Current Visitor

Selasa, 9 Ogos 2011

Ekonomi Binaan - Rancangan Kos


Rancangan kos ialah suatu penyata yang mengandungi kos-kos mengikut elemen yang terdapat di dalam sesuatu projek binaan.

Tujuan rancangan kos disediakan ialah untuk merancang dan menentukan bagaimana anggaran sepatutnya dibelanjakan di antara elemen-elemen bangunan. Selain itu, rancangan kos disediakan,  ialah sebagai panduan kepada pihak klien untuk menyediakan peruntukan perbelanjaan dan sebagai had kawalan kos oleh pihak perunding ketika dalam penyediaan rekabentuk bangunan.

Terdapat beberapa peringkat di dalam proses penyediaan rancangan kos iaitu seperti berikut:

  • Peringkat Pertama
Dapatkan sasaran kos bangunan dengan menggunakan kaedah Keluasan Lantai Kasar (KLK). dimana keluasan lantai akan didarab dengan harga per m2 mengikut jenis bangunan yang bakal didirikan. (Harga per m2 boleh diperolehi daripada data-data lepas atau sumber rujukan lain seperti daripada JKR atau ISM)

         Katakan : KLK = 500m2 dan Harga per m2 =RM 1500.00
        Jadi sasaran kos = RM 750,000.00
  • Peringkat Kedua

Kos Keluasan Lantai Kasar (KLK) /m2 yang diperolehi akan diagihkan mengikut elemen-elemen utama bangunan seperti berikut:


Elemen

Peratus (%)


Kos/m2 KLK (RM)

Jumlah Kos (RM)
Struktur Bawah Tanah
20
300.00
150,000.00
Struktur Atas Tanah
40
600.00
300,000.00
Kemasan
15
225.00
112,500.00
Kelengkapan Dan Perabot
13
195.00
97,500.00
Servis
12
180.00
90,000.00
Jumlah kos bangunan

1500.00
750,000.00
Kerja-kerja luar/infra
15% kos bangunan

112,500.00
Jumlah kos bangunan & Infra


862,500.00
Kerja-Kerja Awalan
3% kos bangunan & infrastruktur

25,900.00
Sub Jumlah


888,400.00
Kerja Luar Jangka
5% dari sub-jumlah

44,400.00
Jumlah kos projek


 932,800.00
  • Peringkat Ketiga
Kos Keluasan Lantai Kasar (KLK) /m2 yang diperolehi akan diagihkan mengikut elemen-elemen individu bangunan seperti berikut:


Elemen

Peratus (%)


Kos/m2 KLK (RM)

Jumlah Kos (RM)
1.0  Struktur Bawah Tanah
[20]
[300.00]
[150,000.00]
    1.1 Cerucuk
35
105.00
52,500.00
  1.2 Kerja Di Bawah Lantai
65
195.00
97,500.00
2.0 Struktur Atas Tanah
[40]
[600.00]
[300,000.00]
   2.1 Kerangka
35
210.00
105,000.00
   2.2 Lantai Atas
20
120.00
60,000.00
   2.3 Bumbung
9
54.00
27,000.00
   2.4 Tangga
5
30.00
15,000.00
   2.5 Dinding Luar
5
30.00
15,000.00
2.6 Tingkap & Pintu Luar
12
72.00
36,000.00
   2.7 Dinding dalam @  
         Pembahagi
6
36.00
18,000.00
   2.8 Pintu Dalam
8
48.00
24,000.00
3.0 Kemasan
[15]
[225.00]
[112,500.00]
   3.1 Kemasan Dinding
15
34.00
16,875.00
   3.2 Kemasan Lantai
40
90.00
45,000.00
   3.3 Kemasan Siling
20
45.00
9,000.00
   3.4 Kemasan Luar
25
56.00
28,125.00
4.0 Kelengkapan Dan Perabot
[13]
[195.00]
[97,500.00]
5.0 Servis
[12]
[180.00]
[90,000.00]
Jumlah kos bangunan

1500.00
750,000.00
6.0 Kerja-kerja luar/infra
15% kos bangunan


112,500.00
Jumlah kos bangunan & Infra


862,500.00
7.0 Kerja-Kerja Awalan
3% kos bangunan & infrastruktur

25,900.00
Sub Jumlah


888,400.00
8.0 Kerja Luar Jangka
5% dari sub-jumlah

44,400.00
Jumlah kos projek


 932,800.00

Berdasarkan kepada kedua-dua jadual diatas dapat disimpulkan pihak majikan boleh mengetahui secara kasar rancangan kos yang akan dihasilkan pada sesuatu projek. Manakala kepada pihak perunding, ia akan menjadi satu panduan dalam proses kawalan kos atau control cost ketika proses penyediaan rekabentuk berjalan.

0 ulasan: