Current Visitor

Rabu, 6 April 2011

Litar F1 Sepang


Litar F1 Sepang merupakan litar perlumbaan yang terletak di daerah Sepang. Ia berkedudukan hampir dengan Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dan kira-kira 60 kilometer dari Ibu Kota Kuala Lumpur.

Sebelum kewujudan Litar F1 Sepang, terdapat dua litar yang pernah menjadi litar utama di Malaysia iaitu Litar Batu Tiga di Shah Alam dan Litar Pasir Gudang di Johor Bharu.

Litar F1 Sepang telah direkabentuk oleh Herman Tilke dari Jerman yang juga pernah merekabentuk litar di Bahrain, Shanghai dan Turki. Pembinaan Litar F1 Sepang telah bermula pada tahun 21 November 1997 dan telah siap sepenuhnya, setahun kemudian iaitu pada November 1998. Kos permbinaan Litar F1 ialah sebanyak AS$120 Juta. Panjang kesleuruhan litar ialah sepanjang 5.543.00 kilometer.

Litar F1 ini telah dirasmikan pada 07 Mac 1999. Perlumbaan F1 sulung telah berlangsung di Litar Sepang pada Oktober 2009. Juara pertama yang telah dilahirkan ialah Eddie Ervine dari Team Ferrari.


Kewujudan Litar F1 di Sepang telah menunjukkan Malaysia memang boleh bersaing diperingkat antarabangsa sebagai tuan rumah. Selain itu, perolehan pendapatan akan bertambah hasil dari jualan tiket dan kemasukan pelancong asing dan pengunjung yang berbelanja ketika perlumbaan utama berlangsung di Litar F1 Sepang.

4 ulasan:

Wanzi berkata...

wah cantik litar sepang ni... tak pernah sampai lagi walu pun dok kl.. he3

azilan berkata...

Memang tepat pembinaannya, kerana dapat membantu industri pelancongan di Malaysia membangun

saidin berkata...

saya g dah, bwa student2 UTM , mengagumkan

Amir Aiman berkata...

Saya pernah pergi tahun 2018 and 2019, pergi utk tgok MotoGP. Tahun 2018, vibe dye mmg best gile sbb Hafizh Syahrin masa tu first Malaysian yang naik ke peringkat MotoGP. Rmai supporters yang sokong Hafizh, yelakan sebab tengah berebut gelaran rookie of the year dengan rider itali ( Franco Morbidelli). Mau bergegar litar sepang dengan suara spectators masa lagu Negaraku berkumandang. Memang experience yang paling berharga bagi sy utk berada di circuit sepang time tu. Tahun 2019 pula 360 terbalik dengan tahun 2018. Ada pahit and ada manisnya. Kita citew ttng manis dulu. Yang manisnya adalah, Petronas buat julung kalinya mengambil alih jentera satelit yamaha sekaligus menjadi sponsor utama utk team tu. And kat sepang jugak fabio dapat pole position, bangga jgk ah. Yela an, team malaysia dapat petak utama kat circuit Malaysia. Tapi rider je bukan asal drpda Malaysia. Dan yang pahit plk, tu tahun terakhir Hafizh Syahrin berada dlm kategori Motogp selepas kontraknya ditamatkan pada akhir tahun 2019. Tapi tkpa kita doakan yang baik2 saja untuk pelumba negara agar dapat result yang okay & juga dapat melahirkan ramai lagi bakat2 baru dlm mnceburi bidang permotoran.