This is default featured slide 1 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
This is default featured slide 2 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
This is default featured slide 3 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
This is default featured slide 4 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
This is default featured slide 5 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
Rabu, 31 Julai 2013
Selasa, 30 Julai 2013
Isnin, 29 Julai 2013
Estimate Kerja-Kerja Mekanikal
Harga Kerja-Kerja Mekanikal ini saya petik dari sumber JKR juga, tapi harga ini sejak 3 tahun dahulu, namun ia boleh digunakan sebagai panduan dalam membuat anggaran kasar kerja kerja mekanikal dalam suatu bangunan. Ini juga penting bagi developer atau pemaju projek yang ingin tahu kadar harga mekanikal dalam bangunan mereka.
ANGGARAN KOS AIR CON
- Air cool split unit installation - RM100.00 / m2
- Air Cool Ducted Unit - RM140.00 / m2
- Water Cooled Ducted unit - RM200.00 / m2
- Water cooled chilled unit - RM350.00 / m2
SISTEM PENCEGAH KEBAKARAN
- Gelung hos - RM3.50 / m
- Pancur kering RM2800.00 / hos
- Pancur basah RM2000.00 / hos
- Sprinkler RM30 / m2
- Smoke detecter RM10 / m2
LIF BANGUNAN
- Bangunan pejabat 10 tingkat, anggaran RM25,000.00
- Bangunan kuaters 10 tingkat, dianggarkan RM17,000.00
- Bangunan hospital 8 tingkat , anggaran RM88,000.00
- Dumber dumbwaiter 4 ting, - anggaran RM12,000.00
- Good lift, 4 tingkat, anggaran RM52,000.00
Lif di atas jenis Toshiba atau Otis
Buku Pembangunan Budaya Keselamatan Di Tempat Kerja
Penerbit UTM |
Sinopsis:
Industri pembinaan sering dikritik kurang mengambil berat dalam aspek keselamatan dan kesihatan. Sektor pembinaan adalah dikenali antara yang mencatatkan kadar kemalangan yang tinggi berbanding industry lain kerana sering dikaitkan dengan fenomena 3-D iaitu ‘Dirty, Difficult and Dangerous’ (Kotor, Sukar dan Merbahaya). Keselamatan dalam industri pembinaan ialah suatu bidang yang signifikan kerana sector ini menyediakan banyak peluang pekerjaan dan ia juga menyumbang kepada peningkatan pada kadar kemalangan melibatkan kemalangan maut. Kerja dalam industri ini dianggap merbahaya kerana sering kali melibatkan pekerjaan di tempat tinggi yang menggunakan perancah, lorong laluan, tangga, bumbung, kerja pengorekan yang melibatkan letupan, jentera kerja tanah dan penggunaan jentera pengangkat seperti kren dan pengangkat (Hoist).Justeru, budaya keselamatan di tempat kerja merupakan satu elemenyang berupaya untuk mencegah daripada berlakunya kemalangan menjurus kepada hubungan antara manusia, kesihatan, keselamatan dan kemalangan serta persekitaran.
Berminat untuk dapatkan buku ini, sila emailkan pertanyaan kepada chee_lin@yahoo.com atau hubungi melalui nombor 012 387 5655 (whatt apss) pun boleh. Harga buku hanya RM 55.00 + pos laju RM 10.00 = RM 65.00
Buku Teknologi Binaan Bangunan
Ahad, 28 Julai 2013
Buku Construction Economics
Kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan buku ini.sila hubungi 012 387 5655/ whatt aps atau email kepada chee_lin@yahoo.com. Harga buku termasuk kos penghantaran melalui kos laju hanya RM 85.00 sahaja
Buku: Aturcara Kontrak Dan Taksiran
Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku ini.Sila kemukakn pertanyaan kpd chee_lin@yahoo.com atau hubungi/whatt apps 012 3875655 (Azilan) . Harga buku termasuk kos penghantaran via pos laju hanya RM 40.00
Khamis, 25 Julai 2013
Rabu, 24 Julai 2013
Estimate : Pengiraan Kos Box Culvert
Harga Box Culvert Dan Kos Kerja. Biasanya saiz JPS guna atau Majlis PBT guna ialah 600 x 600, 900 x 900, 1200 x 1200 dan 1500 x 1500.
Harga bagi Box Culvert 600 x 600 = RM60.00 sebiji, tanpa LID,
Harga bagi Box Culvert 900 x 900 = RM190 sebiji tanpa LID
LID Ialah penutup Box Culvert. Panjang 1 biji = 1M
Pengiraan kos upah dan pasang dibuat berdasarkan kos berapa hari kerja. Mengikut pengalaman saya, kerja korek dan pasang di buat serentak. Maknanya selepas korek, siapkan tapak, dan kemudian terus pasang. Ia bergantung pada spesifikasi yang di tetapkan DAN lokasi pembinaan dan kaedah kerja kontraktor.
Contoh:
Katakan kerja-kerja membekal box culvert 600 x 600 dan memasangnya, berapa kosnya. Kos bergantung bilangan hari siap, bilangan pekerja dan kos mesin.
Katakan 1 hari boleh siap 20 biji, maka kos 1m atau 1 biji ialah:
Kos Bahan (kena rujuk pembekal)
1 biji RM60 x 20 biji = RM1200.00
Upah :
Bilangan pekerja 4 orang x RM50.00 = RM200.00
Kepala kerja 1 orang gaji per hari = RM65.00
---> KOS UPAH = RM265.00
Mesin:
1 biji backhoe 1 hari x RM350 = RM350.00
1 biji pickup 1 hari x RM200 = RM200.00
---> KOS MESIN = RM550.00
Kos Bahan + Upah + Mesin = 1200.00 + 265.00 + 550.00 = RM2015.00
Tambah 20% profit dan pengurusan = RM403.00
KOS UNTUK 20 BIJI = RM2418.00
KOS 1M = RM2418.00 / 20 = RM120.90
KOS 1M = RM120.90
1 biji = 1 m saiz standard box culvert
Estimate : Pengiraan untuk kos premix
Harga membekal dan melabur premix biasanya dalam m2. Jadi macam mana nak tukar harga Tan kepada harga dalam m2.
Saya guna kaedah mudah sahaja.
Katakan harga premix (binder ACB) di kuari ialah RM150.00 per Mton
Manakala angkatap ketumpatan premix selepas di padat ialah 2.34kg/m3
Maka pengiraan untuk tebal ACB 60mm atau 0.06m, kiraan kos/m2 adalah seperti berikut:
- kos 1m2 = panjang x lebar x tebal x ketumpatan x Harga 1 MT = Kos / m2
- 1m x 1m x 0.06m x 2.34 x 150.00 = RM21.06 (Kos Bahan)
- Kos upah biasanya 1m2 = RM2.50
- Overhead dan profit 15% = 15% x (21.06 + 2.50) = RM3.53
- TOTAL KOS PREMIX ACB M2 = RM27.09 / M2
Bagi lapisan ACW 40mm kaedah yang sama digunakan
HARGA PREMIX UNTUK KAWASAN UTARA 140.00 HINGGA 160.00 PER TAN. Ia bergantung lokasi projek dengan kuari. Jika jauh kontraktor perlu bayar lebih untuk lori, jadi semasa memasuki tender anda perlu lihat lokasi projek dangan sumber bahan.
Sabtu, 20 Julai 2013
Pemeriksaan Dokumen Tender Dan Lawatan Ke Tapak Bina
5:26 PTG
No comments
Kontraktor adalah dianggap telah memeriksa sepenuhnya dokumen-dokumen tender dan telah mempunyai kesempatan penuh untuk mengambil kira butir-butir di dalamnya dan menjalankan segala ulangkaji dan penyiasatan berkaitan dengannya.
Sebarang percanggahan didalam dokumen-dokumen tender hendaklah dirujuk secara bertulis dengan seberapa segera dan sebelum memajukan tender kepada P.P yang meminda atau menjelaskan pekara itu dengan cara mengadakan satu penambahan rasmi kepada spesifikasi, jiak perlu, satu salinan penambahan ini akan diberi kepada setiap petender dan akan menjadi sebahagian dari dokumen-dokumen tender. Penerimaan penambahan ini hendaklah di akui diatas borang yang dikeluarkan bersama – sama dengannya.
Kontraktor adalah juga dianggap telah melawat tapak bina sewaktu menyediakan tender untuk memastikan sendiri liputan kerja yang terlibat dan corak mengenai keadaan pekerjaan dan mengenal serta membiasakan diri sepenuhnya dengan sebarang keadaan ditapak bina.
Perhatian kepada kontraktor/ petender perlu diingatkan bahawa tiada pertimbangan akan diberi bagi bayaran tambahan lanjutan masa, hak untuk ganti rugi atau sebarang konsesi yang lain akibat daripada kesilapan tafsir atau kekurangan pengetahuan
Sebarang percanggahan didalam dokumen-dokumen tender hendaklah dirujuk secara bertulis dengan seberapa segera dan sebelum memajukan tender kepada P.P yang meminda atau menjelaskan pekara itu dengan cara mengadakan satu penambahan rasmi kepada spesifikasi, jiak perlu, satu salinan penambahan ini akan diberi kepada setiap petender dan akan menjadi sebahagian dari dokumen-dokumen tender. Penerimaan penambahan ini hendaklah di akui diatas borang yang dikeluarkan bersama – sama dengannya.
Kontraktor adalah juga dianggap telah melawat tapak bina sewaktu menyediakan tender untuk memastikan sendiri liputan kerja yang terlibat dan corak mengenai keadaan pekerjaan dan mengenal serta membiasakan diri sepenuhnya dengan sebarang keadaan ditapak bina.
Perhatian kepada kontraktor/ petender perlu diingatkan bahawa tiada pertimbangan akan diberi bagi bayaran tambahan lanjutan masa, hak untuk ganti rugi atau sebarang konsesi yang lain akibat daripada kesilapan tafsir atau kekurangan pengetahuan
Rabu, 17 Julai 2013
Estimate : Cara Kiraan Kos Interlocking Concrete Pavers
Cara Kiraan Kos m2 Interlocking Concrete Pavers, adalah berdasarkan kos bahan iaitu interlocking concrete pavers, upah memasang dan kos pengurusan dan keuntungan. Keuntungan adalah antara 15% hingga 30% dari jumlah kos bahan dan upah.
Harga juga berbeza mengikut lokasi projek dan jarak antara pembekal dan lokasi projek. Jika anda nak letak harga tender atau sebutharga, dua faktor ini harus di ambilkira, pertama kos bahan dan kedua upah.
Sebelum mengira harga anda perlu tahu saiz atau luas concrete pavers dalam m2, kemudian anda boleh tahu bilangannya dalam 1m2.
Contoh Kiraan Kos Interlocking Concrete Pavers m2
BAHAN
---------
Interlocking
Bilangan 1m2 = 45 Nos
Kos 1 biji katakan = RM0.80 / Nos
Kos Bahan 1m2 = RM0.80 x 45 nos = RM36.00
Pasir
Pasir biasanya 50mm atau 2"
Kos 1m2 = 0.05m x kos 1m3
Kos 1m2 = 0.05m x 65.00/m3 = RM3.25
Hardcore
Lapisan asas Crusher Run atau hardcore setebal 300mm atau 0.3m atau 1' tebal
Kos lapisan ini juga ikut harga bahan sampai ketapak, biasanya kos 1 Metrik Tan ialah RM12.00 dan kos bahan ini ikut kuari yang membekal dan kos pengangkutan Lori (RM10 / Tan)
Kiraaan Kos Hardcore
Katakan 1MT Crusher Run A = RM22.00
Kos 1m2 untuk tebal 0.3m = 0.3m x ketumpatan = Berat
= 0.3 x 2.20 = 0.66
Maka Kos Hardcore = 0.66 x 12.00 = RM14.52
JUMLAH KOS BAHAN = 36 + 3.25 + 14.52 = RM53.77 / M2
MESIN
Anggaran kos mesin di tentukan jenis mesin digunakan dan berapa hari dijangka siap. Contohnya kita nak buat laluan pejalan kaki lebar 3m x panjang 500m, maka saya anggarkan jangka siap melabur dan padat hardcore di atas ialah 8 hari.
maka kos mesin
Backpusher = 250.00 x 8 hari = RM2000.00
Roller 10 Tan = 350 x 8 hari = RM2800.00
--------------
Jumlah Kos mesin 8 hari =RM4800.00
Luas kawasan kerja 3 x 500 = 1500 m2
Kos mesin 1m2 = 4800 / 1500 = RM3.20
UPAH
------
Upah 1m2 bahan ikut harga Lum sum = RM9.00/m2
(anda boleh runding dulu dengan subcon kerja ini bagi mendapat harga munasabah dan sesuai sebelum masuk harga tender, jangan lupa simpan no telefon subcon kerja memasang pavers ini untuk rujukan anda)
JUMLAH BAHAN, MESIN DAN UPAH = RM53.77 + RM3.20+ RM9.00 = RM65.97
KOS PENGURUSAN DAN UNTUNG
Katakan kita sebagai kontraktor ambil 20%,
Maka 20% x 65.97 = RM13.194 / m2
MAKA KOS 1M2 = RM65.97 + RM13.194 = RM79.164
Nota
-----
Jika kawasan kerja tu luas, kita boleh kurang sedikit profit, supaya harga tender tak terlalu tinggi.
Kos upah ada berbeza ikut negeri dan peluang anda dapat subcon yang murah. Kalau anda ada alatan sendiri dan ada pekerja sendiri, kos upah boleh di kurangkan dan anda boleh lawan harga dengan kontraktor lain.
Isnin, 15 Julai 2013
SOFT COPY SIJIL-SIJIL PERAKUAN
12:38 PTG
No comments
KEPADA YANG INGIN MENDAPATKAN SOFT COPY SIJIL-SIJIL PERAKUAN SEPERTI :
- PERAKUAN KELAMBATAN DAN LANJUTAN MASA (EOT)
- SIJIL SIAP KERJA (CPC)
- SIJIL TAK SIAP KERJA (CNC)
- SIJIL SIAP MEMPERBAIKI KECACATAN (CMGD)
- SURAT SETUJUTERIMA (LA)
- ARAHAN PEGAWAI PENGUASA (APP)
DAN LAIN-LAIN LAGI, BOLEH EMAILKAN PERTANYAAN KEPADA chee_lin@yahoo.com