Pengenalan
Senibina Landskap (Landscape Architecture) adalah satu profeasion yang diiktirafkan sebagai satu bidang kerja yang tertumpu kepada rekabentuk persekitaran luaran (External Spaces), pembinaannya, serta kerja-kerja berkaitan untuk memastikan kerja-kerja tersebut adalah bersesuaian dengan fungsi dan kegunaan (Function & Use) sesuatu kawasan. Ianya menitik beratkan rekabentuk persekitran alam yang melibatkan kerja-kerja seperti analisis setempat, perancangan dan pemilihan tapak untuk pembangunan, rekabentuk, susun atur tapak serta pengawasan terhadap pembangunan sesuatu projek. Sejak kebelakangan ini skop profesion ini juga meliputi bidang rekabentuk bantuan komputer (CAD), perancangan ekologi, kajian mengenai persekitaran alam dan tempat-tempat yang mempunyai nilai sejarah.
Tugas sebagai Arkitek Lanskap
Bidang tugas seorang Arkitek Landskap terbahagi kepada empat skop utama, iaitu Kajian Perancangan Pelan Induk, Kajian Pelan-Pelan Tempatan dan Struktur, Kajian Kebekesanan Alam Sekitar(EIA) dan Projek-Projek Landskap spesifik.
Perancangan Pelan Induk
Didalam skop kerja ini, Arkitek Landskap bersam-sama dengan ahli-ahli iktisas yang lain bekerjasama dalam mewujudkan konsep pembangunan dan perancangan pelan induk berdasarkan kepada faktor-faktor alam sekitar serta sumber-sumber landskap sedia ada serta menyediakan cadangan awal pembangunan termasuklah penyediaan pelan induk landskap, kos pembangunan dan strategi-strategi pembangunan landskap yang mengambilkira perancangan keseluruhan pembangunan.
Kajian Pelan Tempatan dan Struktur
Berdasarkan kepada Akta Perancangan Bandar, salah satu aspek kajian ialah landskap dan kawasan persekitarannya, sumber-sumber landskap sedia ada, serta mengariskan panduan pembangunan landskap untuk digunapakai oleh Kerajaan Tempatan, Projek-Projek serta kos pembangunan landskap yang dikenal pasti untuk dimajukan dibawah Kerajaan Tempatan.
Kajian keberkesanan Alam Sekitar
Aspek landskap meliputi kajian nilai landskap dan kawasan persekitarannya semasa sama ada ianya dipelihara ataupun perlu digantikan landskap yang baru berdasarkan kepada keperluan pembangunan tersebut. Nilai-nilai positif dan negatif akan dikaji dan juga perlu atau satu pelan pembangunan landskap yang menyeluruh perlu sidediakan bagi mengurangkan kesan-kesan negatif alam sekitar yang wujud akibat daripada pembangunan satu-satu projek.
Projek-projek Lanskap Spesifik
Skop kerja ini merupakan tugas typikal dan tugas utama ialah merancang dan merekabentuk landskap kawasan-kawasan seperti berikut:
Perumahan / Kondominium
Pejabat / Perindustrian / Kompleks
Perdagangan
Pinggir Sungai, tasik, laut / empangan
Sistem laluan pejalan kaki, basikal / kenderaan
Kawasan tinggalan sejarah
Tebus guna tanah / tanah terbiar/ bekas lombong
Taman Bandar / Zoo / Pertanian / Kejiranan / Lapang
Kawasan peranginan / pelancongan
Padang Golf / Kelab Golf
Elemen-elemen landskap yang dicadangkan biasanya merangkumi landskap lembut dan kejur. Diantaranaya seperti penggunaan tumbuh-tunbuhan, badan-badan air, lampu-lampu landskap, binaan batu tiruan, sistem pengairan,laluan pejalan kaki, mall, perabut landskap/ jalan/taman seperti bangku, tong sampah, alat-alat permainan, papan tanda / petunjuk arah; air terjun. Air pancut, wakaf, jambatan pejalan kaki dan sebagainya.
Proses merekabentuk dan menjayakan sesuatu Planskapan meliputi ;
Analisis keperluan pelanggan
Analisis kebaikan dan kelemahan tapak projek
Membentuk pelan awal yang menepati keperluan pelanggan dan bersesuaian dengan tapak projek serta syarat-syarat yang ada
Perbincangan pelan awal dengan pelanggan
Membentuk pelan akhir dan lukisan kerja
Membuat permohonan untuk kelulusan pelan landskap dan lain-lain berkaitan kepada Pihak Berkuasa Tempatan
Membantu dalam penyediaan kontrak kerja
Menyediakan spesifikasi kerja-kerja landskap serta Bil of Quantity
Membantu pelanggan memilih kontraktor
Pengawasan kerja-kerja pembinaan
Membuat syor bagi pembayaran kepada kontraktor
Sijil Siap Kerja bagi pembinaan landskap.
Latihan Ikhtisas
Latihan Iktisas mandatori bagi seorang Arkitek Landskap (perlulah dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf) termasuklah:
Prinsip-prinsip perancangan (Physical Planning)
Prinsip-prinsip Senibina (Architecture)
Prinsip-prinsip Senibina Landskap (Landscape Architecture)
Prinsip-prinsip Rekabentuk (Physical Design)
Prinsip-prinsip Rekabentuk Tanaman (Planting Design)
Prinsip-prinsip kejuruteraan (Basic Engineering)
Prinsip prinsip ukur tanah
Geologi dan Sains Tanah
Sains Tumbuhan
Ekologi
Biologi
Botani
Saliran dan Pengairan (Drainage dan Irrigation)
Sains Kemasyaratan (Social Science + Human/Animal Behavioral Science + Psycology)
Lukisan Teknikal
Dokumen Kontrak (Contract Documentation and Specification)
Amalan Iktisas
Latihan Praktikal
Untuk keterangan lanjut berkenaan Profesion Arkitek Landskap, sila hubungi:
INSTITUT ARKITEK LANDSKAP MALAYSIA (ILAM)
Jabatan Landskap Negara
Tingkat 7, Plaza IGB
Jalan Kampar, Off Jalan Tun Razak
50786 Kuala Lumpur
atau