Current Visitor

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sabtu, 8 Oktober 2011

Info- Pembinaan Istana Negara

Istana Negara merupakan mercu tanda dan simbol kebanggaan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan di Malaysia.Oleh yang demikian, sebuah Istana Negara yang baharu di Jalan Duta, Kuala Lumpur telah  dibina bagi menggantikan istana yang sedia ada yang terletak di Jalan Istana yang telah digunakan semenjak tahun 1928.


Pembinaan bangunan baru Istana ini terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu Kompleks Istana Negara bernilai RM 650 Juta, Persimpangan bertingkat (RM 130 Juta) dan Menaiktaraf Jalan (RM 32.5 Juta). Ia dibina atas kawasan seluas 96.52 hektar.

Ia dibina menghadap kiblat dan berasaskan ciri-ciri rekabentuk senibina kemelayuaan. 

Bersama-sama ini, di sertakan beberapa foto yang berkaitan dengan pembinaan Istana Negara untuk tatapan bersama.

























Rabu, 5 Oktober 2011

Tanggungjawab seorang Pegawai Penguasa (P.P)

Siapakah Pegawai Penguasa (PP) atau Superintending Officer (S.O)?

Pegawai Penguasa atau S.O adalah orang yang bertanggungjawab dan mempunyai kuasa untuk memantau sesuatu projek daripada peringkat permulaan sehinggalah tamat kecacatan (defect) projek tersebut.

Gambaran Seorang Pegawai Penguasa (SO) sedang mempengerusikan Mesyuarat Tapak (Site Meeting) Projek 
Antara tanggungjawab atau tugas-tugas yang perlu dipikul oleh Pegawai Penguasa (SO) adalah seperti berikut:
  • Memastikan kualiti bahan yang digunakan dan tahap mutu kerja adalah mematuhi kontrak
  • Memastikan peraturan-peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak berkuasa lain yang mempengaruhi Kerja tersebut dipatuhi semasa pelaksanaan kerja
  • Memastikan Kontraktor tidak mengabaikan hal kebajikan pekerjanya, khususnya berkaitan dengan keselamatan  dan perlindungan insuran, dan pekerja-pekerja menerima gaji yang kena dibayar kepada mereka
  • Memastikan tempoh liputa insurans yang diperlukan di bawah peruntukan yang berkenaan dalam Kontrak tidak luputsemasa kerja-kerja sedang berjalan, dan jika perlu mengambil tindakan melanjutkan tempohnya
  • Memantau kemajuan Kerja Kontraktor dan jika perlu mengambil tindakan awal untuk memberi lanjuta masa (EOT) atau mengenakan ganti rugi tertentu dan diteapkan (LAD) dan/ atau menamatkan pengambilan kerja Kontraktor, dan
  • Memastikan Kerajaan menunaikan obligasinya di bawah Kontrak kepada Kontraktor yang seperti berikut:
  1. Kontraktor tidak dihalang atau disekat atau ditegah daripada menjalankan kerja-kerjanya sejajar dengan Kontrak
  2. Kelulusan dan keputusan yang dipohon oleh Kontraktor diberi dengan segera; dan
  3. Bayaran kepada Kontraktor disediakan dengan segera dan mematuhi peruntukan yang berkenaan dalam Kontrak

Isnin, 3 Oktober 2011

Kelulusan Kuantiti Sementara (Provisional Quantity)

Kuantiti Sementara atau Provisional Quantity adalah kuantiti sementara yang tidak dapat dijangka ketepatannya semasa Senarai Kuantiti (BQ) disediakan untuk tujuan perlaksanaan perolehan tender. Ia perlu diukur semula antara dua pihak iaitu kontraktor bersama-sama Pegawai Penguasa (PP) setelah kerja telah siap ditapak.

Antara item-item yang selalu dikategorikan sebagai Kuantiti Sementara (Provisional Quantity) adalah seperti kuantiti tanah, pasir, batu pada kerja-kerja tanah (earthwork) atau kerja-kerja infra.

Dalam perlaksanaan projek-projek kerajaan, berdasarkan Peruntukan Arahan Perbendaharaan (A.P) 202.2 Jadual III (d) ada menyatakan tentang seperti berikut
" Bagi memastikan tidak berlaku perubahan atau tambahan yang besar dalam kerja-kerja kuantiti sementara, ciri-ciri kawalan adalah diperlukan di semua peringkat".

Setelah kerja-kerja yang melibatkan Kuantiti Sementara atau Provisional Quantity siap di tapak. Pegawai Penguasa (P.P) atau wakilnya dengan kadar yang segara, perlu melakukan semakan atau penyiasatan semula untuk memastikan kuantiti kerja tidak melebihi anggaran kuantiti yang terdapat dalam BQ.

Sekiranya, terdapat pertambahan kuantiti, Ia perlu dibawa dan dibentangkan bersama-sama justifikasi untuk kelulusan Jawatankuasa Kerja Tambahan Kuantiti Sementara yang berkaitan bagi meluluskan pertambahan kuantiti sementara tersebut. Kuantiti Sementara (Provisional Quantity) yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja Tambahan Kuantiti Sementara bolehlah diperakukan untuk pembayaran selanjutnya dengan syarat Pelarasan Keatas Harga Kontrak telah dilakukan.

Contoh gambar kerja-kerja Provisional Quantity (Kerja-Kerja Tanah)

Contoh gambar kerja-kerja Provisional Quantity (Kerja-Kerja Jalan)

Sabtu, 1 Oktober 2011

Kontrak Design & Build Secara Tender

Kontrak ' design and build' atau 'reka dan bina' bermaksud perlaksanaan projek akan diuruskan oleh pihak kontraktor yang dilantik dari peringkat awal sehingga siap yang merangkumi kerja-kerja penyediaan rekabentuk dan seterusnya melaksanakan kerja di tapak.

Perlaksanaan kontrak 'design and build' boleh dijalankan melalui 2 kaedah iaitu secara runding terus dan secara tender.

Dalam artikel ini, akan menyentuh tentang tatacara kontrak 'design and build' secara tender. Untuk kontrak 'design and build' secara runding terus akan diterangkan pada artikel akan datang.

Dalam sesetengah keadaan, apabila peruntukan sesuatu projek sudah diluluskan atau diperolehi serta memerlukan penyiapan projek yang segera, kaedah 'design and build' secara tender adalah satu kaedah yang paling berkesan dan cepat berbanding dengan kaedah konvensional.

Dalam kaedah konvensional, pihak klien atau majikan perlu melakukan proses perlantikan para perunding seperti Arkitek, Jurutera dan Juruukur Bahan bagi menyediakan keperluan rekabentuk. Proses perlantikan perunding ini, didapati menyumbang kepada kelewatan untuk memulakan kerja. Jadi sebagai alternatifnya, kaedah kontrak secara 'design and build' secara tender adalah merupakan langkah yang terbaik untuk mempercepatkan proses perlaksanaan kerja di tapak.

Terdapat bebarapa proses dalam perlaksanaan kontrak 'design and buld' secara tender yang diperincikan seperti berikut:

  • Pihak klien atau majikan berhasrat untuk melaksanakan projek dan telah memperolehi kelulusan daripada pihak yang mengeluarkan peruntukan
  • Pihak klien melalui jabatan teknik akan menetap skop kerja dan 'need of statement' untuk projek yang bakal dilaksanakan
  • Dokumen tender akan disediakan dengan menggunakan Syarat-syarat kontrak JKR D&B version 2007 serta sesi lawatan tapak akan diadakan bagi menerangkan skop kerja kepada para petender
  • Laporan penilaian tender yang merangkumi penilaian teknikal dan kewangan akan dijalankan setelah tender ditutup
  • Penilaian teknikal yang dijalankan akan mengambil kira rekabentuk yang disediakan akan menepati kehendak 'nead of statement' yang telah ditetapkan oleh klien,
  • Surat Niat (Letter of Intent) atau Surat Setujuterima Tender (Letter of Acceptance) akan dikeluarkan kepada petender yang berjaya selepas diputuskan oleh Lembaga Perolehan Jabatan yang berkenaan
  • Sekiranya Surat Niat dikeluarkan, petender yang berjaya dikehendaki untuk menyediakan atau mematuhi berdasarkan isi Surat Niat tersebut, sekiranya gagal, Mesyuarat Lembaga Perolehan Jabatan perlu diadakan semula bagi memutuskan untuk memilih kontraktor yang seterusnya.
  • Kontraktor yang berjaya dan dilantik untuk memulakan kerja di kehendaki untuk memulakan kerja dalam tempoh 2 minggu dari tarikh milik tapak
  • Kontraktor yang berjaya juga berhak untuk membuat tuntutan bayaran pendahuluan dengan jumlah 25% daripada amaun kontrak atau maksimum sebanyak RM 10 Juta
  • Sebelum kontrak ditandatangani oleh dua pihak, Contract Sum Analysis (CSA) dan Schedule Of Rate akan diselarasakan sekiranya perlu.
  • Semasa projek berjalan, kontraktor dikehendaki untuk memohon bayaran kemajuan secara interim
  • Tempoh kecacatan untuk kontrak 'design and build' secara tender adalah selama 24 bulan
  • Pegawai Penguasa yang dipertanggungjawabkan oleh pihak klien untuk mengawasi sepanjang projek dikenali sebagai Pengarah Projek (P.P) atau Project Director (P.D)
Untuk sebarang pertanyaan atau penjelasan sila emailkan kepada chee_lin@yahoo.com

Ahad, 25 September 2011

Info - Litar F1 Singapore

INFO
Fakta litar perlumbaan
  • Litar Jalan Singapura ialah sebuah litar berasaskan jalan di sekitar Marina Bay dan ia merupakan venue untuk Grand Prix Singapura. 
  • Litar tersebut direka oleh KBR daripada pengubahsuaian reka bentuk asli yang dicadangkan oleh Hermann Tilke.
  • Panjang litar: 5,067 meter
  • Luas litar: 10 m hingga 15 meter
  • Litar F1 Singapura mempunyai 24 selekoh dan perlumbaan akan dilakukan secara berlawanan jam
  • Perlumbaan F1 Singapura akan melalui 10 hotel bertaraf lima bintang, termasuk tempat dan bangunan bersejarah Dewan Bandaraya.
  • Selain melalui banyak bangunan bersejarah, perlumbaan F1 Singapura juga akan menggunakan Jambatan Anderson berusia 100 tahun
  • Tempat duduk penonton akan diletakkan setiap empat kilometer litar
  • Jumlah tempat duduk: 80,000
  • Lampu: Teknologi yang disediakan membolehkan pemandu berlumba dengan selamat, sama ada di jalan kering atau basah. Krew televisyen juga boleh mendapatkan sudut menarik untuk tontonan umum
Panomara Litar F1 Singapore 1

Panomara Litar F1 Singapore2

Panomara Litar F1 Singapore3

Panomara Litar F1 Singapore4
Panomara Malam Litar F1- Singapore
Panomara Malam Litar F1- Singapore

Peta Litar F1- Singapore




Sabtu, 24 September 2011

Design Guarantee Bond

Merujuk kepada klausa 22.2 Borang JKR 203 / 2007 ada menyatakan untuk setiap projek yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan mengkehendaki supaya pihak kontraktor menyediakan Design Guarantee Bond yang bernilai 5% daripada nilai kontrak yang mempunyai 'design'.

Bon Jaminan Rekabentuk ( Design Guarantee Bond) boleh disediakan oleh pihak bank atau institusi kewangan. Bon Jaminan Rekabentuk ini perlu disediakan sebaik sahaja Sijil Perakuan Siap Kerja atau Certificate Of Practical Completion (CPC) dikeluarkan. Tempoh bon ini perlu sah sehingga tempoh 5 tahun dari tarikh CPC dikeluarkan.

Sekiranya, pihak kontraktor gagal menyediakan Bon Jaminan Rekabentuk ini, pihak kerajaan berhak menuntut melalui Bon Pelaksanaan yang telah disediakan ketika awal projek bermula.

Selasa, 6 September 2011

Info - Lebuhraya Senai-Desaru

Jambatan Lebuhraya Senai Dearu yang merentasi Sungai Johor

Lebuhraya Senai - Desaru adalah sebuah Lebuhraya yang terletak di dalam negeri Johor Darul Ta'zim. Ia merupakan Lebuhraya ketiga (3) terpanjang di Malaysia selepas Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Ia dibuka secara rasmi kepada pengguna awam pada 10 June 2011.

Ia dibina bagi menghubungkan antara kawasan Senai dengan Desaru. Objektif pembinaan lebuhraya ini adalah untuk menyingkatkan masa perjalanan daripada Senai ke Desaru daripada 2 jam kepada 40 minit. Selain itu, ia adalah bertujuan untuk merancakkan pembangunan yang sedang dijalankan di Iskandar Malaysia dan membantu meningkatkan ekonomi dan kawasan pelancongan yang terletak di Desaru 

Panjang Lebuhraya ini ialah 77 kilometer. Ia mula dibina pada tahun 2004 dengan meliputi 2 fasa. Fasa pertama yang merangkumi pembinaan dari Senai ke Pasir Gudang sejauh 50 km telah siap pada Ogos 2009. Manakala fasa kedua yang mengubungkan antara Cahaya Baru, Masai hingga Desaru telah siap pada Jun 2011.

Laluan Senai Desaru
Kos pembinaan Lebuhraya ini dianggarkan berjumlah sekitar RM 1.365 Billion. Pemilik konsesi lebuhraya ini ialah Syarikat Senai Desaru Expressway Berhad atau SDE.

Persimpangan Utama Senai

Persimpangan Bandar Senai

Persimpangan Ulu Tiram

Persimpangan Cahaya Baru

Persimpangan Pasir Gudang

Persimpangan Penawar

Lebuhraya ini mempunyai 6 persimpangan iaitu Persimpangan Utama Senai, Persimpangan Bandar Senai, Persimpangan Ulu Tiram, Persimpangan Cahaya Baru, Pesimpangan Pasir Gudang dan Persimpangan Penawar. Ia dilengkapi dengan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di kawasan 'Layang' yang terletak KM 31 (arah barat) dan KM 32 (arah timur).

Jadual Kadar Tol 

Untuk keterangan lanjut, sila layari pautan berikut  http://www.e22.com.my