Current Visitor

Khamis, 17 November 2011

Anggaran Untuk Kerja-Kerja Awalan

Kerja-kerja awalan atau preliminaries adalah salah satu item yang terletak pada bahagian awalan Senarai Kuantiti (BQ) pada sesuatu projek.

Ia merangkumi perkara-perkara seperti penyediaan insuran, bon pelaksanaan, hoarding, safety measures, mesyuarat tapak, laporan kemajuan projek, kebersihan dan lain-lain perkara yang dirasakan perlu oleh pihak klien.

Untuk menyediakan anggaran untuk kerja-kerja awalan, berkemungkinan menjadi kesukaran kepada kontraktor terutamanya yang baru menceburi bidang construction.

Oleh yang demikian, bersama-sama ini dikemukakan anggaran untuk pengiraan kerja-kerja awalan berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu  Buku Kos Purata Semeter Persegi Kerja-kerja Pembinaan Bangunan Terbitan 2/2010

Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari Buku Kos Purata Semeter Persegi Kerja-Kerja Pembinaan Bangunan Terbitan 2/2010, adalah didapati kebanyakan pihak kontraktor yang melaksanakan kerja dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan terdiri daripada Kelas E sehingga Kelas A membuat pengiraan untuk kerja-kerja awalan adalah dalam purata 6% daripada harga kontrak.

Sebagai contoh mudah, sekiranya kontraktor membuat anggaran untuk memasuki sesuatu projek seperti membina sebuah jeti dengan anggaran kos sebanyak RM 1 Juta, kos untuk kerja-kerja awalan bolehlah diandaikan  sebanyak RM 60,000.00 yang mewakili 6% daripada anggaran kos kerja.

Sekian Terima Kasih dan selamat mencuba

1 ulasan:

~ yoona ~ berkata...

hye .. sy ada soalan..
material & workmanship jg termasuk dlm item preliminaries kn ? ble sy dapatkn info dengan lebih lanjut berkaitan item tersebut ?