Current Visitor

Khamis, 19 Julai 2012

Hotel Grand Season - Hotel Tertinggi di Malaysia

Hotel Grand Seasons di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, merupakan sebuah hotel yang tertinggi di Malaysia. Ketinggian yang dicatatkan adalah setinggi 183.8 meter bersamaan 42 tingkat bangunan.


Ia berdiri dengan gahnya di tengah-tengah kesibukan di Jalan Pahang dan berhampiran dengan Hospital Kuala Lumpur (HKL). Kedudukannya yang sangat strategik di pusat bandaraya menjadikannya pilihan ramai pelancong asing. Lebih-lebih lagi dengan lokasinya yang sangat berdekatan dengan stesen monorel serta perhentian-perhentian bas, hotel ini memang sesuai didiami mereka yang inginkan kesenangan dalam pergerakan.

Hotel Grand Season

Dengan kapisiti 800 buah bilik yang dihias indah, para tetamu hotel dapat menikmati pemandangan kota Kuala Lumpur semahu hati masing-masing. Dari keagungan Menara Berkembar Petronas sehinggalah setiap ceruk di lorong-lorong kecil, hampir kesemuanya dapat dinikmati pandangan mata dari jendela bilik masing-masing.

Hotel Grand Season

.

1 ulasan:

azilan berkata...

Memang tinggi hotel ni