Current Visitor

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Isnin, 3 Disember 2012

Info Buku : Pembangunan Tanah Dan Halangannya

Pembangunan Tanah & Halangannya
PengarangMd. Said @ Mohd. Zaid AbdullahIsmail Omar
Penerbit UTM

SINOPSIS

Pembangunan tanah merupakan penggerak utama pembangunan negara. Namun, pembangunan tanah melibatkan proses yang rumit. Antara puncanya adalah terdapat pelbagai halangan yang boleh menyebabkan pembangunan tanah tidak dapat dijalankan. Secara umum, halangan pembangunan tanah boleh dikategorikan mengikut faktor sosial, ekonomi, dan perundangan. Halangan pembangunan boleh juga dikategorikan secara faktor luaran dan dalaman. Kajian literatur menunjukkan secara amnya halangan pembangunan tanah boleh dibahagikan kepada halangan luaran dan halangan dalaman. Kajian literatur tentang faktor dalaman menumpu pada sikap pemilik dan pihak yang berkepentingan. Faktor luaran pula termasuklah undang-undang pembangunan tanah yang berkaitan. Selain faktor luaran dan dalaman, kehendak dan keperluan penduduk dalam memajukan tanah mereka perlu diberi perhatian. Kajian empirik yang dijalankan di Pulau Duyong, Kuala Terengganu menunjukkan matlamat kerajaan untuk melihat pembangunan tanah yang diberi milik tidak kesampaian kerana halangan luaran dan sikap pemilik serta penduduk setempat yang dipengaruhi oleh persepsi, motif, dan strategi mereka. Penduduk juga ingin mengekalkan persekitaran sedia ada sebagai keperluan penduduk setempat.
Buku ini sesuai sebagai rujukan kepada pelajar di institusi pengajian tinggi terutamanya dalam bidang alam bina, pembinaan, bangunan, seni bina, ukur tanah, ukur bahan, penilaian harta, pentadbiran dan pembangunan tanah, perancangan bandar, dan perumahan serta pembaca umum yang berminat untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang pembangunan tanah.

KANDUNGAN

Prakata
Senarai Singkatan

BAB 1 PENGENALAN PEMBANGUNAN TANAH
Pengenalan
Konsep Pembangunan Tanah
Kajian Terhadap Halangan Pembangunan Tanah

BAB 2 PEMBANGUNAN TANAH
Pengenalan
Dasar Pembangunan Nasional
Faktor Pertumbuhan Ekonomi dan Pembangunan Negara
Tanah sebagai Faktor Pengeluaran

BAB 3 PROSES PEMBANGUNAN TANAH
Pengenalan
Proses Pembangunan Tanah
Jenis Pembangunan Tanah
Pihak yang Terlibat dalam Pembangunan Tanah
Hubungan antara Pemain/Ejen

BAB 4 HALANGAN PEMBANGUNAN TANAH
Pengenalan
Isu Pembangunan Tanah
Kategori Halangan
Sikap Manusia dalam Pembangunan Tanah

BAB 5 KAJIAN KES PULAU DUYONG, KUALA TERENGGANU
Pengenalan
Bentuk Rupa Bumi
Kemudahan Asas
Pemajuan Tanah
Aktiviti Ekonomi dan Pekerjaan Penduduk
Konsep Pembangunan Negeri Terengganu
Galakan Kerajaan dalam Pembangunan Tanah
Faktor Halangan
Dapatan Kajian dan Kesimpulan

Rujukan
Indeks

Sabtu, 1 Disember 2012

Info Teknikal Ringkas: Kuantiti Penggunaan Cat

Tahukah anda: Untuk 8 Liter Cat boleh digunakan untuk kawasan seluas 100m2.

Rabu, 28 November 2012

Hebahan Kursus : Disember 2012 & Januari 2013



Dynamic Excellent Consultancy (DEC) akan menganjurkan kursus-kursus seperti butiran berikut:

Kursus Penyeliaan Tapak Bina Untuk Kerja-kerja M&E
18 Disember 2012
@ Bilik Seminar 2, Politeknik Sultan Azlan Shah, Tanjong Malim, Perak

HANYA RM 350 SAHAJA
KLIK 
Kursus Kesedaran Keselamatan dan Pengurusan Kebakaran
18 Disember 2012
@ Bilik Seminar 1, Politeknik Sultan Azlan Shah, Tanjong Malim, Perak

HANYA RM 350 SAHAJA
KLIK !!
Kursus Autocad 2D
19 Disember 2012
@ Bilik Seminar 2, Politeknik Sultan Azlan Shah, Tanjong Malim, Perak

HANYA RM 350 SAHAJA
KLIK !!
Kursus Asas SketchUp
12 Januari 2013
@ Bilik Seminar 1, Politeknik Sultan Azlan Shah, Tanjong Malim, Perak

HANYA RM 350 SAHAJA
KLIK !!


Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor telefon 012-387 5655  atau email chee_lin@yahoo.com 

Khamis, 22 November 2012

Info Buku : PENGURUSAN KONTRAK - ARAHAN PERUBAHAN, BAYARAN INTERIM DAN AKAUN AKHIR


Tajuk:           Pengurusan Kontrak ~ Arahan Perubahan, Bayaran Interim Dan Akaun Akhir
Penulis :        Syed Abdul Haris Syed Mustapa
Penerbit:       Penerbit UiTM 

Sinopsis :

Buku ini disediakan sebagai teks pengenalan khusus untuk pelajar-pelajar praktis profesional dalam industri pembinaan. Kandungan buku ini mengambil kira silibus program Ukur Bahan di semua IPTA. Di samping itu, buku ini sesuai untuk semua Juruukur Bahan yang baru pengalamannya. Memandangkan praktikal dalam pentadbiran pascakontrak masih terhad, buku ini hanya memperkatakan tentang perlaksanaan perubahan (vo), bayaran interim dan akaun akhir bagi sesuatu projek secara mudah difahami dan tidak akan mencuba memperkatakan tentang aspek undang-undang yang lebih rumit, yang sering menjadi pegangan Juruukur Bahan yang berpengalaman

Khamis, 8 November 2012

Berita Projek : Pembinaan Taman Tema Air di I City, Shah Alam



I-Berhad, pemaju bandar pintar i-City dijangka memperoleh pulangan pelaburan bagi taman tema airnya dalam tempoh tiga tahun akan datang, selepas beroperasi mulai November ini.

Pengarahnya, Monica Ong berkata, syarikat telah melabur sebanyak RM25 juta bagi membina taman tema air, WaterWorld@i-City di atas tanah berkeluasan 4 hektar."Kami sentiasa menawarkan pembaharuan bagi perniagaan liburan yang merangkumi segmen api iaitu pameran lampu digital dan taman tema luar, segmen ais (taman tema salji Snowalk) dan taman tema air, WaterWorld bagi menarik lebih ramai pengunjung ke sini," katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat media berhubung tarikan terbaru di i-City di sini hari ini.
WaterWorld@i-City merupakan satu-satunya taman tema air di rantau Asia Tenggara yang menawarkan permainan air terkenal, Tornado Ride yang dipelopori di Kanada sejak sembilan tahun lalu.

Tornado setinggi tujuh tingkat itu kini sudah lebih 80 peratus siap.Menurut Monica, WaterWorld yang boleh menampung kira-kira 5,000 pengunjung pada satu-satu masa itu turut menawarkan jakuzi gergasi dan pantai buatan dan skrin LCD bagi penganjuran konsert ataupun majlis.
WaterWorld dijangka beroperasi dari pukul 11 pagi sehingga 7 malam setiap hari.

Tambahnya, dengan pelancaran taman tema terbaru itu, Ong menjangkakan bilangan pengunjung meningkat 30 peratus terutama pada waktu siang. Ketika ini i-City berjaya menarik 90,000 pengunjung setiap minggu.


Artikel di petik dari Utusan Malaysia : 25 September 2012

Rabu, 7 November 2012

Berita Projek: Ecuador rancang bina menara tertinggi dunia



Ecuador merancang membina sebuah menara setinggi 1.6 kilometer sekali gus menjadi bangunan tertinggi di dunia.


Kos pembinaan dianggarkan sebanyak RM 612.30 Juta. Menara tertinggi itu akan dikenali sebagai Menara Matahari.

Dengan pembinaan Menara Matahari ini, ia akan mengatasi bangunan tertinggi sekarang ini yang dikenali sebagai Burj Khalifa yang terletak di Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE) dengan ketinggian 828 meter.


Isnin, 5 November 2012

Intipati Kandungan Dalam Pelaksanaan Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor (SSPK)