Current Visitor

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Ahad, 17 September 2017

EOT- Cuaca Buruk yang luar biasa



Cuaca Buruk Luar Biasa.
Masalah cuaca buruk luar biasa bukan sahaja sukar dibuktikan, malah jika dibuktikan sekalipun tidak semestinya akan membawa kepada lanjutan masa. Penilaian mesti dibuat untuk masa yang spesifik dan kepada kerja yang spesifik. Cuaca buruk itu mestilah memberi kesan kepada kerja yang sensitif kepada cuaca sahaja. Secara asasnya, kontraktor semasa tender mestilah telah mempunyai pengetahuan tentang geografi kawasan kerja dilaksanakan termasuk segala aspek berkaitan pembinaan seperti cuaca, masa dan kekerapan hujan. Kontraktor yang menender untuk membina struktur konkrit dalam bulan Disember di Kelantan misalnya dianggap tahu bahawa Disember adalah musim tengkujuh dengan hujan hampir setiap hari dan sepatutnya telah mengambilkiran ketidakbolehan kerja dalam bulan tersebut. Jika tidak dia mestilah telah mengambilkira dan memasukkan harga yang termasuk risiko LAD ke dalam tender.
Untuk menilai cuaca buruk luar biasa, kontraktor perlu mengemukakan;
a. Rekod cuaca harian ditapak;
b. Data cuaca 10 tahun bagi minggu berkenaan daripada stesen meteorologi berdekatan;
c. Perkiraan purata hujan harian bagi minggu berkenaan bagi 10 tahun dibandingkan dengan hujan pada minggu tersebut dalam tempoh kerja.
d. Perkiraan menunjukkan bahawa hujan dalam minggu tersebut adalah luar biasa dibandingkan dengan purata 10 tahun.
e. Bukti daripada rekod tapak menunjukkan kerja yang tidak dapat dibuat itu sensitif kepada hujan atau cuaca buruk.
f. Kerja tersebut dibuktikan daripada Program Kerja yang disahkan sebagai terjadual untuk dilaksanakan dalam minggu berkenaan, bukan kerja yang sepatutnya telah dibuat dalam musim kering tetapi terlewat atas sebab kesilapan kontraktor lalu terpaksa dibuat dalam masa hujan.