Current Visitor

Sabtu, 28 September 2013

Info Buku

Author: Mohd Fadzil Daud  
 Publisher: Penerbit UTM Press 
 • 2005 • ISBN 983-52-0381-4 • 156 pages • Edition 2

Panduan Asas Lukisan Kejuruteraan Edisi Kedua merupakan buku rujukan asas yang memberikan kefahaman dalam penghasilan lukisan kejuruteraan kepada pelajar kejuruteraan. Sehubungan itu, buku ini mendedahkan kepada pelajar tersebut bagaimana secara asasnya menghasilkan lukisan kejuruteraan dengan memberikan penekanan kepada beberapa tajuk asas, iaitu lukisan geometri, ortografik, isometrik, keratan rentas dan pemasangan. Penerangan dalam buku turut dipermudah dengan bantuan rajah bagi membantu kefahaman dalam menghasilkan sesuatu lukisan kejuruteraan. Latihan lengkap yang disediakan adalah koleksi daripada contoh latihan dan ujian yang diberikan semasa kursus dijalankan.

Buku ini sesuai digunakan sebagai rujukan dan panduan pelajar serta pensyarah di peringkat sekolah, institusi kemahiran, dan institusi pengajian tinggi dalam memantapkan pengetahuan tentang lukisan kejuruteraan.

0 ulasan: