Current Visitor

Ahad, 10 April 2011

Obligasi Kontraktor Dalam Borang Kontrak JKR203-pind. 2007

Seringkali kita mendengar terdapat pertelingkahan  berlaku antara pihak kontraktor dan pihak klien ketika proses pembinaan sedang berjalan. Ini adalah berpunca daripada ketidakfahaman akan obligasi yang terkandung di dalam kontrak.

Di dalam borang kontrak JKR 203 pindaan 2007 ada mengariskan obligasi yang perlu dipatuhi pihak kontraktor ketika melaksanakan kerja. Klausa-klausa ini diwujudkan bagi borang JKR 203 pindaan 2007 yang mana ia tidak terdapat dalam borang JKR 203 pindaan 1983.

Klausa 10.1 di dalam Borang JKR 203 pindaan 2007 adalah menerangkan tentang tanggungjawab kontraktor ketika projek berjalan. Antara tanggungjawab pihak kontraktor tersebut adalah seperti berikut:

  1. Membina, Menyiapkan Dan Mentauliah Kerja Mengikut Kontrak
  2. Melaksanakan Kerja Dalam Keadaan Tertib Dan Mengikut Pengurusan Yang Baik Yang Boleh Memberi Faedah Yang Terbaik Kepada Kerajaan
  3. Mengambil Semua Langkah Yang Diperlukan Oleh Seseorang Kontraktor Untuk Memasikan Kerja Mematuhi Semua Keperluan Kontrak
  4. Menjalankan Kerja Dengan Menggunakan Kemahiran, Kepakaran, Serta Teliti Dalam Menyempurnakan Obligasinya. Kontraktor Perlu Menyenaraikan Prosedur Mengikut Persetujuan Kerjaan Bagi Tujuan Melapor Dan Menyelaras
  5. Perlu Sentiasa Menjaga Kepentingan Kerajaan Dan Perlu Mengambil Langkah Untuk Tidak Menyalahgunakan Atau Membazir Kemudahan Yang Diberikan
  6. Memaklumkan Kepada Kerajaan Secepat Mungkin Jika Terdapat Halangan Atau Sesuatu Yang Boleh Mempengaruhi Kerja
  7. Perlu Mengadakan Kakitangan Yang Berkelayakan Dan Secukupnya Sepajang Tempoh Kontrak
  8. Dengan Kos Sendiri Perlu Membekal Segala Peralatan Dan Bahan Biaan Yang Diperlukan
  9. Memberi Arahan Dan Menyelia Semua Pekerjanya Dan Subkontraktor Dalam Semua Kerja
  10. Membaiki Segala Kecacatan Yang Berlaku Dalam Tempoh Tanggungan Kecacatan
  11. Melaksanakan Semua Obligasi Dan Tanggungjawab Yang Terdapat Di Dalam Kontrak
Sekiranya kesemua perkara-perkara obligasi diatas diikuti sepanjang projek berjalan, berkemungkinan masalah-masalah yang besar ketika projek dapat diatasi serta kerja dapat disiapkan dalam tempoh yang dibenarkan tanpa ada lanjutan masa.

0 ulasan: