Current Visitor

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Rabu, 24 April 2013

Info Buku : Kawalan Bangunan (Pelaksanaan Kelulusan Pelan Bangunan Melalui Pusat Sehenti)

Kawalan Bangunan : Pelaksanaan Kelulusan Pelan Bangunan melalui Pusat Sehenti
• ISBN : 978-967-0468-15-0
• Penulis :Azlan Shah Ali, Rohayati Zakaria
• Jumlah mukasurat : 162ms
• Harga : RM25.00
• Tahun : 2013
SINOPSIS


Dalam usaha untuk memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan awam, kerajaan telah menubuhkan Pusat Sehenti di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Malaysia. Penubuhan Pusat Sehenti ini bagi menangani salah satu aduan yang paling biasa berkaitan dengan kelewatan kelulusan pembangunan, yang secara langsungnya menyumbang kepada kelewatan projek pembangunan di seluruh negara. Penubuhan Pusat Sehenti ini adalah untuk mengurangkan kelewatan dalam pemprosesan permohonan kelulusan pembangunan termasuk kelulusan pelan bangunan. Penulisan buku ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan keberkesanan Pusat Sehenti dari segi memendekkan tempoh masa kelulusan pelan bangunan dengan memberi tumpuan kepada faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan Pusat Sehenti dari aspek tempoh masa kelulusan pelan bangunan bagi projek perumahan. Disamping itu, buku ini juga memaparkan proses kelulusan pelan bangunan yang dilaksanakan oleh PBT di Malaysia.
Buku Kawalan Bangunan ini juga menekankan faktor-faktor signifikan yang mempengaruhi keberkesanan Pusat Sehenti iaitu kakitangan, dokumen permohonan, pelan pindaan dan pemohon/pemaju. Prestasi PBT dalam memproses permohonan pelan bangunan berkemungkinan dapat dipertingkatkan lagi dengan memberi penekanan yang lebih tinggi terhadap penambahbaikan kepada aspek tersebut. Kandungan buku ini adalah sesuai dijadikan bahan rujukan kepada pelajar institusi pengajian tinggi yang memfokus kepada bidang senibina, ukur bangunan, kejuruteraan dan kursus yang berkaitan dengan bidang alam bina. Disamping itu, buku ini juga sesuai dijadikan panduan dan bahan bacaan umum kepada pengamal yang ada kaitan dengan bidang kerja kawalan bangunan.

BUKU-BUKU TEKNIKAL UNTUK DIJUAL

KEPADA SESIAPA BERMINAT UNTUK DAPATKAN BUKU-BUKU BERIKUT, BOLEH HUBUNGI SAYA 012-387 5655 (AZILAN) ATAU EMAIL chee_lin@yahoo.com . UNTUK MAKLUMAN , HARGA YANG DIPAPARKAN TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN MELALUI POS LAJU

RM 25.00

RM 30.00


RM 36.00

RM 14.00
RM 16.00
RM 36.00

RM 29.00
RM 40.00


RM 35.00


Harga: RM 50.00

RM 50.00

RM 18.00

RM 35.00




Jumaat, 12 April 2013

Kod Bidang CIDB dan KK (Pindaan ) Untuk Dijual



Kod Bidang Kementerian Kewangan (KK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) telah mengalami perubahan semenjak Jun 2012.

Sebarang pendaftaran dan rujukan untuk proses perolehan perlu menggunakan kod bidang yang baru.

Sekiranya,ada yang berminat untuk mendapatkan dalam bentuk hardcopy atau softcopy. Harga yang dikenakan hanya RM 20.00. Sebarang tempahan boleh di email melalui chee_lin@yahoo.com

Khamis, 11 April 2013

Info Buku: Measurement of Civil Engineering Works Based On CESMM


Tajuk Buku: Measurement Of Civil Engineering Works Based on the Malaysia CESMM
Pengarang: Sabaria Hj Hassan
Penerbit: Penerbit UiTM
Harga : RM 50.00

Selasa, 26 Mac 2013

Info Buku : Keselamatan Bangunan Dan Kawalan Kebakaran

Keselamatan Bangunan dan Kawalan Kebakaran
• Pengarang : Dato' Haji Badarudin Haji Mat Isa, dan Syahrul Nizam Kamaruzzaman.
• Jumlah mukasurat : 307ms
• Harga : RM50.00
• Tahun : 2012
SINOPSIS:

Keselamatan nyawa dan harta-benda, khusus yang berkait dengan bahaya kebakaran, adalah bermula daripada penyediaan pelan bangunan, dengan berpandukan kepada undang-undang bangunan yang digubal mengikut lunas-lunas sains kebakaran, tabiat manusia dalam kebakaran, termasuk keperluan-keperluan kejuruteraan supaya sistem-sistem yang dipasang tidak gagal bila diperlukan. Selepas bangunan itu memperolehi Sijil Menduduki Bangunan, kaedah-kaedah yang diluluskan tidak boleh diubah mengikut sesuka hati penghuni kerana perbuatan ini akan menyebabkan beberapa kelemahan. Sebagai contoh, mengubah jarak perjalanan dan dengan itu tidak lagi sesuai untuk satu-satu kategori penghuni atau kegunaan. Kajian kemerebakan api dan asap juga amatlah penting kerana kajian awal ini akan memudahkan pengawalan api dan asap daripada merebak ke bahagian-bahagian lain di dalam bangunan itu, jika terlibat di dalam kebakaran. Dengan itu timbullah kajian mengenai 'kemudahan untuk melepaskan diri di masa kebakaran' (means of escape), dinding dan lantai pemisah (wall and floor compartment) dan sebagainya.
Diharapkan agar buku ini dapat memberikan panduan kepada mereka yang berkecimpung di dalam penyediaan pelan-pelan bangunan baru dan pelan-pelan ubahsuai bangunan. Buku ini juga amat relevan untuk digunakan oleh lain-lain para profesional yang menguruskan bangunan, pengurus pengawal keselamatan dan pelajar-pelajar di dalam jurusan pembinaan.
Sebarang pertanyaan berkaitan buku ini sila emailkan kepada chee_lin@yahoo.com


Info Buku : Undang-undang Bangunan Untuk Pembangunan Perumahan

Undang-undang Bangunan untuk Pembangunan Perumahan
• Penulis :Izudinshah Abd. Wahab, Lokman Hakim Ismail
• Jumlah mukasurat : 98ms
• Harga : RM18.00
• Tahun : 2013

SINOPSIS :

Buku ini ditulis dengan tujuan mendedahkan gambaran proses keseluruhan pembangunan perumahan serta undang-undang termaktub yang perlu dipatuhi untuk menjayakannya. Ianya mengambil pendekatan memberi pemahaman kepada pembaca akan undang-undang sedia ada yang berkaitan terlebih dahulu. Ini merangkumi beberapa akta-akta, undang-undang kecil dan garis panduan yang dihuraikan satu persatu. Ianya bermula dari peringkat awal ketika seseorang itu mendaftarkan diri sebagai pemaju sehinggalah siapnya pembangunan perumahannya untuk diserahkan kepada pembeli. Penerangan perihal undang-undang ini diterjemahkan terus kepada perkara-perkara teknikal di tapak yang turut disertakan contoh-contohnya untuk mudah difahami. Pembangunan perumahan yang disentuh di dalam buku ini tidak hanya terhad kepada pembangunan perumahan di atas tanah sahaja, bahkan turut meliputi pembangunan perumahan bertingkat yang lebih rumit keperluan pematuhan undang-undangnya. Selain itu, buku ini turut membincangkan proses kelulusan cadangan pembangunan yang perlu dipatuhi sebelum sesuatu pembangunan itu dapat dimulakan kerja-kerja di tapaknya. Ini diikuti dengan proses menyiapkan pembinaan dan melayakkan bangunan-bangunan itu dibeli untuk  seterusnya diduduki oleh pembelinya yang merupakan kemuncak jayanya pembangunan perumahan tersebut.


Sebarang pertanyaan berkaitan buku ini sila emailkan kepada chee_lin@yahoo.com

Isnin, 25 Mac 2013

Imbasan: Projek Landasan Kereta Api Kerteh - Kuantan


Landasan kereta api Kerteh-Kemaman-Kuantan sepanjang 77 kilometer menghubungkan Kompleks petrokimia bersepadu di Kerteh, Terengganu dengan Gebeng, Pahang dan Pelabuhan Kuantan. Landasan tersebut mampu mengangkut kargo dalam jumlah yang banyak dan pukal, menjadikannya bentuk pengangkutan yang ekonomikal, selamat, boleh diharap dan konsisten untuk pergerakan bahan mentah dan produk petrokimia yang telah siap.

Laluan ini mencerminkan komitmen kedua-dua Kerajaan Negeri (Terengganu dan Pahang) untuk menyediakan  bentuk pengangkutan yang  boleh diharap dan selamat untuk merangsang Pantai Timur Semenanjung Malaysia menjadi hab petrokimia Asia-Pasifik yang utama.

Pada masa ini, terdapat dua perkhidmatan kereta api pergi dan balik beroperasi setiap hari dan boleh memindahkan 80 kontena pada satu-satu masa. Selain mengangkut produk petrokimia,  laluan kereta api ini juga dibuka kepada pengangkutan barangan angkut awam yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), pengendali utama kereta api di Semenanjung Malaysia. Laluan kereta api ini melintasi 5 daerah di Kemaman (Kerteh, Kemasik, Ulu Chukai, Binjai dan Banggul) di Terengganu dan Sungai Karang di Pahang.


Ciri-ciri laluan kereta api Kuantan–Kerteh:
  • Trek tunggal menghubungkan kompleks penapisan minyak Petronas dan bandar yang berdekatan Kerteh, Terengganu dengan kompleks petrokimia di Gebeng dan Pelabuhan Kuantan di Kuantan, Pahang
  • 3 tempat simpanan gerabak di Kerteh, Gebeng dan Kuantan
  • 2 lokomotif
  • 50 gerabak (BCFs) dengan kapasiti 60 ton metrik setiap satu
  • 2 unit van pengawal (BGVs)