Current Visitor

Sabtu, 14 Mei 2011

Kaedah menghasilkan kuantiti besi berasaskan kuantiti konkrit

Penyediaan dokumen tender adalah satu rutin atau tugas yang penting bagi seorang Juurukur Bahan atau Quantity Surveyor di firma Ukur Bahan atau Sektor Awam.

Antara skop tugas dalam penyediaan dokumen tender ialah membuat taking off berdasarkan lukisan yang disediakan oleh pihak Arkitek atau Jurutera Awam. Seringkali, masa yang diperuntukkan untuk menyediakan dokumen tender ini adalah singkat bagi memenuhi kehendak atau tuntutan pihak klien.


Oleh yang demikian ketika proses penyediaan taking off, pengiraan kuantiti besi adalah antara kerja yang terpenting bagi menghasilkan kuantiti besi yang terdapat sesuatu projek. Justeru terdapat satu kaedah pengiraan kuantiti besi dengan lebih pantas dan mudah yang berasaskan kuantiti konkrit yang dihasilkan.

Merujuk kepada jadual dibawah, cara pengiraan akan dipertunjukkan yang seperti berikut:


Komponen
Unit
Berat
1.
Asas Pad @ footing
Kg/m3
80
2.
Rasuk lantai @ ground beam
Kg/m3
200
3.
Rasuk bumbung @ roof beam
Kg/m3
160
4.
Tiang sambut @ stump
Kg/m3
190
5.
Tiang @ Column
Kg/m3
160
6.
Lantai 100mm @ slab
Kg/m2
10

Katakan kuantiti konkrit untuk elemen Footing ialah 10m3. Jadi alternatif pengiraan pantas kuantiti besi adalah dengan mendarabkan 10m3 x  80kg/m3 (rujuk jadual atas) = 800kg.

Jadi kuantiti besi untuk item konkrit footing adalah sebanyak 800kg.

Diharap, penerangan ini dapat membantu kepada para Juruukur Bahan baik di pejabat perunding atau kerajaan untuk menghasilkan taking off kuantiti besi dengan lebih pantas dan cepat.


P/S Maklumat Tambahan : Konverter kuantiti konkrit kepada kuantiti besi ini juga amat berguna kepada QS yang berada di syarikat kontraktor bagi tujuan penyediaan anggaran @ estimate atau ketika memasukkan harga di dalam Senarai Kuantiti @ BQ yang menggunakan unit Pukal.

3 ulasan:

Nasz berkata...

baru tahu..huhu..

SEGMEN "JOM KONGSI PENGALAMAN SERAM"

nurul berkata...

thank for the valuable info.just to ask,where did the table came from? which sources did you used?

Missa berkata...

Pada saya x practikal... kalau saya masuk tender guna formula ni, my price will be burst.... the better way, take-off maybe for half area and convert, this way will be more corect...