamah bagi menyelesaikan masalah pembayaran antara subkontraktor dengan kontraktor utama.Skop pemakaian CIPAA adalah meliputi semua jenis kontrak bertulis yang berkaitan dengan kerja-kerja pembinaan yang dijalankan sepenuhnya atau sebahagiannya di dalam wilayah Malaysia termasuk kontrak pembinaan yang dibuat oleh Kerajaan

Untuk keterangan lanjut: Boleh hubungi nombor telefon : 03- 8942 8479 atau email info@sumglobalconsultant.com

Ahad, 17 Februari 2013

Info Teknikal Ringkas: Muatan Untuk Lori 1 Tonne & 5 Tonne

Tahukah anda, Lori 1 Tonne mempunyai kapasiti ruang untuk sebanyak 0.80m3. Manakala untuk lori 5 Tonne pula mempunyai kapasiti ruang yang boleh menampung bahan sebanyak 3.25m3.
Sumber: mukasurat 128. Buku Anggaran Kos Kerja Bangunan (Edisi Kedua)

Jumaat, 15 Februari 2013

Berita Projek: 50 lokasi Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)




SHAH ALAM: Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) mengenal pasti 50 lokasi strategik di kawasan bandar seluruh negara bagi pembangunan perumahan mampu milik untuk tempoh lima tahun akan datang.   

Lokasi yang dikenal pasti adalah sekitar Lembah Klang, Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Pahang, Sarawak dan Sabah.   

Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA , Datuk Abdul Mutalib Alias, berkata pihaknya sentiasa berusaha mengenalpasti dan mendapatkan lokasi bersesuaian bagi mewujudkan persekitaran perumahan dan masyarakat yang kondusif.  

"Lokasinya secara terperinci akan dimaklumkan melalui pengumuman dari semasa ke semasa apabila pembangunan berkenaan sedia untuk dilancarkan," katanya dalam satu kenyataan semalam.  

Katanya, harga rumah PR1MA adalah 20 peratus lebih rendah berbanding rumah dalam kelas dan sekitar lokasi sama.  

Kerjasama swasta "Projek perumahan mampu milik ini akan disiapkan dengan kerjasama sektor swasta dengan tempoh jangkaan siapnya akan diumumkan selepas projek dilancarkan," katanya.  

Rabu lalu, Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 25,500 unit rumah akan dibina di Johor dalam tempoh tiga tahun hingga 2015.  

Permohonan yang layak membeli rumah, yang akan dibangunkan di kawasan seluas 200 hektar dalam wilayah Iskandar Malaysia itu akan turut menerima diskaun RM51,000 iaitu daripada RM250,000 kepada RM199,000 seunit. 

Khamis, 14 Februari 2013

Maksud dan Tempoh Tanggungan Kecacatan


Apakah yang dimaksudkan dengan Tempoh Tanggungan Kecacatan?


  • Tempoh tanggungan kecacatan adalah satu tempoh di mana kontraktor perlu memperbaiki apa-apa kecacatan yang dikenal pasti oleh pegawai penyelia selepas sesuatu kerja diperakukan siap. Semua perbelanjaan membaiki kecatatan hendaklah ditanggung oleh kontraktor dan tiada sebarang kos tambahan dikenakan kepada Kerajaan

Adakah tempoh masa tertentu bagi Tempoh Tanggungan Kecacatan?

Tempoh tanggungan kecacatan bagi kontrak kerja adalah seperti yang berikut:


  • Bagi kontrak kerja yang bernilai di antara RM10,000 hingga RM100,000, enam(6) bulan dari tarikh kerja diperakukan siap; dan
  • Bagi kontrak kerja yang bernilai melebihi RM100,000 sekurang-kurangnya dua belas (12) bulan dari tarikh diperakukan siap. Bagi kerja-kerja elektrikal dan mekanikal tempoh waranti ke atas alat-alat dan logi-logi adalah dua belas (12) bulan tetapi dalam kes-kes tertentu oleh kerana kerumitan kerja, tempoh tanggungan kecacatan yang lebih lama daripada dua belas (12) bulan boleh dikenakan.

        Apakah obligasi kontraktor kerja dalam Tempoh Tanggungan Kecatatan?


  •      Dalam tempoh tersebut, kontraktor kerja hendaklah memperbaiki apa-apa kecacatan ke atas kerja yang telah disiapkan. Sekiranya kontraktor gagal berbuat demikian, perbelanjaan yang dikenakan untuk memperbaiki apa-apa kecacatan hendaklah dituntut daripada bon pelaksanaan.

        Apakah Tempoh Jaminan/Waranti Bagi Bekalan?

  •   Biasanya bagi bekalan, satu tempoh jaminan/waranti akan ditetapkan. Tempoh jaminan/waranti adalah bergantung kepada jenis dan kerumitan barang. Tempoh waranti pembuat adalah berbeza daripada tempoh waranti/jaminan oleh pembekal, jika pembekal bukan pembuat.

  •      Bagi kontrak bekalan, kontraktor hendaklah memperbaiki apa-apa kerosakan atau mengganti barang yang dibekalkan. Jika kontraktor tidak berbuat demikian, perbelanjaan untuk memberbaiki apa-apa kerosakan hendaklah dituntut daripada bon pelaksanaan. Jika kontraktor gagal mengganti barang yang ditolak penerimaannya, kos barang hendaklah dituntut daripada bon pelaksanaan







(

Jumaat, 8 Februari 2013

Kadar & Contoh Cara Pengiraan Bon Pelaksanaan


Kadar & Contoh Pengiraan Bon Pelaksanaan adalah seperti berikut:

(a)
2.5% daripada nilai kontrak bagi kontrak bekalan/perkhidmatan yang bernilai RM200,000.00 hingga RM500,000.00.
(b)
5% daripada nilai kontrak bagi kontrak bekalan/perkhidmatan yang melebihi RM500,000.
(c)
Bagi kontrak bekalan/perkhidmatan bermasa yang berkuatkuasa bagi tempoh dua (2) tahun atau lebih, peratus dan amaun bon pelaksanaan dikira mengikut anggaran nilai kontrak setahun sahaja. Walau bagaimanapun, bon Pelaksanaan yang dikemukakan oleh kontraktor hendaklah meliputi keseluruhan tempoh kontrak bermasa.
(d)
5% daripada nilai kontrak bagi kontrak kerja yang bernilai melebihi RM200,000.

Contoh 1  ~ Untuk Perolehan Bekalan/ Perkhidmatan

(i)
Tempoh Kontrak

:
3 tahun
(ii)
Nilai Kontrak

:
RM 4.5 juta
(iii)
Kadar Bon

:
5%

(berdasarkan anggaran nilai satu tahun RM1.5 juta)

(iv)
Jumlah (RM1.5 juta X 5%)

=
RM75,000.00
Contoh 2  ~ Untuk Perolehan Bekalan/ Perkhidmatan

(i)
Nilai Kontrak
:
RM800,000.00
(ii)
Tempoh Kontrak
:
2 tahun
(iii)
Kadar Bon
:
2.50%

(berdasarkan anggaran nilai satu tahun RM400,000.00)
(iv)
Jumlah (RM400,000.00 X 2.5%)
=
RM10,000.00

(bukan RM800,000 X 5%=RM40,000 atau RM400,000 X 5% =RM20,000)
Contoh 3  Untuk Perolehan Kerja

i)
Tempoh Kontrak/Siap

:
3 tahun/36bulan
(ii)
Nilai Kontrak

:
RM 15 juta
(iii)
Kadar Bon

:
5%

(5% daripada nilai keseluruhan kontrak)



(iv)
Jumlah (RM15 juta X 5%)

=
RM750,000.00