Current Visitor

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Selasa, 30 Oktober 2012

Jadual Pelarasan Kontraktor dalam Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor (SSPK)



Rabu, 24 Oktober 2012

Pelarasan Kepala PKK Mengikut Pendaftaran CIDB


Selasa, 23 Oktober 2012

Makluman oleh CIDB Berkenaan Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor (SSPK)



PENGUMUMAN

Dengan ini adalah dimaklumkan kepada semua Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Badan-Badan Berkanun dan Syarikat berkaitan Kerajaan bahawa berkuatkuasa pada 15 hb Oktober 2012, Kerajaan akan melaksanakan Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor. Sehubungan dengan itu,  semua Lesen Kontraktor yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) adalah terbatal dan diganti dengan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Walau bagaimana pun, Sijil Taraf Bumiputera bagi mengenalpasti status bumiputera masih kekal dibawah kawalan dan seliaan PKK. Dengan pelaksanaan Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor, semua agensi pelaksana yang terlibat dengan urusan berkaitan perolehan, dikehendaki untuk memastikan kaedah pemilihan dan perlantikan kontraktor dibuat mengikut Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor.Maklumat lanjut berkaitan pelaksanaan Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor boleh didapati melalui pautan dibawah.

  •  Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor (SSPK)
  • Kaedah Penyerapan Kontraktor PKK melalui SSPK
  • Panduan Pelaksanaan Perolehan Kerajaan melalui SSPK
  • Panduan Pelarasan Kelas, Kepala dan Pengkhususan PKK mengikut SSPK
  • Gred Pendaftaran Kontraktor dan sekatan Menender SSPK
  • Kategori Pendaftaran Kontraktor SSPK
  • Pengkhususan Pendaftaran Kontraktor SSPK
  •  Panduan Pelarasan Kepala I mengikut SSPK
  •  Panduan Pelarasan Kepala II mengikut SSPK
  • Panduan Pelarasan Kepala III mengikut SSPK
  •  Panduan Pelarasan Kepala IV mengikut SSPK
  • Panduan Pelarasan Kepala V mengikut SSPK
  • Panduan Pelarasan Kepala VII mengikut SSPK
  • Panduan Pelarasan Kepala VIII mengikut SSPK
  • Sijil-sijil SSPK dan penggunaannya
  • Contoh Iklan menggunakan kaedah  SSPK
  • Help-desk Officer

Isnin, 22 Oktober 2012

Gred Pendaftaran Kontraktor Kerja



Kementerian Kewangan (KK) melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil. 6 /2012 telah menerangkan tentang Gred Pendaftaran Kontraktor Kerja.

Surat Pekeliling Perbendaharaan ini dikeluarkan bagi mempertingkat dan menambahbaik sistem sediaada kepada satu sistem yang dikenali sebagai Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor (SSPK) yang diselaraskan dibawah selian Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). 

Manakala, Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) berperanan untuk menguruskan pemberian taraf Bumiputra kepada kontraktor yang layak.

Dengan penguatkuasaan SPPK, sijil-sijil yang akan dikeluarkan oleh CIDB dan PKK adalah seperti berikut:
  • Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) oleh CIDB
  • Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) oleh CIDB
  • Sijil Taraf Bumiputra (STB) oleh PKK
Dalam sistem SSPK semua kontraktor kerja yang menyertai perolehan kerajaan akan dibahagikan mengikut had perolehan kontrak yang seperti berikut:

KONTRAKTOR KERJA KATEGORI BANGUNAN/ AWAM/ MEKANIKAL
G1
RM200,000 dan ke bawah
G2
 Melebihi RM200,000 hingga RM500,000
G3
Melebihi RM500,000 hingga RM1,000,000
G4
 Melebihi RM1,000,000 hingga RM3,000,000
G5
Melebihi RM3,000,000 hingga RM5,000,000
G6
Melebihi RM5,000,000 hingga RM10,000,000
G7
Melebihi RM10,000,000

KONTRAKTOR KERJA KATEGORI ELEKTRIKAL
G1
Sehingga RM200,000 
G2
Sehingga RM500,000
G3
Sehingga RM1,000,000
G4
 Melebihi RM 200,000 hingga RM3,000,000
G5
Melebihi RM 200,000 hingga RM5,000,000
G6
Melebihi RM 200,000 hingga RM10,000,000
G7
Melebihi RM 200,000  dan keatas

Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) ini adalah berkuatkuasa mulai 15 Oktober 2012 .

Untuk keterangan lanjut, boleh layari pautan berikut  : KLIK SINI

Jumaat, 19 Oktober 2012

Intipati Bajet 2013 Berkaitan Industri Pembinaan Di Malaysia



Bajet 2013 telah dibentangkan di Parlimen pada 28 September 2012. Dengan tema ' Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati'. Pelbagai perancangan telah diatur oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan bagi memacu ekonomi Malaysia kearah yang lebih maju.


Industri pembinaan antara sektor yang menerima tempias daripada bajet ini dimana pelbagai peruntukan  telah diagihkan bagi melaksanakan projek-projek dipelbagai Kemneterian atau Agensi Kerajaan.

Antara intipati bajet 2013 berkenaan Industri Pembinaan adalah seperti berikut:
  • Sejumlah RM 49.70 billion daripada peruntukan iaitu RM 251.60 billion diperuntukan kepada belanja pembangunan
  • RM 30 billoin diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian  serta pertanian dan pembangunan luar bandar.
  • RM 500 Juta diperuntukkan bagi projek River of Life bagi mengindahkan Sungai Klang, RM 300 juta untuk projek pemulihan rangkaian paip dan pembentungan bagi perkhidmatan dan kemudahan air.
  • RM9 billion atay 43% daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada kontraktor Bumiputra
  • Tambahan RM1 Billlion kepada Tabung Khas Pembinaan, Penmbahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan
  • Peruntukkan RM 6 billion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi. Antara projek yang dikenal pasti termasuk membaikpulih dan menyelenggara sekolah, klinik kesihatan, projek perumahan, projek tangki air, rancangan tebatan banjir dan penyediian kemudahan sukan
  • Peruntukkan RM 1.9 billion bagi membina 123,000 unit rumah pada harga berpatutan di kawasan strategik dan akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Negara Bhd dan Jabatan Perumahan Negara
  • Peruntukan RM 100 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dijangkan dapat memulihkan 30 projek rumah terbengkalai
  • Felda akan membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan Felda, membaiki rumah-rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran
  • Peruntukkan RM 80 Juta untuk projek pembinaan Velodrom Tertutup di Seremban dan Akademi Badminton di Bukit Kiara

Khamis, 18 Oktober 2012

Info Buku : Undang-Undang Pembinaan (Bon-bon Gerenti Dalam Kontrak Pembinaan)

Pengarang : Abdul Aziz Hussin & Abdul Rashid Abdul Aziz
Penerbit : Penerbit USM
Sinopsis:

Pengurusan projek membinaan yang teratur dan baik tentunya menjamin ke arah pelaksanaan projek yang baik. ini sekali gus akan memuaskan hati semua pihak terutama klien projek dan juga kontraktornya. Salah satu aspek penting ke arah tersebut adalah bagi memastikan projek dengan jayanya mengikut syarat-syarat dan terma-terma kontrak. Pemastian ini penting, yang mana satu daripada instrumen yang diperkenalkan ialah bon-bon projek.

Buku ini membincangkan ketiga-tiga jenis bon projek, iaitu Bon Tender, Bon Pelaksanaan dan Bon Bayaran Pendahuluan. Perbincangan ketiga-tiga jenis bon itu merangkumi takrif, ciri-ciri indemniti, permulaan kewujudan dan tempoh sah, serta amaun gerenti.


Jika berminat untuk mendapatkannya, sila emailkan pertanyaan kepada chee_lin@yahoo.com

Rabu, 17 Oktober 2012

Dynamic Excellent Consultancy


Dynamic Excellent Consultancy merupakan firma pembangunan latihan yang ditubuhkan atas konsep “ IQRA’ ”. Kami menyediakan perkhidmatan latihan dan khidmat nasihat dalam pelbagai bidang seperti teknikal, pengurusan, motivasi, keselamatan dan kesihatan. Kami juga menyediakan perkhidmatan menyediakan modul-modul latihan komprehensif. Penceramah-penceramah kami terdiri daripada pelbagai bidang kepakaran dan mempunyai pengalaman yang luas. Kami juga meletakkan fima ini sebagai “Business Networking” dan juga pusat rujukan “One Stop Centre” bagi pembangunan latihan dan khidmat nasihat.


PRODUK-PRODUK LATIHAN

Chapter Teknikal :
CT01: Kursus Asas Pemantauan dan Penjadualan Projek

CT02: Kursus Asas Perolehan

CT03: Kursus Asas Pentadbiran Kontrak

CT04: Kursus Penyeliaan di Tapak Bina

CT05: Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

CT06: Kursus Asas Sistem Elektrikal Bangunan.

CT07: Kursus Autocad 2D dan 3D
CT08: Kursus 123 Sketch Up


Chapter Motivasi :

CM01: Kursus Motivasi Pelajar

CM02 :Kursus Asas Solat


Chapter Kesihatan :

CK01: Seminar "Diet and Nutrition
"

Untuk keterangan lanjut atau berminat untuk menyertai kursus-kursus atau melaksanakan Latihan Secara In House:

Sila hubungi : 

Dynamic Excellent Consultancy (002160559-K)
B3 12 13, Kepong Sentral Kondo,
Jalan Puncak Desa 2, Taman Puncak Desa,
52100 Kepong Selangor.

012-3875655

Sabtu, 13 Oktober 2012

Berita Projek: Penubuhan Mahkamah Pembinaan

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dijangka akan mengemukakan kertas kerja kepada kerajaan untuk cadangan penubuhan mahkamah pembinaan di Malaysia.
Mahkamah pembinaan ini berfungsi untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku dalam industri pembinaan dengan tanpa perlu merujuk kepada mahkamah sivil.
Ia dijangka dapat menjimatkan masa dan kos perbelanjaan untuk sesuatu kes.
Artikel dipetik dari akhbar Kosmo bertarikh 5 Oktober 2012 yg bertajuk 'CIDB bakal serah kertas cadangan penubuhan Mahkamah Pembinaan akhir tahun ini'.

Jumaat, 12 Oktober 2012

Tindakan Sebelum Memulakan Kerja Di Tapak

Terdapat beberapa tindakan yang perlu dipatuhi oleh kontraktor,sebelum memulakan kerja di tapak,yang seperti berikut:
1. Mengemukakan Program Kerja
2. Mengembalikan semula Surat Setujuterima Tender (LA)
3. Mengemukakan polisi-polisi insuran
4. Mengemukakan bon pelaksanaan
5. Mengemukakan Pelan Keselamatan di tapak
6. Mengemukakan Pelan Kualiti Kerja
Published with Blogger-droid v2.0.9

Khamis, 11 Oktober 2012

Iklan Tender



Kita biasa melihat iklan tender. Apa itu iklan tender?

Iklan tender berfungsi untuk memaklumkan iklan -iklan tender terkini atau pelawaan yang dikeluarkan oleh pihak klien atau jabatan-jabatan kerajaan kepada kontraktor-kontraktor yang layak untuk menyertainya.

Di dalam sesuatu iklan tender ia perlu mempunyai perkara-perkara berikut sebelum ia diiklankan atau dipapar di suratkhabar utama seperti Berita Harian atau Utusan Malaysia.

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut:
  • Jabatan yang memanggil tender
  • Tajuk tender 
  • Syarat-syarat petender yang layak
  • Tempat, tarikh dan masa dokumen dijual
  • Harga, cara dan kepada siapa bayaran dokumen tender
  • Tempat, tarikh dan waktu tender diterima dan ditutup.

Soft Copy Borang JKR 203A (Konvensional)

UNTUK DAPATKAN SILA KLIK SINI

Soft Copy Borang JKR 203 Design And Build (Rev 1/2010)



UNTUK DAPATKAN SILA KLIK SINI