Current Visitor

Sabtu, 10 Disember 2011

Jom Kenali Lebuhraya Seremban - Port Dickson

Bulan November dan Disember 2011 adalah merupakan musim cuti persekolahan bagi murid-murid sekolah diseluruh Malaysia. Dikesempatan ini, tentu ramai yang mengambil peluang untuk berehat dan bercuti bersama keluarga tidak dikira dimana sahaja.

Disini, penulis ingin berkongsi sedikit sebanyak info berkaitan dengan Lebuhraya Port Dickson- Seremban, dimana penulis telah melaluinya ketika bercuti ke Port Dickson pada awal Disember 2011. Diharapkan info ini, boleh membantu kepada sahabat-sahabat blogers yang ingin meneruskan perjalanan ke destinasi di pantai peranginan Port Dickson.


Lebuhraya Port Dickson- Seremban

  • Dikenali dengan kod E29
  • Telah dibina bagi menghubungkan kawasan diantara Seremban dengan Port Dickson
  • Dibina sebagai laluan alternatif kepada Jalan Perseketuan yang menghubungkan antara Seremban dan Port Dickson
  • Mempunyai jarak sepanjang 23 kilometer
  • Lebuhraya yang mempunyai kemudahan 2 lorong
  • Dibina pada tahun 1994 dan siap pada tahun 1997
  • Dibuka untuk kegunaan awam pada tahun 1997
  • Lebuhraya Seremban-PD pada mula diuruskan oleh syarikat Seremban-Port Dickson Highwah Sdn Bhd (SPDH) yang merupakan anak syarikat Kumpulan Melewar sebelum diambil alih oleh Kumpulan PLUS
  • Kadar tol untuk kenderaan berjenis kereta daripada Seremban ke Port Dickson adalah sebanyak RM 3.20 sahaja bagi perjalanan sehala
    Peta yang menunjukkan jaringan laluan Lebuhraya Seremban-Port Dickson


    Panorama pemandangan Lebuhraya PD-Seremban - 1

    Panorama pemandangan Lebuhraya PD-Seremban -2


0 ulasan: