Current Visitor

Selasa, 11 Disember 2012

Info Buku: Undang-Undang Tort Dalam Industri Binaan Di Malaysia

Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustakan
Pengarang : Zaleha Sa'adon


Buku Undang-undang Tort dalam Industri Binaan di Malaysia ini telah disusun dengan harapan pembaca dapat memahami kaitan antara undang-undang tort dengan industri binaan. Prinsip undang-undang trot telah diterangkan di bawah beberapa tajuk utama dengan merujuk pada prinsip undang-undang dan keputusan mahkamah dalam beberapa kes. Perbincangan mengenai undang-undang tort telah dilakukan setakat yang sesuai dengan persekitaran industri binaan. Setiap tajuk dibincangkan dengan mengaitkan persoalan dalam tajuk berkenaan dengan peruntukan dibawah Borang JKR203A 10/83 untuk memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai kaitan liabiliti tort dengan industri binaan. Peruntukan di bawah Borang Standard PAM 1998 setakat yang relevan, juga dilampirkan untuk membolehkan pembaca memahami kontrak binaan persendirian. Penulis berharap agar buku ini dapat membantu pelajar, pensyarah, juruukur bahan, jurutera, arkitek dan individu yang berkaitan dengan industri binaan untuk memahami liabiliti tort dalam industri binaan. Pengetahuan ini penting kerana apabila prinsip atau peraturan yang ditetapkan diterima pakai, maka amalan dalam industri binaan akan selari dengan kehendak undang-undang. Secara tidak langsung matlamat majikan untuk mengurangkan kemalangan di tempat kerja akan tercapai di samping dapat mengurangkan perbelanjaan pampasan yang perlu dibayar kepada pekerja akibat kecederaan dan sekali gus memelihara kebajikan pekerja.

0 ulasan: