Current Visitor

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Ahad, 15 Januari 2012

Kadar Harga Sub-Kontrak mengikut Elemen

Gambaran: Kontraktor Utama Menyediakan 'Material' Konkrit di tapak dan kerja membancuh konkrit dilaksanakan sub kontraktor mengikut trade yang dilantik 

Dalam pelaksanaan kerja di tapak, pihak kontraktor boleh menggunakan beberapa kaedah bagi menyiapkan kerja-kerja tersebut, yang diantaranya seperti berikut:
  • Mendapatkan harga daripada pihak sub kontraktor yang akan melaksanakan kerja secara keseluruhan yang merangkumi kos buruh, loji dan bahan. Ia juga dikenali sebagai 'total sub', dimana kontraktor utama tidak perlu memikirkan tentang bagaimana nak mencari sumber buruh, loji dan bahan-bahan di luar bagi melaksanakan kerja ditapak.
  • Menyediakan bahan, loji  dan mencari buruh atau man power diluar mengikut trade bagi melaksanakan kerja-kerja ditapak. Sebagai contohnya untuk pelaksanaan kerja-kerja memasang besi tetulang, kontraktor utama akan membeli dan menyediakan bahan 'besi tetulang' di tapak, dan seterusnya, kerja-kerja pemasangan tersebut akan dijalankan oleh sub kontraktor mengikut trade yang dilantik
Contoh-contoh kadar harga untuk sub kontraktor mengikut elemen atau trade ada dilampirkan seperti berikut. Walaubagaimanapun ia hanyalah sebagai panduan kepada para kontraktor yang bercadang menggunakan kaedah menyediakan bahan-bahan ditapak dan kerja-kerja ditapak dilakukakan oleh sub kontraktor yang dilantik.

Jenis Buruh
Unit
Kadar Harga (RM)
Kerja konkrit sub struktur
·      Hois – Bancuhan di tapak
·      Hois – Siap bancuh
·      Kren – Bancuhan ditapak
·      Kren- Siap Bancuh
·      Pam – Bancuhan ditapak
·      Pam – Siap Bancuh

m3
m3
m3
m3
m3
m3

26.00
23.00
27.00
22.00
27.00
25.00
Kerja konkrit super struktur
·      Hois – Bancuhan di tapak
·      Hois – Siap bancuh
·      Kren – Bancuhan ditapak
·      Kren- Siap Bancuh
·      Pam – Bancuhan ditapak
·      Pam – Siap Bancuh

m3
m3
m3
m3
m3
m3

30.00
27.00
31.00
22.00
27.00
26.00
Kerja Bata
m2
8.50
·         Kerja Kayu – Kerangka biasa
·         Kerja Kayu – Struktur Kayu
tone
tone
13.00
445.00
Genting bumbung konkrit
m2
6.80
Kerja besi tetulang
·         6mm -12mm garis pusat
·         15mm – 32mm garis pusat

tone
tone

365.00
365.00
Kerja plaster simen render
m2
6.30
Kerja Plaster
·         Dinding Dalam
·         Dinding Luar

m2
m2

8.90
8.20
Kerja memasang jubin
m2
21.00
Kerja Mengecat
·         Dinding Dalam
·         Dinding Luar

m2
m2

2.50
2.40

Rabu, 11 Januari 2012

Hebahan Kursus - Sum Global Consult (Februari 2012)

Adalah dimaklumkan, pihak Sum Global Consult akan menganjurkan kursus berikut pada bulan Februari  2012

Bil
Tajuk Kursus
Tarikh Kursus
Hari
Venue
Bayaran (RM)*
1
Kursus Pengurusan Dan Pentadbiran Kontrak Konvensional - Berasaskan JKR203A/203 Pindaan 1/2010
22-Feb-12
23-Feb-12
2
Hotel De Palma, Shah Alam
      800.00

* Catatan: Tidak termasuk kos penginapan

Untuk keterangan lanjut, bolehlah berhubung kepada nombor telefon berikut: 03-8942 8479, 010-367 4239 atau e-mail kepada info@sumglobalconsultant.com 

Selasa, 10 Januari 2012

SURAT ARAHAN PERBENDAHARAAN ~ TEMPOH MASA MEMPERTIMBANGKAN PERMOHONAN ARAHAN PERUBAHAN KERJA (VO) OLEH PIHAK BERKUASA MELULUS

Kementerian Kewangan (KK) melalui Surat Arahan Perbendaharaan (SAP) bertarikh 30 November 2011 telah menerangkan tentang 'Tempoh Masa Mempertimbangkan Permohonan Arahan Perubahan Kerja (VO) Oleh Pihak Berkuasa Melulus.

Surat Arahan Perbendaharaan ini dikeluarkan berdasarkan kepada masalah kelewatan yang berlaku oleh pihak berkuasa di agensi atau jabatan kerajaan untuk meluluskan Arahan Perubahan Kerja (VO).

Oleh yang demikian adalah dinyatakan tentang tindakan yang perlu diambil serta tempoh masa yang dikehendaki untuk menyelesaikan VO tersebut bagi mengelakkan kelewatan dan memberi impak negatif kepada pihak kerajaan.

Untuk keterangan lanjut, sila layari pautan berikut :

Jumaat, 6 Januari 2012

Berat besi per meter

Gambaran: Keadaan besi yang dipasang ditapak bina


Berat besi per meter . (1m panjang).  R ialah bulat biasa, Y ialah besi high steel , berikut adalah berat besi dalam 1 m dalam kg

Bil
Saiz
Berat / kg
1
R6
0.222 kg
2
R8
0.395 kg
3
R10
0.616 kg
4
R12
0.888 kg
5
Y10
0.616 kg
6
Y12
0.888 kg
7
Y16
1.579 kg
8
Y20
2.466 kg
9
Y25
3.852 kg
10
Y32
6.313 kg


Kredit kepada:  http://industribinaan.blogspot.com/

Selasa, 3 Januari 2012

Reka Dan Bina (Design And Build) vs Turnkey

Kontrak Reka dan Bina atau dikenali dengan Design & Build ternyata mempunyai perbezaan dengan kontrak turnkey. Tentu ramai yang tak berapa perasan apa perbezaan tersebut.

Kontrak design and build adalah suatu projek yang akan dibina oleh sebuah syarikat yang dilantik dimana ia bertanggungjawab untuk merekabentuk dan membina mengikut kehendak-kehendak yang telah dinyatakan oleh pihak klien. Setelah  projek atau bangunan itu siap, ia akan menyerahkan kepada pihak klien untuk tindakan  melengkapkan dengan peralatan dan kelengkapan yang diperlukan.

Manakala untuk kontrak turnkey, sesebuah syarikat yang dilantik akan bertanggungjawab untuk merekabentuk, membina dan melengkapkan peralatan serta kelengkapan sebelum diserahkan kepada pihak klien.

Contoh berikut boleh difahami, 
  • Kontrak Design & Build ~ Pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berhasrat untuk membina sebuah kampus baru yang mengandungi bangunan fakulti, dewan percubaan dan kafeteria dengan menggunkan  kaedah design and build. Oleh yang demikian, kontraktor yang dilantik hanya bertanggungjawab untuk merekabentuk dan membina serta menyerahkan bangunan kosong kepada pihak UPSI mengikut kehendak yang telah ditetapkan.
  • Kontrak Turkey ~ Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia berhasrat untuk membina sebuah hospital baru yang lengkap dan mengandungi bangunan-bangunan, makmal-makmal dan peralatan. Untuk kaedah yang tersebut, adalah disaran untuk menggunakan kaedah turnkey. Oleh yang demikian kontraktor yang dilantik akan bertanggungjawab untuk merekabentuk, membina serta melengkapkan peralatan-peralatan  atau kemudahan seperti katil, wad, makmal, peralatan pembedahan dan lain-lain sebelum diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk tujuan operasi..

    Isnin, 26 Disember 2011

    Info - Projek Landasan Keretapi Berkembar : Gemas - Seremban

    Gambaran - Train ETS yang akan digunakan apabila landasan berkembar Seremban- Gemas siap


    • Objektif utama projek pembinaan landasan berkembar Gemas- Seremban adalah untuk menaiktaraf sistem pengangkutan rel bagi menampung mod pengangkutan yang lebih selamat dan effisen
    • Projek bermula Januari 2008 dan dijangka siap Ogos 2012
    • Kos pembinaan dianggarkan RM 3.45 Billion
    • Panjang landasan dari Seremban ke Gemas dianggarkan sepanjang 98.20 km
    • Kontraktor projek ialah syarikat IRCON International Ltd, anak syarikat India Railway
    • Antara stesen keretapi yang dibina dalam projek ini ialah Senawang, Sungai Gadut, Rembau, Tampin, Batang Melaka dan Gemas
    • Pembinaan stesen keretapi dalam projek landasan berkembar ini juga turut merangkumi infraskruktur asas lain di setiap stesen bagi kemudahan awam seperti lif,tandas, medan kereta, telefon awam, sistem pungutan tambang automatik, sistem hebahan maklumat, surau dan sistem kawalan keselamatan CCTV.Selain itu kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) turut di ambil kira bagi memastikan tahap kepuasan rakyat dikecapi semua.
    • Apabila siap kelak, landasan berkembar ini akan memuatkan perkhidamatan tren berkuasa laju yang mampu membawa 350 penumpang dalam satu masa dengan kelajuan 140km sejam

    Ahad, 25 Disember 2011

    Info- Kelayakan Masuk Program Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan (QS) Universiti Malaya (UM)

    Program Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan di Universiti Malaya (UM) hanya mengambil masa selama 4 tahun.

    Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:

    STPM Candidates:
    Credit in at least five (5) subjects including mathematics at SPM level/equivalent and;
    Pass with at least Grade C (NGMP 2.0) in Additional Mathematics and any one subject at STPM level/ equivalent.

    Matricluation / Science Foundation Centre Level:
    Credit in at least 5 subjects including Mathematics at SPM level/ equivalent and ;
    Pass with at least Grade C (3.00) in Mathematics and any one subject at matriculation level.

    Other Equivalent Qualifications Level:
    Diploma from Polytechnic (Ministry of Higher Education Malaysia) or Diploma from IPTA in relevant field with CGPA (3.00) and above.  


    Untuk keterangan lanjut: boleh layari pautan berikut 
    KLIK SINI