Current Visitor

Jumaat, 27 Mei 2011

Wang Tahanan @ Retention Money

Wang Tahanan adalah digunapakai untuk projek-projek swasta yang menggunakan Borang Kontrak PAM 2006 (Klausa 30.5). Ia adalah bertujuan untuk memastikan pihak kontraktor yang dilantik melaksanakan kerja dengan penuh komitmen semasa tempoh kontrak berlangsung.

Nilai Wang Tahanan ialah 5% daripada amaun kontrak. Ia akan ditolak sebanyak 10% pada setiap kali bayaran interim sehingga ia mencapai nilai 5% daripada harga kontrak.

Contoh pengiraan amaun Wang Tahanan adalah seperti berikut:

  • Katakan Amaun Kontrak = RM 10 Juta
  • 5% x RM 10 Juta = RM 500,000.00 
Pelepasan Wang Tahanan kepada kontraktor hanya akan dilakukan apabila Sijil Siap Kerja (CPC) dikeluarkan dengan nilai 50% dan baki 50% akan dikeluarkan apabila Sijil Siap Memperbaiki Kecacatan (CMGD) dikeluarkan.

2 ulasan:

Ghazali Othman berkata...

Pohon bertanya. Adakah pelepasan one moiety selepas cpc and balance one moiety selepas cmgd masih berkuatkuasa. Saya difahamkan pekeliling krajaan ada mengeluarkan arahan all 5% retention skrg hanya bole release selepas cmgd. Boleh kah saya dapatkan maklumat terkini dan pekeliling mana yang menjelaskan arahan tersebut
Terima Kasih
Ghazali

Azilan berkata...

Berdasarkan SPP 5/2007 Perenggan 53 mengenai pelepasan bon pelaksanaan. masih mengekalkan perkara berkaitan 2.5% dilepaskan semasa CPC dikeluarkan dan selebihnya pada ketika CMGD keluar