Current Visitor

Jumaat, 11 Februari 2011

Levi CIDB

Tahukah anda. Untuk setiap projek yang bernilai RM 500,000.00 ke atas, pihak kontraktor wajib dikenakan levi oleh pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB). Jumlah levi yang dikenakan ialah sebanyak 0.125% daripada jumlah harga kontrak.

Contoh pengiraan mudah adalah seperti berikut:

Katakan harga kontrak adalah RM 1 Juta. Jadi, kadar levi yang perlu dibayar ialah 0.125/100 x RM 1,000,000.00 = RM 1,250.00


Walaubagaimanapun terdapat pengecualian terhadap beberapa projek daripada dikenakan levi yang seperti berikut:

a)  Mana-mana kerja pembinaan yang melibatkan  projek perumahan kos rendah, kos sederhana rendah dan kos sederhana dikecualikan daripada pengenaan levi.

b) Mana-mana projek perumahan yang menggunakan komponen Sistem Binaan Berindustri (IBS) melebihi 50% dikecualikan daripada pengenaan levi.

Sekiranya, pihak kontraktor gagal menunaikan obligasi tersebut, hukuman berikut akan dikenakan:

Berdasarkan kepada Seksyen 34(4), Akta 520 dan Peraturan-Peraturan Industri Pembinaan (Pendaftaran Kontraktor) 1995, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, Akta 1994, mana-mana Kontraktor Berdaftar yang gagal membayar apa-apa levi yang kena dibayar dalam apa-apa tempoh yang ditetapkan, kontraktor berdaftar itu adalah telah melakukan kesalahan di bawah akta dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000.00. Pihak Lembaga juga boleh mengambil Tindakan Tatatertib untuk membatal, menggantung atau menarik-balik pendaftaran kontraktor dengan pihak CIDB

7 ulasan:

azilan berkata...

Kenalah follow

syahilah berkata...

Adakah levi perlu dimasukan dlm harga kontrak?

azilan berkata...

Cik syahilah: ia termasuk dalam harga kontrak untuk item di bawah preliminaries

Unknown berkata...

Levi, yang merupakan satu kehendak undang-undang dimana kontraktor-kontraktor dikehendaki untuk memaklumkan dan mengemukakan butir-butir kerja pembinaan yang dilaksanakan yang melebihi RM 500,000.00untuk satu kontrak. Selanjutnya, levi akan dikenakan ke atas kontraktor pada kadar 0.25% dari harga kontrak.

Unknown berkata...

Jika buat rumah sendiri, kena Levi tak?

tomyam_panas berkata...

levi cidb ni untuk projek pembinaan sahaja atau semua projek?

ana lulu berkata...

Macam mana saya nak tahu projek saya dikenakan levi atau tidak? saya dah buat pengisytiharan projek L1 tetapi tiada apa apa berlaku? projek kos 500-1juta