Current Visitor

Ahad, 12 Januari 2014

Pendaftaran Juruukur Bahan Siswazah Dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia

Saban tahun, lulusan graduan dalam bidang Ukur Bahan atau Quantity Surveying dikeluarkan oleh Institut Pengajian Awam (IPTA) atau Universiti Luar Negara.


Berdasarkan statistik yang dipetik dari Web Lembaga Juruukur Ukur Bahan Malaysia, sehingga Januari 2014, seramai 1426 orang telah berdaftar sebagai Juruukur Bahan Siswazah dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM). Jumlah ini dikira akan sedikit berbanding bilangan graduan yang keluar dari Universiti setiap tahun.

Untuk berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia, graduan perlu mempunyai kelulusan Ijazah Pertama dalam bidang Ukur Bahan dari Universiti-universiti berikut atau lulus peperiksaan Final / Direct Final Exam dengan Pertubuhan Juruukur Malaysia (RISM).

Senarai Kelulusan Ijazah Pertama Bidang Ukur Bahan dari IPTA/ IPTS :


1) Kolej Tunku Abdul Rahman (12/05/2011 - 11/05/2014 )
Advanced Diploma in Quantity Surveying
(Graduants required to obtain one (1) year working experience under supervision of
Registered Quantity Surveyor before eligible to apply as a Registered Graduate
Quantity Surveyor with the Board.)

2) Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech (19/09/2011-18/09/2014)
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ukur Bahan

3) Taylor’s University (20.01.2011 - 19.01.2014)
Bachelor of Quantity Surveying (Honours)

4) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (25/05/2012 - 24/05/2014)
Sarjana Muda (Kepujian) Ukur Bahan

5) Universiti Sains Malaysia (29/08/2011 – 28/08/2014)
Sarjana Muda Sains (Perumahan, Bangunan dan Perancangan) Kepujian (Ukur
Bahan)

6) Universiti Teknologi MARA (25/07/2012 - 24/07/2014)
Sarjana Muda (Kepujian) Ukur Bahan

7) Universiti Tunku Abdul Rahman (20/1/2012 – 19/1/2015)
Bachelor of Science (Hons) Quantity Surveying


Untuk kelulusan daripada Universiti Luar Negara, boleh dirujuk di laman web LJBM.

Tujuan utama untuk pendaftaran sebagai Juruukur Bahan Siswazah adalah kerana ia sebagai laluan kepada seorang Juruukur Bahan meningkat tahap profesionalisma dan seterusnya untuk berdaftar sebagai Juruukur Bahan Berdaftar.

Untuk pendaftaran, seorang Juruukur Bahan lulusan universiti boleh mendaftar melalui laman web LJBM beserta dengan butiran-butiran dokumen lain seperti Salinan Sijil Ijazah, Transkrip serta dengan nama seorang pencadang yang terdiri daripada Member RISM atau Juruukur Bahan Berdaftar.

Semasa mendaftar, perlu disertakan dengan pembayaran sebanyak RM 50.00 untuk pendaftaran dan RM 50.00 untuk yuran tahunan. Pembayaran boleh dibuat melalui cek atau on line.

Seorang Juruukur Bahan yang sudah  bergelar Juruukur Bahan Siswazah perlu mencapai sekurang-kurangnya 5 mata CPD secara tahunan bagi membolehkan ia membuat pembaharuan pendaftaran untuk tahun berikutnya.

(Artikel adalah berdasarkan info dipetik dari Laman Web Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM) dan pengalaman penulis yang baru sahaja berjaya bergelar Juruukur Bahan Siswazah pada Disember 2013)

1 ulasan:

zairul berkata...

salam tuan.. boleh terangkan syarat-syarat bagi menduduki peperiksaan direct final?