PANDUAN KEPADA PENTENDER
Maklumat ini adalah bertujuan bagi membantu pentender-pentender dalam mengemukakan satu tender yang lengkap dan tanpa sebarang kesilapan bagi membolehkan tender diperakukan kepada lembaga perolehan.
- Semua      pentender adalah dinasihatkan supaya menggunakan senarai semakan yang disediakan      oleh pihak jabatan bagi menyemak tender sebelum menyerahkan kembali atau      memasukkan dokumen tender kedalam peti tender. Pentender perlu kepilkan      senarai semakan yang telah diisi lengkap bersama dokumen tender. 
- Adalah menjadi tanggungjawab pentender sepenuhnya bagi menentukan lengkapnya sesuatu tender yang dikemukakan. Sila semak melalui Dokumen Meja Tawaran yang dipamirkan. Jika berlaku percanggahan sila maklumkan segera kepada pegawai berkaitan untuk tindakan.
Perkara-perkara WAJIB yang mesti diberi perhatian oleh para pentender sewaktu mengemukakan tender adalah seperti berikut 
A ~ Mengisi lengkap Borang Tender JKR 203B/203C
- Menyatakan      tempoh siap kerja mengikut minggu atau jika ditetapkan oleh jabatan      tidak boleh dipinda.
- Pastikan mengisi amaun tender ditulis dengan perkataan dan angka dengan betul
- Menandatangani      borang tender oleh pegawai syarikat yang ditauliahkan seperti      dinyatakan didalam sijil pendaftaran PKK.
- Menurunkan      cop syarikat
- Menurunkan      tandatangan saksi dan maklumat saksi.
B~ Mengemukakan maklumat kewangan syarikat
- Salinan      akaun syarikat yang diaudit oleh juruaudit bertauliah bagi dua (2) tahun      terakhir (bagi Syarikat Sdn Bhd) ATAU
- Salinan      penyata bulanan akaun bank bagi tiga (3) bulan terakhir dari tarikh tutup      tender ATAU
- Laporan bank / institusi kewangan mengenai kewangan pentender yang terkini
C~ ANALISA TENDER
Secara umumnya, analisa tender dikelaskan kepada beberapa peringkat utama iaitu seperti berikut :
- Analisa      Kesempurnaan Tender
- Analisa      Kecukupan Dokumen Wajib
- Analisa      Kecukupan Modal
- Analisa      Pretasi Kerja Semasa Pentender 
C1~ ANALISA KESEMPURNAAN TENDER
Analisa Kesempurnaan Tender meliputi aspek seperti berikut :
- Borang      tender JKR 203B/203C ditandatangani oleh pegawai syarikat/ pegawai yang      ditauliahkan seperti dinyatakan di dalam sijil pendaftaran PKK.
- Harga      tender tercatat pada Borang JKR 203B/203C.
- Pendaftaran      PKK dan CIDB pentender masih sah semasa penilaian tender dibuat.
- Tender      dikira tidak sempurna dan ditolak sekiranya salah satu kriteria kesempurnaan      tender di atas tidak dipenuhi.
C2~ ANALISA KECUKUPAN DOKUMEN WAJIB
Pada peringkat ini, pentender perlu mengemukakan beberapa dokumen wajib bagi membolehkan penilaian dari segi kecukupan modal dan kerja semasa dapat dilakukan. Antara dokumen yang diperlukan adalah :
- Akaun      syarikat dikemukakan bagi dua (2) tahun terakhir dan diaudit oleh Juruaudit      bertauliah ATAU
- Penyata      bulanan bank bagi tiga (3) bulan terakhir dari tarikh tutup tender ATAU
- Laporan      Bank / Institusi Kewangan dalam format Borang CA dan
- Laporan      Penyelia Projek bagi kerja semasa yang bukan kerja JKR
- Bagi      pentender yang tidak mengemukakan dokumen wajib diatas akan ditolak.
C3~ CONTOH
- Tajuk      Projek : Pembinaan Masjid Di Kg. Teluk, Bota, Perak
- Tarikh      Tutup Tender : 22hb April 2010
- Keterangan      Dokumen wajib yang perlu dikemukakan oleh pentender seperti berdasarkan      contoh diatas :
1.   Akaun syarikat dikemukakan bagi dua (2) tahun terakhir iaitu akuan syarikat tahun 2009 atau 2008. Jika penyata kewangan 2007 dan ke bawah akan ditolak.
2.   Penyata bulanan bagi bulan Mac, Februari dan Januari 2010. Penyata bank bulan terakhir iaitu bulan Mac 2010 adalah WAJIB bagi membolehkan purata bagi akaun tiga (3) bulan tersebut dapat dikira. Sekiranya pentender tidak mengemukakan penyata bulan Mac 2010 sebaliknya hanya mengemukakan penyata kewangan bulan Februari 2010, Januari 2010 dan Disember 2009,nilai purata penyata bulanan dikira kosong (0) .
- Laporan      Bank / Institusi Kewangan dalam format Borang CA terkini
D~ ANALISA KECUKUPAN MODAL
Kecukupan modal bagi setiap pentender dikira berdasarkan maklumat kewangan yang dikemukakan oleh pentender. Modal minima yang dibenarkan bagi suatu tender dikira berdasarkan 3% dari kerja pembina Anggaran Jabatan.
D1~ Contoh :
- Anggaran      Jabatan = RM 2,000,000.00
- Jumlah      Peruntukan Wang Kos Prima = RM 50,000.00
- Jumlah      Wang Peruntukan Sementara = RM20,000.00
- Kerja      Pembina = RM2,000,000.00- ( RM50,000.00 + RM20,000.00) = RM      1,930,000.00
-  Oleh      itu Modal minima yang dibenarkan = 3% X RM1,930,000.00 = RM57,900.00
- Tender      akan dikira gagal sekiranya modal pentender lebih rendah dari nilai modal minima      yang dibenarkan iaitu kurang daripada RM57,900.00
- Kerja      Pembina = Anggaran Jabatan – (Wang Kos Prima + Wang Peruntukan Sementara)
E~ ANALISA PRESTASI KERJA SEMASA PENTENDER
Pada peringkat ini, analisa hanya dibuat bagi pentender yang mempunyai kerja semasa dalam tangan sahaja. Prestasi kerja semasa ditentukan berdasarkan peratus kerja yang dijadualkan berbanding peratus kerja sebenar di tapak.Ianya dikelaskan samada cemerlang, memuaskan atau tidak memuaskan. Pentender mesti mengemukakan laporan kerja semasa bagi projek bukan JKR (sekiranya ada) oleh pegawai penyelia projek .Tahap prestasi kerja semasa dinilai seperti berikut:
a ) Cemerlang – peratus kemajuan sebenar melebihi jadual
b) Memuaskan - peratus kemajuan sebenar bersamaan dengan jadual
c)Tidak memuaskan (sakit) - peratus kemajuan sebenar terkebelakang 30% daripada jadual
Bagi pentender yang mempunyai projek semasa tetapi prestasi tidak memuaskan (sakit) tidak akan dipertimbangkan.






 
 
 
 
 
 
 



0 ulasan:
Catat Ulasan