This is default featured slide 1 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
This is default featured slide 2 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
This is default featured slide 3 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
This is default featured slide 4 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
This is default featured slide 5 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
Khamis, 11 April 2013
Selasa, 26 Mac 2013
Info Buku : Keselamatan Bangunan Dan Kawalan Kebakaran
Keselamatan Bangunan dan Kawalan Kebakaran
• Pengarang : Dato' Haji Badarudin Haji Mat Isa, dan Syahrul Nizam Kamaruzzaman.
• Jumlah mukasurat : 307ms
• Harga : RM50.00
• Tahun : 2012
|
SINOPSIS:
Keselamatan nyawa dan harta-benda, khusus yang berkait dengan bahaya kebakaran, adalah bermula daripada penyediaan pelan bangunan, dengan berpandukan kepada undang-undang bangunan yang digubal mengikut lunas-lunas sains kebakaran, tabiat manusia dalam kebakaran, termasuk keperluan-keperluan kejuruteraan supaya sistem-sistem yang dipasang tidak gagal bila diperlukan. Selepas bangunan itu memperolehi Sijil Menduduki Bangunan, kaedah-kaedah yang diluluskan tidak boleh diubah mengikut sesuka hati penghuni kerana perbuatan ini akan menyebabkan beberapa kelemahan. Sebagai contoh, mengubah jarak perjalanan dan dengan itu tidak lagi sesuai untuk satu-satu kategori penghuni atau kegunaan. Kajian kemerebakan api dan asap juga amatlah penting kerana kajian awal ini akan memudahkan pengawalan api dan asap daripada merebak ke bahagian-bahagian lain di dalam bangunan itu, jika terlibat di dalam kebakaran. Dengan itu timbullah kajian mengenai 'kemudahan untuk melepaskan diri di masa kebakaran' (means of escape), dinding dan lantai pemisah (wall and floor compartment) dan sebagainya.
Diharapkan agar buku ini dapat memberikan panduan kepada mereka yang berkecimpung di dalam penyediaan pelan-pelan bangunan baru dan pelan-pelan ubahsuai bangunan. Buku ini juga amat relevan untuk digunakan oleh lain-lain para profesional yang menguruskan bangunan, pengurus pengawal keselamatan dan pelajar-pelajar di dalam jurusan pembinaan.
Sebarang pertanyaan berkaitan buku ini sila emailkan kepada chee_lin@yahoo.com
Info Buku : Undang-undang Bangunan Untuk Pembangunan Perumahan
| Undang-undang Bangunan untuk Pembangunan Perumahan
• Penulis :Izudinshah Abd. Wahab, Lokman Hakim Ismail
• Jumlah mukasurat : 98ms
• Harga : RM18.00
• Tahun : 2013
|
SINOPSIS :
Buku ini ditulis dengan tujuan mendedahkan gambaran proses keseluruhan pembangunan perumahan serta undang-undang termaktub yang perlu dipatuhi untuk menjayakannya. Ianya mengambil pendekatan memberi pemahaman kepada pembaca akan undang-undang sedia ada yang berkaitan terlebih dahulu. Ini merangkumi beberapa akta-akta, undang-undang kecil dan garis panduan yang dihuraikan satu persatu. Ianya bermula dari peringkat awal ketika seseorang itu mendaftarkan diri sebagai pemaju sehinggalah siapnya pembangunan perumahannya untuk diserahkan kepada pembeli. Penerangan perihal undang-undang ini diterjemahkan terus kepada perkara-perkara teknikal di tapak yang turut disertakan contoh-contohnya untuk mudah difahami. Pembangunan perumahan yang disentuh di dalam buku ini tidak hanya terhad kepada pembangunan perumahan di atas tanah sahaja, bahkan turut meliputi pembangunan perumahan bertingkat yang lebih rumit keperluan pematuhan undang-undangnya. Selain itu, buku ini turut membincangkan proses kelulusan cadangan pembangunan yang perlu dipatuhi sebelum sesuatu pembangunan itu dapat dimulakan kerja-kerja di tapaknya. Ini diikuti dengan proses menyiapkan pembinaan dan melayakkan bangunan-bangunan itu dibeli untuk seterusnya diduduki oleh pembelinya yang merupakan kemuncak jayanya pembangunan perumahan tersebut.
Isnin, 25 Mac 2013
Imbasan: Projek Landasan Kereta Api Kerteh - Kuantan
Landasan kereta api Kerteh-Kemaman-Kuantan sepanjang 77 kilometer menghubungkan Kompleks petrokimia bersepadu di Kerteh, Terengganu dengan Gebeng, Pahang dan Pelabuhan Kuantan. Landasan tersebut mampu mengangkut kargo dalam jumlah yang banyak dan pukal, menjadikannya bentuk pengangkutan yang ekonomikal, selamat, boleh diharap dan konsisten untuk pergerakan bahan mentah dan produk petrokimia yang telah siap.
Laluan ini mencerminkan komitmen kedua-dua Kerajaan Negeri (Terengganu dan Pahang) untuk menyediakan bentuk pengangkutan yang boleh diharap dan selamat untuk merangsang Pantai Timur Semenanjung Malaysia menjadi hab petrokimia Asia-Pasifik yang utama.
Pada masa ini, terdapat dua perkhidmatan kereta api pergi dan balik beroperasi setiap hari dan boleh memindahkan 80 kontena pada satu-satu masa. Selain mengangkut produk petrokimia, laluan kereta api ini juga dibuka kepada pengangkutan barangan angkut awam yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), pengendali utama kereta api di Semenanjung Malaysia. Laluan kereta api ini melintasi 5 daerah di Kemaman (Kerteh, Kemasik, Ulu Chukai, Binjai dan Banggul) di Terengganu dan Sungai Karang di Pahang.
Ciri-ciri laluan kereta api Kuantan–Kerteh:
- Trek tunggal menghubungkan kompleks penapisan minyak Petronas dan bandar yang berdekatan Kerteh, Terengganu dengan kompleks petrokimia di Gebeng dan Pelabuhan Kuantan di Kuantan, Pahang
- 3 tempat simpanan gerabak di Kerteh, Gebeng dan Kuantan
- 2 lokomotif
- 50 gerabak (BCFs) dengan kapasiti 60 ton metrik setiap satu
- 2 unit van pengawal (BGVs)
Selasa, 5 Mac 2013
Info Buku: Pengurusan Fasiliti
| Author: Abdul Hakim Mohammed Publisher: Penerbit UTM Press Harga : RM 33.00 |
Pengurusan fasiliti merupakan satu bidang yang sedang pesat
berkembang di Malaysia. Pembinaan projek mega di negara ini telah meningkatkan
permintaan terhadap perkhidmatan pengurusan fasiliti. Walau bagaimanapun,
pengurusan fasiliti bukanlah untuk bangunan atau fasiliti yang besar sahaja
tetapi semua jenis bangunan atau fasiliti tanpa mengira saiz memerlukan
perkhidmatan ini. Ini kerana bangunan atau fasiliti yang disediakan perlu
diuruskan dengan cekap dan berkesan bagi memastikan objektif perniagaan teras
sesuatu organisasi tercapai.
Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Bahagian I yang
menerangkan tentang konsep pengurusan fasiliti secara umum dan Bahagian II pula
menerangkan tentang aplikasi pengurusan fasiliti di Institusi Pengajian Tinggi
(IPT).
Buku ini sesuai untuk semua golongan pembaca yang ingin memahami
tentang konsep pengurusan fasiliti. Walaupun IPT dijadikan contoh aplikasi,
prinsip yang diterangkan dalam buku ini boleh dijadikan sebagai panduan untuk
aplikasi pada bangunan atau fasiliti yang lain.
Catatan: Sekiranya berminat untuk memiliki buku, sila emailkan pertanyaan kepada chee_lin@yahoo.com
Jumaat, 1 Mac 2013
Kursus Green Card (Kad Hijau)
11:15 PG
No comments
Pihak Dynamic Excellent Consultancy bersedia menjalankan kursus kad hijau melalui permintaan peserta secara
berkumpulan sekurang-kurangnya 25 orang (satu kumpulan). Sasara peserta disekitar Lembah Kelang dan Perak sahaja.
Perhatian:
Bayaran yuran kursus adalah termasuk bayaran pada CIDB, makan, minum,
tempat & pengurusan. Yuran kursus mungkin berbeza antara daerah kerana
kos tempat, makan & pengurusan.
Hubungi/sms admin borak-qs (012-387 5655) atau email kepada chee_lin@yahoo.com untuk perbincangan harga.
![]() |
| Borang Muka Depan |
![]() |
| Borang Muka Belakang |
Hebahan Kursus : April 2013 (Microsoft Project) Untuk Warga Kedah Dan Perlis
"Dynamic Excellent Consultancy" sebuah syarikat yang sedang membangun akan menganjurkan kursus yang diperincikan seperti berikut:
Tajuk
|
Kursus Asas Penjadualan Dan Pemantauan Projek (Serta Penggunaan Aplikasi 'Microsoft Project'
|
Tarikh
|
15 & 16 April 2013
|
Venue
|
Hotel Seri Malaysia, Sungai Petani, Kedah
|
Yuran
|
RM 650.00 (Tidak termasuk Penginapan)
|
Catatan Tambahan : Peserta dikehendaki membawa sendiri Laptop atau Komputer Riba
Tentatif Kursus :
15 April 2013 (Isnin)
09.45 am – 10.00 am Rehat / Minum Pagi
10.00 am – 01.00 pm Amali 5 & Penutup
01.00 pm – 02.00 pm Rehat / Makan Tengahari & Checkout
Siapa Yang Patut Hadir :
Individu yang berminat di dalam menambahkan pengetahuan terutama yang ingin menggunakan aplikasi "Microsoft Project' serta yang terlibat secara langsung di dalam bidang berkaitan:
Jika berminat untuk menyertainya (40 terawal) sahaja. sila hubungi 012 387 5655 (Azilan) atau email kepada chee_lin@yahoo.com untuk keterangan lanjut
08.00 am – 08.30 am Pendaftaran
08.30 am – 9.45 am Pengenalan Kepada Penjadualan & Pemantauan Projek
09.45 am – 10.00 am Rehat / Minum Pagi
10.00 am – 01.00 pm Amali 1
01.00 pm – 02.00 pm Rehat / Makan Tengahari
02.00 pm – 03.45 pm Amali 2.
03.45 pm – 04.00 pm Rehat / Minum Petang
04.00 pm - 05.00 pm Amali 3
08.00 pm - 10.30 pm Forum/ Free Talk
16 April 2013 (Selasa)
08.30 am – 9.45 am Amali 4 09.45 am – 10.00 am Rehat / Minum Pagi
10.00 am – 01.00 pm Amali 5 & Penutup
01.00 pm – 02.00 pm Rehat / Makan Tengahari & Checkout
Siapa Yang Patut Hadir :
Individu yang berminat di dalam menambahkan pengetahuan terutama yang ingin menggunakan aplikasi "Microsoft Project' serta yang terlibat secara langsung di dalam bidang berkaitan:
Jika berminat untuk menyertainya (40 terawal) sahaja. sila hubungi 012 387 5655 (Azilan) atau email kepada chee_lin@yahoo.com untuk keterangan lanjut
















