Current Visitor

Selasa, 14 Jun 2011

Perubahan Kerja @ Variation Order (VO)

Definasi

Menurut Klausa 24.2, Borang JKR 203A semakan 2007, 'Perubahan Kerja ' atau 'Variation Order (VO) adalah bermaksud sebarang pertambahan, penggantian, pengurangan atau perubahan yang berlaku terhadap spesifikasi, lukisan atau kuantiti pada sesuatu kontrak.

Sebarang Perubahan Kerja (VO) hanya boleh dilaksanakan oleh kontraktor sekiranya terdapat arahan secara rasmi dikeluarkan oleh Pegawai Penguasa (S.O). Oleh demikian, jika arahan tersebut dikeluarkan, pihak kontraktor perlu untuk mematuhinya.

Contoh yang mudah difahami adalah seperti berikut: Katakan dalam satu projek pembinaan Bangunan Pentadbiran 8 Tingkat, didapati pihak klien berhasrat untuk menukar kemasan lantai daripada jenis 'floor tiles' kepada 'karpet' dan telah mengeluarkan Arahan Pegawai Penguasa (APP) secara rasmi. Oleh yang demikian, pertukaran tersebut boleh ditafsirkan sebagai Perubahan Kerja (VO).

Penilaian Keatas Perubahan Kerja (VO) (Klausa 25 JKR 203A/2007) 

Sebarang Perubahan Kerja (VO) yang telah diarahkan oleh Klien melalui Pegawai Penguasa (SO) perlu diukur dan dinilai oleh pihak SO. Penilaian kadar harga untuk Perubahan Kerja (VO) hendaklah dilakukan dengan merujuk kepada kadar harga sama yang terdapat pada kontrak sediaada. Sekiranya tidak terdapat kadar harga yang sama, satu kadar harga yang munasabah boleh diwujudkan dengan persetujuan antara dua pihak. Bagi kerja-kerja yang tidak boleh diukur atau dinilai secara fizikal, ia boleh menggunakan kadar secara 'daywork'. Daywork bermaksud, kontraktor akan dibayar mengikut Jadual Daywork yang diisi semasa kontrak ditandatangani dan ditambah dengan keuntungan +15%. Walaubagaimanapun, pihak kontraktor perlu mengemukakan salinan baucer, resit atau buku gaji sebagai bukti pembayaran dalam masa 7 hari daripada tarikh Arahan Perubahan Kerja dikeluarkan.

Proses kelulusan Perubahan Kerja (VO)

Proses kelulusan Perubahan Kerja (VO) adalah bermula dengan pengeluaran Arahan Pegawai Penguasa (APP) kepada pihak kontraktor. Seterusnya, Dokumen Arahan Perubahan Kerja (APK) disediakan dengan mengandungi segala butiran yang berkaitan dengan Perubahan Kerja (VO). Setelah, dokumen Arahan Perubahan Kerja (APK) tersebut telah lengkap, ia akan dibawa ke Mesyuarat Perubahan Kerja. Keanggotaan ahli Mesyuarat Perubahan Kerja (VO) adalah berbeza dengan mengikut peratus keatas harga kontrak. Misalannya, untuk nilai VO bersamaan 5% daripada harga kontrak akan dipengerusikan oleh peringkat Ketua Jabatan sahaja. Manakala untuk nilai VO bersamaan 20% atau bersamaan RM 6 Juta dari harga kontrak akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia.

Pelarasan harga kontrak akan dibuat keatas Perubahan Kerja (VO) yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Perubahan Kerja  bagi tujuan pembayaran kerja kepada pihak kontraktor selanjutnya.


Kesan Pelaksanaan Perubahan Kerja


  • Harga kontrak akan berubah dan perlu dibuat pelarasan bagi mendapatkan harga kontrak baru
  • Kontraktor berhak untuk menuntut Lanjutan Masa (EOT) berdasarkan klausa 43.1(e) JKR 203A/ 2007
  • Kontraktor berhak untuk menuntut perbelanjaan di bawah Klausa  44 JKR 203A/2007 berkaitan 'Loss and Expense' untuk item-item Preliminaries seperti Insuran, Bon Pelaksanaan dan lain-lain lagi. 

2 ulasan:

S.John berkata...

Sekiranya VO bagi penukaran bahan. Sebagai contoh, penukaran bata merah (clay brick) kepada bata simen. Harga BQ kontrak bagi bata merah adalah lebih murah daripada harga semasa untuk bata simen. Harga potongan seharusnya merujuk kepada harga didalam kontrak asal atau built-up rate baru untuk bata merah?

S.John berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.