This is default featured slide 1 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
This is default featured slide 2 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
This is default featured slide 3 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
This is default featured slide 4 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
This is default featured slide 5 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
Selasa, 3 Disember 2019
Isnin, 21 Oktober 2019
Selasa, 26 Februari 2019
Duti Setem Kontrak Pembinaan
11:28 PG
No comments
Setiap kontrak pembinaan yang dimasuki antara pihak majikan dan kontraktor perlu dimatikan setem untuk membolehkan ia digunakan sebagai bahan bukti sekiranya berlaku pertikaian di Mahkamah. Kadar untuk duty stamps adalah tertakluk di dalam Jadual Pertama Akta Setem 1949.
Mengikut kebiasaan untuk kontrak menggunakan borang JKR 203A dan merujuk kepada Pekeliling 1PP, kontrak perlu ditandatangani dalam tempoh 4 bulan dari tarikh Surat Setujuterima (SST) ditandatangan. Selanjutnya selepas ditandatangan, dalam masa 30 hari kontrak tersebut perlu dimatikan setem. Kelewatan melebihi 30 hari akan mengakibatkan denda penalti boleh dikenakan. Dalam peruntukan borang JKR 203A juga menetapkan bahawa segala kos duti setem adalah ditanggung sendiri oleh pihak kontraktor sendiri. Tiada kos duti setem di dalam kerja-kerja awalan dan kontraktor perlu membuat perkiraan sendiri.
Setelah semakan ke atas Akta Setem 1949 dan rujukan dengan Pejabat Hasil Negeri Manjung Perak 26 Februari 2019 (11.00am). Menyatakan bahawa melalui PU (A) 476 Peremitan berkaitan surat cara Perjanjian Perkhidmatan yang boleh dikenakan duti di bawah sub sub butiran 22(1)(b), Jadual 1, Akta Setem 1949. Kadar Duty Stamp untuk kontrak pembinaan adalah 0.1% daripada harga kontrak
Sebagai contoh katakan harga kontrak pembinaan: RM 25 Juta. Kadar duti setem 0.1% x RM 25 Juta = RM 25 Ribu
Sekian
26.02.19
Pesanan Belian (PO) vs Surat Setujuterima (LOA)
Purchase Order atau Pesanan Belian biasa digunakan di dalam sektor private atau kerajaan. Dalam opis gomen ada juga yg guna istilah Pesanan Tempatan atau Local Order (LO). Kiranya PO dan LO adalah dokumen yang sama. Biasa dlm PO akan menyatakan terma tempoh dan harga pembelian suatu barangan.
Surat Setujuterima atau SST atau LOA in English merupakan surat tawaran dari klien kpd kontraktor yang mengandungi detail harga dan keperluan kontrak.
Perbezaan antara LOA dan PO agak ketara dimana keterangan agak ringkas terdapat di dlm PO dan tiada akuan terima oleh pembekal kecuali akuan semasa siap kerja tersebut oleh kontraktor atau pembekal.
Manakala dalam LOA, terdapat keperluan atau ruang utk kontraktor menerima atau menolak tawaran tersebut...
Dalam katalain, hubungan kontrak antara 2 pihak menerusi LOA adalah jelas dan mengikat seperti yang dinyatakan di dalam Keperluan Akta CIPAA2012, semua kontrak yg dibuat secara bertuliS seperti menerusi LOA boleh dibawa kepada CIPAA Act oleh pihak terkilan iaitu yang tidak mendapat bayaran.
Apacer pulak dgn status PO, boleh kah ia dikira sebagai kontrak bertulis, dan apakah terjadi jika supplier atau kontraktor berjaya menyempurnakan bekalan dan berniat untuk menuntut bayaran ,telah dinafikan oleh majikan.
Biasanya jika ada pertikaian semasa kontrak berjalan berkaitan isu bayaran, mekanisma utk selesaikan adalah menerusi adjudikasi proses. Salah satu keperluan spt seksyen 2 CIPAA Act. Kontrak perlu dalam bentuk bertulis. Oleh demikian bagaimana dgn status PO adakah ia juga dikira bertulis?
Untuk menjawab status PO ini. Jom kita terjah case, *Inovatif Engineering (M) SB vs Nomad Engineering (2016)*... Dalam kes ini. PO juga diputuskan oleh hakim sbg kontrak yg bertulis...
Oleh demikian, perlu diberi perhatian oleh pelbagai pihak samaada private atau kerajaan, sekiranya berlaku kegagalan bayaran walaupun kerja ditawarkan secara PO, ia memberi peluang kpd pihak terkilan untuk menuntut hak melalui CIPAA
Terdapat juga bentuk tawaran kerja dlm perolehan kerajaan menerusi inden kerja. Adakah inden kerja ini sama dengan maksud Seksyen 2 , CIPAA Act. (kontrak perlu dalam keadaan bertulis)???
Jumpa lagi