Current Visitor

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Rabu, 8 Jun 2011

Sepintas Lalu - Projek Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan (BTS)



Sebuah Terminal Bersepadu untuk perkhidmatan bas ekspress telah dibina di sebuah kawasan yang berkeluasan 20 hektar dan terletak di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. Kos pembinaan projek ini adalah dianggarkan dalam sekitar RM 570 Juta.

Tujuan pembinaan Terminal ini ialah untuk mengambilalih fungsi Hentian Pudu Raya sebagai hub pengangkutan dan menyelaraskan semua perjalanan bas ekspress yang menuju ke Selatan Tanah Air. 

Terminal ini yang telah beroperasi pada Januari 2011 telah diuruskan oleh Syarikat Maju TMAS (Terminal Management and Services).


Projek terminal yang mengandungi 6 tingkat ini telah dilengkapi dengan kemudahan moden seperti berikut:
  • Mempunyai 55 platform bas
  • Mempunyai 55 ruang bagi teksi atau kereta sewa perjalan jauh
  • Mempunyai kemudahan parkir untuk 1000 buah kereta
  • Mempunyai kapasiti tempat duduk sebanyak 1,800 kerusi dan dilengkapkan dengan kemudahan hawa dingin
  • Boleh menampung kapasiti penumpang yang ingin menaiki perkhidmatan bas seramai 45,000 orang sehari
  • Di Integarasikan dengan kemudahan pengangkutan awam lain di stesen perantara Bandar Tasik Selatan seperti perkhidmatan Komuter Laluan Rawang- Seremban, LRT Laluan Sentul-Sri Petaling dan ERL Laluan KL Sentral - KLIA


Manakala antara kemudahan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
  • Kaunter khidmat pelanggan yang beroperasi 24 jam.
  • Kemudahan pembelian dan penempahan tiket secara online 'e-ticketing' melalui www.tbsbts.com.my.
  • Penggunaan skrin untuk pelanggan disediakan di hadapan kaunter dan mikrofon di dalam kaunter supaya penumpang dapat melihat dan mendengar dengan jelas maklumat yang disampaikan pihak pentadbiran.
  • 19 kaunter tiket yang disediakan untuk membeli tiket.
  • Enam mesin kiosk untuk membeli tiket secara tunai atau 'touch n go'. 
.
 Untuk keterangan lanjut sila layari pautan berikut: :  http://www.tbsbts.com.my/

Harga Naskah Dokumen Tender & Sebutharga

Naskah dokumen tender dan sebutharga yang diiklankan oleh Agensi atau Jabatan Kerajaan kepada para kontraktor adalah dibenarkan untuk dijual. Walaubagaimanapun harga jualan dokumen naskah sebutharga atau tender tersebut tertakluk kepada ketebalan dan bilangan helaian dokumen tersebut.

Berikut, disertakan kadar harga dokumen mengikut saiz kertas



Bil
Kertas
Harga Sehelai (RM)
1
A4
                      0.35
2
A3
                      0.70

Lukisan

1
 A3
                      0.70
2
A4
                      0.35
3
A1
                      6.50
4
A
                      8.00

Berdasarkan kepada Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) yang dikeluarkan Kementerian Kewangan Malaysia (KK) ada menyatakan bahawa harga minimum untuk penjualan dokumen tender adalah RM 50.00. Manakala harga maksimum untuk penjualan dokumen sebutharga adalah RM 50.00.

Kesimpulan, artikel ini diterbitkan adalah bertujuan untuk menambah kefahaman dan panduan kepada mereka terlibat dalam proses perolehan.
      

Isnin, 6 Jun 2011

Info Kursus Landskap (Julai 2011) - CP Training Consultant

Adalah dimaklumkan, pihak CP Training Consultant akan menganjurkan kursus berikut pada sepanjang bulan June 2011



Bil
Tajuk Kursus
Tarikh Kursus
Hari
Venue
Bayaran (RM)*
1

KURSUS SENIBINA: PENGENALAN KEPADA REKABENTUK, PENYELIAAN DAN PENYELENGARAAN KERJA-KERJA LANDSKAP

25-Julai-11
25-Julai-11
1
Hotel Grand Seasons,Kuala Lumpur
      420.00






* Catatan: Tidak termasuk kos penginapan

Untuk keterangan lanjut, bolehlah berhubung kepada nombor telefon berikut: 03-4042 8500, 012-6303411 atau 012-6303737 atau layari pautan berikut :  http://www.cptraining.com.my/

Perolehan Kerja Kelas E

Pengenalan

Perolehan Kerja untuk Kontraktor Kelas E sekarang adalah mengunakan kaedah secara sebutharga. Ia adalah berbeza dengan kaedah perolehan sebelum ini, iaitu melalui tender. Apabila menggunakan kaedah secara tender, peraturan atau prosedur yang digunapakai adalah lebih ketat dan mengambil masa yang lama sebelum kontraktor yang dipilih disetujuterima serta kontrak yang diaward kepada kontraktor perlu ditandatangani secara formal.

Oleh yang demikian, dengan perubahan yang dilakukan keatas Perolehan Kerja Kelas E oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KK) melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bilangan 5 Tahun 2009, ternyata telah mempercepatkan proses perolehan dan membantu kepada penjanaan ekonomi.
Di dalam rencana ini, akan menerangkan serba ringkas tatacara bagaimana Perolehan Kerja Kelas E dijalankan di agensi atau jabatan kerajaan sebagai panduan kepada Kakitangan Kerajaan, pihak kontraktor, pelajar-pelajar IPTA serta kepada orang awam 

Had Perolehan

Had perolehan untuk Sebutharga Kelas E adalah daripada RM 200,000.00 sehingga RM 500,000.00. 

Pelawaan Sebutharga

Berdasarkan kepada SPP Bil. 5 Tahun 2009, ada menyatakan Perolehan Kerja untuk Sebutharga Kelas E hendaklah dipelawa atau dibuka kepada Negeri Tempatan. Ia bermaksud, sekiranya Jabatan atau Agensi Kerajaan yang berada di Daerah Pagoh, Johor hendaklah membuka perolehan tersebut kepada Kontraktor Kelas E yang berdaftar di Negeri Johor sahaja.  Dokumen sebutharga yang hendak dipelawa atau dijual kepada kontraktor adalah mengikut kepada ketebalan dokumen atau nilai maksimum sebanyak RM 50.00.

Tatacara Pengurusan Sebutharga
  • Pelawaan dibuat kepada kontraktor di Negeri berkenaan
  • Kenyataan tawaran hendaklah dipamerkan di papan notis tawaran Jabatan
  • Tarikh iklan hendaklah dibuka tidak kurang daripada tujuh (7) hari dari tarikh mula iklan.
  • Tempoh sah laku untuk Sebutharga adalah selama 90 hari dari tarikh mula
  • Peti tawaran yang ditutup hendaklah dibuka pada waktu yang ditetapkan iaitu kebiasaanya jam 12.00 Tengahari
  • Sebutharga yang telah ditutup hendaklah dibuat penilaian oleh Jawatankuasa Penilaian Sebutharga. 
Asas Penilaian Sebutharga

Apabila sebutharga telah ditutup, satu jawatankuasa yang telah dilantik secara bertulis oleh Ketua Jabatan hendaklah menyediakan laporan analisa sebutharga yang berasaskan kepada perkara-perkara berikut:
  • Penyebutharga telah menyempurnakan keperluan dokumen sebutharga
  • Keupayaan kontraktor dari segi pengalaman kerja dan bilangan kerja di dalam tangan  
  • Keupayaan kewangan dengan mengambil kira 1.5% kecairan kewangan berbanding Anggaran Jabatan dalam tempoh 3 bulan terkini atau tambahan dari kemudahan kredit yang diperolehi dari institusi kewangan,

Jawatankuasa Sebutharga

Kertas laporan penilaian sebutharga yang telah lengkap akan diserahkan kepada Lembaga Sebutharga atau Jawatankuasa Sebutharga Jabatan yang berkenaan bagi memutuskan dan memilih kontraktor yang betul-betul layak bagi melaksanakan kerja.

Pentadbiran Kontrak

Kontraktor yang telah disetujuterima atau dilantik perlu memenuhi keperluan berikut bagi tujuan perlaksanaan kerja di tapak:

  • Menyediakan polisi-polisi insuran yang berkaitan seperti Contractor All Risk (CAR), Workmen Compensation (WC) atau Public Liability 
  • Menyediakan Bon Pelaksanaan berjumlah 5% daripada harga kontrak dalam bentuk Jaminan Bank (Bank Guarantee) atau Wang Jaminan Pelaksanaan
  • Boleh mengemukakan tuntutan bayaran pendahuluan sebanyak 25% daripada nilai kontrak atau maksimum RM 100,000.00 mengikut mana yang terendah. Kontraktor yang berhasrat untuk mendapatkan kemudahan Bayaran Pendahuluan perlu mengemukakan Jaminan Bank atau Bank Guarantee
  • Kontraktor boleh mengemukakan tuntutan bayaran secara interim
  • Kontraktor yang lewat, perlu dikenakan amaran, walaubagaimanapun tiada peruntukan untuk dikenakan denda LAD
  • Sekiranya, terdapat keperluan untuk melaksanakan Perubahan Kerja (VO) dalam kerja tersebut, ia dibenarkan untuk dilakukan


Kesimpulan


Diharap penerangan serba ringkas di atas dapat membantu kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam perolehan kerja Kelas E.



Jumaat, 3 Jun 2011

Kerjaya- Arkitek


ARKITEK

Tugas seorang ariktek ialah mereka bentuk sesuatu bangunan yang sesuai dengan kehendak-kehendak pengguna, kos, alam sekitar dan memenuhi syarat-syarat undang-undang dan akta perancangan setempat. Seorang arkitek bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengawas pelaksanaan sesuatu projek bangunan dari mula hingga ke akhir penyiapannya.

SYARAT-SYARAT

Sekiranya berminat untuk memilih bidang itu sebagai kerjaya, seseorang perlu lulus Sarjana Muda Seni Bina dan institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang diiktiraf. Mereka juga perlu lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Arkitek Malaysia dan Pertubuhan Arkitek Malaysia bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai arkitek bertauliah.

Terdapat beberapa cara untuk melanjutkan pengajian di bidang ini:

Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) atau Universiti Teknologi MARA (Uitm) misalnya, para pelajar perlu mendapatkan kelulusan yang baik di peringkat SPM atau SPMV. mereka perlu mendapat lima kepujian dalam lima mata pelajaran termasuk bahasa Melayu dan Matematik. Pelajar akan mengikuti pengajian selama tiga tahun dan dianugerahkan diploma. Pelajar yang layak akan dibenarkan melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah untuk tempoh tiga tahun.

Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan.

Matrikulasi Sains menawarkan tempoh pengajian selama satu setengah tahun sebelum mengikuti pengajian Sarjana Muda Seni Bina di USM, UM dan UIAM. Program ini memerlukan calon lulus peperiksaan SPM/SPMV serta mendapat kepujian bahasa Melayu, Matematik, serta tiga mata pelajaran yang lain.

Terdapat pelbagai saluran lain lagi untuk mengikuti bidang ini.
Untuk mengikuti pengajian Sarjana Muda Sains Seni Bina di UM dan UIAM, calon perlu lulus SPM dan mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian dan lulus Bahasa Melayu. Calon juga perlu lulus STPM dengan mendapat prinsipal yang baik, khususnya dalam mata pelajaran Matematik dan Fizik.

Sepintas Lalu- Projek Monorail Melaka


Monorail di Melaka

Melaka Bandaraya Bersejarah dalam misi untuk mencapai Negeri Maju 2010 dan sebagai destinasi pelancongan unggul kepada warga asing dan warga tempatan telah mengorak langkah dengan membina projek keretapi monorail.

Projek ini telah dimulakan pada tahun Mei 2008 dan telah siap pada Jun 2010. Kos pembinaan infrastruktur projek ini ialah sebanyak RM 16.5 Juta.

Pemandangan dari tepi Sungai Melaka

Projek pembangunan ini yang bercirikan teknologi hijau telah menyambungkan antara 2 stesen yang sejauh 1.6 kilometer iaitu antara Stesen Hang Tuah dan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah. Setiap koc monorel yang memerlukan masa selama 30 minit untuk melengkapkan satu perjalanan sehala, boleh memuatkan seramai 22 orang dalam satu-satu masa.


Khamis, 2 Jun 2011

Pengenalan Kepada IBS (Industrial Building System)

Industrial Building Systems atau Sistem Binaan Berindustri merupakan satu sistem atau kaedah pembinaan yang mana komponennya dihasilkan di kilang atau di tapak bina dalam keadaan terkawal, diangkut dan dipasang dalam projek pembinaan dengan penggunaan tenaga buruh yang paling minimum.

Dari sudut klasifikasi struktur, lima kluster utama IBS yang biasa digunakan di Malaysia adalah seperti berikut:
  • Sistem Kerangka Panel dan Kekotak Konkrit Pratuang
  • Sistem Kerangka Keluli
  • Sistem Kerangka Kayu Prasiap
  • Sistem Acuan Keluli
  • Sistem Blok Pratuang
Penggunaan sistem IBS ini dipertingkatkan dan disokong oleh pihak Kerajaan Malaysia dengan pengeluaran Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bilangan 7 Tahun 2008 oleh Kementerian Kewangan yang mewajibkan penggunaan 70% kandungan IBS dalam pelaksanaan projek-projek kerajaan. (Untuk keterangan lanjut SPP berkaitan, sila layari pautan berikut: http://www.treasury.gov.my/pekeliling/spp/spp072008.pdf )

Dengan penggunaan kaedah IBS ia didapati dapat meningkatkan kualiti, produktiviti  keberkesanan dari segi kos, keselamatan, ketetapan tarikh siap kerja dan kepuasan pelanggan yang tinggi berbanding kaedah pembinaan sediaada atau konvensional.

Selain itu, masa pembinaan adalah lebih pendek dapat juga menyumbang kepada Pulangan Keatas Pelaburan (ROI) dimana pihak Kerajaan dapat menjimatkan perbelanjaan berbilion ringgit melalui pergantungan kepada tenaga buruh asing serta pengaliran duit ke negara asal buruh.