Current Visitor

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Selasa, 4 Jun 2013

Berita: Pelaksanaan penggunaan MYCESMM

KUALA LUMPUR: Penggiat industri yakin pengenalan Kaedah Pengukuran Standard Kejuruteraan Awam Malaysia (MyCESMM) oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) akan meningkatkan penyampaian projek industri pembinaan negara.Presiden MCM Value Sdn Bhd Mohd Mazlan Che Mat yang juga seorang juruukur bahan berkata dokumen itu yang menyamai standard antarabangsa, akan memandu industri itu supaya lebih berhemat dari segi perancangan dan pengurusan kos."Ia memang perkara baharu dalam industri dan kita perlu bersikap positif. Lazimnya apa yang diamalkan di negara maju merupakan amalan terbaik dan kita tidak ada pilihan tetapi melaksanakannya (liberalisasi)," katanya di sini, Ahad.

Beliau berkata dokumen baharu itu mengekalkan konsep dan prinsip yang sama dalam Kaedah Standard Pengukuran Kerja Kejuruteraan Awam Malaysia (CESMM), yang diperkenal pada 2003, namun mengandungi maklumat item dan teknikal yang lebih terperinci.

Dari segi penerimaannya, beliau berkata penggiat industri perlu menerima pakai standard pengukuran baharu itu secepat mungkin memandangkan mereka akan melalui liberalisasi industri pada 2015."Ia merupakan piawaian tempatan, sesuai dengan persekitaran dalam negara, dan terserahkanlah kepada penggiat industri tempatan untuk menggunakannya bagi meningkatkan diri supaya lebih memahami MyCESMM."Kita perlu membuat lonjakan dari segi masa memandangkan kita memperoleh kelebihan kerana berjaya melancarkannya sekarang."Mohd Mazlan berkata menerusi MyCESMM, peserta tempatan akan menyedari bahawa standard baharu itu mengurangkan risiko, yang merupakan elemen penting dalam sesebuah projek."Semakin besar ketidaktentuan dalam dokumen projek, risiko dan harga oleh kontraktor akan lebih tinggi," katanya.

Beliau berkata penyelarasan item dan memaklumkannya kepada orang ramai akan mengurangkan ketidaktentuan, mengurangkan risiko dan menjadikan kos lebih kompetitif."Saya berpendapat (elemen risiko) merupakan rasional terbesar pelaksanaan MyCESMM, selain pembidaan, pemantauan dan harga," katanya.Sementara itu, Pengerusi Bahagian Juruukur Bahan Institut Juruukur Malaysia Eddie Wong Weng Hong berkata MyCESMM akan meningkatkan standard operasi syarikat tempatan jika mereka mematuhi sepenuhnya piawaian itu.Tambahan pula, penggunaan sepenuhnya standard pengukuran itu akan membolehkan CIDB memperoleh maklum balas mencukupi untuk meningkatkan MyCESMM untuk dipeluaskan ke peringkat serantau.Beliau berkata dalam Asean sendiri, banyak negara seperti Indonesia, Thailand Mynamar dan Filipina, tidak mempunyai standard pengukuran mereka sendiri dan menggunakan standard luar.Beliau berkata MyCESMM ibarat dokumen buku warisan yang merangkumkan adat lama yang melambangkan budaya pembinaan tempatan."Orang asing apabila mereka datang (selepas liberalisasi) akan mengetahui ia adalah adat resam budaya pembinaan tempatan, kaedah kerja kita, cara kita mengukur dan kaedah pembayaran."Dan apabila mereka datang ke sini, mereka perlu ikut adat resam itu," katanya.Beliau turut memuji CIDB yang mengeluarkan dokumen itu yang turut meliputi buku panduan MyCESMM dan Perpustakaan Deskripsi Standard BQ bagi MyCESMM."Ia merupakan set menyeluruh dan kegunaannya memudahkan industri," katanya. - BERNAMA

Isnin, 3 Jun 2013

Hebahan Kursus Oleh Sum Global Consult Jun & Julai 2013

Dear Sir / Madam We are pleased to refer the above matter. Kindly please be informed that we will organized the course as per below details:

1- Course Title: Aspects of IBS - Requirements and Implementations Venue: De Palma Hotel, Shah Alam 
Date: 2 - 3 July 2013 (Tuesday - Wednesday) 
Time: 8.00am - 5.00pm
Speaker: Ir. Mohd Azhari Mohd Salleh Fees: RM 850.00 per participant 

2-Course Title: Perubahan Kerja, Pelarasan Harga Kontrak dan Akaun Muktamad 
Venue: De Palma Hotel, Shah Alam 
Date: 18 June 2013 (Tuesday) 
Time: 8.00am - 5.00pm 
Speaker: Sr. Hjh. Hashimah Harun Fees: RM 450.00 per participant

3- Course Title: Pengurusan Kontrak Bagi Sub-Kontraktor Yang Dinamakan - Borang JKR 203N (REV. 1/2010) 
Venue: De Palma Hotel, Shah Alam 
Date: 19 June 2013 (Wednesday) 
Time: 8.00am - 5.00pm 
Speaker: Sr. Hjh. Hashimah Harun 
Fees: RM 450.00 per participant 

CPD Points will be applied from BQSM, IEM / BEM & LAM. 

For REGISTRATION, please contact us as per below details:- 

Secretariat (Registration) 
SUM GLOBAL CONSULTANT 1491, Jalan 18/27, Taman Sri Serdang 43300 Seri Kembangan, Selangor 
Telephone : 03 8942 8479 
Mobile Phone : 017 652 3403 
Fax : 03 8948 0443 
Email : sumglobalconsultant@yahoo.com
& info@sumglobalconsultant.com 

Sabtu, 18 Mei 2013

Hebahan Kursus Bulan Jun 2013: PENGURUSAN BAYARAN DALAM PENTADBIRAN KONTRAK PROJEK PEMBANGUNAN FIZIKAL

NZM Training Consultancy
No. 26 (Level 1) Jalan LP 1A/5, Taman Lestari Perdana
Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor
  

Akan Menganjurkan Kursus Seperti Berikut: 
 
PENGURUSAN BAYARAN DALAM PENTADBIRAN KONTRAK PROJEK PEMBANGUNAN FIZIKAL
11-12 Jun 2013
Hotel Plaza, Kuala Lumpur


Objektif
  • Untuk memberi kefahaman dan latihan pengkhususan di bidang bayaran wang pendahuluan, bayaran interim dan perakuan muktamad;
  • Untuk mempertingkatkan pengetahuan peserta tentang prosidur dan tatacara bayaran wang pendahuluan, bayaran interim dan perakuan muktamad; dan
  • Untuk memberikan penerangan bagi membolehkan peserta mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi dari kursus ini di dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab agar projek dapat dilaksanakan dengan lebih efisen.
Siapa Patut Hadir?
  • |Pengurus|Perancang Projek|
  • |Jurutera Awam| Jurukur Bahan|Arkitek|
  • |Pembantu Jurutera| Juruteknik|
  • |Penyelia Projek|
  • |Perunding|Kontraktor|
  • |Jabatan Kerajaan|
 
  • PROGRAM
    Jadual Waktu
    Hari Pertama
    Hari Kedua
    08.00 am – 08.30 am
    Pendaftaran
     
    08.30 am – 10.30 am
    • Pengenalan kepada Pentadbiran Kontrak & Tatacara Bayaran Wang Pendahuluan
    • Penilaian & Penyediaan Perakuan Bayaran Interim
    10.30 am – 10.45 am
    Rehat
    10.45 am – 01.00 pm
    • Tatacara Bayaran Balik Wang Pendahuluan
    • Penyediaan Bayaran Perakuan Muktamad
    01.00 pm – 02.15 pm
    Rehat / Makan Tengahari
    02.15 pm – 04.30 pm
    • Prosidur & Tatacara Bayaran Interim
    • Sesi Soal Jawab
    • Penyediaan Bayaran Perakuan Muktamad
    • Sesi Soal Jawab
    04.30 pm – 05.00 pm
    Minum Petang / Tamat Hari Pertama
    Minum Petang /
     
    PENCERAMAH
    Sr. Nik Zainal Alam Hassan
    Ketua Penolong Pengarah Kanan
    Cawangan Kontrak & Ukur Bahan
    Jabatan Kerja Raya Malaysia

    Beliau berkelulusan B. Sc.(Hons) Quantity Surveying dari Universiti Malaysia dan MSc. In Facilities Management & Asset Maintenance dari Heriot-Watt University, UK. Beliau berpengalaman luas lebih daripada 25 tahun dalam pengurusan kontrak di pelbagai cawangan di Jabatan Kerja Raya. 
YURAN
RM 850.00 seorang
-yuran tidak termasuk kos penginapan peserta-


UNTUK MAKLUMAT LANJUT, HUBUNGI:
03-8945 5439
012-251 7518 - Zaidi
017-645 0540 - Zahidah

www.nzmctc.com


Isnin, 13 Mei 2013

Info Buku : Ekonomi Binaan

Sekiranya berminat untuk mendapatkan buku ini.Harga termasuk kos penghantaran melalui pos laju hanya RM 70.00 sahaja. Keterangan lanjut sila email kepada chee_lin@yahoo.com atau sms/whatt apps 012 387 5655

Sabtu, 11 Mei 2013

Info Buku: Anggaran Kos Kerja Bangunan (Edisi Kedua)

Sekiranya berminat untuk mendapatkan buku ini.Harga termasuk kos penghantaran melalui pos laju hanya RM 65.00 sahaja. Keterangan lanjut sila email kepada chee_lin@yahoo.com atau sms/whatt apps 012 387 5655

Info Buku : Teknologi Binaan Bangunan

Sekiranya berminat untuk mendapatkan buku ini.Harga termasuk kos penghantaran melalui pos laju hanya RM 65.00 sahaja. Keterangan lanjut sila email kepada chee_lin@yahoo.com atau sms/whatt apps 012 387 5655

Info Buku : Pengukuran Kuantiti Bangunan (Edisi Kedua)

Sekiranya berminat untuk mendapatkan buku ini.Harga termasuk kos penghantaran melalui pos laju hanya RM 65.00 sahaja. Keterangan lanjut sila email kepada chee_lin@yahoo.com atau sms/whatt apps 012 387 5655