Current Visitor

Selasa, 6 September 2011

Info - Lebuhraya Senai-Desaru

Jambatan Lebuhraya Senai Dearu yang merentasi Sungai Johor

Lebuhraya Senai - Desaru adalah sebuah Lebuhraya yang terletak di dalam negeri Johor Darul Ta'zim. Ia merupakan Lebuhraya ketiga (3) terpanjang di Malaysia selepas Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Ia dibuka secara rasmi kepada pengguna awam pada 10 June 2011.

Ia dibina bagi menghubungkan antara kawasan Senai dengan Desaru. Objektif pembinaan lebuhraya ini adalah untuk menyingkatkan masa perjalanan daripada Senai ke Desaru daripada 2 jam kepada 40 minit. Selain itu, ia adalah bertujuan untuk merancakkan pembangunan yang sedang dijalankan di Iskandar Malaysia dan membantu meningkatkan ekonomi dan kawasan pelancongan yang terletak di Desaru 

Panjang Lebuhraya ini ialah 77 kilometer. Ia mula dibina pada tahun 2004 dengan meliputi 2 fasa. Fasa pertama yang merangkumi pembinaan dari Senai ke Pasir Gudang sejauh 50 km telah siap pada Ogos 2009. Manakala fasa kedua yang mengubungkan antara Cahaya Baru, Masai hingga Desaru telah siap pada Jun 2011.

Laluan Senai Desaru
Kos pembinaan Lebuhraya ini dianggarkan berjumlah sekitar RM 1.365 Billion. Pemilik konsesi lebuhraya ini ialah Syarikat Senai Desaru Expressway Berhad atau SDE.

Persimpangan Utama Senai

Persimpangan Bandar Senai

Persimpangan Ulu Tiram

Persimpangan Cahaya Baru

Persimpangan Pasir Gudang

Persimpangan Penawar

Lebuhraya ini mempunyai 6 persimpangan iaitu Persimpangan Utama Senai, Persimpangan Bandar Senai, Persimpangan Ulu Tiram, Persimpangan Cahaya Baru, Pesimpangan Pasir Gudang dan Persimpangan Penawar. Ia dilengkapi dengan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di kawasan 'Layang' yang terletak KM 31 (arah barat) dan KM 32 (arah timur).

Jadual Kadar Tol 

Untuk keterangan lanjut, sila layari pautan berikut  http://www.e22.com.my

0 ulasan: