Current Visitor

Khamis, 15 Disember 2011

Kerjaya Profesion Ukur Bahan (QS) di Sektor Awam


Putrajaya : Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia


Kerjaya sebagai penjawat awam adalah salah satu pilihan kepada para graduan-graduan yang bakal menamatkan pengajian baik diperingkat Ijazah Pertama, Diploma atau Sijil.

Berikut dilampirkan syarat-syarat pelantikan ke jawatan Juruukur Bahan , Penolong Juruukur Bahan dan Juruteknik Ukur Bahan sebagai panduan kepada para graduan yang ingin memohon jawatan di sektor awam.

1. Juruukur Bahan (QS)



KLASIFIKASI:PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN:PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
GRED GAJI/JAWATAN:J1-1, J1-2, J1-4, J1-5, J1-6
TARIKH KUAT KUASA:1 JANUARI 2012



SYARAT LANTIKAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J1-1: T1).
SYARAT KELAYAKAN
BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Juruukur Bahan dan Juruteknik bidang ukur bahan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Juruukur Bahan Gred J1-1, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II yang diiktiraf oleh Lembaga Juruukur Bahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan



SYARAT LANTIKAN
TERUS KE JAWATAN JURUUKUR BAHAN
GRED J1-2, J1-4, J1-5,
J1-6 ATAU JAWATAN
DALAM KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI
4. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Juruukur Bahan Gred J1-2, J1-4, J1-5, J1-6 atau jawatan dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:-
(a) memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1 dan 2 di atas; dan
(b) (i) memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau
(ii) memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.



KENAIKAN PANGKAT
KE GRED J1-2
5. Juruukur Bahan Gred J1-1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruukur Bahan Gred J1-2 yang kosong apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT
KE GRED J1-4
6. Juruukur Bahan Gred J1-2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruukur Bahan Gred J1-4 yang kosong apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT
KE GRED J1-5
7. Juruukur Bahan Gred J1-4 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruukur Bahan Gred J1-5 yang kosong apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT
KE GRED J1-6
8. Juruukur Bahan Gred J1-5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruukur Bahan Gred J1-6 yang kosong apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan


Anggaran Gaji Permulaan Untuk Juruukur Bahan J1-1 : RM 2,090.00 - RM 6,385.00 & Kenaikan Gaji Tahunan : RM 230.00


2 . Penolong Juruukur Bahan



KLASIFIKASI:PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN:PELAKSANA
GRED GAJI/JAWATAN:J2-1,  J2-4, J2-5
TARIKH KUAT KUASA:1 JANUARI 2012



SYARAT LANTIKAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Diploma dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J2-1: T1).
SYARAT KELAYAKAN
BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
PEPERIKSAAN BAGI
TUJUAN PENGESAHAN
DALAM PERKHIDMATAN
3. Penolong Juruukur Bahan hendaklah lulus peperiksaan yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan sebelum boleh dipertimbangkan untuk pengesahan dalam perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT
KE GRED J2-4
4. Penolong Juruukur Bahan Gred J2-1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Juruukur Bahan Gred J2-4 yang kosong apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT
KE GRED J2-5
5. Penolong Juruukur Bahan Gred J2-4 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Juruukur Bahan Gred J2-5 yang kosong apabila telah:-
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.
PENINGKATAN
SECARA LANTIKAN
KE PERKHIDMATAN
JURUUKUR BAHAN
6. Penolong Juruukur Bahan yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Juruukur Bahan Gred J1-1 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim-skim perkhidmatan berkenaan


Anggaran Gaji Permulaan Untuk Penolong Juruukur Bahan J2-1 : RM 1,565.00 - RM 4,330.00 & Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00 / RM 150.00


3. Juruteknik Ukur Bahan * Syarat-syarat kelayakan juga terpakai untuk Juruteknik Senibina, Awam, Mekanikal dan Elektrikal



KLASIFIKASI:PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN:PELAKSANA
GRED GAJI/JAWATAN:JA3-1, JA3-2, JA3-3
TARIKH KUAT KUASA:1 JANUARI 2012



SYARAT LANTIKAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Sijil dalam bidang kejuruteraan, seni bina atau ukur bahan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA3-1: T1).
SYARAT KELAYAKAN
BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
SYARAT PENINGKATAN
SECARA LANTIKAN
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penjaga Jentera Elektrik dan Pembantu Kemahiran adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Juruteknik Gred JA3-1, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
PEPERIKSAAN BAGI
TUJUAN PENGESAHAN
DALAM PERKHIDMATAN
4. Juruteknik hendaklah lulus peperiksaan yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan sebelum boleh dipertimbangkan untuk pengesahan dalam perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT
KE GRED JA3-2
5. Juruteknik Gred JA3-1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruteknik Gred JA3-2 yang kosong apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT
KE GRED JA3-3
6. Juruteknik Gred JA3-2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruteknik Gred JA3-3 yang kosong apabila telah:-

(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan



PENINGKATAN
SECARA LANTIKAN
KE PERKHIDMATAN
JURUUKUR BAHAN,
7. Juruteknik yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan  Juruukur Bahan Gred J1-1, yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim-skim perkhidmatan berkenaan


Anggaran Gaji Permulaan Untuk Juruteknik Ukur Bahan J3-1 : RM 1,410.00 - RM 4,185.00 & Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00 / RM 150.00

8 ulasan:

shura shushi berkata...

Wah dah confirm ke gaji tu?

=)

azilan berkata...

InsyaAllah dah betul anggaran gaji tu

zaid berkata...

mcmmana nak mohom jawatan ni?

azilan berkata...

saudara zaid: Jawatan untuk QS ni boleh dipohon melalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) www.jpa.gov.my atau lihat selalu tawaran pekerjaan yang ada pada akhbar-akhbar harian. Selamat mencuba

isda berkata...

kalau qs j1-1.. gaji permulaan rm2090..

azilan berkata...

ok, isda, terima kasih atas makluman

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.