Current Visitor

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sabtu, 30 Mei 2015

Bahan Asas Untuk Bina Rumah Saiz Sederhana

Rabu, 20 Mei 2015

Perkhidmatan Melukis Pelan Bangunan

Perkhidmatan melukis pelan bangunan. Termasuk ubahsuai(renovation) dan binaan baru seperti rumah dan bangunan pejabat..Perkhidmatan yg ditawarkan hanya penyediaan lukisan..Bagi kelulusan PBT hanya di kawasan daerah Ipoh dan Manjung sahaja!

Harga perkhidmatan (penyediaan lukisan):
1)renovation :
-banglo/teres/bangunan kedai: rm600
2)baru :
-banglo sesebuah : rm1000
-kedai pejabat : rm1000
-skim perumahan bercampur : rm5000

*Untuk kelulusan akan ada caj proses pelan

Sila hubungi 012 3875655

Khamis, 7 Mei 2015

Peranan Institusi Kewangan Dan Syarikat Insuran



Institusi Kewangan



Insitusi Kewangan adalah merupakan bank-bank tempatan yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia. Ia bertindak untuk menyediakan sumber pembiayaan dalam bentuk pinjaman kepada kontraktor sebagai modal permulaan memulakan kerja. Terma syarat, kadar faedah dan tempoh pinjaman adalah bergantung kepada keupayaan pihak kontraktor untuk membuat pembayaran semula
Selain dari menyediakan kemudahan pinjaman, pihak bank juga berperanan untuk menyediakan Bon Pelaksanaan (Performance Bond), Bayaran Pendahuluan (Advanced Payment) dan Jaminan Rekabentuk (Design Guarantee) dalam bentuk Jaminan Bank (Bank  Guarantee) seperti yang dinyatakan dalam syarat-syarat kontrak.

Antara bank-bank tempatan yang biasa menawarkan perkhidmatan dalam pembiayaan projek-projek kerajaan atau swasta adalah seperti berikut:

(i)                 Malayan Banking Berhad
(ii)               CIMB Bank Berhad
(iii)             Hong Leong Bank Berhad
(iv)             Public Bank Berhad
(v)               Affin Bank Berhad
(vi)             RHB Bank Berhad
(vii)           Am Bank(M) Berhad
(viii)         Alliance Bank Malaysia Berhad
(ix)             Bank Muamalat Malaysia Berhad
(x)               Bank Islam Malaysia Berhad

Syarikat Insuran



Syarikat Insuran ialah pihak yang menyediakan polisi insuran untuk pelaksanaan sesuatu projek dan merupakan satu kewajipan mengikut syarat kontrak yang perlu disediakan oleh pihak kontraktor sebelum memulakan kerja di tapak.

Mengikut kebiasaan, syarikat insuran akan mengeluarkan polisi insuran jenis Contractor All Risk (CAR), Insuran Kerja, Insuran Tanggungan Awam (Public Liability) atau Workmen Compensation kepada pihak kontraktor. Pembayaran premium terhadap polisi insuran adalah bergantung kepada harga kontrak, jenis binaan,  lokasi  dan risiko projek.

Sekiranya berlaku kemalangan ketika projek sedang berjalan, syarikat insuran ini bertanggunjawab membuat pembayaran kepada pihak kontraktor berdasarkan terma polisi insuran yang dilanggan.

Selain dari menyediakan kemudahan polisi insuran, pihak syarikat insuran juga ada menyediakan perkhidmatan untuk Bon Pelaksanaan, Bayaran Pendahuluan dan Jaminan Rekabentuk dalam bentuk Jaminan Insuran (Insurance Guarantee) seperti yang dinyatakan dalam syarat-syarat kontrak.
Antara syarikat insuran yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia dan biasa menawarkan perkhidmatan dalam projek-projek kerajaan atau swasta adalah seperti berikut:

(i)                 Kurnia Insuran (M) Berhad
(ii)               RHB Insurance
(iii)             Takaful Malaysia
(iv)             Multi-Purpose Insurance Berhad
(v)               Takaful Ikhlas Sdn Bhd
(vi)             Hong Leong Assurance Berhad
(vii)           Pacific Insurance Berhad
(viii)         Allianz General Insurance Malaysia Berhad
(ix)             Etiqa Insurance Berhad
(x)               MCIS Insurance Berhad
(xi)             AXA Affin General Insurance Berhad
(xii)           Am General Insurance Berhad
(xiii)         Berjaya Sompo Insurance Berhad
(xiv)         Lonpac Insuran Berhad

Rabu, 6 Mei 2015

Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM)



Lembaga Juruukur Bahan Malaysia ditubuhkan di bawah Akta Parlimen, iaitu Akta Juruukur Bahan 1967(pindaan 2002). Komposisi Ahli Lembaga adalah terdiri daripada Presiden, Pendaftar dan 16 Ahli yang dilantik oleh Menteri Kerja Raya Malaysia.
  • Untuk menyimpan dan menyelenggara Daftar Juruukur Bahan;
  • Untuk meluluskan atau menolak permohonan pendaftaran atau kebenaran untuk beramal atau meluluskan apa-apa permohonan tertakluk kepada syarat-syarat atau sekatan sebagaimana yang difikirkan perlu;
  • Untuk mengarahkan pengeluaran surat amaran dan peringatan bertulis, pengenaan denda, penggantungan, pembatalan, penyingkiran atau pemasukan semula selaras dengan Bahagian III dan IV Akta Juruukur Bahan;
  • Untuk menetapkan dari masa ke semasa dengan kelulusan daripada Menteri, Skala Fi yang dikenakan oleh Juruukur Bahan Berdaftar dan Firma atau Pertubuhan Perbadanan yang beramal sebagai  Juruukur Bahan Perunding bagi khidmat nasihat profesional atau servis yang diberikan;
  • Untuk membicarakan dan memutuskan pertikaian berhubung dengan kelakuan atau etika professional Juruukur Bahan Berdaftar, Juruukur Bahan Siswazah Berdaftar atau Juruukur Bahan Berdaftar Sementara atau untuk melantik jawatankuasa atau penimbangtara bagi membicarakan dan memutuskan pertikaian tersebut;
  • Untuk bertindak sebagai pemegang amanah dalam kontrak perkhidmatan juruukur bahan perunding, di mana dirasakan perlu oleh Lembaga;
  • Untuk menentukan dan mengawalselia kelakuan dan etika professional profession ukur bahan;
  • Untuk menganjurkan atau terlibat dalam penganjuran program pembangunan professional bagi Juruukur Bahan Berdaftar, Juruukur Bahan Siswazah Berdaftar atau Juruukur Bahan Berdaftar Sementara bagi mempertingkatkan pengetahuan terkini dalam bidang yang berkaitan dengan profesion ukur bahan;
  • Untuk melantik badan yang terdiri daripada ahli Lembaga, individu dan/atau pertubuhan yang akan ditentukan oleh Lembaga untuk menjalankan penilaian akreditasi dan mengendalikan peperiksaan bagi kemasukan dalam profesion ukur bahan;
  • Untuk melantik mana-mana individu untuk mewakili Lembaga dalam mana-mana badan atau panel peperiksaan yang dilantik oleh institusi, badan atau pertubuhan yang mewakili profesion ukur bahan , dan mengesyorkan kepada Lembaga berkaitan dengan peperiksaan bagi tujuan kemasukan dalam profesion ukur bahan;
  • Untuk melantik Ahli Lembaga sebagai wakil dalam mana-mana Lembaga atau pertubuhan yang ditubuhkan untuk tujuan yang berkaitan dengan profesion ukur bahan, dan untuk melantik ahli Lembaga sebagai wakil dalam Lembaga Jurutera dan Lembaga Arkitek selaras dengan undang-undang yang berkaitan;
  • Untuk menyediakan biasiswa dan fasiliti lain bagi mempromosikan pelajaran dan pengetahuan yang berkaitan dengan ukur bahan, dimana dirasakan perlu oleh Lembaga;
  • Untuk memberi kebenaran kepada mana-mana individu untuk menyiasat apa-apa pelanggaran dalam Akta atau Peraturan yang dibuat dibawah Akta; dan
  • Secara umumnya, untuk melakukan semua tindakan, perkara dan hal yang perlu untuk melaksanakan peruntukan Akta Juruukur Bahan 1967.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi nombor tertera di bawah

Address

Tingkat 17, Blok F,
Ibu Pejabat JKR,
Jalan Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur, Malaysia

Contact

Email: info[at]bqsm.gov.my
Telephone No: 603 2610 7999 (CPD) / 603 2610 8140 (Firm) / 603 2610 7803/8142 (MP) / 603 2610 7809 (MF) / 603 2610 8147 (IT)
Fax No: 603 2692 5680
Website: http://www.bqsm.gov.my

Selasa, 5 Mei 2015

Buku Asas Pendawaian Elektrik (Domestik Satu Fasa)





Buku Asas Pendawaian Elektrik (dalam bentuk colour)
RM70.00 [Pos Laju]
RM76.00 [Pos Laju Borneo]
RM60.00 [C.O.D]
Berminat boleh wasap  0123875655 untuk pertanyaan