Current Visitor

Sabtu, 5 Julai 2014

Kerjaya Juruukur Penilaian

Juruukur Penilaian

Siapakah Juruukur Penilaian? Juruukur Penilaian atau penilai harta tergolong sebagai ahli profesional yang terlibat dalam bidang pengukuran di Malaysia.

Badan profesional yang menaungi juruukur penilaian ialah Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM) yang beribupejabat di Petaling Jaya, Selangor.

Untuk para graduan lepasan SPM, STPM atau Politeknik yang ingin menceburi bidang ini boleh menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seperti di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM),Universiti Malaya (UM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Tugas-tugas seorang juruukur penilaian yang bekerja disektor swasta adalah seperti berikut:

  • Bidang Penilaian Hartanah ~ bertugas menjalankan kerja-kerja penilaian ke atas tanah dan bangunan serta loji mengikut kehendak oleh pihak klien. Kaedah penilaian adalah berdasarkan kepada cara seperti Kaedah Penilaian Perbandingan, Pelaburan, Kos, Nilai Baki dan Penghasilan (Akaun).
  • Amalan Agensi Hartanah ~ Bertugas sebagai agen hartanah bagi urusan transaksi melibatkan penjualan , pembelian rumah, penyewaan premis dan pemajakan premis. Untuk tujuan ini, para jurunilai boleh mengiklankan perkhidmatan kepada orang awam
  • Amalan Pengurusan Harta~ Bertugas sebagai seorang pengurus harta yang dilantik oleh pemilik bagi menjaga kepentingan pemilik.
(Artikel diatas dipetik melalui buku Juruukur Penilaian Dan Proses Pembangunan Hartanah)

0 ulasan: