Current Visitor

Sabtu, 6 Ogos 2011

Tanah Rezab Melayu Dalam Pembangunan Projek Hartanah

Contoh Pembangunan Tanah Rezab Melayu

Tanah merupakan hartanah yang terpenting bagi tujuan pembangunan. Tanpa tanah, sesuatu projek pembangunan tidak akan dapat dilaksanakan. 

Menurut Kanun Tanah Negara 1965, tanah boleh dikelaskan kepada tiga (3) jenis iaitu seperti berikut:
  • Tanah Negeri
  •  Tanah Bermilik
  • Tanah Rezab Melayu
Kategori tanah yang biasa dijalankan untuk tujuan pembangunan ialah dari kategori 'tanah bermilik'. Hasil daripada penggunaan 'tanah bermilik', pelaksanaan projek dapat dijalankan dengan segera serta dapat menyumbang kepada kecairan dalam pasaran hartanah.

Walaubagaimanapun pasaran hartanah di Malaysia masih tidak digunakan dengan sepenuhnya atau dengan maksimum, ekoran pembangunan yang hendak dijalankan ke atas Tanah Rezab Melayu.Tanah Rezab Melayu ialah tanah yang dikhaskan pemilikan kepada orang Melayu. Ia adalah berdasarkan kepada Enakmen Simpanan Melayu 1933 bagi melindungi kepentingan orang melayu. Antara syarat yang biasa ditetapkan dalam Tanah Rezab Melayu adalah seperti berikut :
  • Tidak boleh dipindahmilik atau dijual kepada bukan melayu
  • Aktiviti yang dibenarkan hanya untuk pertanian sahaja
  • Tiada projek pembangunan boleh dilaksanakan
Ekoran daripada syarat-syarat yang ditetapkan ke atas Tanah Rezab Melayu, ia telah menyebabkan kesan kepada pasaran hartanah yang diperincikan seperti berikut:
  • Tanah sukar dibangunkan untuk tujuan projek pembangunan
  • Tanah tidak tidak mempunyai nilai dalam pasaran hartanah walaupun terletak bersebelahan kawasan tanah berstatus pegangan bebas
  • Pinjaman sukar diperolehi daripada pihak bank atau pelabur
 

0 ulasan: