Current Visitor

Jumaat, 15 Julai 2011

Material On Site

Material On Site ialah barang yang telah dihantar ke tapak bina tetapi masih belum dipasang. Contoh barang Material On Site adalah seperti simen, bata, besi tetulang, jubin, genting dan lain-lain lagi.

Material On Site adalah dibenarkan dituntut oleh pihak kontraktor ketika mengemukakan tuntutan bayaran interim kepada pihak klien. Di dalam borang kontrak JKR 203 version 2007 di bawah klausa 28.4 ada menyatakan tentang keperluan tersebut. Nilai yang boleh dituntut oleh kontraktor adalah sebanyak 90% dari nilai kos keseluruhan material on site di tapak.

Contoh pengiraan kos material on site ditapak adalah seperti berikut:



Bil
Item
Unit
Kuantiti
Kadar Harga (RM)
Amaun (RM)
1.
Simen
Beg
10
15.00
150.00
2.
Bata
Pieces
1000
0.20
200.00
3.
Genting Gumbung
Pieces
1000
3.00
30,000.00
4.
Jubin Lantai
Pieces
1000
2.50
25,000.0




Jumlah
55,350.00



90%   Material On Site
49,815.00

Walaubagaimanapun, terdapat syarat yang perlu disemak oleh pihak klien sebelum material on site tersebut boleh dibayar seperti berikut:
  • Barang yang dihantar ditapak bina hendak berada dalam lingkungan kawasan pembinaan dan dikawal dengan selamat
  • Barang yang dihantar ke tapak bina adalah berkadaran dengan peringkat kerja semasa, contohnya, jika 'stage' kerja semasa adalah berada pada tahap pembinaan sub struktur, tetapi pihak kontraktor telah menghantar barang jubin genting bumbung ke tapak, oleh itu, kontraktor tidak layak untuk material on site .  

  • Barang yang dihantar ditapak sentiasa dipastikan ia berkedaan baik dan terhindar daripada kerosakan

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

as salam..boleh saya tahu ade x proof in perbendaraan yang menyatakan material on site is 90%.

tq

husna berkata...

Saudara Tanpa Nama: Dalam perbendahraan memang tiada mention tentang 90%. Ia hanya terkandung pada borang COC sahaja

Tanpa Nama berkata...

Tq Husna.

saya nak tanya, saya nak claim material on site untuk kerja-kerja mekanikal. saya nak claim pakai 75% or 90%? takut jika claim 90% pihak consultant dan jkr tidak faham mengapa.

Tanpa Nama berkata...

tolong,saya nak cari artikel tentang jubin berlebihan ditapak bina tetapi tidak dikitar semula