Current Visitor

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Ahad, 31 Julai 2011

Tort Dalam Industri Pembinaan

 
     Apa itu Tort
  • Tort adalah sesuatu pelakuan atau peninggalan salah yang memberi hak kepada plaintif untuk membawa tindakan mahkamah untuk mendapat ganti rugi
  •  Tort adalah satu kesalahan sivil
  • Liabiliti tort tidak perlu timbul daripada sebarang perjanjian atau persetujuan antara 2 pihak
  • Undang-undang sendiri itu sendiri telah menetapkan obligasi-obligasi dalam tort
  • Undang-undang tort mengiktiraf hak-hak tertentu dan jika ia dilanggar, plaintif boleh menuntut untuk mengambil tindakan
  • Seseorang yang melakukan sesuatu tort di gelar pelaku tort
  • Remedi utama tort adalah ganti rugi
      Tort Dalam Industri Pembinaan
  • Tort yang terdapat di dalam industri binaan adalah seperti liabiliti vikarius, kacau ganggu, kecuaian dan pencerobohan

      Liabiliti Vikarius
  • Seseorang boleh bertanggungjawab bagi tort yang dilakukan oleh oang lain yang berada dibawah kawalannya seperti pekerja
  • Keadaan ini berlaku apabila pekerja melakukan tort dalam perlaksanaan tugasnya
  • Oleh yang demikian, kesalahan yang dilakukan oleh pekerja ditanggung oleh Majikan
  • Jika pekerja cuai dalam pelaksanaan kerjanya, maka majikan perlu bertanggungjawab atas kecederaan yang dialami oleh plaintif
  • Dalam pembinaan, majikan boleh mendapati dirinya bertangungjawab bagi tort yang dilakukan oleh kontraktoratau kontraktor bertanggungjawab bagi tort oleh subkontraktornya
       Pencerobohan
  • Tort pencerobohan adalah kacauan langsung terhadap pemilik tanah atau barangannya seperti memasuki tanahnya atau mengambil barang tanpa kebenaran
  • Ianya adalah suatu liabiliti ketat
  • Pencerobohan ke atas tanah (trespass to land) ialah kacauan langsung terhadap pemilikan tanah seseorang
  • Sebagai contoh, ia boleh terjadi apabila seseorang itu berjalan menyeberang tanah milik orang lain
  • Secara am, pencerobohan bukan satu kesalahan jenayah, plaintif boleh menuntut remedi sivil sahaja
     Kacau Ganggu
  • Kacau ganggu awam bermaksud aktiviti yang merosakkan harta atau mengganggu orang ramai
  • Ia boleh menjadi satu kesalahan jenayah seperti menghalang lebuh raya atau pencemaran bekalan air
  • Kacau gangu peribadi adalah aktiviti atau keadaan yang mengganggu secara tak sah, penggunaan atau keselesaan tanah orang persendirian dan tidak melibatkan orang lain atau sebahagian besar masyarakat
  • Untuk membawa tindakan, ia hendaklah ditunjukkan bahawa gangguan tersebut adalah secara berterusan dalam tempoh masa yang agak lama 
  • Hanya plaintif sahaja yang dikacau ganggu yang berhak untuk membuat tuntutan
  • Di tapak bina, kontraktor bertanggungjawab di atas kacau ganggu yang beroperasi dari kerja-kerja pembinaan, tetapi majikan juga boleh bertanggungjawab keatas tort tersebut
      Liabiliti Ketat
  • Prinsip liabiliti ketat boleh diringkaskan dengan situasi berikut; Sekiranya seorang penghuni (atau kontraktornya) membawa dan menyimpan di atas tanahnya sesuatu benda berbahaya yang boleh mengakibatkan keatas tanah yang bersebelahan, dia adalah bertanggungjawab untuk menentukan benda itu tidak akan terlepas
  • Keperluan untuk menetapkan 'liabiliti ketat', defendan adalah penghuni tanah tersebut, benda yang dibawa atau yang tekumpul adalah bukan sumber semula jadi , benda itu terlepas dari tanah plaintif ke tanah defendan dan ia mengakibatkan kepada kerosakan

       Liabiliti Penghuni
  •  Liabiliti penhuni ialah tanggungjawab seorang pemilik tanah atau pemis kepada seorang lain dalam tanah tersebut
  • Ia berkenaan orang-orang yang mengalami kecederaan diri apabile berada di premis orang lain
  • Premis adalah termasuk kategori bangunan dan tanah
  • Orang yang bertanggungjawab adalah penghuni premis tersebut- dia yang mempunyai kuasa dari segi kawalan aktiviti premis
  • Di tapak binaan, sama ada kontraktor atau majika boleh menjadi penghuni. Oleh yang demikian, ia perlu memastikan keperluan keselamatan keatas pengunjung-pengunjung yang datang ke tapak bina seperti klien, perunding, orang awam daripada mengalami kecederaan
      Kecuaian
  • Kecuaian ialah mengenai kemungkiran kewajipan berjaga-jaga yang mengakibatkan kerosakan harta benda atau kecederaan kepada plaintif
  • Ianya bukanlah satu kesalahan per se , dengan demikian, plaintif hendaklah mengemukakan bukti kerugian yang dialami akibat dari kemungkiran kewajipan berjaga-berja oleh defendan
  • Terma kecuaian juga boeh terdapat dalam konrak, sebagai contoh, bila Arkitek dikatakan membua reka bentuk atau pengurusan yang cuai. Terma ini bermaksud kemungkiran kewajipan berjaga-jaga sama ada dalam tort atau kontrak
  •   Dalam tindakan untuk tort kecuaian, plaintif hendaklah menunjukkan bahawa:
  1. Defendan berkewajpan untuk berjaga-jaga terhadapnya
  2. Kewajipan itu telah dimungkiri oleh defendan: standard kewajipan yang dijangka ari seorang yang waras
  3. Plaintif mengalami kerosakan akibat kemungkiran tanggungjawab tersebut

 

    Sabtu, 30 Julai 2011

    Selamat Menyambut Bulan Ramadan

    Dikesempatan ini, borak-qs.blogspot ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua Pengunjung yang sentiasa melawat dan memberi sokongan kepada kewujudan blog ini. Supaya ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan bersama.

    Sekian

    Admin borak-qs.blogspot

    Jumaat, 29 Julai 2011

    Perolehan Perabot Logam Kementerian Kewangan (KK)



    Kementerian Kewangan (KK) melalui Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) Bilangan 4/2011 telah menyatakan mengenai Perolehan Perabot Logam bagi semua Agensi Kerajaan di seluruh Malaysia.

    Perolehan perabot logam boleh diperolehi melalui syarikat-syarikat panel yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan (KK). Perlantikan syarikat-syarikat panel ini adalah berkuatkuasa selama dua (2) tahun iaitu daripada 15 Mei 2011 sehingga 14  Mei 2013. Ini bermakna, segala perolehan perabot logam oleh semua Agensi Kerajaan hendaklah dibekalkan  oleh syarikat-syarikat panel yang dilantik oleh Kementerian Kewangan (KK) 


    Terdapat 3 kaedah dalam perolehan perabot logam daripada syarikat panel-panel perabot logam iaitu  seperti berikut:
    • Perolehan bernilai sehingga RM 50,000 setahun diuruskan secara pembelian terus dengan mana-mana syarikat panel yang telah dilantik
    • Perolehan melebihi RM 50,000 sehingga RM 500,000 setahun hendaklah diuruskan melalui kaedah sebutharga di kalangan syarikat panel pembekal yang dilantik. Pemilihan syarikat panel pembekal yang berjaya hendaklah diputuskan oleh Jawatankuasa Sebut Harga Agensi
    • Perolehan melebihi RM 500,000 setahun hendaklah diuruskan melalui kaedah tender di kalangan syarikat panel pembekal yang dilantik. Pemilihan syarikat panel pembekal yang berjaya hendaklah diputuskan oleh Lembaga Perolehan Agensi
    Senarai syarikat panel Perabot Logam yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan (KK) adalah seperti berikut:


    Bil
    Syarikat
    1.
    Redah Jaya Sdn Bhd
    No. 7, Blok C
    Megamas Business Centre
    Jalan Gelen K
    U19/K, Seksyen U19
    40160 Shah Alam
    Selangor
    No. Tel : 03-6148 2881/ 03-6148 3382/ 03-6148 4885

    2.
    Profitech Engineering Sdn Bhd
    Lot 451, Jalan Perusahaan 2
    Bandar Baru Sungai Buloh
    47000 Sungai Buloh
    Selangor
    No. Tel : 03-6156 0271/ 03-6156 0831

    3.
    Nagasteel Equipment Sdn Bhd
    23-1, Jalan 3/4C
    Desa Melawati
    53100 Kuala Lumpur
    No Tel: 03-4105 6791
    4.
    Azas Rekalogam Sdn Bhd
    Lot 1019A, Jalan 4/32A
    Mukim Batu, Batu 6 ½
    Off Jalan Kepong
    52000 Kuala Lumpur
    No. Tel : 03-6257 9066
    5.
    Kabimas Manufacturing Sdn Bhd
    No. 21 & 23, Jalan Bulan U5/9
    Seksyen U5, Subang 2
    40170 Shah Alam
    Selangor
    No. Tel : 03-7845 6000
    6.
    K.U.S Industries (M) Sdn Bhd
    Lot 3.22 & 3.23, Tingkat 3
    Pertama Kompleks
    Jalan Tuanku Abdul Rahman
    50100 Kuala Lumpur
    No. Tel : 03-2691 9288
    7.
    Meranti Furniture Sdn Bhd
    No. 26, Wisma Marshal
    Medan Pusat Bandar 1
    Seksyen 9
    43650 Bandar Baru Bangi
    Selangor
    No. Tel : 03-8926 3779
    8.
    Axec Services & Trading Sdn Bhd
    No. 150-A, Jalan TUDM
    Kg Baru Subang
    40150 Shah Alam
    Selangor
    No. Tel : 03-7847 2181
    9.
    LM Venture Engineering Sdn Bhd
    1-1-4, Jalan 17/56
    Keramat Wangsa
    54200 Kuala Lumpur
    No. Tel : 03-4107 9411
    10.
    Iryas Incorporation (M) Sdn Bhd
    Wisma Iryas
    No. 2, Jalan SS 13/6
    Subang Jaya Industrial Estate
    47500 Subang Jaya
    Selangor
    No. Tel : 03-5633 0668

    Untuk keterangan lanjut, sila layari pautan berikut:   
    http://www.treasury.gov.my/pekeliling/pkp/pkp042011.pdf

    Rabu, 20 Julai 2011

    Jom Kenali- Lebuhraya DUKE (Duta-Ulu Kelang Expressway)

    • Dirasmikan oleh Menteri Kerjaraya , Y.B Dato Shaziman Mansor pada 30 April 2009
    • Di bina oleh Projek Konsortium Lebuh Raya Utara- Timur Kuala Lumpur Sdn Bhd (KESTURI) dalam masa 5 tahun
    • Kos pembinaan adalah sebanyak RM 892 Juta dan siap 6 bulan awal dari tempoh asal
    • Menghubungkan Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) dan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2)
    • Perjalanan dari Jalan Duta ke Ulu Kelang mengambil masa hanya 8.5 minit berbanding 30 minit jika menggunakan jalan biasa
    • Melibatkan jarak 18 kilometer
    • Mempunyai 7 persimpangan bertingkat di Jalan Duta, Jalan Kuching, Sentul Pasar, Setiawangsa, Hillview, Bandar Dalam dan Greenwood
    • Mempunyai lima susur masuk dan keluar iaitu Jalan Sentul, Jalan Semarak, Jalan 37/56, Jalan Pahang dan Jalan Ayer Panas
    • Mempunyai 3 plaza tol iaitu Ayer Panas, Sentul dan Batu yang dilengkapi oleh kemudahan seperti tandas, surau dan tempat letak kereta
    • Beroperasi secara sistem tol terbuka
    • Kadar bayaran tol untuk kereta adalah sebanyak RM 2.00
    • Rondaan 24 jam oleh peronda bermotosikal

    

    Selasa, 19 Julai 2011

    Panduan Ringkas Kepada Kontraktor Apabila Memasuki Tender

    PANDUAN KEPADA PENTENDER


    Maklumat ini adalah bertujuan bagi membantu pentender-pentender dalam mengemukakan satu tender yang lengkap dan tanpa sebarang kesilapan bagi membolehkan tender diperakukan kepada lembaga perolehan.

    • Semua pentender adalah dinasihatkan supaya menggunakan senarai semakan yang disediakan oleh pihak jabatan bagi menyemak tender sebelum menyerahkan kembali atau memasukkan dokumen tender kedalam peti tender. Pentender perlu kepilkan senarai semakan yang telah diisi lengkap bersama dokumen tender. 
    • Adalah menjadi tanggungjawab pentender sepenuhnya bagi menentukan lengkapnya sesuatu tender yang dikemukakan. Sila semak melalui Dokumen Meja Tawaran yang dipamirkan. Jika berlaku percanggahan sila maklumkan segera kepada pegawai berkaitan untuk tindakan.

    Perkara-perkara WAJIB yang mesti diberi perhatian oleh para pentender sewaktu mengemukakan tender adalah seperti berikut 

    A ~ Mengisi lengkap Borang Tender JKR 203B/203C
    • Menyatakan tempoh siap kerja mengikut minggu atau jika ditetapkan oleh jabatan tidak boleh dipinda.
    • Pastikan mengisi amaun tender ditulis dengan perkataan dan angka dengan betul      
    • Menandatangani borang tender oleh pegawai syarikat yang ditauliahkan seperti dinyatakan didalam sijil pendaftaran PKK.
    • Menurunkan cop syarikat
    • Menurunkan tandatangan saksi dan maklumat saksi.
    B~ Mengemukakan maklumat kewangan syarikat
    • Salinan akaun syarikat yang diaudit oleh juruaudit bertauliah bagi dua (2) tahun terakhir (bagi Syarikat Sdn Bhd) ATAU
    • Salinan penyata bulanan akaun bank bagi tiga (3) bulan terakhir dari tarikh tutup tender ATAU
    • Laporan bank / institusi kewangan mengenai kewangan pentender yang terkini

    C~ ANALISA TENDER

    Secara umumnya, analisa tender dikelaskan kepada beberapa peringkat utama iaitu seperti berikut :
    • Analisa Kesempurnaan Tender
    • Analisa Kecukupan Dokumen Wajib
    • Analisa Kecukupan Modal
    • Analisa Pretasi Kerja Semasa Pentender 
    C1~ ANALISA KESEMPURNAAN TENDER

    Analisa Kesempurnaan Tender meliputi aspek seperti berikut :
    • Borang tender JKR 203B/203C ditandatangani oleh pegawai syarikat/ pegawai yang ditauliahkan seperti dinyatakan di dalam sijil pendaftaran PKK.
    • Harga tender tercatat pada Borang JKR 203B/203C.
    • Pendaftaran PKK dan CIDB pentender masih sah semasa penilaian tender dibuat.
    • Tender dikira tidak sempurna dan ditolak sekiranya salah satu kriteria kesempurnaan tender di atas tidak dipenuhi.
    C2~ ANALISA KECUKUPAN DOKUMEN WAJIB

    Pada peringkat ini, pentender perlu mengemukakan beberapa dokumen wajib bagi membolehkan penilaian dari segi kecukupan modal dan kerja semasa dapat dilakukan. Antara dokumen yang diperlukan adalah :
    • Akaun syarikat dikemukakan bagi dua (2) tahun terakhir dan diaudit oleh Juruaudit bertauliah ATAU
    • Penyata bulanan bank bagi tiga (3) bulan terakhir dari tarikh tutup tender ATAU
    • Laporan Bank / Institusi Kewangan dalam format Borang CA dan
    • Laporan Penyelia Projek bagi kerja semasa yang bukan kerja JKR
    • Bagi pentender yang tidak mengemukakan dokumen wajib diatas akan ditolak.

    C3~ CONTOH
    • Tajuk Projek : Pembinaan Masjid Di Kg. Teluk, Bota, Perak
    • Tarikh Tutup Tender : 22hb April 2010
    • Keterangan Dokumen wajib yang perlu dikemukakan oleh pentender seperti berdasarkan contoh diatas :
    1.   Akaun syarikat dikemukakan bagi dua (2) tahun terakhir iaitu akuan syarikat tahun 2009 atau 2008. Jika penyata kewangan 2007 dan ke bawah akan ditolak.

    2.   Penyata bulanan bagi bulan Mac, Februari dan Januari 2010. Penyata bank bulan terakhir iaitu bulan Mac 2010 adalah WAJIB bagi membolehkan purata bagi akaun tiga (3) bulan tersebut dapat dikira. Sekiranya pentender tidak mengemukakan penyata bulan Mac 2010 sebaliknya hanya mengemukakan penyata kewangan bulan Februari 2010, Januari 2010 dan Disember 2009,nilai purata penyata bulanan dikira kosong (0) .
    1. Laporan Bank / Institusi Kewangan dalam format Borang CA terkini
    D~ ANALISA KECUKUPAN MODAL

    Kecukupan modal bagi setiap pentender dikira berdasarkan maklumat kewangan yang dikemukakan oleh pentender. Modal minima yang dibenarkan bagi suatu tender dikira berdasarkan 3% dari kerja pembina Anggaran Jabatan.

    D1~ Contoh :
    • Anggaran Jabatan = RM 2,000,000.00
    • Jumlah Peruntukan Wang Kos Prima = RM 50,000.00
    • Jumlah Wang Peruntukan Sementara = RM20,000.00
    • Kerja Pembina = RM2,000,000.00- ( RM50,000.00 + RM20,000.00) = RM 1,930,000.00
    •  Oleh itu Modal minima yang dibenarkan = 3% X RM1,930,000.00 = RM57,900.00
    • Tender akan dikira gagal sekiranya modal pentender lebih rendah dari nilai modal minima yang dibenarkan iaitu kurang daripada RM57,900.00
    • Kerja Pembina = Anggaran Jabatan – (Wang Kos Prima + Wang Peruntukan Sementara)

    E~ ANALISA PRESTASI KERJA SEMASA PENTENDER

    Pada peringkat ini, analisa hanya dibuat bagi pentender yang mempunyai kerja semasa dalam tangan sahaja. Prestasi kerja semasa ditentukan berdasarkan peratus kerja yang dijadualkan berbanding peratus kerja sebenar di tapak.Ianya dikelaskan samada cemerlang, memuaskan atau tidak memuaskan. Pentender mesti mengemukakan laporan kerja semasa bagi projek bukan JKR (sekiranya ada) oleh pegawai penyelia projek .Tahap prestasi kerja semasa dinilai seperti berikut:

    a ) Cemerlang – peratus kemajuan sebenar melebihi jadual

    b) Memuaskan - peratus kemajuan sebenar bersamaan dengan jadual

    c)Tidak memuaskan (sakit) - peratus kemajuan sebenar terkebelakang 30% daripada jadual

    Bagi pentender yang mempunyai projek semasa tetapi prestasi tidak memuaskan (sakit) tidak akan dipertimbangkan.

    Ahad, 17 Julai 2011

    Sepintas Lalu - Pusat Timbangtara Serantau @ Arbritation, Kuala Lumpur





    Di dalam perlaksanaan sebarang kontrak pembinaan, pertikaian atau dispute antara 2 pihak berkontrak biasa berlaku.

    Di dalam mana-mana kontrak yang digunapakai di Malaysia termasuk Borang Kontrak JKR 203 atau PAM 2006 ada memperuntukkan tentang penyelesaian terhadap sebarang pertikaian atau dispute yang timbul.

    Sebarang pertikaian atau dispute yang timbul dalam kontrak antara pihak klien dengan kontraktor utama atau antara kontraktor utama dan sub-kontraktor dinamakan (NSC) boleh dirujuk kepada Pusat Timbangtara Serantau yang terletak di Kuala Lumpur.

    Pusat Timbangtara Serantau di Kuala Lumpur telah ditubuhkan pada 1978. Ia merupakan sebuah organisasi yang tidak berteraskan keuntungan dan berperanan menyelesaikan pertelingkahan antara 2 pihak berlandaskan Akta Timbangtara 2005. Ia telah disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia sebagai badan bebas untuk menyelesaikan pertikaian dengan lebih pantas, berkesan dan secara profesional.

    Diketuai oleh Mr Sundra Rajoo sebagai Pengarah kelima (5) yang dilantik pada 1 March 2010. Pusat Timbangtara Kuala Lumpur mempunyai kekuatan dengan 600 orang penimbangtara bagi menyelesaikan segala pertikaian yang timbul akibat pelaksanaan kontrak.

    Kebaikan hasil yang diperolehi daripada penggunaan Pusat Timbangtara Kuala Lumpur sebagai pihak yang bebas menyelesaikan  pertikaian antara 2 pihak yang bertikai adalah seperti berikut:
    • Pertikaian diselesaikan oleh Arbritator atau Penimbangtara yang mempunyai latarbelakang profesional
    • Keputusan dari proseding abritation lebih singkat dan pantas untuk diketahui antara 2 pihak yang bertikai
    • Keputusan atau Award yang dikeluarkan oleh penimbangtara adalah mengikat antara 2 pihak yang bertikai dan boleh dikuatkuasakan di Mahkamah sekiranya perlu
    • Kos pengendalian atau pengurusan timbangtara adalah lebih murah.
    • Kerahsiaan antara 2 pihak bertikai terpelihara daripada diketahui umum
    • Proseding Timbangtara dijalankan mengikut kesesuaian antara 2 pihak bertikai berbanding perdaturan formal di Mahkamah
    Untuk keterangan lanjut bolehlah layari pautan berikut  http://www.klrca.org.my



    Jumaat, 15 Julai 2011

    Material On Site

    Material On Site ialah barang yang telah dihantar ke tapak bina tetapi masih belum dipasang. Contoh barang Material On Site adalah seperti simen, bata, besi tetulang, jubin, genting dan lain-lain lagi.

    Material On Site adalah dibenarkan dituntut oleh pihak kontraktor ketika mengemukakan tuntutan bayaran interim kepada pihak klien. Di dalam borang kontrak JKR 203 version 2007 di bawah klausa 28.4 ada menyatakan tentang keperluan tersebut. Nilai yang boleh dituntut oleh kontraktor adalah sebanyak 90% dari nilai kos keseluruhan material on site di tapak.

    Contoh pengiraan kos material on site ditapak adalah seperti berikut:



    Bil
    Item
    Unit
    Kuantiti
    Kadar Harga (RM)
    Amaun (RM)
    1.
    Simen
    Beg
    10
    15.00
    150.00
    2.
    Bata
    Pieces
    1000
    0.20
    200.00
    3.
    Genting Gumbung
    Pieces
    1000
    3.00
    30,000.00
    4.
    Jubin Lantai
    Pieces
    1000
    2.50
    25,000.0




    Jumlah
    55,350.00



    90%   Material On Site
    49,815.00

    Walaubagaimanapun, terdapat syarat yang perlu disemak oleh pihak klien sebelum material on site tersebut boleh dibayar seperti berikut:
    • Barang yang dihantar ditapak bina hendak berada dalam lingkungan kawasan pembinaan dan dikawal dengan selamat
    • Barang yang dihantar ke tapak bina adalah berkadaran dengan peringkat kerja semasa, contohnya, jika 'stage' kerja semasa adalah berada pada tahap pembinaan sub struktur, tetapi pihak kontraktor telah menghantar barang jubin genting bumbung ke tapak, oleh itu, kontraktor tidak layak untuk material on site .  

    • Barang yang dihantar ditapak sentiasa dipastikan ia berkedaan baik dan terhindar daripada kerosakan