Current Visitor

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Khamis, 14 Februari 2013

Maksud dan Tempoh Tanggungan Kecacatan


Apakah yang dimaksudkan dengan Tempoh Tanggungan Kecacatan?


  • Tempoh tanggungan kecacatan adalah satu tempoh di mana kontraktor perlu memperbaiki apa-apa kecacatan yang dikenal pasti oleh pegawai penyelia selepas sesuatu kerja diperakukan siap. Semua perbelanjaan membaiki kecatatan hendaklah ditanggung oleh kontraktor dan tiada sebarang kos tambahan dikenakan kepada Kerajaan

Adakah tempoh masa tertentu bagi Tempoh Tanggungan Kecacatan?

Tempoh tanggungan kecacatan bagi kontrak kerja adalah seperti yang berikut:


  • Bagi kontrak kerja yang bernilai di antara RM10,000 hingga RM100,000, enam(6) bulan dari tarikh kerja diperakukan siap; dan
  • Bagi kontrak kerja yang bernilai melebihi RM100,000 sekurang-kurangnya dua belas (12) bulan dari tarikh diperakukan siap. Bagi kerja-kerja elektrikal dan mekanikal tempoh waranti ke atas alat-alat dan logi-logi adalah dua belas (12) bulan tetapi dalam kes-kes tertentu oleh kerana kerumitan kerja, tempoh tanggungan kecacatan yang lebih lama daripada dua belas (12) bulan boleh dikenakan.

        Apakah obligasi kontraktor kerja dalam Tempoh Tanggungan Kecatatan?


  •      Dalam tempoh tersebut, kontraktor kerja hendaklah memperbaiki apa-apa kecacatan ke atas kerja yang telah disiapkan. Sekiranya kontraktor gagal berbuat demikian, perbelanjaan yang dikenakan untuk memperbaiki apa-apa kecacatan hendaklah dituntut daripada bon pelaksanaan.

        Apakah Tempoh Jaminan/Waranti Bagi Bekalan?

  •   Biasanya bagi bekalan, satu tempoh jaminan/waranti akan ditetapkan. Tempoh jaminan/waranti adalah bergantung kepada jenis dan kerumitan barang. Tempoh waranti pembuat adalah berbeza daripada tempoh waranti/jaminan oleh pembekal, jika pembekal bukan pembuat.

  •      Bagi kontrak bekalan, kontraktor hendaklah memperbaiki apa-apa kerosakan atau mengganti barang yang dibekalkan. Jika kontraktor tidak berbuat demikian, perbelanjaan untuk memberbaiki apa-apa kerosakan hendaklah dituntut daripada bon pelaksanaan. Jika kontraktor gagal mengganti barang yang ditolak penerimaannya, kos barang hendaklah dituntut daripada bon pelaksanaan







(

Jumaat, 8 Februari 2013

Kadar & Contoh Cara Pengiraan Bon Pelaksanaan


Kadar & Contoh Pengiraan Bon Pelaksanaan adalah seperti berikut:

(a)
2.5% daripada nilai kontrak bagi kontrak bekalan/perkhidmatan yang bernilai RM200,000.00 hingga RM500,000.00.
(b)
5% daripada nilai kontrak bagi kontrak bekalan/perkhidmatan yang melebihi RM500,000.
(c)
Bagi kontrak bekalan/perkhidmatan bermasa yang berkuatkuasa bagi tempoh dua (2) tahun atau lebih, peratus dan amaun bon pelaksanaan dikira mengikut anggaran nilai kontrak setahun sahaja. Walau bagaimanapun, bon Pelaksanaan yang dikemukakan oleh kontraktor hendaklah meliputi keseluruhan tempoh kontrak bermasa.
(d)
5% daripada nilai kontrak bagi kontrak kerja yang bernilai melebihi RM200,000.

Contoh 1  ~ Untuk Perolehan Bekalan/ Perkhidmatan

(i)
Tempoh Kontrak

:
3 tahun
(ii)
Nilai Kontrak

:
RM 4.5 juta
(iii)
Kadar Bon

:
5%

(berdasarkan anggaran nilai satu tahun RM1.5 juta)

(iv)
Jumlah (RM1.5 juta X 5%)

=
RM75,000.00
Contoh 2  ~ Untuk Perolehan Bekalan/ Perkhidmatan

(i)
Nilai Kontrak
:
RM800,000.00
(ii)
Tempoh Kontrak
:
2 tahun
(iii)
Kadar Bon
:
2.50%

(berdasarkan anggaran nilai satu tahun RM400,000.00)
(iv)
Jumlah (RM400,000.00 X 2.5%)
=
RM10,000.00

(bukan RM800,000 X 5%=RM40,000 atau RM400,000 X 5% =RM20,000)
Contoh 3  Untuk Perolehan Kerja

i)
Tempoh Kontrak/Siap

:
3 tahun/36bulan
(ii)
Nilai Kontrak

:
RM 15 juta
(iii)
Kadar Bon

:
5%

(5% daripada nilai keseluruhan kontrak)



(iv)
Jumlah (RM15 juta X 5%)

=
RM750,000.00




















Hebahan Kursus: Tuntutan 'Loss And Expense' Oleh Kontraktor


NZM Training Consultancy
(formerly known as NZM Corporate Training Consultants Sdn Bhd)
No. 26 (Level 1) Jalan LP 1A/5, Taman Lestari Perdana
Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Akan Menganjurkan kursus :  
KURSUS STRATEGI DALAM MENGEMUKAKAN KERTAS TUNTUTAN ‘LOSS AND EXPENSE’ OLEH KONTRAKTOR

Tarikh : 25 Februari 2013
Venue : Grand Continental, Kuala Lumpur
 

Objektif
Kursus ini antara lain akan memperkasakan kontraktor dengan maklumat berikut:
  • Mengetahui hak-hak Kontrak dibawah syarat syarat Kontrak khasnya JKR 203A.
  • Maklumat kontraktual yang boleh dijadikan sandaran oleh kontraktor untuk mempertahankan hak-hak tersebut.
  • Mengetahu keperluan keperluan teknikal yang perlu dipatuhi oleh kontraktor sebelum boleh mengemukakan tuntutan ‘loss and expense’ ini.
  • Tatacara penyampaian yang mudah, jelas dan tersusun.

PENCERAMAH
Sr. Norshimah Meon
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Jabatan Kerja Raya Selangor

Beliau berkelulusan B. Sc.(Hons) Quantity Surveying dan MSc. In Facilities Management & Asset Maintenance Universiti Teknologi Malaysia. Beliau berpengalaman luas lebih daripada 30 tahun dalam pengurusan kontrak di pelbagai cawangan di Jabatan Kerja Raya Malaysia. Beliau juga aktif dalam memberi latihan serta ceramah berkaitan pengurusan kontrak kepada pelbagai peringkat jawatan di JKR dan pelbagai kementerian.

YURAN
RM 450.00 seorang
-yuran tidak termasuk kos penginapan peserta-

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA LAYARI PAUTAN BERIKUT http://nzmctc.com/newsletter/loss/loss2013.htm

Soft Copy: BUKU PANDUAN PENTADBIRAN KONTRAK KERJA RAYA EDISI KE 3



Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) ada mengeluarkan Buku Panduan Pentadbiran Kontrak Kerja Raya (Edisi Ketiga) dalam bentuk soft copy

Antara kandungan Buku Pentadbiran tersebut adalah seperti berikut: 
SENARAI SENARAI
BAB 1 -
LAMPIRAN SINGKATAN
PENGENALAN


BAB 2

-      ORGANISASI JKR MENGIKUT FUNGSI



BAB 3

-      PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN PROJEK



BAB 4

-      PERANCANGAN DAN KAWALAN KOS



BAB 5

-      PENYEDIAAN DOKUMEN TENDER



BAB 6

-      PELAWAAN DAN PENERIMAAN TENDER



BAB 7

-      PENILAIAN DAN SETUJU TERIMA TENDER



BAB 8

-      DOKUMEN KONTRAK



BAB 9

-      PENYEDIAAN, PENGESANAN KEMAJUAN DAN REKOD TAPAK BINA




BAB 10

-      KELAMBATAN DAN LANJUTAN MASA



BAB 11

-      KERJA TIDAK SIAP



BAB 12

-      PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR



BAB 13

-      PENYIAPAN KERJA, PENYERAHAN KERJA DAN   
       KECACATAN



BAB 14

-      SUB KONTRAK DINAMAKAN DAN PEMBEKAL DINAMAKAN



BAB 15

-      BAYARAN PENDAHULUAN DAN PERAKUAN INTERIM



BAB 16

-      PERUBAHAN KERJA DAN AKAUN MUKTAMAD




Sekiranya tuan/puan berminat untuk mendapatkan soft copy bolehlah email kepada chee_lin@yahoo.com