Current Visitor

Rabu, 5 Oktober 2011

Tanggungjawab seorang Pegawai Penguasa (P.P)

Siapakah Pegawai Penguasa (PP) atau Superintending Officer (S.O)?

Pegawai Penguasa atau S.O adalah orang yang bertanggungjawab dan mempunyai kuasa untuk memantau sesuatu projek daripada peringkat permulaan sehinggalah tamat kecacatan (defect) projek tersebut.

Gambaran Seorang Pegawai Penguasa (SO) sedang mempengerusikan Mesyuarat Tapak (Site Meeting) Projek 
Antara tanggungjawab atau tugas-tugas yang perlu dipikul oleh Pegawai Penguasa (SO) adalah seperti berikut:
  • Memastikan kualiti bahan yang digunakan dan tahap mutu kerja adalah mematuhi kontrak
  • Memastikan peraturan-peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak berkuasa lain yang mempengaruhi Kerja tersebut dipatuhi semasa pelaksanaan kerja
  • Memastikan Kontraktor tidak mengabaikan hal kebajikan pekerjanya, khususnya berkaitan dengan keselamatan  dan perlindungan insuran, dan pekerja-pekerja menerima gaji yang kena dibayar kepada mereka
  • Memastikan tempoh liputa insurans yang diperlukan di bawah peruntukan yang berkenaan dalam Kontrak tidak luputsemasa kerja-kerja sedang berjalan, dan jika perlu mengambil tindakan melanjutkan tempohnya
  • Memantau kemajuan Kerja Kontraktor dan jika perlu mengambil tindakan awal untuk memberi lanjuta masa (EOT) atau mengenakan ganti rugi tertentu dan diteapkan (LAD) dan/ atau menamatkan pengambilan kerja Kontraktor, dan
  • Memastikan Kerajaan menunaikan obligasinya di bawah Kontrak kepada Kontraktor yang seperti berikut:
  1. Kontraktor tidak dihalang atau disekat atau ditegah daripada menjalankan kerja-kerjanya sejajar dengan Kontrak
  2. Kelulusan dan keputusan yang dipohon oleh Kontraktor diberi dengan segera; dan
  3. Bayaran kepada Kontraktor disediakan dengan segera dan mematuhi peruntukan yang berkenaan dalam Kontrak

0 ulasan: