Current Visitor

Rabu, 2 Mac 2011

Imbasan Projek- Stadium Bukit Jalil

Stadium Nasional Bukit Jalil adalah merupakan stadium rasmi dan kebanggaan bagi negara Malaysia. Ia telah mengambil alih peranan sebagai stadium nasional kebangsaan yang sebelum ini berkedudukan di Stadium Merdeka.

Lokasi stadium ini terletak di kawasan Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Ia merupakan lokasi yang strategik dan menarik kerana di lengkapi dengan kemudahan-kemudahan moden seperti sistem pengangkutan LRT dan berhampiran dengan Lebuhraya Seremban - Kuala Lumpur.

Pembinaan stadium ini telah bermula pada tahun 1994 dan siap pada tahun 1997. Kontraktor pelaksana projek ini ialah United Engineers Malaysia Berhad (UEM). 

Stadium ini telah dibuka secara rasmi kepada umum ketika perasmian Sukan Komanwel 1998 yang telah berlangsung di Kuala Lumpur. Kapasiti tempat duduk stadium ini ialah seramai 100,000 penonton. Mengikut fakta, stadium ini merupakan stadium yang ke 25 terbesar di dunia. Stadium ini sering digunakan untuk perlawanan-perlawanan penting yang melibatkan pasukan Malaysia seperti kejohanan Piala Suzuki AFF, perlawanan persahabatan diantara pasukan Malaysia dan pasukan-pasukan luar.

Selain itu, Stadium Nasional Bukit Jalil ini juga sering digunakan untuk menganjurkan perlawanan kejohanan-kejohanan utama bola sepak tempatan seperti Final Piala Malaysia, Piala FA dan juga Piala Sumbangsih.

Rekabentuk dan ciri-ciri stadium ini ialah seperti berikut:
(i) Stadium ini berbentuk elips dan bentuk mangkuknya yang klasik dihasilkan dan ditonjolkan oleh pertindanan tiga barisan tempat duduk. Bumbung membran ini menutupi 38,000 meter persegi

(ii).Stadium ini telah menggabungkan sistem bunyi yang dinamik untuk menyiarkan muzik dan pesanan. Sistem lampu sorot yang telah dipraprogramkan menggunakan lampu halida logam untuk menyumbangkan tahap pencahayaan sehingga 1500 lux yang sesuai untuk liputan TV.

Kesimpulannya, pembinaan stadium ini telah berjaya membawa imej positif kepada Malaysia di mata dunia ,  kerana kemudahan yang disediakan adalah bertaraf moden dan setanding dengan kemudahan yang terdapat negara luar serta disokong oleh kelengkapan prasarana. Kelengkapan prasarana dilihat  akan memudahkan  para peminat atau penonton untuk hadir ke stadium menyokong pasukan Malaysia ketika beraksi

6 ulasan:

aTienz_owEngEzz berkata...

salam saudara... ada information mengenai perunding yang terlibat dalam projek ni?

azilan berkata...

Maaf Cik aTienz_owEngEzz, saya takde maklumat tu

Unknown berkata...

Ada maklumat tentang reka bentuk asal tak

Unknown berkata...

bila blog ini dipost? tarikh?

Unknown berkata...

Terima kasih

Unknown berkata...

Jenis ibs yg digunakan??