Current Visitor

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Rabu, 25 April 2012

Berita Pembinaan ~ Kerajaan sedia timbang bina landasan berkembar Gemas-Tumpat

Berita Harian : 24 April 2012


BAHAU: Kerajaan sedia menimbangkan cadangan membina landasan berkembar elektrik antara Gemas-Tumpat bagi laluan pantai timur sejajar dengan hasrat untuk memperbaiki perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata bagaimanapun kajian perlu dijalankan terlebih dahulu mengikut keperluan, tambahan pula tumpuan kini diberi kepada projek landasan berkembar elektrik Gemas-Johor Bahru yang sedang di peringkat reka bentuk.
"Apa pun, kita kena siapkan dahulu projek landasan berkembar elektrik Gemas-Johor Baharu, sebelum memikirkan untuk membina landasan berkembar elektrik di laluan pantai timur," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di stesen kereta api Batang Melaka, Gemencheh dan stesen Bahau di sini, hari ini.
Kong berkata, projek pembinaan landasan berkembar elektrik Seremban-Gemas yang sedang dilaksanakan pula berjalan mengikut jadual. 

Pembinaan projek landasan kereta api elektrik berkembar Seremban-Gemas bernilai RM3.45 bilion, sepanjang 98.2km itu mula dibina oleh IRCON International Ltd, anak syarikat Indian Railway, pada Januari 2008 dan dijangka siap pada Ogos 2012. 

Mengenai stesen Bahau, Kong berkata, stesen baru Bahau akan dibina bagi menggantikan stesen lama berusia 70 tahun yang uzur dan sering dilanda banjir kilat serta berhampiran jalan raya. 

Katanya, pembinaan stesen baru ini yang terletak 500 meter dari stesen lama ditender dan projek ini akan dimulakan pada Jun depan dan dijangka siap September 2013. 
"Projek ini di kawasan seluas 1.21 hektar, melibatkan kos RM6 juta. Apabila siap kelak, stesen moden ini akan dilengkapi kemudahan ruang menunggu yang selesa, pejabat, kiosk, surau, tandas, stor, parkir dan lain-lain," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pembinaan jejantas pejalan kaki di stesen Batang Melaka yang merentasi landasan berkembar elektrik Seremban-Gemas, membabitkan peruntukan lebih RM716,000. 

Katanya, kementeriannya sedang dalam proses melantik kontraktor bagi melaksanakan kerja pembinaan jejantas tersebut dan kerja fizikal akan dimulakan Ogos depan. - BERNAMA 

Selasa, 24 April 2012

Program Qasih 2012 (25 Mei 2012 -27 Mei 2012) UTM Skudai Johor


Pengenalan

Program QS-Bina Kembali Ke Pangkuan (QaSih ’12) merupakan satu platform untuk sesi perjumpaan semula para Alumni Ukur Bahan & Pembinaan serta mempereratkan lagi silaturrahim para mahasiswa Ukur Bahan & Pembinaan UTM dengan para Alumni Ukur Bahan & Pembinaan UTM. Jabatan Ukur Bahan, menyedari akan kepentingan memperkukuhkan  hubungan antara Alumni dengan UTM untuk membantu meningkatkan kecemerlangan UTM sebagai universiti terulung. Program ini juga bertujuan untuk platform mengumpul dana daripada para alumni untuk memperkasakan  tabung Endownment untuk pembangunan mahasiswa Ukur Bahan & Pembinaan. Pelbagai aktiviti akan diadakan dan para mahasiswa bukan sahaja dapat mengenali para pensyarah dan alumni dengan lebih akrab, malah dapat mewujudkan semangat yang tinggi untuk mencontohi dan mencapai kejayaan profesional yang membanggakan

Tentatif Program

25 Mei 2012 @ Jumaat
KETIBAAN & PENDAFTARAN
MASA
AKTIVITI
12.00-5.00 ptg
Ketibaan Peserta & daftar masuk di Scholar Inn


ACARA PERASMIAN
MASA
AKTIVITI
8.00 mlm
Ketibaan Para Tetamu
8.15 mlm
Ketibaan Tetamu Kehormat
8.30 mlm
Ucapan Pengarah Program oleh
Muhammad Haniff Bin Hamadan (Presiden QS- BINA)

Ucapan alu-aluan oleh
Prof. Madya Dr. Ahmad Nazri Muhamad Ludin 
(Dekan Fakulti Alam Bina, UTM)

Perasmian Program oleh
Yg. Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Tajudin Haji Ninggal
(Timb. Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni)

8.55 mlm
Bacaan Doa Makan oleh
Abdul Hakim bin Abdul Halim
9.00 mlm
Jamuan Bermula
10.30 mlm
Majlis Tamat & Bersurai



26 Mei 2012 @ Sabtu
SEMINAR CCD
MASA
AKTIVITI
8.00 pg
Pendaftaran Peserta Seminar CPD
9.00 pg
Ucaptama: Challenges of QS in Transformation Economy
Datuk Sr. Abdul Manaf Hashim – JKR
9.00 pg
Seminar CPD  I : Sharing of PFI Best Practices
Datuk Prof. Dr. Sr. Kamarul Rashdan bin Salleh – SPNB
10.00 pg
Seminar CPD II : Development of QS Education
Prof. Madya Sr. Dr. Fadhlin Abdullah  – UTM
11.00 pg
Rehat
11.15 pg
Seminar CPD III :
Sr. Hj. Nik Zainal Alam bin Hasan – JKR Malaysia
12.30 ptg
Makan tengahari & Solat Zohor
2.00 ptg
Dialog QS-Bina
Prof. Madya Dr Razali Adul Hamid - UTM
Prof. Dr. Sr. Wan Maimun Wan Abdullah - RISM
Sr. Eddy Wong – RISM
3.30 ptg
Penyampaian Sijil Penyertaan Seminar
4.00 ptg
Seminar tamat & bersurai
SUKAN ALUMNI
MASA
AKTIVITI
4.30 ptg
Sukan Rakyat I (Indoor)
·                     Tiup Belon
·                     Congkak
·                     Musical chair
·                     Anak Siapa Ni?
·                     Teka Jumlah Gula
5.00 ptg
Solat Asar & Minum Petang
5.15 ptg
Sukan Rakyat II (Outdoor)
·                     Tarik tali
·                     Tarik upih
·                     Bom belon
·                     Jalinan kasih


MAKAN MALAM
MASA
AKTIVITI
8.00 mlm
Ketibaan Tetamu, Pensyarah & Mahasiswa
8.15 mlm
Ketibaan Naib Canselor UTM
8.30 mlm
Ucapan daripada
1.         Yg. Bhg. Prof. Dato Ir. Dr. Zaini bin Ujang 
(Naib Canselor UTM)
2.          Yg. Bhg. Prof. Datuk Dr Omar bin Osman 
(Naib Canselor, USM)
9.00 mlm
Pelancaran Tabung ‘Endownment’ oleh Naib Canselor UTM
9.30 mlm
Majlis Makan Malam (BBQ) bermula
9.45 mlm
Persembahan puisi dan seni bahasa mahasiswa
10.00 mlm
Penyampaian hadiah bagi ‘Alumni’ dan Cabutan Bertuah
10.30 mlm
Majlis Tamat & Bersurai


27 Mei 2012 @ Ahad
MASA
AKTIVITI
7.30 pg
Aktiviti Berbasikal di Sekitar UTM
9.00 pg
Kenduri Sekampung
10.30 pg
Acara Penutupan bermula
10.45 pg
Bacaan Doa oleh Zulkarnain Bin Zakaria
10.50 pg
Ucapan Penutupan oleh 
Prof. Madya Dr. Ahmad Nazri bin Muhamad Ludin
(Dekan, Fakulti Alam Bina)
Ucapan Presiden Alumni QS Bina UTM
11.15 pg
Makan Tengah Hari
12.00 tgh hari
Program Tamat & Bersurai


Bayaran Pendaftaran
PROGRAM QASIH Untuk Family termasuk: Welcoming Dinner, dua breakfast, dua coffee breaks, lunch, BBQ Alumni, Gulai Kawah Perdana, sukan alumni, UTM eco tour, cenderahati alumni
RM250 per family
PROGRAM QASIH Untuk Individu termasukh: Welcoming Dinner, dua breakfast, dua coffee breaks, lunch, BBQ Alumni, Gulai Kawah Perdana, sukan alumni, UTM eco tour, cenderahati alumni
RM150 per person
PROGRAM QASIH Untuk Family + Seminar CPD termasuk: Welcoming Dinner, dua breakfast, dua coffee breaks, lunch, BBQ Alumni, Gulai Kawah Perdana, sukan alumni, UTM eco tour, cenderahati alumni
RM400 per family
Seminar CPD termasuklah: breakfast, coffee breaks, lunch
RM150 per person



Untuk keterangan lanjut, sila hubungi nombor berikut:

Sekretariat QASIH 2012,
Pusat Maklumat Bangunan (BIC),
Jabatan Ukur Bahan,
Fakulti Alam Bina,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Johor Bahru,Johor

Fax: + 607 556 6155;
Tel: + 607 553 0670 Mobile: + 6019 750 5806:


Jumaat, 20 April 2012

Info Buku ~ Anggaran Kos Kerja Bangunan (Berdasarkan SMM 2)


Tajuk          : Anggaran Kos Kerja Bangunan (Berdasarkan SMM 2)
Pengarang   : Ahamad Abdullah
Penerbit      : Prentice Hall
Sinopsis ~

Buku ini disediakan sebagai teks rujukan khusus untuk pelajar-pelajar program Ukur Bahan, pengurusan pembinaan, ukur bangunan, senibina dan kejuruteraan awam.

Kandungan buku ini mengambil kira silibus untuk kursus anggaran kos bangunan di semua IPTA Malaysia. Ia juga boleh dijadikan bahan rujukan untuk para kontraktor, perunding, pemaju atau orang awam yang berkaitan.

Buku ini dimulakan dengan penerangan tentang kontraktor, prinsip-prinsip anggaran kos dan pengurusan sumber di tapak bina. Seterusnya penyediaan anggaran kos dibincangkan dengan terperinci dengan menunjukkan contoh analisis harga dan kadar harga  umtuk hampir semua jenis kerja dalam pembinaan sesebuah bangunan.

Perbincangan anggaran kos ini termasuk juga penerangan cara pengukuran kerja yang berdasarkan kehendak SMM 2 dan cara pembinaan kerja berkenaan untuk membantu pelajar menyediakan kadar harga yang betul. Bahagian akhir buku ini adalah berkenaan cara meletak harga dalam dokumen tender dan perihal penyerahan dokumen tersebut untuk pertimbangan klien seterusnya.

Penerangan dalam Bahasa Melayu yang mudah beserta denga rajah, jadual dan contoh kerja yang mencukupiakan lebih memudahkan pemahaman pelajar tentang tajuk yang dibincangkan. Bagaimana penerangan untuk item dalam contoh-contoh kerja dituliskan dalam Bahasa Inggersi supaya pelajar dapat membiasakan diri dengan amalan sebenar dalam industri pembinaan pada masa kini.

Rabu, 18 April 2012

Penilaian Tender oleh JKR bagi projek bawah RM 10 Juta



Cara penilaian tender oleh JKR ke atas tender bawah 10 juta, berdasarkan kepada beberapa faktor di bawah. Penilaian di buat oleh pegawai JKR terutama jurukur bahan atau QS dan jurutera. Antara perkara yang dinilai, selepas kontraktor hantar dokumen tender mereka ialah:

Penilaian tender oleh JKR Peringkat Pertama
  • Pra Syarat Kelayakan
  • Kesempurnaan Tender
  • Kecukupan Dokumen Wajib
  • Kecukupan Modal Minima
  • Prestasi Kerja Semasa Yang Memuaskan
  • Tempoh Siap Kerja Maksima
Penilaian tender oleh JKR Peringkat Kedua
  • Tender Yang Paling , Menguntungkan Untuk Diperakukan
  • Kesan Rendahan Harga Tender
  • Tender Yang Hendak Diperakukan
Paling penting kontraktor perlu jaga projek sebelumnya, jaga projek jangan sakit, harga jangan terlalu tinggi dan terlalu rendah. Borang perlu di isi lengkap, pastikan maklumat yang diminta cukup dan tepat, jangan tipu maklumat, kerana JKR ada cara mengesannya


Untuk Garis Panduan Penilaian Tender yang dijalankan oleh pihak JKR SLIK KLIK SINI

sumber: http://industribinaan.blogspot.com/2012/04/cara-penilaian-tender-oleh-jkr.

Selasa, 17 April 2012

Perbezaan Kontrak Lump Sum dan Kontrak Berasaskan Kuantiti JKR 203 Rev 1/2010

Kontrak Lump Sum dan Kontrak Berasaskan Kuantiti yang dikeluarkan oleh pihak JKR bagi digunapakai oleh agensi-agensi kerajaan didapati mempunyai perbezaan.

Bagi mengelakkan kekeliruan, perbezaan tersebut di tunjukkan dalam lampiran berikut:

Rabu, 11 April 2012

Buku Teknikal Untuk Dikongsi - Pengukuran Kuantiti Bangunan Berdasarkan SMM2



Pengarang  : Ahamad Abdullah & Khairuddin Abdul Rashid
Penerbit     : Prentice Hall
Sinopsis     :

Buku ini disediakan sebagai teks pengenalan khusus untuk pelajar-pelajar pengukuran kuantiti bangunan. Kandungan buku ini mengambil kira silibus program ukur bahan di semua IPTA. Di samping itu, buku ini sesuai untuk pelajar bidang kejuruteraan awam, bangunan dan ukur bangunan .

Buku ini telah ditulis di dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Penerangan berkenaan pengukuran kerja ditulis di dalam Bahasa Melayu agar para pelajar dapat memahami prinsip pengukuran dengan lebih berkesan. Contoh-contoh kerja pula ditunjukkkan di dalam Bahasa Inggeris kerana senarai kuantiti yang merupakan produl akhir kerja pengukuran, yang digunakan di dalam indsutri pembinaan masa kini disediakan di dalam Bahasa Inggeris.

Setiap bab berkaitan pengukuran kerja dimulakan dengan menerangkan peraturan dan cara-cara pengkuran elemen bangunan berkaitan dan disertakan contoh kerja untuk memudahkan pemahaman pelajar. Semua peraturan pengukuran dan contoh kerja adalah berdasarkan Malaysian Standard Method Of Measurement of Building Works (Second Edition) (SMM 2)


Selasa, 10 April 2012

Pemakaian Papan Tanda Projek Baharu JKR

papan tanda projek 2
Rekabentuk terbaru papan tanda projek  (signage project) JKR
Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi surat arahan KPKR Bil 4/2012 bertarikh 10 Februari 2012 telah memperkenalkan pelaksanaan penggunaan papan tanda projek yang baharu bagi projek-projek yang bernilai RM 500,000.00 ke atas.

Rabu, 4 April 2012

Hebahan Kursus - Sum Global Consult (April 2012)

Adalah dimaklumkan, pihak Sum Global Consult akan menganjurkan kursus berikut pada bulan April  2012

Bil
Tajuk Kursus
Tarikh Kursus
Hari
Venue
Bayaran (RM)*
1
Pentadbiran Kontrak Reka & Bina (Pindaan 1/2010)
24-April-12
25-Apr-12
2
Hotel De Palma, Shah Alam
      800.00
2.
Tatacara Pengurusan Perolehan Kerajaan Secara Tender
26- April-12
1
Hotel De Palma, Shah Alam
      400.00
* Catatan: Tidak termasuk kos penginapan

Untuk keterangan lanjut, bolehlah berhubung kepada nombor telefon berikut: 03-8942 8479, 010-367 4239 atau e-mail kepadainfo@sumglobalconsultant.com 

Ahad, 1 April 2012

Berita Pembinaan ~ Penggunaan Tayar-tayar terpakai sebagai asas bangunan


BANGUNAN adalah pengguna tenaga terbesar di dunia, dengan menggunakan lebih daripada dua pertiga daripada kuasa yang dihasilkan dan menyumbang kepada 40% jejak karbon global, daripada pembinaan dan penyelenggaraan bangunan itu sendiri

Beribu-ribu tayar terpakai digunakan sebagai asas untuk projek pembinaan kompleks membeli belah di Shah  Alam Selangor

Bertitik tolak tersebut, sebuah syarikat tempatan iaitu, Mainstay Sdn Bhd telah memutuskan untuk membuat Mall Pejabat Unit Kedai baru pembangunan kompleks di Shah Alam sebagai mesra alam yang mungkin. Salah satu daripada langkah-langkah yang diambil ke arah matlamat tersebut adalah suatu yang luar biasa - yang menggabungkan hampir 220,000 tayar getah yang digunakan ke dalam asas bangunan. Beribu-ribu tayar yang digunakan yang digunakan untuk membentuk asas Angkasa kompleks membeli-belah baru U8 di Shah Alam. Ini teknik pembinaan revolusi mewujudkan sink haba yang akan membantu sejuk. Bahagian dalam bangunan yang secara semula jadi. Dipanggil Space U8 untuk menunjukkan keluasan bangunan, kompleks ini akan menjadi bangunan pertama komersial untuk menggunakan teknologi revolusioner Pintar dan Cool Homes dicipta dan dipatenkan oleh Lincoln Lee. Sistem itu menggunakan tayar untuk mewujudkan sink haba yang longkang haba dari tembok-tembok yang dibina dengan bata konkrit berudara autoklaf, lantas menjadikan sejuk bangunan pedalaman dan meminimumkan keperluan penghawa dingin.

Terletak di Bukit Jelutong, rentang kompleks 3.2ha yang terdiri daripada 58 unit kedai-kedai dan pejabat empat tingkat serta dua aras bawah tanah. Besar 6300 meter persegi halaman di tengah-tengah kompleks permata mahkota bangunan dan benefisiari utama teknologi Rumah Pintar dan Cool.

"Laman di tengah-tengah bangunan dan kami merancang untuk menggunakannya untuk aktiviti-aktiviti dan sebagai kawasan komuniti. Kami mahu untuk digunakan sebagai tenaga sesedikit mungkin untuk menyejukkan, "kata Raja Mohd Azmi Raja Razali, pengerusi eksekutif Pembangunan Mainstay.


"Dengan sistem ini, suhu boleh diturunkan sebanyak 2 ° C hingga 3 ° C. Jadi tidak mungkin menjadi keperluan untuk penghawa dingin. Ia tidak akan menjadi sejuk tetapi ia akan menjadi sejuk dan selesa, dengan tiupan angin yang wajar diambil kira. "

Lee berkata teknologi yang disimpan wang yang sebaliknya akan dibelanjakan untuk menyejukkan bangunan itu. "Rang undang-undang terbesar pengurusan bangunan untuk membayar setiap bulan biasanya satu untuk penghawa dingin. Tetapi di sini, mereka boleh menyimpan 50% kepada 60% daripada tenaga elektrik yang digunakan untuk pendinginan. "

Selain menggunakan sistem Rumah Pintar dan Cool, Space U8 bangunan ini juga akan menggabungkan sistem solar photovoltaic (sekitar 138 kilowatt puncak) di atas bumbung halaman untuk menjana tenaga elektrik. "Idea ini adalah untuk menggunakan tenaga solar kepada bidang kuasa bersama seberapa banyak yang kita boleh. Apa-apa tambahan akan diserahkan kepada grid, "kata Raja Azmi. "Kami juga menimbangkan penggunaan penghawa dingin terma suria untuk mengurangkan pergantungan kepada tenaga elektrik dari grid kuasa penghawa dingin." Bumbung halaman yang direka khas untuk menerima banyak cahaya semulajadi dan mengadakan peruntukan bagi kawalan suhu optimum dan penebat.

Kawasan hijau

Apabila Syarikat Mainstay sdn bhd. mula merekabentuk bangunan itu, pemikiran menjadikan ia hijau sudah dalam rancangan itu, walaupun tidak dengan cara yang utama.

"Kami telah melihat penyelesaian penjimatan tenaga seperti lampu cekap tenaga, alat-alat penjimatan tenaga bagi tempat letak kereta kami yang akan menjimatkan kira-kira 45% daripada penggunaan tenaga dan sebagainya," kata ketua pegawai eksekutif kumpulan, Ang Teck Seong. .

Lee, pengarah eksekutif berusia 47 tahun, telah membina rumah cekap tenaga dengan dalaman sejuk yang tidak memerlukan penghawa dingin selama lebih 11 tahun. Selepas lawatan kerumah Lee di Semenyih (yang juga dibina dengan teknologi), Raja Azmi dan Ang membuat keputusan pecah tanah mengguna pakai teknologi Lee kompleks membeli-belah mereka.

Manakala sistem Rumah Pintar dan Cool telah terbukti dibina untuk unit rumah kediaman, kini diuji bangunan komersil buat pertama kali.

"Kami terpaksa mengubah persepsi seluruh bagaimana untuk membina bangunan dan jurutera tidak gembira mengenainya," kata Ang sambil ketawa. "Tetapi kita tahu bahawa Lincoln telah berjaya melakukan ini untuk rumah, dan kita yakin para jurutera bahawa ia adalah satu sistem yang boleh digunakan."

Apabila siap, bangunan itu akan menjadi sink haba buatan manusia yang terbesar yang diwujudkan dengan tayar yang digunakan di dunia dengan 220,000 tayar anggaran yang digunakan dalam asas bangunan, bilangan yang akan meningkat kepada setengah juta akhirnya.

"Kami pasti mengambil risiko kerana ia tidak pernah dilakukan sebelum dan mungkin mempunyai beberapa isu teknikal. Ia juga akan lebih mahal kerana tayar, panel solar dan sebagainya, "kata Raja Azmi. "Tetapi kita bersetuju bahawa ini adalah sesuatu yang baik dan berbaloi, dan kami bersedia untuk membuat pengorbanan dari sudut kewangan dan masa untuk menampung ini."

Untuk memberi gambaran yang lebih jelas, berapa banyak syarikat telah dikorbankan, beliau memberikan satu contoh asas bangunan itu sudah berada di peringkat akhir pembangunan apabila Lee datang atas kapal.

"Kami perlahan pembinaan untuk memasukkan tayar ke dalam struktur. Bahawa adalah agak sukar bagi kami, "kata Raja Azmi.

Lee menganggarkan-olah dia telah terlibat dalam projek ini dari awal, mereka akan menyelamatkan sekurang-kurangnya RM10 juta. Sebaliknya, mereka kini akan dikenakan RM4mil tambahan kepada RM5mil hanya untuk menampung tayar dalam asas bangunan.

"Kebanyakan peniaga tidak akan melakukan sesuatu seperti ini! Mungkin sebagai pemaju kali pertama, kami naif cukup untuk mengambil risiko itu, "kata Raja Azmi yang ketawa.


Tulang belakang Pembangunan Pengerusi Eksekutif Raja Mohd Azmi Raja Razali (kanan) dan Lincoln Lee, pencipta teknologi Rumah Pintar dan Cool, di tapak pembinaan kompleks membeli-belah Space baru U8.

"Kami akan menguruskan kompleks sendiri dan bangunan utama masih akan dimiliki oleh kami, dan juga sebagai tempat letak kereta dan halaman pusat. Oleh itu, kami mengawal elemen-elemen utama bangunan itu. Itulah sebabnya mengapa kita sanggup untuk melabur dalam ini. "

Mereka juga berharap untuk mewujudkan kesedaran bahawa pemanasan global adalah ancaman yang sangat nyata, dan untuk memimpin melalui teladan. Tetapi Raja Azmi menganggap bahawa pemaju tidak dapat melawan bahawa perang ke atas mereka sendiri.

"Kerajaan harus datang dengan satu insentif untuk menggalakkan pemaju untuk melakukan perkara-perkara ini. Bahan-bahan seperti panel solar boleh menjadi mahal dan bukan semua orang akan mahu melakukannya. Jadi mesti ada beberapa insentif bagi pemaju seperti kita mahu melakukannya, "katanya