Current Visitor

Selasa, 23 Oktober 2012

Makluman oleh CIDB Berkenaan Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor (SSPK)



PENGUMUMAN

Dengan ini adalah dimaklumkan kepada semua Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Badan-Badan Berkanun dan Syarikat berkaitan Kerajaan bahawa berkuatkuasa pada 15 hb Oktober 2012, Kerajaan akan melaksanakan Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor. Sehubungan dengan itu,  semua Lesen Kontraktor yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) adalah terbatal dan diganti dengan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Walau bagaimana pun, Sijil Taraf Bumiputera bagi mengenalpasti status bumiputera masih kekal dibawah kawalan dan seliaan PKK. Dengan pelaksanaan Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor, semua agensi pelaksana yang terlibat dengan urusan berkaitan perolehan, dikehendaki untuk memastikan kaedah pemilihan dan perlantikan kontraktor dibuat mengikut Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor.Maklumat lanjut berkaitan pelaksanaan Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor boleh didapati melalui pautan dibawah.

  •  Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor (SSPK)
  • Kaedah Penyerapan Kontraktor PKK melalui SSPK
  • Panduan Pelaksanaan Perolehan Kerajaan melalui SSPK
  • Panduan Pelarasan Kelas, Kepala dan Pengkhususan PKK mengikut SSPK
  • Gred Pendaftaran Kontraktor dan sekatan Menender SSPK
  • Kategori Pendaftaran Kontraktor SSPK
  • Pengkhususan Pendaftaran Kontraktor SSPK
  •  Panduan Pelarasan Kepala I mengikut SSPK
  •  Panduan Pelarasan Kepala II mengikut SSPK
  • Panduan Pelarasan Kepala III mengikut SSPK
  •  Panduan Pelarasan Kepala IV mengikut SSPK
  • Panduan Pelarasan Kepala V mengikut SSPK
  • Panduan Pelarasan Kepala VII mengikut SSPK
  • Panduan Pelarasan Kepala VIII mengikut SSPK
  • Sijil-sijil SSPK dan penggunaannya
  • Contoh Iklan menggunakan kaedah  SSPK
  • Help-desk Officer

0 ulasan: