Current Visitor

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Jumaat, 27 Mei 2011

Wang Tahanan @ Retention Money

Wang Tahanan adalah digunapakai untuk projek-projek swasta yang menggunakan Borang Kontrak PAM 2006 (Klausa 30.5). Ia adalah bertujuan untuk memastikan pihak kontraktor yang dilantik melaksanakan kerja dengan penuh komitmen semasa tempoh kontrak berlangsung.

Nilai Wang Tahanan ialah 5% daripada amaun kontrak. Ia akan ditolak sebanyak 10% pada setiap kali bayaran interim sehingga ia mencapai nilai 5% daripada harga kontrak.

Contoh pengiraan amaun Wang Tahanan adalah seperti berikut:

  • Katakan Amaun Kontrak = RM 10 Juta
  • 5% x RM 10 Juta = RM 500,000.00 
Pelepasan Wang Tahanan kepada kontraktor hanya akan dilakukan apabila Sijil Siap Kerja (CPC) dikeluarkan dengan nilai 50% dan baki 50% akan dikeluarkan apabila Sijil Siap Memperbaiki Kecacatan (CMGD) dikeluarkan.

Khamis, 26 Mei 2011

Preambles

 PREAMBLES

Preambles atau kehendak-kehendak permulaan adalah merupakan keterangan mengenai jenis dan kualiti bahan, mutu bahan dan kerja yang mana ianya tidak dinyatakan di dalam lukisan atau mana-mana dokumen lain. Ia menjadi rujukan kepada kontraktor dalam meletakkan harga. Dalam harga tersebut mestilah merangkumi kerja-kerja yang terlibat bagi sesuatu item. Secara tidak langsung, dikenali juga sebagai spesifikasi.

Preambles adalah juga merupkan salah satu daripada kandungan dokumen tender atau kontrak yang mana ianya berupa keterangan bagi menghuraikan tentang bahan dan kerja dari segi jenis, kualiti dan kaedah. Dengan adanya Preambles ini, diharapkan akan menajadi rujukan bagi pihak kontraktor dalam melaksanakan kerja pembinaan bagi memastikan kerja mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Dalam penyediaan Preambles ini, ianya dibuat berdasarkan kepada trade (tukang) iaitu merujuk kepada kaedah pengukuran piawai (SMM). Dalam menghargakan setiap kerja bagi sesuatu item, bahagian ini perlu dirujuk kerana sampingan yang berkaitan tentang kerja tersebut yang perlu dihargakan bersama.


 KEPENTINGAN PREAMBLES

o Supaya bahan yang digunakan adalah berkualiti dan bermutu tinggi
o Menerangkan tentang kaedah dan teknik kerja
o Membantu kontraktor memahami kerja yang perlu dihargakan bersama dalam sesuatu kerja
o Memendekkan keteranagn kerja dan menjimatkan penggunaan kertas taking off
o Rujukan kepada istilah seperti as described dan as specified
o Melengkapkan lagi maklumat yang terdapat dalam spesifikasi atau mana-mana dokumen

petikan dari  http://qafeqah-qafeqahqs.blogspot.com/

Selasa, 24 Mei 2011

Hebahan Kursus NZM Consultant Training Center- Bulan Julai 2011

Adalah dimaklumkan, pihak NZM Corporate Training Consultant Sdn Bhd akan menganjurkan kursus berikut pada sepanjang bulan Julai 2011

Bil
Tajuk Kursus
Tarikh Kursus
Hari
Venue
Bayaran (RM)*
1
Tatacara Perolehan Perkhidmatan Perunding
26 Julai 2011
1
Hotel Grand Continental, KL
      425.00
2
Tatacara Pengurusan Perolehan Kerajaan Secara Tender
27 Julai 2011
1
Hotel Grand Continental, KL
   425.00






* Catatan: Tidak termasuk kos penginapan

Untuk keterangan lanjut, bolehlah berhubung kepada nombor telefon berikut: 03-8945 5439, 016-941 3647, 012-251 7518 atau 017-645 0540 atau layari pautan berikut : http://www.nzmctc.com/

Selasa, 17 Mei 2011

Kerjaya - Engineer @ Jurutera




1.0     Tugas seorang Jurutera

Salah satu bidang profesional yang popular tetapi masih kurang dari segi sumber manusia ialah kejuruteraan. Perkembangan pesat dalam sektor industri di negara ini meningkatkan lagi permintaan terhadap profesion ini. Sektor awam juga memerlukan jurutera dalam pelbagai bidang.

Apa itu kejuruteraan? Kejuruteraan secara umumnya ialah penggunaan pengetahuan sains dan matematik untuk menyelesaikan masalah-masalah praktikal. Pengetahuan-pengetahuan ini digabungkan dengan pengalaman yang dipraktikkan sebaik-baiknya dengan menggunakan bahan­-bahan dan sumber semula jadi.

Jurutera ialah orang yang terlatih dalam merekacipta, membuat dan menggunakan (menjaga) jentera atau terlatih dalam mana-mana cabang kejuruteraan seperti jurutera awam, elektrik dan kapal terbang. Seseorang jurutera perlu menitikberatkan inovasi mengenai komposisi sesuatu produk dan struktur, mengubah idea-idea baru kepada realiti, menyelesaikan masalah-masalah kemahuan dan kehendak manusia, memperbaiki kaedah-kaedah yang sedia ada dan merintis kaedah-kaedah baru dengan menekankan pengetahuan saintifik, kebolehan dan kepandaian yang kreatif.

2.0     Jenis-jenis kerjaya dalam bidang kejuruteraan.

Pelbagai pengkhususan dibidang kejuruteraan di­tawarkan oleh univensiti/institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara.  Antara pengkhususan itu ialah kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kajiterbang, pembuatan, telekomunikasi dan pertanian.

2.1.Kejuruteraan Awam

Kerjaya di dalam bidang Kejuruteraan Awam merangkumi tugas mengenalpasti dan memenuhi keperluan masyarakat, sama ada pada skala kecil (projek luar Bandar) atau berskala antarabangsa (membina janakuasa elektrik). 

Tugas seorang Jurutera Awam pada sesebuah projek membabitkan:
(a)             (a)    Menganalisis dan mengenalpasti keadaan  tapak cadangan projek
(b)              (b)     Konsultasi dengan masyarakat setempat tentang tapak cadangan projek
   (c)       Perbincangan mengenai plan projek dengan arkitek atau jurutera perunding
(d)               (d)    mengambilkira kesan projek terhadap alam sekitar projek
    (e)       mengemukakan penyelesaian masalah yang dihadapi oleh sesuatu projek
     (f)      merekabentuk sesebuah projek
    (g)       mengawasi kualiti pembinaan sesebuah projek
    (h)      mengawasi perbelanjaan sesebuah projek

2.2.   Kejuruteraan Mekanikal

Tugas seorang Jurutera Mekanikal tertumpu dalam organisasi perindutrian yang membabitkan pembuatan peralatan mekanikal atau alat ganti peralatan mekanikal. 

Tugas seorang Jurutera mekanikal membabitkan:-
(a)  merekacipta produk baru atau merekacipta semula produk sedia ada
(b)  menyelia proses pemasangan alatan
(c)      membina dan memasang mesin baru atau mengubahsuai peralatan yang sedia ada untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran

2.3.    Kejuruteraan Kimia

Jurutera bidang ini mempraktikkan penggunaan sains kimia.  Ahli Kimia dan jurutera berganding bahu dalam makmal penyelidikan untuk memajukan produk kimia seperti sabun pencuci, ubat-ubatan, plastik, fabrik di samping memajukan proses untuk menghasilkan barangan ini. Jurutera kimia kemudian menyesuaikan operasi berskala kecil yang dijalankan dalam makmal kepada pengeluaran industri dan komersil berskala besar.  Mereka juga bekerja di bahagian jualan teknikal,pemasaran, personel,,kewangan, pengajaran dan sebagainya.

Tugas seorang Jurutera Kimia membabitkan:
(a)   mentafsir dan menganalisis kertas kawalan mutu yang ditulis oleh jurutera penyelidik.
(b)   Merekacipta dan memajukan kaedah kerja dan peralatan baru yang lebih baik serta mengubahsuai kaedah kerja dan peralatan yang sedia ada.
(c)   menentukan kaedah yang paling berkesan bagi pengeluaran bahan kimia

2.4.     Kejuruteraan Elektrik.

Kejuruteraan elektrik melibatkan setiap ciri kehidupan moden.  Jurutera elektrik berhubung rapat denganpelbagai bentuk aktiviti yang berkaitan dengan penyelidikan, rekebentuk, pengeluaran, pemasangan, penyelenggaraan dan baikpulih peralatan, komponen dan sistem elektrik.

Tugas seorang Jurutera Elektrik membabitkan:
(a)  terlibat dalam tugas-tugas yang bersangkutan dengan system yang menjana, mengeluar, mengagih, mengawal dan menggunakan elektrik
(b)  merekacipta dan pembikinan berbagai jenis peralatan elektrik
(c)   menguji perkakas, menyelesasi masalah operasi.
(d)  menganggar masa dan perbelanjaan sesuatu projek kejuruteraan yang akan dilaksanakan.

3.0     Potensi Kerjaya kejuruteraan pada masa hadapan

Perkembangan semasa di Malaysia mendorong permintaan yang tinggi terhadap profesion ini. Setiap hari. ada syarikat-syarikat yang mengiklankan jawatan kosong sebagai jurutera di akhbar-akhbar tempatan.

4.0     Kelayakan yang diperlukan untuk mengikuti program kejuruteraan.
         
          4.1       Ciri-ciri peribadi yang diperlukan:
          4.1.1     Meminati profesion ini
          4.1.2     Mempunyai pengetahuan di dalam bidang sains, matematik dan bahasa
          4.1.3    Mempunyai kemahiran komputer        
4.1.4        Berkebolehan dan mempunyai kreativiti
4.1.5        Tekun dan bekerja keras 
4.1.6        Mempunyai keinginan untuk berjaya
4.1.7        Seorang yang dinamik
4.1.8        Dapat bekerja secara berkumpulan

Calon perlu lulus peperiksaan SPM/SPMV, dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran matematik moden, matematik tambahan, fizik, kimia, biologi, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.  Bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula, para pelajar perlu lulus matematik tulen, matematik gunaan, fizik, kimia, biologi dan pengajian am.

Terdapat beberapa cara yang membolehkan pelajar berjaya mendapat ijazah pertama kejuruteraan sama ada universiti di dalam atau di luar negara. Tempoh pengajian  antara empat hingga enam tahun.

(i)       Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
Pelajar-pelajar boleh memohon masuk  ke  UKM,UM, UPM, USM, UNJMAS, UMS dan UiTM. Kelayakan ini juga diterima oleh universiti-universiti di Australia, Kanada, United Kingdom, New Zealand dan Singapura.

(ii)    Asasi/matrikulasi sains
Kursus selama satu setengah tahun ini adalah  lepasan SPM/SPMV. Pelajar-pelajar yang mengikuti kursus ini dengan jayanya akan diterima masuk ke peringkat ijazah pertama di universiti-universiti tempatan.

 (iii) Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
 Kursus kejuruteraan boleh diikuti secara terus di UTM selepas SPM.  Kursus ini mengambil masa selama lima tahun.

Terdapat beberapa universiti swasta tempatan seperti Universiti Multimedia, Universiti  Tenaga Nasional (UNITEN) dan  di Universiti Teknologi Petronas (UTP) juga menawarkan kursus ini di peringkat ijazah sarjana muda.

(iv)   Diploma  
Kursus ini ditawarkan oleh UTM, UPM, UiTM, politeknik Kementerian Pendidikan serta banyak kolej swasta. Pemegang-pemegang diploma ini boleh memasuki pasaran pekerjaan. Sekiranya ingin me­neruskan pengajian di peringkat sarjana muda, pelajar boleh berbuat demikian sama ada  universiti di dalam atau di luar negara.

(v)      Program anjuran MARA dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Program anjuran kedua-dua badan ini untuk lepasan SPM dan merupakan program pra universiti dan ijazah pertama di universiti-universiti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, Kanada, Korea Selatan, Jepun serta negara-negara lain  yang dipilih

5.0     Pusat-pusat pendidikan dan latihan yang menyediakan program kejuruteraan.

Banyak universiti tempatan menawarkan kursus-kursus kejuruteraan di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda. Universiti-universiti yang menawarkan kursus di peringkat sarjana muda ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Univensiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Univensiti Teknologi Mara (UiTM) dan Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO). Sementara UTM, UPM, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan politeknik Kementenian Pendidikan menawarkan kursus peringkat diploma. Selain itu, univensiti-universiti luar negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Kanada, Zealand dan Singapura juga menawarkan kursus ini.

6.0     Organisasi yang memerlukan Jurutera.

Organisasi yang memerlukan Jurutera di Malaysia ialah organisasi yang terlibat di dalam sektor pengangkutan, pembinaan, perlombongan, telekomunikasi, perindustrian, penyelidikan dan konsultasi

7.0     Pendapatan dan gaya hidup seorang Jurutera.

Walaupun kerjaya ini mencabar tetapi mampu memberi kepuasan kepada mereka. Tambahan pula gaji dan imbuhannya lumayan dan mampu menarik minat pelajar untuk menceburi kerjaya ini. Buat masa ini, gaji permulaan seorang jurutera ialah di antara RM 2000.00 hingga RM 2500.00 sebulan

Kerjaya sebagai seorang Jurutera sangat mencabar kerana sebagai  seorang Jurutera anda akan berhadapan dengan pelbagai jenis masalah dan cabaran yang berlainan setiap hari.  Setiap tugasan adalah unik kerana anda akan berhadapan dengan pelbagai situasi , tempat dan orang.  Kepuasan kerja tercapai apabila menyaksikan hasil akhir produk yang terhasil seperti bangunan, empangan atau pun jambatan dan pengetahuan yang telah dicurahkan untuk menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup manusia.

Untuk mencapai cita-cita ini calon harus memiliki ijazah mana-mana bidang kejuruteraan dari universiti tempatan atau luar negara.  Lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli : 

Institute of Engineers Malaysia (IEM) sebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers Malaysia (BEM).

Mereka memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf di dalam bidang-bidang berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapat tauliah jurutera profesional.

  

Deposit Tender

Deposit Tender untuk perolehan tender kerajaan hanya dikenakan untuk tender antarabangsa . Tujuan diadakan deposit tender adalah untuk memastikan kontraktor-kontraktor yang memasuki tender mempunyai kesungguhan atau komitmen untuk menghargakan tender.



Kadar yang dikenakan adalah berbeza mengikut nilai projek yang kebiasannya bernilai 5% daripada nilai projek. Deposit Tender boleh diperolehi melalui pihak bank samaada dalam bentuk bank draf atau jaminan bank.

Contoh anggaran deposit tender tersebut adalah seperti berikut:
  • Tender RM 0 - RM 10 Juta = Deposit Tender, RM 50,000.00
  • Tender RM 10 Juta - RM 20 Juta = Deposit Tender , RM 150,000.00
  • Tender RM 20 Juta - RM 50 Juta = Deposit Tender , RM 350,000.00
  • Tender RM 50 Juta - RM 100 Juta = Deposit Tender , RM 750,000.00
  • Tender RM 100 Juta  ke atas = Deposit Tender , RM 1 Juta
 Kepada petender yang tidak berjaya, deposit tender tersebut akan dikembalikan selepas keputusan pemilihan diketahui, sementara kepada petender yang berjaya, deposit tender akan dikembalikan selepas ia menyerahkan bon pelaksanaan.

Isnin, 16 Mei 2011

Kod Pendaftaran Pembekal Kementerian Kewangan Malaysia (KK)

MAKLUMAN: KEPADA YANG BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN SENARAI PENUH KOD BIDANG PENDAFTARAN KONTRAKTOR BERSAMA PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR (PKK), KEMENTERIAN KEWANGAN (KK) DAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN (CIDB) (3 IN ONE )DALAM BENTUK HARD COPY, BOLEHLAH EMAIL KEPADA chee_lin@yahoo.com UNTUK TEMPAHAN. HANYA RM 20.00 (HARGA TERMASUK KOS PENGHANTARAN) atau sila layari pautan berikut : http://borak-qs.blogspot.com/2011/11/hardcopy-kod-pendaftaran-pkk-kk-cidb.html 

SENARAI KOD BIDANG KEMENTERIAN KEWANGAN
A- Senarai Kod Bidang Bekalan Dan Perkhidmatan (Untuk Kontraktor Pembekal)

B- Senarai Kod Bidang Perunding (Untuk Syarikat Perunding Sahaja)


A -SENARAI KOD BEKALAN DAN PERKHIDMATAN

01 BAHAN BACAAN DAN ALAT TULIS

01 Bahan Bacaan
    * 00 Bahan Bacaan
      01-Bahan Bacaan Terbitan Luar Negara

02 Alatulis
    * 01 Alatulis (Tidak termasuk Borang dan Kertas Komputer)
    * 02 Bahan Surih dan Drafting
    * 99 Pembuat   

02 ALAT KELENGKAPAN PEJABAT DAN KEDIAMAN

01 Perabut dan Kelengkapan
    * 01 Perabut
    * 02 Permaidani/Ambar
    * 99 Pembuat

02 Mesin
    * 01 Mesin-mesin Pejabat
    * 02 Mesin-mesin Kediaman
    * 99 Pembuat

03 Perkakas Elektrik
    * 00 Perkakas Elektrik
    * 99 Pembuat

04 Kelengkapan Dapur
    * 00 Kelengkapan Dapur
    * 99 Pembuat

05 Peralatan Pencuci dan Pembersihan
    * 00 Peralatan Pencucian dan Pembersihan
    * 99 Pembuat

06 Bahan-bahan Pembungkusan/Bekas
    * 00 Bahan-bahan Pembungkusan/Bekas
    * 99 Pembuat

 
03 PERALATAN CEGAH KEBAKARAN DAN KAWALAN KESELAMATAN

01 Alat Dan Sistem Cegah Kebakaran
    * 00 Alat dan Sistem Cegah kebakaran
    * 99 Pembuat

02 Pakaian dan Alat Keselamatan
    * 00 Pakaian dan Alat Keselamatan
    * 99 Pembuat
     
04 PERALATAN PERHUBUNGAN/KOMUNIKASI

01 Alat-alat Perhubungan/Komunikasi
    * 00 Alat Perhubungan
    * 99 Pembuat

02 Alat Bantuan Mengajar
    * 00 Alat Bantuan Mengajar
    * 99 Pembuat

05 KELUARAN JAHITAN

 01 Bahan Tekstil
    * 01 Bahan Tekstil
    * 02 Barang-barang Berjahit
          (Barang-barang Yang Tidak Lekat Di Badan)
    * 99 Pembuat

02 Pakaian dan Kelengkapan
    * 00 Pakaian dan Kelengkapan
    * 99 Pembuat

03 Bahan Tarpaulin dan Canvas
    * 00 Bahan Tarpaulin/Canvas
    * 99 Pembuat
    
06 FOTOGRAFI DAN PERALATAN

01 Kamera dan Peralatan
    * 00 Kamera/Peralatan
    * 99 Pembuat

02 Filem Siap Untuk Tayangan
    * 00 Filem Siap Untuk Tayangan (Perlu Lesen Finas)
     
07 KELENGKAPAN SUKAN, CENDERAMATA DAN MUZIK


01 Kelengkapan Sukan
     * 00 Peralatan/Pakaian Sukan
     * 99 Pembuat
02 Cenderamata dan Hadiah
     * 00 Cenderamata dan Hadiah
     * 99 Pembuat

03 Alat Muzik
    * 00 Alat Muzik
    * 99 Pembuat    


 08 MAKANAN DAN MINUMAN

01 Bahan Minuman
     * 00 Bahan Minuman
     * 99 Pembuat

02 Makanan Mentah Basah
    * 00 Makanan Mentah Basah

03 Makanan Mentah Kering
    * 00 Makanan Mentah kering
    * 99 Pembuat

04 Makanan Dalam Tin/Botol/Bungkus
    * 00 Makanan Dalam Tin/Botol/Bungkus
    * 99 Pembuat

05 Makanan Bermasak
    * 01 Makanan Bermasak Islam
    * 02 Makanan Bermasak Bukan Islam

09 PERALATAN HOSPITAL DAN UBAT-UBATAN

01 Peralatan/Kelengkapan Perubatan

     * 00 Peralatan/Kelengkapan Perubatan
    * 99 Pembuat

02 Ubat dan Bahan Ubatan
    * 01 Dadah Berjadual (Perlu Lesen Farmasi)
    * 02 Racun Berjadual (Perlu Lesen Farmasi)
    * 03 Ubat Tidak Berjadual
    * 99 Pembuat

03 Perkakas Perubatan Pakai Buang
    * 00 Perkakas Perubatan Pakai Buang
    * 99 Pembuat
  
10 KIMIA DAN PERALATAN MAKMAL

01 Kimia
    * 01 Kimia Makmal
    * 02 Kimia Industri
    * 03 Kimia Pemproses Air
    * 99 Pembuat

02 Kelengkapan Makmal
    * 00 Kelengkapan Makmal
    * 99 Pembuat
   
11 BAHAN BAKAR DAN PELINCIR

01 Bahan Bakar
    * 00 Bahan Bakar
    * 99 Pembuat

02 Bahan Pelincir
    * 00 Bahan Pelincir
    * 99 Pembuat
     
12 PERTANIAN DAN TERNAKAN

01 Baja dan Racun
    * 01 Baja
    * 02 Racun Pertanian
    * 99 Pembuat

02 Tanaman dan Baka Ternakan
    * 01 Tanaman/Benih Semaian
    * 02 Ternakan/Baka Ternakan

03 Peralatan Pertanian dan Ternakan
    * 00 Peralatan Pertanian/Ternakan
    * 99 Pembuat

04 Makanan/Ubat-ubatan Ternakan
    * 00 Makanan/Ubat-ubatan Ternakan
    * 99 Pembuat
     
13 KELENGKAPAN/KEMUDAHAN AWAM

01 Kelengkapan/Kemudahan Awam
    * 00 Kelengkapan/Kemudahan Awam
    * 99 Pembuat

 14 BAHAN BINAAN DAN PERALATAN KESELAMATAN
      JALAN RAYA

01 Bahan Binaan
    * 00 Bahan Binaan
    * 99 Pembuat

02 Peralatan Keselamatan Jalanraya
    * 00 Peralatan Keselamatan Jalan Raya
    * 99 Pembuat

15 PERALATAN SUKATAN DAN UKURAN

01 Peralatan Sukatan/Ukuran
     * 00 Semua Peralatan Sukatan/Ukuran
    * 99 Pembuat

16 KENDERAAN, JENTERA BERAT DAN KELENGKAPAN

01 Kenderaan
    * 01 Basikal
    * 02 Motosikal
    * 03 Kereta
    * 04 Lori
    * 05 Bas
    * 99 Pembuat

 02 Jentera Berat
    * 00 Jentera Berat
    * 99 Pembuat

 03 Alatganti dan Aksesori Kenderaan/Jentera Berat
    * 01 AlatgantiAksesori Kenderaan
    * 02 AlatgantiAksesori Jentera Berat
    * 99 Pembuat

04 Keretapi, Peralatan dan Alatganti
    * 01 Lokomotif
    * 02 Peralatan dan Alatganti Keretapi
    * 99 Pembuat

17 SENJATA DAN PERALATAN

 01 Senjata Api/Peluru
     * 01 Senjata Api
     * 02 Peluru
     * 99 Pembuat

 02 Bahan Letupan
    * 00 Bahan Letupan
    * 99 Pembuat

03 Kelengkapan Sasaran
    * 00 Kelengkapan Sasaran
    * 99 Pembuat
     
18 MESIN DAN PERALATAN KEJURUTERAAN

01 Mesin dan Kelengkapan Bengkel
    * 00 Mesin dan Kelengkapan Bengkel
    * 99 Pembuat

02 Peralatan Perindustrian Minyak
    * 00 Peralatan Perindustrian Minyak
    * 99 Pembuat

03 Mesin dan Kelengkapan Khusus
    * 00 Mesin dan Kelengkapan Khusus
    * 99 Pembuat

19 PESAWAT UDARA, BOT DAN KAPAL

01 Pesawat Udara
    * 01 Pesawat Udara
    * 02 Alatganti dan Kelengkapan Pesawat
    * 99 Pembuat

02 Bot dan Kapal
    * 01 Bot
    * 02 Kapal Laut/Kapal Selam
    * 03 Alatganti dan Kelengkapan Bot/Kapal
    * 99 Pembuat

03 Peralatan Marin
    * 00 Peralatan Marin
    * 99 Pembuat
      

20 PERALATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

01 Motor, Alatubah dan Penjanakuasa
    * 00 Motor dan Alatubah/Alatganti
    * 99 Pembuat

02 Stesyen Janakuasa Letrik dan Peralatan Generator/Alatganti
    * 00 Stesyen Janakuasa Letrik dan Peralatan Generator/Alatganti
    * 99 Pembuat

03 Kabel dan Aksesori/Konduktor
    * 00 Kabel Aksesori dan Konduktor
    * 99 Pembuat

04 Lampu dan Kelengkapan
    * 00 Lampu dan Kelengkapan
    * 99 Pembuat
       

21 PERALATAN/KELENGKAPAN KOMPUTER

01 Peralatan dan Kelengkapan Komputer
    * * 01 Personal Computer and Related Peripheral and Services
    * * 02 Small to large multi-user Systems and Services
    * * 03 Workstations and Related Peripheral and Services
    * * 04 Software Product and Services
    * * 05 Other Computer Related Services
    * * 06 Networking products and Services
    * * 99 Pembuat


22 PERKHIDMATAN

01 Penyenggaraan/Pembaikan Mesin dan Kenderaan
    * 01 Alat Hawa Dingin (Window/Split)
    * 02 Mesin-mesin Pejabat
    * 03 Alat Kebombaan/Pemadam Api
    * 04 Alat Semboyan dan Perhubungan/Penyiaran
    * 05 Alat Kelengkapan Hospital/Makmal
    * 06 Alat-alat Merin
    * 07 Bot/Kapal (Untuk Limbungan)
    * 08 Kontena/Tangki
    * 09 Perkakas/Sistem Elektrik
    * 10 Mesin dan Peralatan Wokshop
    * 11 Peralatan Kawalan Keselamatan
    * 12 Sand Blasting & Mengecat Untuk Kapal
    * 13 Mechanisation System(Conveyor/Lift dll)
    * 14 Membaiki Buft Fuel Tank
    * 15 Pump/Paip Air dan Komponen
    * 16 Motosikal
    * 17 Kenderaan Bawah 3 ton
    * 18 Kenderaan Melebihi 3 ton
    * 19 Lori Pelarik Tanah. Roller dan Forklift
    * 20 Kerja-kerja khusus (baikpulih injin) dan sebagainya
    * 21 Kerja-kerja mengetok dan Mengecat
    * 22 Alat Hawa Dingin Kenderaan
    * 23 Membaikpulih Tempat Duduk/Kusyen dan Bumbung
    * 24-Penyelenggaraan Kapal Terbang
    * 25-Penyelenggaraan Helikopter
    * 26-Penyelenggaraan Simulator Kapal
    * 27- Penyelenggaraan Simulator Kapal Terbang
    * 28- Penyelenggaraan Simulator Helikopter
    * *88 Pelbagai

02 Penyewaan dan Pengurusan
    * 01 Pengangkutan Penumpang
    * 02 Jentera Berat/Kenderaan/Jentera
    * 03 Ruang Niaga/Pejabat
    * 04 Pengurusan Pameran/Pentas
    * 05 Ladang/Taman
    * 06 Tempat Letak Kereta
    * 07 Bot Tunda/Feri/Bot/Bot Malim
    * 08 P .A. System/Alat Muzik
    * 09 Mesin-mesin Pejabat
    * 10 Perhotelan
    * 11-Pesawat Udara
    * 12-Kenderaan Marin
    * 13-Peralatan dan Kelengkapan Hospital
    * 14-Peralatan Makmal
    * 15-Hak Harta Intelek (Patent)
    * 16-Pengkomersilan Syarat-syarat 
          (Marketing,Ekonomi,Akaun,Advertising,   Business  Admint)
    * *88 Pelbagai

03 Pengawalan dan Pengawasan
     * 01 Kawalan Serangga Perosak / Anti Termite Bangunan
    * 02 Kawalan Keselamatan (Perlu Lesen KDN)
    * 03 Menangkap/Menembak Haiwan
    * *88 Pelbagai

04 Mencuci dan Membersih
    * 01 Mencuci Bangunan
    * 02 Membersih Kawasan
    * 03 Mengangkat Sampah
    * 04 Membersih Kenderaan
    * 05 Mencuci Kolam Renang
    * 06 Membersih Pantai
    * 07-Kolam Kumbahan/ Sistem Perawatan/ Talian Paip/ Sesalur
    * 08-Pelupusan dan Perawatan Sisa (Berbahaya/Tidak Berbahaya)
    * *88 Pelbagai

 05 Gunatenaga
    * 01 Kontrak Buruh
    * 02 Tenaga Pengajar
    * 03 Data Entry/Perisian
    * 04 Kerja Tuai dan Angkut
    * 05 Mengisar Padi
    * 06 Pemungut Hutang/ Penghantar Notis
    * 07-Kakitangan Iktisas (Profesional)-Tidak Termasuk Khidmat Perunding
    * 08- Kakitangan Separa Iktisas (Semi Profesional)-Tidak Termasuk Khidmat Perunding
    * *88 Pelbagai

06 Khidmat Udara
    * 01 Topografi
    * 02 Pembajaan/Pest Control
    * 03 Cloud Seeding
    * 04 Pemetaan
    * 05 Rondaan Udara
    * 06 Hidrografi
    * *88 Pelbagai

07 Perfileman, Rakaman dan Fotografi
    * 01 Pengeluaran Filem-filem (Perlu Lesen Finas)
    * 02 Rakaman
    * 03 Fotografi
    * 04 Audio Visual
    * *88 Pelbagai

08 Pengindahan (Tidak Termasuk Pelanskapan dan Senitaman)
    * 01 Hiasan Dalaman
    * 02 Bangunan
    * 03 Hiasan Jalan/Kawasan
    * *88 Pelbagai

09 Menjahit
    * 00 Menjahit
10 Percetakan (Dikhaskan kepada syarikat 100% Bumiputera)
    * 01 Pengatur Huruf (Type Setting)
    * 02 Pisah Warna (Colour Separation)
    * 03 Mencetak Buku. Majalah, Laporan Akhbar (Perlu Lesen KDN)
    * 04 Mencetak Fail, Kad Perniagaan dan Kad Ucapan (Perlu Lesen KDN)
    * 05 Mencetak Label, Poster, Pelekat dan Iron On (Kertas) (Perlu Lesen KDN)
    * 06 Mencetak Label, Poster, Pelekat (Plastik) (Perlu Lesen KDN)
    * 07 Mencetak Continuous Stationery Forms (Perlu Lesen KDN)
    * 08 Mencetak Borang/Kertas Komputer (Perlu Lesen KDN)
    * 09 Cetak Keselamatan (Perlu Lesen KDN)
    * 10 Menjilid Kulit Lembut
    * 11 Menjilid Kulit Keras
    * 12 Varnishing
    * 13 Laminating

11 Pengangkutan
    * 01 Tuan Punya Kapal
    * 02 Broker Perkapalan
    * 03 Agen Perkapalan (Perlu Lesen Kastam)
    * 04 Pengangkutan Lori
    * 05 Agen Penghantaran (Perlu Lesen Kastam)
    * 06 Pembungkusan
    * 07 Agen Pengembaraan (Perlu Lesen Lembaga Penggalakkan
            Pelancungan Malaysia (MTPB) dan Khas untuk 100%
            Bumiputera)
    * 08 Penghantaran Dokumen


12 Insuran
    * 01 Syarikat Insuran (Perlu Lesen Bank Negara)
    * 02 Broker Insuran (Perlu Lesen Bank Negara)

13 Barang Lusoh
    * 01 Membeli barang Lusoh (Tidak perlu Permit)
    * 02 Membeli Barang Lusoh (Perlu Permit)
    * *88 Pelbagai

14 Membaik Pulih
    * 01 Tayar
    * 02 Bateri
    * 03 Perabot
    * 04 Barang Logam
    * 05 Kasut
    * *88 Pelbagai

 15 Pengiklanan
    * 01 Media Elektronik (Tidak Termasuk Kerja-kerja Percetakan)
    * 02 Media Cetak (Tidak Termasuk Kerja-kerja Percetakan)
    * 03 Bill Board
    * 04-Merekacipta, Reka Bentuk Grafik, Animasi dan Seni Halus.

16 Perkhidmatan Kapal
    * 01 Salvage Boat/Kapal
    * 02 Pengurusan Pelabuhan
    * 03 Malim Kapal
    * 04 Stevedor
    * 05 Tally Clerk
    * 06 Mengikat dan Melepas Tali Kapal (Mooring)
    * 07 Diving Service
    * 08 Ship Chandling
    * 09 Ship Trimming
    * 10 Membina Tukun Tiruan
    * *88 Pelbagai

17 Lain-lain Perkhidmatan
    * 01 Kodifikasi
    * 02 Perkhidmatan Radio
    * 03 Membekal Air
    * 04 Mengangkut Mayat
    * 05 Production Testing, Surface Well Testing and Wireline
            Services
    * 06 Perkhidmatan Fotostat/Faksimile
    * 07 Lesen/Pengenalan dan Pas Keselamatan Bersalut
            (Laminated   Licence/Cerification & Security Pass)
    * 08 Dobi
    * 09 Pengauditan dan Persijilan
    * 10 Penterjemahan
    * 11 Tatahias Binatang (Menggosok Bulu Binatang, Mengasah
             gigi binatang, Memasang Ladam kuda)
    * 12 Solekan (Menggunting Rambut, Andaman)
    * 13 Pemeliharaan Bahan-Bahan Sejarah dan Pengurusan
           Tempat-Temapat Sejarah
    * 14-Dokumentasi dan Panduarah
    * 15-Penulisan
    * 16-Pengurusan Rekod, Menyelenggara dan Penyimpanan.
    * 17-Membaikpulih Bahan Terbitan dan Manuskrip
    * 18-Perkhidmatan Mel Pukal (Bulk Mail Service)


    * *88 Pelbagai
Catitan: * Bidang pelbagai adalah bidang yang tidak ada di dalam kod bidang. Sila nyatakan dengan terperinci bidang yang dipohon.








B - KOD BIDANG UNUTK PENDAFTARAN PERUNDING




BIDANG KEJURUTERAAN
    * 230100 Kejuruteraan Awam
    * 230200 Kejuruteraan Struktur
    * 230300 Kejuruteraan Elektrikal
    * 230400 Kejuruteraan Mekanikal
    * 230500 Kejuruteraan Elektronik
    * 230600 Kejuruteraan Kimia


BIDANG PERANCANGAN
    * 230700 Arkitek
    * 230800 Ukur Bahan
    * 230900 Ukur Tanah
    * 231000 Penilaian Harta


LAIN-LAIN PERKHIDMATAN
    * 231100 Pengurusan Projek
    * 231200 Hiasan Dalaman
    * 231300 Arkitek Lanskap
    * 231400 Perancangan Bandar & Wilayah
    * 231500 Kajian Alam Sekitar
    * 231600 Kejuruteraan Perlombongan
    * 231700 Kejuruteraan Merin
    * 231800 Kejuruteraan Geologi
    * 231900 Kejuruteraan Industri
    * 232000 Kejuruteraan 'Naval Architecture'
    * 230000 PERKHIDMATAN PERUNDING BUKANFIZIKAL


BIDANG PENGURUSAN
    * 240200 Pengurusan Organisasi
    * 240300 Pengurusan, Penswastaan & Korporat
    * 240400 Pengurusan Ekonomi
    * 240500 Pengurusan Sosio-Ekonomi
    * 240600 Pengurusan Pemasaran & Penyelidikan


BIDANG KEWANGAN

    * 240700 Pengurusan Kewangan
    * 240800 Pengurusan Percukaian
    * 240900 Pengurusan Perakaunan
    * 241000 Pengurusan Audit


LAIN-LAIN BIDANG
    * 241100 Pengurusan Sumber Manusia
    * 241200 Pengurusan Latihan
    * 241300 Pengurusan Kursus/Seminar dan Penyelidikan
    * 241400 Pengurusan Guaman
    * 241500 Pengurusan Perhotelan
    * 241600 Pengurusan Pelancongan
    * 241700 Perhubungan Awam
    * 241800 Rekacipta & Pengiklanan
    * 241900 Kebudayaan, Kesenian & Kraftangan
    * 242000 Perfileman Dokumentari
    * 242100 Pengurusan Marine
    * 242200 Pengurusan Perhutanan
    * 242300 Pengurusan Pertanian
    * 242400 Pembangunan Pertanian
    * 242500 Pengurusan Pengangkutan
    * 242600 Pengurusan Keselamatan
    * 242700 Pengurusan Nilai
    * 242800 Pengurusan Sumber Asli & Taman-Taman
    * 242900 Telekomunikasi
    * 243000 Pengurusan Komputer
    * 243100 Pengurusan & Penilaian Harta Benda
    * 243200 Teknologi Makanan
    * 243300 Penilaian Harta Tanah
    * 243400 Pengurusan Trafik
    * 243500 Pengurusan Kualiti
    * 243600 Pengurusan Pembangunan Teknologi
    * 243700 Pengurusan Tenaga
    * 243800 Pengurusan Hospital
    * 243900 Pengurusan Perpustakaan
    * 244000 Pengurusan Statistik

 

Sabtu, 14 Mei 2011

Kaedah menghasilkan kuantiti besi berasaskan kuantiti konkrit

Penyediaan dokumen tender adalah satu rutin atau tugas yang penting bagi seorang Juurukur Bahan atau Quantity Surveyor di firma Ukur Bahan atau Sektor Awam.

Antara skop tugas dalam penyediaan dokumen tender ialah membuat taking off berdasarkan lukisan yang disediakan oleh pihak Arkitek atau Jurutera Awam. Seringkali, masa yang diperuntukkan untuk menyediakan dokumen tender ini adalah singkat bagi memenuhi kehendak atau tuntutan pihak klien.


Oleh yang demikian ketika proses penyediaan taking off, pengiraan kuantiti besi adalah antara kerja yang terpenting bagi menghasilkan kuantiti besi yang terdapat sesuatu projek. Justeru terdapat satu kaedah pengiraan kuantiti besi dengan lebih pantas dan mudah yang berasaskan kuantiti konkrit yang dihasilkan.

Merujuk kepada jadual dibawah, cara pengiraan akan dipertunjukkan yang seperti berikut:


Komponen
Unit
Berat
1.
Asas Pad @ footing
Kg/m3
80
2.
Rasuk lantai @ ground beam
Kg/m3
200
3.
Rasuk bumbung @ roof beam
Kg/m3
160
4.
Tiang sambut @ stump
Kg/m3
190
5.
Tiang @ Column
Kg/m3
160
6.
Lantai 100mm @ slab
Kg/m2
10

Katakan kuantiti konkrit untuk elemen Footing ialah 10m3. Jadi alternatif pengiraan pantas kuantiti besi adalah dengan mendarabkan 10m3 x  80kg/m3 (rujuk jadual atas) = 800kg.

Jadi kuantiti besi untuk item konkrit footing adalah sebanyak 800kg.

Diharap, penerangan ini dapat membantu kepada para Juruukur Bahan baik di pejabat perunding atau kerajaan untuk menghasilkan taking off kuantiti besi dengan lebih pantas dan cepat.


P/S Maklumat Tambahan : Konverter kuantiti konkrit kepada kuantiti besi ini juga amat berguna kepada QS yang berada di syarikat kontraktor bagi tujuan penyediaan anggaran @ estimate atau ketika memasukkan harga di dalam Senarai Kuantiti @ BQ yang menggunakan unit Pukal.

Ahad, 8 Mei 2011

Sepintas Lalu : Projek Pembinaan Menara Warisan

Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Dato Sri Najib Bin Abdul Razak melalui Pembentangan Bajet 2011 di Bangunan Parlimen, telah mengumumkan pembinaan sebuah menara yang di kenali sebagai Menara Warisan.

 
Bangunan tersebut yang akan dianggap sebagai tertinggi di Malaysia akan dibina di lokasi yang berhampiran dengan Stadium Merdeka pada kos RM5 bilion. Projek ini dijangka akan siap pada tahun 2015.

Bangunan setinggi 100 tingkat itu yang belum diketahui tingginya itu dijangkakan tidak akan menewaskan bangunan tertinggi dunia iaitu Burj Khalifa. Bangunan di Dubai itu berukuran 828 meter tinggi dengan 160 tingkat

Dengan pembinaan bangunan baru ini, ia mungkin dapat menandingi kedudukan bangunan kedua tertinggi di dunia, Taipei 101 yang setinggi 101 tingkat dan 509 meter. Selain itu, Pembinaan bangunan Menara Warisan yang akan dipelopori oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB) itu dijangkakan menandingi bangunan Menara Petronas yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia apabila siap pada tahun 1998 dengan 452 meter dan 88 tingkat.




Status Terkini : Pelaksanaan projek masih belum dijalankan ditapak.

 

Khamis, 5 Mei 2011

Perbezaan PDA, ATDA dan ACDA

P.D.A, A.T.D.A dan A.C.D.A adalah amalan ukur bahan JKR.

1. P.D.A (Preliminaries Detailed Abstract)

Merupakan satu penilaian tentang aktiviti–aktiviti yang perlu di lakukan sebelum memulakan sesuatu projek pembinaan. Ia mungkin di bincangkan oleh kontraktor dan pihak ukur bahan beberapa kali sehingga ia di rasakan sempurna. Dokumen ini berwarna merah.

2 A.T.D.A (As Tendered Detailed Abstract)
Satu penilaian yang di lakukan terhadap keseluruhan tender seperti kos, aktiviti kerja dari permulaan sehingga siap. Dokumen ini berwarna kuning. Pengulangan kerja penyemakkan A.T.D.A pada setiap minggu atau bulan di namakan reverse A.T.D.A.

3. A.C.D.A (As Completed Detailed Abstract)

Penilaian yang di lakukan selepas sesuatu projek pembinaan selesai. Ia merangkumi kerja-kerja tambahan yang tidak terdapat di dalam plan. Penilaian yang terlibat termasuklah kos, pengurusan. Overtime, dokumentasi dan sebagainya. Dokumen ini berwarna hijau.


(sumber :http://ukurbahan-qs.blogspot.com  )