Current Visitor

Ahad, 17 Julai 2011

Sepintas Lalu - Pusat Timbangtara Serantau @ Arbritation, Kuala Lumpur





Di dalam perlaksanaan sebarang kontrak pembinaan, pertikaian atau dispute antara 2 pihak berkontrak biasa berlaku.

Di dalam mana-mana kontrak yang digunapakai di Malaysia termasuk Borang Kontrak JKR 203 atau PAM 2006 ada memperuntukkan tentang penyelesaian terhadap sebarang pertikaian atau dispute yang timbul.

Sebarang pertikaian atau dispute yang timbul dalam kontrak antara pihak klien dengan kontraktor utama atau antara kontraktor utama dan sub-kontraktor dinamakan (NSC) boleh dirujuk kepada Pusat Timbangtara Serantau yang terletak di Kuala Lumpur.

Pusat Timbangtara Serantau di Kuala Lumpur telah ditubuhkan pada 1978. Ia merupakan sebuah organisasi yang tidak berteraskan keuntungan dan berperanan menyelesaikan pertelingkahan antara 2 pihak berlandaskan Akta Timbangtara 2005. Ia telah disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia sebagai badan bebas untuk menyelesaikan pertikaian dengan lebih pantas, berkesan dan secara profesional.

Diketuai oleh Mr Sundra Rajoo sebagai Pengarah kelima (5) yang dilantik pada 1 March 2010. Pusat Timbangtara Kuala Lumpur mempunyai kekuatan dengan 600 orang penimbangtara bagi menyelesaikan segala pertikaian yang timbul akibat pelaksanaan kontrak.

Kebaikan hasil yang diperolehi daripada penggunaan Pusat Timbangtara Kuala Lumpur sebagai pihak yang bebas menyelesaikan  pertikaian antara 2 pihak yang bertikai adalah seperti berikut:
  • Pertikaian diselesaikan oleh Arbritator atau Penimbangtara yang mempunyai latarbelakang profesional
  • Keputusan dari proseding abritation lebih singkat dan pantas untuk diketahui antara 2 pihak yang bertikai
  • Keputusan atau Award yang dikeluarkan oleh penimbangtara adalah mengikat antara 2 pihak yang bertikai dan boleh dikuatkuasakan di Mahkamah sekiranya perlu
  • Kos pengendalian atau pengurusan timbangtara adalah lebih murah.
  • Kerahsiaan antara 2 pihak bertikai terpelihara daripada diketahui umum
  • Proseding Timbangtara dijalankan mengikut kesesuaian antara 2 pihak bertikai berbanding perdaturan formal di Mahkamah
Untuk keterangan lanjut bolehlah layari pautan berikut  http://www.klrca.org.my



0 ulasan: