Current Visitor

Isnin, 26 Mac 2012

Kursus Sarjana Muda Sains Pembinaan

Kursus Sarjana Muda Sains Pembinaan adalah salah satu kursus yang ditawarkan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Antara universiti awam yang menawarkan jurusan ini ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Mengikut kebiasaan pelajar yang mempunyai Diploma di dalam jurusan Ukur Bahan, Senibina, Bangunan atau Kejuruteraan Awam juga boleh menyambung kepada pengajian Ijazah Pertama Sains Pembinaan.

Manakala pelajar-pelajar dari lepasan SPM pula, boleh memohon terus untuk mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Pembinaan melalui permohonan selepas keputusan SPM diumumkan. Tempoh pengajian untuk lepasa SPM biasa dianggarkan selama 5 tahun.

Lulusan kursus Sains Pembinaan biasa diajar atau dilatih untuk menjadi seorang Jurubina, Pengurus Projek atau Kontraktor apabila tamat pengajian kelak.

Antara subjek-subjek yang diikuti oleh para pelajar universiti semasa pengajian Sains Pembinaan adalah seperti Teknologi Bangunan, Kejuruteraan Awam, Kemudahan Bangunan (Building Services), Pengurusan Projek, Tatacara Profesional dan lain-lain lagi.

Peluang kerja untuk lepasan jurusan Sains Pembinaan adalah terbuka luas untuk berkhidmat bersama syarikat-syarikat kontraktor bangunan, pemaju perumahan, kejuruteraan awam, gas dan lain-lain.

Semoga maklumat ringkas ini dapat membantu kepada sesiapa yang berkaitan.

2 ulasan:

NEL berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
NEL berkata...

Saya cik tanpa nama ingin ucapkan ribuan terima kasih pada En/cik .. Terima kasih banyak2 ! Atas bantuan En/cik akhirnya saya tahu srba sikit tentang jurusan ini .. Terima kasih sekali lagi *happy2 :D